Anda di halaman 1dari 3

7.

CADANGAN PEMBANGUNAN

Beberapa faktor perlu diambilkira dalam sesuatu perancangan pembangunan terutama untuk
menghasilkan suatu pelan tatatur yang baik. Antara faktor-faktor tersebut adalah: Keadaan bentuk topografi sediada;
Perhubungan interaksi antara alam sekitar dan manusia sejagat;
Lokasi tapak cadangan dan kaitannya dengan kawasan sekitar; dan
Kemudahan infrastruktur, utiliti dan aksessibiliti sediada dan yang akan dilaksanakan.
Secara amnya, konsep pembangunan ini adalah mengambilkira hasil analisa fizikal tapak iaitu
keadaan topografi, keadaan semasa dan pembangunan di sekitar kawasan. Selain daripada itu,
faktor-faktor seperti piawaian perancangan, polisi-polisi dan strategi kerajaan juga diberi
penekanan dalam cadangan pembangunan ini.

7.1

Matlamat, objektif dan strategi

Objektif dan matlamat utama cadangan ini adalah untuk memajukan kawasan tapak terlibat
kepada 20 Unit Rumah Teres 2 Tingkat , 6 Unit Rumah Berkembar 2 Tingkat, 6 Unit Banglo 2
Tingkat, 6 Unit Rumah Kedai 2 Tingkat, Dewan Serbaguna 2 Tingkat, Tadika, Surau 2 Tingkat,
Tokong Cina 2 Tingkat di atas tanah tersebut mengikut dasar-dasar dan kehendak jabatan-jabatan
teknikal Pihak Berkuasa Tempatan.

Untuk mencapai matlamat tersebut beberapa objektif umum telah digariskan iaitu:-

Memajukan tanah ini selaras dengan pelan pengezonan sepertimana yang termaktub dalam
Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang;

Mewujudkan keharmonian pembangunan fizikal, akses yang baik, pembangunan infrasruktur


dan kemudahan yang komprehensif dengan kawasan sekitar; dan

Mengeksploitasikan potensi-potensi yang ada pada tapak cadangan bersesuaian serta


menyumbang kepada nilai-nilai ekonomi yang lebih efektif dan optimum.

7.2

Konsep pembangunan

Konsep pembangunan yang dirancangkan adalah lebih kepada pelengkapan kepada guna tanah
atau aktiviti pembangunan sediada. Konsep pembangunan ini merupakan konsep rekabentuk
fizikal yang menyeluruh dengan menekankan pembahagian dan perhubungan di antara setiap
aktiviti dan guna tanah yang dicadangkan. Konsep pembangunan adalah berdasarkan dunia air.
Unsur utama dalam konsep tersebut adalah air. Tapak cadangan dinamakan Vepo World yang
bermaksud dunia air dalam Bahasa Greek. Konsep ini adalah memastikan semua unit dapat
menikmati unsur air dan keindahan pemandangan yang mengandungi air.

Dalam perangkaan konsep perancangan, beberapa kriteria dan aspek perancangan adalah
diberikan penekanan utama. Antaranya:

Lokasi dan saiz tapak;

Orientasi bangunan;

Keperluan dan kehendak-kehendak masa depan;

Polisi dan piawaian perancangan MBPP serta strategi pembangunan bagi kawasan tersebut;
dan

Keseimbangan pembangunan sekitar.

7.3

Komponen dan Data Pembangunan

Cadangan pembangunan ini terdiri daripada 20 Unit Rumah Teres 2 Tingkat, 6 Unit Rumah Berkembar 2
Tingkat, 6 Unit Banglo 2 Tingkat, 6 Unit Rumah Kedai 2 Tingkat, Dewan Serbaguna 2 Tingkat, Tadika,
Surau 2 Tingkat, Tokong Cina 2 Tingkat Keluasan ruang lantai tambahan bagi dewan badminton adalah
seperti berikut:-

Jenis Pembangunan

Luas Plot Biasa

Luas Binaan

Bil. Unit

Peratus (%)

Rumah Teres
Rumah Berkembar
Rumah Banglo
Dewan Serbaguna
Tadika (dalam Dewan

(meter persegi)
2600
1458
1484
664
-

1871
771
736
664
-

20
6
4
1
-

12.86
7.22
7.35
3.28
-

Serbaguna)
Surau
Tokong
Rumah Kedai
Kawasan Lapang
Kolam
Jalan raya
Tempat Letak Kereta
Tempat Letak Motor
Jumlah Keseluruhan

125
125
825
2905
727
8877
427
17
20234

125
125
613
-

1
1
6
39

0.63
0.63
4.09
14.36
3.59
43.87
2.12
0.00167
100

Anda mungkin juga menyukai