Anda di halaman 1dari 2

Ayam Goreng Kunyit Paprik Tomyam

Bahan-bahan

500g dada ayam (dipotong kecil, gaul bersama serbuk kunyit dan garam
secukup rasa)

1 sudu besar pes tomyam (kalau boleh, yang diimport dari Thailand)

3 sudu besar sos cili Thai (jenama Life)

1 biji bawang besar (dihiris)

1 batang celery (dihiris)

3 ulas bawang putih (dipotong sangat halus)

2-3 batang serai (dihiris sangat halus)

5 helai daun limau purut (dihiris sangat halus)

Cara-cara

1. Ayam digoreng kunyit. Saya lebih suka kalau ayam dihiris lebih halus dan digoreng
lebih lama. Kalau garing lagi sedap.
2. Tinggalkan sedikit sahaja minyak gorengan tadi, masukkan bawang besar. Tumis
sampai layu.
3. Selepas itu, masukkan bawang putih dan serai yang dihiris halus. Tumis sampai naik
bau wangi.
4. Masukkan pes tomyam dan sos cili Thai. Kemudian masukkan celery dan ayam yang
telah digoreng kunyit itu tadi. Gaul sebati.
5. Akhir sekali masukkan hirisan daun limau purut supaya bau wangi masa dihidangkan
nanti.
6. P/S: Kalau nak lagi best, boleh buat resipi sama dengan menggunakan cendawan
shittake segar sebagai pengganti ayam. Terus ke langkah 2. Hari itu saya cuba dengan
cendawan dan orang cakap memang sangat sedap. Cuma saya tak sempat tangkap
gambar.

Anda mungkin juga menyukai