Anda di halaman 1dari 15

ABSTRAK

Gejala sosial dalam masyarakat berada di satu tahap yang membimbangkan pemimpin
politik mahupun rakyat biasa. Pelbagai pihak merasa resah dan gelisah dengan gejala
berkenaan kerana dalam tempoh jangka panjang ia akan memberi kesan negatif terhadap
generasi akan datang. Petanda awal keresahan dapat dilihat apabila banyak pihak saling
menyalahkan orang lain sedangkan pada masa yang sama gejala sosial terus subur bagai
tumbuhnya cendawan di musim hujan. Laporan yang dibuat ini cuba untuk menyatakan
bahawa masa untuk menuding jari ke arah siapa yang menjadi punca lahirnya pelbagai gejala
tersebut sudah berakhir. Satu langkah pro-aktif perlu dilakukan dan semua pihak perlu
bertanggungjawab membendungnya. Cadangan untuk menangani masalah ini secara berkesan
cuba disorot menerusi pendekatan wahyu.
Gejala sosial merupakan masalah yang sering dibicarakan pada masa kini. Laporan ini
dijalankan secara kajian perpustakaan serta kajian lapangan dengan melibatkan beberapa isu
serta permasalahan yang berkaitan dengan gejala keruntuhan moral yang melibatkan remaja
atau belia. Selain itu, ia melibatkan kumpulan-kumpulan remaja yang terdiri daripada
golongan pengkid, remaja kaki lepak, remaja perempuan mengandung di rumah-rumah
kebajikan dan melibatkan kumpulan kanak-kanak jalanan. Melihat isu-isu keruntuhan akhlak
dan gejala sosial yang terdiri daripada pengaruh budaya barat iaitu budaya skinhead, budaya
punk dan budaya black metal, isu kemaksiatan, penagihan dadah, pembuangan bayi, mat
rempit serta vandalisme yang berlaku dalam keluarga di Malaysia. Bagi mengatasi masalah
ini, beberapa tindakan turut dibincangkan bagi mengurangkan dan seterusnya menghapuskan
gejala sosial ini yang boleh merosakkan masa depan negara.

PENDAHULUAN
Pada era globalisasi ini, masalah gejala sosial semakin meningkat dari semasa ke
semasa. Hal ini bukan sahaja membimbangkan pihak kerajaan, malah juga masyarakat
khususnya ibu bapa. Masalah sosial seperti gejala melepak, lumba haram, buli dan
sebagainya semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat kita malah menjadi isu yang serius
dipaparkan di media cetak, media electronik, dan media sosial kebelakangan ini. Tambahan
lagi, gejala sosial ini merupakan masalah yang sering dibicarakan dalam komuniti hari ini.
Kini, masalah ini menjadi barah yang memberi kesan negatif kepada generasi muda,
masyarakat dan negara kita. Oleh itu, kita tidak seharusnya memandang remeh akan masalah
ini dan pelbagai tindakan harus diambil oleh semua pihak untuk membendung masalah gejala
sosial ini.
Gejala sosial boleh diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan
moral individu. Masalah sosial dalam kalangan remaja sama ada di bandar atau luar bandar
semakin membimbangkan semua pihak. Secara umumnya masalah gejala sosial merangkumi
pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat khususnya golongan muda yang tidak
membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang
diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
Perbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang merosakkan
akhlak dan peribadi seseorang individu ini sayangnya seringkali melibatkan golongan remaja
pada hari ini. Oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara,
maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada
segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita
tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang melanda
mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan
remaja benar-benar membimbangkan kita. Melalui media massa mahupun media cetak,
pelbagai kes gejala sosial sering menjadi topik ataupun isu utama yang diperkatakan.
Gejala sosial yang semakin menular dalam kalangan golongan muda pada hari ini
telah menjejaskan imej negara kita dan juga menjatuhkan akhlak serta moral dalam
masyarakat khususnya di kalangan remaja. Terdapat pelbagai jenis kes jenayah berlaku dalam
masyarakat kita pada hari ini seperti pembuangan bayi, penderaan terhadap kanak-kanak,
gangsterisme dan vandalisme, merogol, masalah rasuah, masalah disiplin, masalah kesihatan
dan kebersihan, pekerja asing, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Antara kes-kes

jenayah, rasuah dan pembuangan bayi adalah masalah serius dan sukar diatasi di negara kita.
Penghayatan golongan remaja terhadap pendidikan moral, sivik, pendidikan Islam masih
rendah dalam menangani masalah sosial ini. Oleh itu, pihak kerajaan harus mengambil
pelbagai inisiatif yang berkesan untuk mengurangkan kes jenayah yang berleluasa dan dan
menjamin reputasi, keselamatan, keamanan rakyat Malaysia dalam masa depan.
Sekalipun pada setiap masa para pemimpin negara mendakwa masalah sosial berada
pada tahap yang terkawal, tetapi untuk melalui masa depan yang masih panjang sudah tentu
merupakan suatu perkara yang membimbangkan. Ia menjadi suatu tragedi yang menakutkan
apabila para belia telah mula terperangkap dengan gejala ini. Masalah ini berpunca daripada
sikap golongan dewasa yang membina institusi keluarga atas nilai yang rapuh, kemudian
melahirkan anak-anak dalam bahang kepanasan dalaman dan luaran rumahtangga. Pelbagai
pihak telah mengambil pelbagai langkah untuk mencari penyelesaian terhadap permasalahan
ini. Laporan ini cuba mengupas permasalahan ini dengan lebih jelas dan cara-cara yang boleh
dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

MASALAH-MASALAH SOSIAL YANG DIHADAPI REMAJA


Penyalahgunaan Dadah
Penyalahgunaan dadah bermaksud penggunaan dadah dengan tujuan yang salah
terutama jika penggunaannya menjejaskan sistem urat saraf. Penyalahgunaan dadah
merupakan masalah utama negara. Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar
bagi mengatasi masalah ini yang begitu ketara melanda masyarakat Melayu Islam. Menurut
Agensi Dadah Kebangsaan, dalam tempoh 1996-1997 penagih baru yang dikesan adalah dari
kalangan mereka yang berkelulusan PMR dan SPM.
Penyalahgunaan dadah juga antara masalah sosial yang paling kerap dilaporkan.
Berdasarkan kajian yayasan perlindungan Jenayah Malaysia mendapati kebanyakan penagih
dadah di Malaysia mula mengenali dadah dalam lingkungan usia 1%/10 tahun, 12 daripada
penagih baru terdiri daripada golongan muda yang berusia antara 13%/3 tahun. Dadah bukan
terhad kepada jenis dadah yang dikenali umum seperti heroin, metaphatemin, ganja dan pil
kuda sahaja malahan ia turut merangkumi jenis-jenis ubat yang disalahgunakan seperti ubat
batuk dan gejala hidu gam. Tidak kira dadah, arak atau pun hidu gam, ia membawa risiko
yang amat tinggi sehingga boleh membawa maut.

Gangster
Kebanyakan kes gangsterisme melibatkan kecederaan yang serius dan boleh
mengakibatkan kematian, kerosakan harta benda awam dan sebagainya. Kes-kes mengenai
gangsterisme ini peratus tertingginya adalah melibatkan golongan remaja. Sebagai contoh, di
Kuala Lumpur, sekumpulan remaja berusia 16-17 tahun yang tercicir daripada persekolahan
telah menubuhkan kumpulan samun. Kumpulan tersebut bergerak selepas jam 12 malam
hingga awal pagi dengan menggunakan motosikal dan membuat tinjauan di sesuatu kawasan
perumahan dan tempat awam sebelum meragut mangsa terutama mereka yang berjalan
bersendirian di tempat sunyi.
Pada 6 Ogos 2004, Utusan Malaysia melaporkan seorang kerani wanita mati dilanggar
selepas bertengkar dalam nahas kecil. Dia mati dilanggar oleh sebuah kereta Proton Waja
yang menggunakan nombor pendaftaran motosikal Modenas selepas dikatakan bertengkar
dengan pemandu kereta terbabit iaitu seorang lelaki berusia dalam linkungan 20-an ekoran

kemalangan kecil tersebut. Kejadian ini merupakan satu contoh mudah bagaimana budaya
samseng berleluasa pada masa kini.

Melepak
Lepak merupakan satu aktiviti membuang masa secara mundar-mandir dan bersiarsiar tanpa sebarang arah tuju. Pada kebiasaannya ia berlaku dalam kelompok sekurangkurangnya dua orang. Waktu lepak tidak terikat dengan waktu, baik siang atau malam.
Kelompoknya juga terbuka kepada golongan remaja di kaki lima atau golongan tua di kedaikedai kopi. Besar kemungkinan mereka memilih melepak sebagai satu cara untuk lari
daripada tekanan hidup. Ada juga yang melepak untuk sekadar bersenang-senang dengan
kawan. Bagi golongan tua, besar kemungkinan untuk melepaskan penat badan dan
melapangkan fikiran setelah penat bekerja.
Budaya ini adalah suatu perbuatan yang negatif dan tidak produktif. Sekalipun ia
bukan merupakan kes jenayah pada masa kini, tetapi tidak mustahil akan merupakan salah
satu punca berlaku masalah sosial di masa akan datang. Kehidupan remaja yang inginkan
keseronokan dengan melepak di pusat membeli belah dan pusat hiburan tidak mustahil akan
menjerumuskan mereka ke kancah masalah sosial yang lebih besar seperti dadah, khalwat,
perlumbaan haram dan sebagainya.

Lumba Haram
Gejala ini mula popular dalam kalangan remaja sekitar akhir tahun 35-an. Alasan
seringkali diutarakan oleh remaja yang menyertai lumba haram ini adalah inginkan
kebebasan dan keseronokan. Kebiasaannya, hadiah yang dipertandingkan dalam perlumbaan
ini adalah wang pertaruhan yang diperolehi dari penonton gadis remaja daripada kumpulan
yang kalah. Mereka tidak ketinggalan menggunakan dadah. Malahan, kumpulan lumba haram
ini tidak takut kepada pemantauan pihak polis dan yang paling teruk mereka tidak takut mati
setiap kali berlumba. Tidak menjadi masalah besar buat mereka seandainya mereka pernah
terbabit dalam kemalangan atau rakan mereka maut ketika berlumba. Kumpulan ini
mempunyai perasaan setia kepada kumpulan masing-masing dan sanggup terlibat dalam
pergaduhan. Motosikal yang digunakan untuk perlumbaan haram kebiasaannya telah
diubahsuai.

Peratusan remaja yang terlibat dalam perlumbaan haram ini semakin meningkat dan
pihak polis sendiri semakin kerap membuat pemantauan bagi mengurangkan kes lumba
haram sekaligus mengurangkan kadar kemalangan ngeri akibat perlumbaan tersebut.

Minum Arak
Minum arak samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak adalah diharamkan oleh
Islam. Namun perbuatan ini dilihat sebagai sesuatu yang remeh oleh masyarakat hari ini.
Kegiatan ini bukan sahaja mendatangkan mudarat kepada peminumnya tetapi juga kepada
keluarga dan orang lain. Seseorang kaki minum nescaya akan melupakan tanggungjawab
terhadap keluarga malah terjebak kepada masalah keganasan rumahtangga dan penganiayaan
terhadap anak-anak.

Lari Dari Rumah


Masalah anak-anak lari dari rumah adalah berkaitan rapat dengan kepincangan dalam
mengendalikan rumahtangga. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan-rakan di luar untuk
mencari keseronokan kerana apabila berada di rumah mereka sering terkongkong akibat
persekitaran rumah yang sempit, adik beradik yang ramai atau dimarahi ibu bapa. Tidak
kurang juga sebab mereka lari adalah kerana kemiskinan keluarga, pergaduhan ibu bapa,
pengaruh filem dan lain-lain.
Mengikut statistik orang hilang Polis Diraja Malaysia (PDRM), ada kes mengikut
teman lelaki membabitkan remaja perempuan seawal usia 10 tahun, manakala peringkat umur
14 dan 17 tahun adalah paling ramai terbabit iaitu 4,097 orang. Perkembangan ini amat
membimbangkan kerana pada usia masih mentah, golongan terbabit sebenarnya berisiko
tinggi menjadi mangsa jenayah kekerasan, sama ada dirogol, dilacurkan atau dibunuh.
Selain itu, ada juga golongan remaja yang melarikan diri dari rumah kerana mengikut
kekasih. Dunia remaja penuh dengan emosi dan ramai antara remaja kini terlalu mengikut
perasaan. Akibat perhubungan bebas antara lelaki dengan perempuan, ramai antara mereka
menjalani alam percintaan pada usia yang terlalu muda dan masalah akan mula timbul
apabila hubungan tidak direstui oleh ibu bapa. Untuk menghadapi masalah ini, mereka
mengambil jalan mudah, iaitu lari dari rumah. Di samping itu, ada juga gadis lari dari rumah

kerana terpengaruh dengan janji manis pasangan yang sebenarnya ingin memperdayakan
mereka.

Gejala Bohsia
Perkataan bohsia berasal dari perkataan Hokkien yang bererti tanpa bunyi. Oleh
kerana aktiviti maksiat itu berlaku dalam gelap dan sunyi maka ia disebut awek bohsia.
Mereka ini terdiri daripada gadis-gadis belasan tahun yang berumur dalam lingkungan 13-17
tahun. Asalnya aktiviti mereka ialah menggoda remaja mat-mat motor untuk berseronokseronok. Mereka bergaul bebas sesama mereka untuk bersuka-suka dan melakukan hubungan
seks atau minum arak. Ada antara mereka yang berkongsi lebih dari seorang lelaki bagi
memenuhi kepuasan yang diingini. Hasil kajian yang dilakukan pada tahun 1994-1995,
mendapati 24% remaja berusia 13 tahun hingga 19 tahun pernah melakukan hubungan seks.
18% pernah melakukan hubungan seks pada peringkat umur 15 hingga 18 tahun.

Pelacuran
Fenomena di Malaysia dan Kajian LPPKN 1996- 2000, sebanyak 24% peratus remaja
yang berumur 13 hingga 18 tahun pernah menjalinkan hubungan seks sebelum nikah
manakala 80% daripada mereka telah terdedah kepada bahan-bahan lucah. Keratan akhbar
METRO pada 14 April 2011 melaporkan seramai empat pelanggan warga tempatan berusia
dalam linkungan 20-an dan 10 wanita tempatan serta Indonesia berusia 25 hingga 43 tahun
dipercayai pelacur ditahan dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 4 petang itu.
Jurucakap polis berkata, hasil siasatan mendapati wanita-wanita berkenaan menjalankan
kegiatan tidak bermoral itu dari pukul 12 tengah hari hingga 7 malam dengan bayaran antara
RM40 dan RM70. Sewaktu serbuan dilakukan sebahagian daripada pelacur melarikan diri
tanpa seurat benang. Menurut sumber dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,
kebanyakan kes melibatkan pasangan kekasih. Hotel-hotel murah hanya mengenakan bayaran
sebanyak RM 30 untuk 1-2 jam untuk bilik tertutup siap dilengkapi kamera litar. Menurut
sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia pula, 1.8% daripadanya mengaku pernah
terlibat dengan aktiviti seks haram.
Dari statistik Polis Kuala Lumpur mendapati wanita Melayu merupakan kaum yang
paling ramai terlibat dalam pelacuran iaitu dengan 60 %, diikuti dengan kaum Cina paling

rendah iaitu 2%, sebanyak 30% lain-lain kaum dan 8% kaum India. Kebanyakan kegiatan
pelacuran yang kian bertebaran di Malaysia adalah disebabkan oleh kedatangan rakyat asing
dan pelancong asing yang menyalahgunakan visa pelancong mereka. Bayaran terhadap
mereka adalah berbeza-beza mengikut rupa paras, umur dan tempat beroperasi. Pelacur kelas
atasan biasanya beroperasi di hotel yang mempunyai bintang, spa kesihatan dan rumah urut.

CARA MENGATASI MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA


Pada era globalisasi ini, gejala sosial dalam kalangan remaja begitu membimbangkan
dan berleluasa. Secara umumnya, gejala sosial ini dikaitkan dengan perlakuan negatif yang
dilakukan oleh remaja marcapada ini. Malah, gejala sosial yang melibatkan golongan remaja
bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan tetapi juga membabitkan kelompok remaja
kelas menengah dan atasan. Hal ini berlaku kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat
mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana. Oleh itu, langkah-langkah segera
perlu diambil oleh pihak berkenaan untuk mengekang kemelut ini daripada terus menular.
Pada hemat kumpulan kami, peranan diri remaja itu sendiri merupakan peranan utama
bagi mengatasi gejala sosial ini. Hal ini demikian kerana apa-apa yang dilakukan adalah
berdasarkan kehendak dan kemahuan diri sendiri. Sekiranya diri sendiri tidak mahu
melakukan itu, maka kita tidak akan melakukannya. Sudah terang lagi bersuluh, sesetengah
kajian menyatakan apa-apa yang berlaku atas kemahuan diri sendiri. Oleh itu, kita perlulah
muhasabah diri sebelum menunding jari kepada sesiapa. Dengan ini, keruntuhan moral dalam
kalangan remaja boleh dikurangkan seterusnya dapat membuka jendela kepada kemajuan dan
pembangunan negara.
Selain itu, peranan ibu bapa juga penting dalam mengekang masalah gejala sosial ini.
Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam
mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu lebih memahami jiwa remaja kerana pada masa ini jiwa
muda mereka akan lebih memberontak sekiranya tidak difahami sebaiknya. Ibu bapa perlu
menjadi sahabat kepada anak-anak mereka agar mereka lebih selesa menceritakan .masalah
mereka kepada ibu bapa mereka sendiri. Di samping itu, ibu bapa juga harus peka dan
membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka. Sebagai contoh,
mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan intelektual. Dengan ini perubahan tersebut
mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka
mampu membina jati diri sendiri. Sehubungan dengan itu, institusi keluarga penting.

Pendidikan agama adalah aspek paling penting dalam membentuk akhlak dan peribadi anakanak mereka. Ibu bapa perlulah mendidik dan mengajar mereka dengan didikan agama yang
kamil kepada anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini bersesuaian dengan pepatah, melentur
buluh biarlah dari rebungnya.
Seterusnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa media massa juga menjadi punca
masalah sosial dalam kalangan remaja. Oleh itu, saluran media massa seperti televisyen,
filem dan majalah perlu mendidik remaja agar tidak terlibat dengan kemelut keruntuhan
moral. Sebagai contoh, siaran yang memaparkan remaja yang berjaya mesti sering
ditonjolkan di media massa sebagi motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti
remaja juga sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif
mereka. Sebaliknya dasawarsa ini, remaja mudah terpengaruh dengan watak pelakon yang
membawa aksi negatif malah mereka berasa bangga. Hal ini tidak seharusnya berlaku dalam
golongan remaja pada masa kini. Sebaliknya, aksi yang baik perlulah dipamerkan di media
massa untuk diikut menjadi contoh untuk diteladani oleh mereka. Tuntasnya, media massa
memang berperanan untuk mengurangkan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja
hingga ke peringkat akar umbinya.
Selain peranan ibu bapa dan media massa, masyarakat sekeliling juga tidak
seharusnya bersikap lepas tangan bagi menyelesaikan masalah keruntuhan moral dalam
kalangan remaja ini. Janganlah mengambil jalan mudah dengan bersikap menutup sebelah
mata apabila terserempak dengan remaja yang terlibat dengan kemelut keruntuhan moral.
Sebaliknya, masyarakat seharusnya menegur tindakan golongan remaja ini. Jika sekiranya
teguran ini tidak dapat diterima, laporkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang
selanjutnya. Tanggapan bahawa usaha untuk memerangi masalah moral ini hanyalah terletak
kepada pihak kerajaan semata-mata tidak sewajarnya berlaku. Setiap anggota masyarakat
perlu berganding bahu seperti aur dengan tebing. Sikap mementingkan diri bagai enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlulah dikikis dalam diri. Dengan ini, usaha
membanteras kemelut keruntuhan akhlak ini mampu dilaksanakan.

KESIMPULAN
Dari penelitian yang dilakukan, kebanyakan gejala sosial dalam komuniti mula
berlaku di peringkat usia remaja dan juga semasa anak-anak di bangku persekolahan.
Masalah ini perlu dilihat dalam konteks mata rantai dimana ia tidak akan terjadi sekiranya
golongan dewasa tidak memulakannya. Perlakuan orang dewasa atau ibu bapa kepada anakanak akan mudah dicontohi oleh anak-anak.
Pengawasan yang tidak berlaku di peringkat orang dewasa menjadikan anak-anak
terjebak ke kancah maksiat. Pemantauan di peringkat pusat kuasa yang tidak berlaku secara
serius telah menjadi pemangkin kepada permasalahan sosial tidak berpenghujung dengan
noktah penurunan, bahkan graf terus meningkat naik setiap tahun.
Memang adalah tidak dapat dinafikan bahawa masalah sosial yang melanda Malaysia
kian meruncing baru-baru ini. Remaja masa kini hidup penuh dengan cabaran demi kemajuan
dan kemodenan sehingga mereka hidup dengan penuh kebebasan. Kebebasan remaja kini
tiada terbatas hinggalah berlaku pelbagai masalah sosial seperti merokok, ponteng sekolah,
gangsterisme, vandalisme, pembuangan bayi dan penagih dadah dalam kalangan mereka.
Menurut kajian, gejala sosial di kalangan mereka telah meningkat dari semasa ke semasa.
Banyak pihak yang bimbang masalah sosial dalam kalangan remaja terutamanya para ibu
bapa dan pendidik, maka langkah-langkah yang sewajarnya perlulah diambil supaya masalah
ini dapat diatasi.
Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam membanteras gejala sosial
kerana merekalah yang merupakan saudara yang terdekat bagi anak-anak mereka. Ibu bapa
sendiri perlu memainkan watak mereka dengan menunjukkan teladan yang baik dan tidak
melakukan perkara yang tidak betul di depan anak-anak mereka. Hal ini adalah kerana anakanak ibarat kain putih yang tidak tahu tentang apa-apa dan ibu bapa adalah orang yang
bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Ibu bapa mestilah memberikan ajaran dan didikan
agama kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi supaya mereka berkeperibadian tinggi.
Tambahan lagi, ibu bapa hendaklah menjalinkan hubungan yang mesra sesama anak-anak
mereka. Ibu bapa haruslah meluangkan masa bersama dengan anak-anak untuk menjalankan
aktiviti seperti membaca, melukis dan bermain badminton. Mereka juga sepatutnya
memberikan perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya serta menyediakan suasana yang
harmoni kepada anak-anak mereka. Dengan ini, barulah remaja pada masa kini tidak terjebak
ke dalam kancah gejala sosial.

Selain itu, pihak sekolah juga merupakan pihak yang boleh membendung masalah ini
daripada terus berleluasa. Guru merupakan ibu bapa para remaja di sekolah. Oleh yang
demikian, guru-guru seharusnya memberikan nasihat dan menolong mereka sekiranya
mereka menghadapi sebarang masalah di sekolah. Guru-guru agama, pendidikan moral serta
pendidikan sivik dan kewarganegaraan berperanan untuk memberikan pendidikan agama dan
moral kepada para pelajar. Mata-mata pelajaran ini merupakan satu langkah ke arah
membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-nilai
murni dalam diri setiap remaja. Pelajar-pelajar yang mempunyai pegangan agama dan nilai
moral yang kuat adalah dipercayai tidak mudah diperdaya oleh kawan untuk melakukan
sesuatu yang tidak bermoral. Unit bimbingan dan kaunseling sekolah haruslah kerap
menjalankan sesi kaunseling dengan para pelajar terutamanya mereka yang terlibat dengan
masalah disiplin supaya dapat membentuk jati diri yang teguh dalam jiwa mereka. Pihak
sekolah boleh turut mengadakan ceramah dan kempen. Sebagai contoh, kempen pencegahan
jenayah yang mendedahkan para pelajar tentang kesan-kesan negatif terlibat dalam gejala
sosial dengan mengharapkan mereka dapat menjauhkan diri dari perbuatan negatif tersebut.
Di samping itu, masalah ini dapat diselesaikan dengan adanya sokongan dari pihak
kerajaan dan masyarakat. Pihak kerajaan seharusnya menguatkuasakan undang-undang dan
mengenakan hukuman yang setimpal ke atas remaja-remaja yang terlibat dalam gejala sosial.
Pihak polis juga hendaklah meningkatkan rondaan dan pemantauan di sekitar bandar dan
kawasan yang sering berlaku kes sosial. Hal ini dapat menakutkan para remaja dari
melibatkan diri dalam gejala sosial. Kerajaan turut boleh melancarkan kempen kesedaran
tentang gejala sosial di seluruh negara agar para remaja mengetahui impak-impak negatif
apabila melibatkan diri dalam gejala sosial. Untuk mengatasi masalah sosial dengan
sepenuhnya, masyarakat sepatutnya berganding bahu dengan pihak kerajaan seperti kata
pepatah, "bagai aur dengan tebing". Masyarakat sewajarnya melaporkan sebarang kes gejala
sosial kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang lanjut dapat diambil.
Sebagai kesimpulan, masalah sosial haruslah dipandang serius oleh semua pihak
kerana para remaja merupakan aset yang penting untuk pembangunan negara pada masa yang
akan datang. Pelajar-pelajar khususnya remaja mesti dikekang daripada melibatkan diri
dengan kegiatan sosial yang negatif. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka merupakan
orang yang bakal mengambil alih bagi menerajui pucuk kepimpinan negara. Hal ini sama
seperti peribahasa, pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa. Segenap lapisan
masyarakat mesti menggembleng tenaga demi membanteras kegiatan sosial yang negatif ke

akar umbi. Kemelut ini nescaya dapat ditangani dengan adanya penggemblengan tenaga
daripada semua pihak kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Justeru, semua
pihak mestilah memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk menangani masalah sosial
supaya para remaja tidak terjerumus dalam gejala sosial dan menerajui negara kita ke arah
Wawasan 2020. Oleh itu, marilah kita bersama-sama bekerjasama seperti kata perumpamaan,
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, untuk menangani masalah keruntuhan akhlak ini
daripada terus menular.

BIBLIOGRAFI/RUJUKAN

Wan Azmi Ali, Selangkah ke Kubur,(1986), Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Petaling
Jaya

Nor Fatiah Binti Yunus, (2001/2002), Gejala Sosial Di Kalangan Masyarakat Islam
Di Kawasan Penempatan Setinggan: Kajian Di Kampung Kerinchi Kuala Lumpur,
Latihan Ilmiah Program Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Sheikh Othman Sheikh Halim dll, (1991), Kamus Dewan, cet 2, Edisi Baru, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Norazila Mohammad Nor, (2003/2004), Peranan Jabatan Agama Islam Melaka


Dalam Menangani Gejala Sosial di Kalangan Remaja, Latihan Ilmiah Jabatan
Akidah dan Pemikiran Islam,Universiti Malaya

Zool Hilmi Haji Suhaimi, (1997/1998), Gejala Sosial Remaja Dan Penyelesaiannya
Berdasarkan Surah Luqman, Latihan Ilmiah Bahagian Pengajian Usuluddin,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mohd Reduan Aslie, , (1990), Jenayah Di Malaysia: Aliran, Punca dan


Penyelesaian, Kuala Lumpur, AMK Interaksi Sdn Bhd

Lari dari rumah. (atas talian). http://www.infosihat.gov.my/Penyakit/Remaja/php.


Diterima pada Ogos 2010.

Lima kategori lari dari rumah untuk mencari kebebasan luar. (atas talian).
http://www.bharian.com.my/bharian/html. Diterima pada Ogos 2010.

Keratan akhbar Metro (14 April 2011) kes pelacuran

Keratan akhbar Utusan Malaysia (6 Ogos 2004) kes gangterisme

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai