Anda di halaman 1dari 5

PANTUN PERPADUAN

MURID TAHUN 2 @ MENTEE : MICHAEL JOK WILSON


MENTOR : CIKGU NOR ADILA

Ada kapal, ada kelasi,


Masa terluang mengail ikan,
Sehati Sejiwa tunjang aspirasi,
Perpaduan kaum jadi keutamaan.

Hujan petang membawa pelangi,


Pelangi muncul sekali-sekala,
Pemimpin Negara terus disayangi,
Berpadu Rakyat hidup terbela.

Tuan puteri dari kayangan,


Senyuman manis seperti madu,
Berbilang kaum bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang maju.

Pergi ke pasar membawa raga,


Pergi bersama dengan Ikram,
Perpaduan kaum terus dijaga,
Agar hidup, aman dan tenteram.

PANTUN PATRIOTIK
Meraut muka di awal pagi
menutup mata duduk bersila
bulan merdeka datang lagi
semangat kita membara semula
Sejuk sawah waktu pagi,
Cuaca gelap buka pelita,
Tumpahnya darah kami di sini,
Megah berdaulat pusaka bonda.
Berkayuh kolek ke Indragiri,
Memutih pasir di Kuala Pasai,
Tetap tegak kami berdiri,
Perjuangan panjang belum selesai.
Pohon meranti tumbuh berjajar,
Dibawa orang dari kuala,
Zaman kini penuh mencabar,
Maruah bangsa tetap dibela
Cari ikan sampai bertemu,
Lautan gelora bukan halangan,
Anak watan mesti berlimu,
Kemajuan negara jadi taruhan
Orang ramai tak kira masa
tunggu giliran di tengah laman
aman damai sejahtera sentiasa
itulah perjuangan sepanjang zaman

MURID TAHUN 2 @ MENTEE : MICHAEL JOK WILSON


MENTOR : CIKGU NOR ADILA

Contoh 1 : Semangat perpaduan


Jual: wangi sungguh bunga kemboja,
Datang dipetik oleh si Laila,
Semangat perpaduan dihiraukan saja,
Bagaimana cara memulihkannya semula?
Beli : merdu sungguh bunyi kangsa,
Kangsa dimain oleh zaquan,
Bersatu padu tidak mengira bangsa,
Pulihlah semula semangat perpaduan.

Petang hari pergi ke pecan,


Pulang membawa sebungkus laksa,
Hidup muhibah perlu diamalikan,
Dinegara Malaysia berbilang bangsa.
Tuan puteri dari kayangan,
Senyuman manis seperti madu,
Bermacam keturunan bukan halangan,

Untuk membina bangsa yang maju.

Cantik bergugus buah papaya,


Masak dipetik satu persatu.
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.
Air mengalir dalam terusan,
Mengairi sawah berates relung,
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong.

Enak nian air kelapa,


Penawar sakit mujarab sekali,
Kebudayaan asal tidak dilupa,
Kebudayaan nasional mereka banggai. ( tema: keharmonian dan perpaduan hidup)

kemerdekaan@ Negara Malaysia ( cintakan perpaduan)


pergi ke kedai membeli bola,
bola dibeli di kedai Hassan,
dato seri najib sebagai idola,
1 malaysia jadi gagasan.
Hujan petang membawa pelangi,
Pelangi tumbuh sekali sekala,
Pemimpin Negara terus disayangi,
Rakyat jelata terus dibela.
Pergi ke pasar membawa raga,

Pergi bersama dengan Karam,


Perpaduan kaum terus dijaga,
Supaya hidup aman dan tenteram.
Ada kapal, ada kelasi,
Masa terluang menangkap ikan,
1Malaysia menjana transformasi,
Perpaduan kaum diutamakan,
Pergi ke kedai beli buah longan,
Beli bersama seekor ikan,
1 Malaysia jadi pegangan,
Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.
Dahan melantur tersekah luruh,
Jatuh di perdu menimpa batu,
Biar Guntur menghambur geruh,
Semangat berpadu warga bersatu.
Tepian biara pohon pulasan,
Daun pegaga diatas papan,
Aspirasi Negara mencapai wawasan,
1malaysia,wahana perpaduan.

Anda mungkin juga menyukai