Anda di halaman 1dari 3

Pantang Larang Semasa Dalam Pantang

Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas
bersalin:
Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan
mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar d
an angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.
Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin men
guasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung
kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.
Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim y
ang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.
Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan pera
nakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana i
bu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.
Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan s
embuh semula.
Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seming
gu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. D
uduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-b
enar dapat berehat.
Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian sepert
i keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan da
n ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusuk
an anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.
Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh me
nyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan
di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.
Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senj
a adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang d
alam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.
Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan
fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum
tua.
Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan
berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentaln
ya.

Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk


Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada s
atu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu
itu seorang yang lemah.
Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin d
engan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihata
n ibu-ibu.
Cara Mandi
Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi
ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada
bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk i
bu-ibu dalam pantang.
Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Guna menyembuhka
n luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan ai
r rebusan daun-daun.
Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada se
tiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.
Cara Berbaring / Tidur
Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang
bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan keti
ka ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.
Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang
Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman sela
ma 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dala
m pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu d
i dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melah
irkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.
Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu0ibu selama dalam pantang supaya badan
sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selam
a sebulan.
Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang
tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.
Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku b
oleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku h
endaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.
Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk menge
cutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.
Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh me
mbuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.
Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang mema
kannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan t
urun darah dan bentan.
Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandu

ngi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibuibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bah
agian vagina. Makanlah 2 kali sehari.
Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam
pantang.
Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimak
an oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyeb
abkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.
Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah l
ai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini
berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun da
rah

Anda mungkin juga menyukai