Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PENTAPAN TARGET SPM 2016

,



Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk
mengadakan dan berada dalam
Majlis Penetapan Target SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah 2016
Ya Allah Ya Faaalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan
rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini
mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.
Disaat ini juga kami rafakan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar
Engkau kurniakan kecemerlangan kepada kami dalam pelbagai bidang pada masamasa akan datang, khususnya dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia pada
tahun ini.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah pelajar-pelajar yang berada di hadapan ini sentiasa berusaha dengan
gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang
akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon
daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis ini akan menjadi sumber
inspirasi kepada mereka dalam mengerah keringat dan menggembleng tenaga
untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.