Anda di halaman 1dari 1

KOTA EMERALD ATLANTOS PADLEPOP

Bermula sebuah penceritaan kota moden yang dibangunkan oleh


masyarakat padlepop di masa hadapan. Kota yang berteraskan
keriangan, kemodenan dan keceriaan masyarakatnya dibangunkan
dalam beberapa fasa.
Fasa keriangan mengambil alih dan merubah corak
pembanggunan masyarakatnya dengan kegembiraan apabila Sang
Raja Padlepop menyamaratakan penduduknya dengan segala
kemudahan.
Perincian kota yang menggunakan warna emerald membentuk sebuah
kota yang sejuk dihiasi kemodenan rekaciptanya. Kemodenan yang
dicipta membentuk peradaban masyarakat Padlepop yang begitu
taksub dengan pembanggunan. Mesin pengangkutan direka
memudahan penduduknya untuk bergerak dengan mudah.
Laluan kereta yang direka melalui terowong lutsinar melintasi
dan menumbusi pembanggunan Kota termegah ini. Seni bina rekaan
banggunan pula menggunakan perincian yang tiada dikota-kota lain
didunia. Rekaan yang canggih dan tampak mustahil ini menjadi
gambaran yang kota ini berada dalam kelebihanya sendiri.
Meskipun Rajanya sangat tegas, rakyatnya hidup dengan penuh
kecerian diserlahkan dengan keadilan yang diberi. Rakyat bebas
bergerak kesana-sini. Tiada yang bermasaalah. Lantas kota ini sentiasa
menjadi pilihan dan perebutan Kota-kota lain, maka Sang Raja
membina jentera pertahanan yang cukup moden untuk mengawal dan
memastikan keselamatan penduduknya.
Dengan kelengkapan yang disediakan penduduk Kota Emerald
Atlantos Padlepop hidup dengan aman dan sejahtera