Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.

W
Pembuka Bicara
Assalamualaikum...WBT
Majlis mengucapkan selamat datang ke majlis sambutan maulidur rasul perdana tahun 1437 H,
2016 masihi.
Pergi ke pasar membeli ikan,
Ikan dimasak diatas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara
Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..
Protokol
Yang berusaha, Tuan pengetua SMK LKTP BELITONG, Pn Roziah Binti tawil
1. Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md
Shazilli,
2. Yang dimuliakan penceramah jemputan kita ..............
3. Yang di hormati En Roslan Bin Abd Rashid Yang dipertua PIBG Sekolah
4. Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn Zaidah Binti Danial
5. Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik En Sarimen Bin Sapiei
6. Pn Hjh Rusnawati Binti Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti
7. Barisan Pensyarah Kolej Vokasional Juasseh dan
8. Para pelajar yang di rahmati sekelian
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha
Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan
kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda
dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di stadium mini smk lktp belitong yang permai
ini, bagi satu lagi majlis ilmu, meraikan Sambutan Maulidur Rasul PErdana 2016 bersamaan
dengan 1437 hijrah.
Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, Sambutan Maulidur Rasul perdana ini Julung kali
diadakan dengan gabungan beberapa buah sekolah serta jabatan di sekitar Felda Ulu Belitong
& Bukit Tongkat selaras dengan tema Maulidur rasul pada tahun ini.. Selain itu juga Objektif
utama sambutan ini adalah utk menyuburkan rasa cinta dan kasih kita kepada Junjungan

Rasulullah S.a.w dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan
dan silaturrahim sesama warga sekolah, selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun
1437 Hijrah; PERADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA
Bacaan doa
Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,
Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan
bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Noraziz Bin Ahmad untuk memimpin bacaan
doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
*****************************************Bacaan Doa************************************************
Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Noraziz Bin Ahmad di
atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Kata alu-aluan
Hadirin warga dewan yang di rahmati Allah sekelian,
Sambutan maulidur rasul saban tahun diadakan bagi memperingati tarikh kelahiran junjungan
kita junjungan besar rasullullah s.a.w. Seperti yang kita sedia maklum bahawa rasullullah s.a.w
merupakan pemimpin yang agung yang menjadi contoh umat baginda sehingga akhir zaman. Di
samping itu juga, majlis seumpama ini dapat menzahirkan rasa cinta dan kasih kita yang
mendalam terhadap junjungan besar rasulullah s.a.w
Dari Anas r.a katanya Nabi s.a.w pernah bersabda.. Tidak (sempurna) iman seseorang kamu,
sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibubapanya, anaknya dan manusia
umumnya.
Ya Allah, restui dan berkatilah junjungan kami nabi Muhammad s.a.w sebagai hamba, Nabi dan
Rasul mu yang ummi. Berkatilah keluarga dan sahabat baginda. Sejahterakanlah baginda
selama-lamanya. Kami pohonkan sebanyak bilangan apa sahaja yang diketahui oleh Mu atau
sebanyak perkara yang ditulis oleh kalam mu dan sebanyak yang dirangkum oleh kitab suci
mu..Amin Ya Rabbal alamin

Bacaan Ayat SUci Al- Quran

Aturcara majlis diteruskan dengan Bacaan ayat suci Alquran yang akan di baca olehTetamu
jemputan Khas kita Saudari Farah Nur Izzati Binti Hj Zainuddin. Beliau akan membaca Surah
_____________ Ayat ___________________ dan Berzanji oleh saudara
_________________________ dari ______________________ & Saudara
_________________________ dari___________________________________---

MAjlis merakamkan ribuan terima kasih atas Bacaan tersebut.

Seterusnya, Majlis di teruskan dengan persembahan Nasyid oleh Kumpulan


_____________________________ . Dipersilakan

Hadirin dan hadirat sekalian


Siddiq, amanah ,tabliq, fatonah,
Sifat terpuji junjungan rasulullah,
Menjaga pekerti mengamalkan sunnah,
Perpaduan Nadi Transformasi Ummah
Warga dewan yang dirahmati sekelian,
Majlis maulidur rasul 1433 H di bawah tema Perpaduan Nadi Transformasi Ummah diteruskan
lagi dengan mendengan ceramah daripada penceramah jemputan kita. Oleh itu, marilah kita
sama-sama meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal di
sampaikan dapat kita hayati dan manfaat bersama. Sehubungan dengan itu, majlis dengan
penuh takzim mempersilakan Ustaz Abdullah bin yusuf, perunding motivasi PPD JB...............
untuk menyampaikan ceramahnya ...dipersilakan

NUN DI SANA INDAHNYA KOTA


KOTA BERSIH DIJAGA SENTIASA
INDAH SUNGGUH BICARA KATA
JADI IKTIBAR PADA SEMUA

Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran jua teladan.

Semoga apa yang telah di sampaikan sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan
amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan jutaan terima
kasih kepada Al-fadzil Ustaz .

Pemberian cenderamata
Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,
Di kesempatan ini, Pihak majlis berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda
penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi menjayakan majlis
sambutan maulidur rasul peringkat sekolah tahun 1432 H ini.
Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Yang berusaha Timbalan pengarah sokongan
akademik Pn Zaidah Binti Danial, untuk menjemput dan mengiringi yang berbahagia Tuan
Pengarah Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli untuk menyempunakan penyampaian
cenderamata.
Majlis mempersilakan,
Majlis dengan segala hormatnya menjemput al fadhil ustaz ...................... untuk menerima
cenderamata penghargaan dipersilakan

Dewa sakti melayang ke Daik


Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang berusaha Tuan pengarah yang telah sudi
menyampaikan cenderamata itu tadi.

PENUTUP
Limau purut berbuah sarat
Dipetik datuk di simpan di para
Makanan terhidang tanda isyarat

Isyarat untuk menjamu selera


Hadirin warga dewan yang dirahmati sekelian
Acara majlis sambutan maulidur rasul berhenti seketika. Majlis akan diteruskan lagi jam
daripada sekarang. Untuk itu majlis dengan penuh takzim mempersilakan yang berbahagia
pengetua cemerlang puan norasikin binti md shazilli dan seterusnya menjemput dan mengiringi
Yang dimuliakan tuan penceramah kita dan semua para tetamu untuk meninggalkan majlis.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Anda mungkin juga menyukai