Anda di halaman 1dari 4

PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM TINGKATAN

ENAM DI SEKOLAH
DEFINISI KOKURIKULUM
Warta Kerajaan 28 Disember 1967 (Peraturan Kursus Pengajian):
Gerakerja/Kegiatan Kumpulan
Warta Kerajaan 31 Disember 1997 (Peraturan Kursus Pengajian): Apa-apa kegiatan yang
dirancang, lanjutan daripada P&P
PUNCA
KUASA
PELAKSANAAN
KOKURIKULUM
Akta Pelajaran Peraturan Surat Pekeliling
Ikhtisas Surat Siaran Penegasan tentang aktiviti kokurikulum terkandung dalam: Akta
Pelajaran 1961 Kursus-kursus Pengajian Sekolah 1956, Peraturan-Peraturan (Persatuan)
Sekolah 1961 dan Peraturan-Peraturan (Lawatan) Sekolah 1961
KONSEP
Aktiviti Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah (Kurikulum
Kebangsaan 1997) Satu bidang pendidikan yg melibatkan semua murid & anggota
masyarakat, anggapan bahawa: i. Keseimbangan dari segi mental & fizikal ii. Mempunyai
minat dan bakat yang boleh dikembangkan iii. Boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri
serta rakan sebaya
MATLAMAT
i) Untuk merealisasikan FPK kesedaran beragama dan kepercayaan kepada tuhan seimbang
dari segi mental, rohani, emosi & jasmani integrasi kaum bina minat & bakat murid
meningkatkan disiplin budaya sekolah school is fun kerjasama dua hala sekolah berwatak
ii. Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib Matlamat
gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar
hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian
seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan kelab sukan atau permainan.
{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan
beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada
peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
17/2000 bertarikh 16 November 2000).
Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri
untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh
dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan
ponteng sekolah atau ponteng kelas. {Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku UndangUndang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka}
iii. Peranan Guru Penyertaan semua guru sebagai penjawat awam dalam mengurus, menyelia
dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. Penyertaan semua guru
adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di
sekolah (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.) Setiap orang guru di
sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggung jawab yang spesifik, terperinci,

dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam bidang
kurikulum.
iv. Kegiatan kokurikulum Kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang
dipelajari di dalam bilik darjah. {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997}
STRATEGI PELAKSANAAN
1) Memberi wajaran yang sesuai antara kepentingan dan aktiviti kokurikulum
2) Mempelbagaikan aktiviti- beri peluang kepada semua murid/pelajar melibatkan diri
dengan aktif
3) Pemupukan perpaduan
4). Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat
5). Menyelia, Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum secara sistematik &
berterusan
6). Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid
7). Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa kesemasa.
8). Memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam aktiviti
kokurikulum.
PENGURUSAN KOKURIKULUM TINGKATAN 6
Pelaksanaan Kokurikulum di sekolah perlu dilaksanakan secara terancang, sistematik, telus
dan mematuhi panduan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi
yang berkuasa di atasnya khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia.
1. ASAS PELAKSANAAN
Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum Sekolah i. Pengerusi
Pengetua Sekolah ii. Timb. Pegerusi - Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam iii.
Setiausaha Penyelaras Kokurikulum
i) Menetapkan dasar dan matlamat pelaksanaan kokurikulum T6
ii)
Keanggotaan dalam Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (SPI
Bil.1/1985, 2 Jan 1985)
iii) Merumus dan menetapkan Visi dan Misi kegiatan kokurikulum T6
iv)
Menganggotai Jawatankuasa Kerja Kokurikulum Sekolah ( Carta Organisasi
Kokurikulum)
v). Mengenal pasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan spt sumber tenaga dan
kepakaran, persekitaran, sumber bantuan dan kewangan serta kecenderungan pelajar
vi). Menyediakan perancangan dan jadual tahunan ( takwim ) kokurikulum T6 dalam
Takwim Sekolah
vii). Menubuhkan badan beruniform, Kelab dan Persatuan serta Kelab Sukan dan Permainan
di sekolah dan melantik guru-guru penasihat.
viii) Menyediakan kurikulum kegiatan setiap kelab/persatuan
ix) Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum untuk guru-guru.
x.) Memantau dan menyelia pelaksanaan aktiviti kokurikulum

xi). Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan setiap kegiatan


disekolah
xii). Melaksanakan Skema Penilaian Aktiviti Kokurikulum untuk setiap pelajar
xiii. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus jurulatih.
xiv. Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang pelajar dalam kegiatan kokurikulum
peringkat daerah negeri, kebangsaan dan antarabangsa
PENGURUSAN MURID
i)Setiapmuridmenyertaikegiatankokurikulumsepertiyangditetapkandanmasingmasing
mempunyairekodpenyertaan,penglibatandanpencapaiandalambidangkokurikulumyang
disertaiitu.
ii) Setiap murid diberi penilaian prestasi tahunan atas kehadiran, perjawatan, penglibatan,
penyertaan, dan pencapaian mereka dalam bidang kokurikulum berdasarkan Skema Penilaian
yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
iii) Sekolah mewujud dan mengemaskini pangkalan data mengenai pencapaian pelajar dalam
bidang kokurikulum pada setiap tahun.
iv) Menyediakan insentif atau anugerah kepada murid dan guru-guru yang cemerlang dalam
kokurikulum sekolah.

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM SMK PITAS II

PENGERUSI: TUAN HAJI ABDUL HAMID BIN AHMAD (Pengetua)


NAIB PENGERUSI 1: PUAN ASNAH SALAMAT (Penolong Kanan Tingkatan Enam)
NAIB PENGERUSI 2: ENCIK JATIUS MASAIN (Penolong Kanan Kokurikulum)
SETIAUSAHA: ENCIK LAIMIN MATONG (Guru Kokurikulum Tingkatan Enam)
AJK: ENCIK MARVIN CHIN
ENCIK GALAMPAS UENSAI
ENCIK MOHD ALI ABDULLAH
ENCIK SAIRUN UTOH
ENCIK ZAMZURI AHMAD
ENCIK MUHAMMAD IZUAN ZAKARIA
PUAN JUINAH KILUS
CIK IDAHWATI IKHWAN
ENCIK MOHD ROSLEY YUSOF
PENGAGIHAN TUGAS GURU-GURU PENASIHAT
Kelab dan Persatuan
Persatuan Tingkatan Enam
Semua guru
Sukan dan Permainan
Futsal

Badminton

Bola tampar
Bola jaring

Unit Beruniform
ASPA

BSMM

Pengakap

Mohd. Rosley Yusof


Sairun Utoh
Muhammad Izuan Zakaria
Galampas Uensai
Mohd Ali Abdullah
Zamzuri Ahmad
Marvin Chin
Laimin Matong
Juinah Kilus
Idahwati Ikhwan
Asnah Salamat
Mohd. Rosley Yusof
Zamzuri Ahmad
Muhammad Izuan Zakaria
Mohd Ali Abdullah
Marvin Chin
Sairun Utoh
Galampas Uensai
Asnah Salamat
Juinah Kilus
Idahwati Ikhwan
Laimin Matong

Anda mungkin juga menyukai