Anda di halaman 1dari 4

Soalan : Implikasi Sistem Pendidikan British terhadap masyarakat tempatan

Sikap British Terhadap Pendidikan Melayu

Tujuan pihak Inggeris untuk menyediakan pendidikan Melayu khasnya dalam


pembinaan sekolah adalah bertujuan untuk memenuhi selera politik

penjajahan mereka sahaja.


Objektif mereka adalah untuk membina pengaruh dan politik British
(

Inggeris

tanpa

melihat

keperluan

masyarakat

tempatan

yang

kebanyakannya terdiri daripada masyarakat tani.


Matlamat utama mereka adalah sekadar memberi pendidikan kepada orang
Melayu untuk melengkapkan tenaga manusia di peringkat rendah, iaitu di

peringkat buruh.
Tegasnya sekadar untuk menjadi petani yang lebih baik dari orang tua
mereka

dan

dapat

hidup

gembira

dalam

masyarakat

kampung.

Seandainya mereka ( penjajah ) membenarkan para pelajar Melayu


menyambung pelajaran mereka hingga ke darjah enam adalah satu
kesalahan besar bagi mereka ini adalah disebabkan bertentangan dengan

prisip dan dasar pendidikan mereka.


Golongan ini berpendapat tujuan

utama

mereka

adalah

sekadar

menghapuskan buta huruf pada tahap yang minimum sahaja ( Cheeseman,


1848 ) Kenyataan in i memeng munasabah oleh sebab dengan hanya
pencapaian setakat darjah empat, anak anak Melayu sudah dapat
membaca, membuat kiraan yang mudah dan seterusnya dapat digunakan di

dalam urusan seharian supaya tidak tertipu oleh pekedai pekedai.


Pihak British juga tidak menggalakkan orang Melayu menghantar anak

mereka ke sekolah sekolah Inggeris.


Malahan R.O. Winstedt sendiri tidak setuju supaya bahasa Inggeris diajarkan

di sekolah Melayu.
Ada juga dikalangan anak anak Melayu yang mendesak supaya Pihak
British menubuhkan sekoalh Inggeris di Lenggong dan Krian Perak, namun
sudah dasar pihak penjajah tidak mahu anak anak Melayu ini maju maka
cadangan tersebut ditolak, pihak British beralasan bahawa anak anak
Melayu di kampung hanya layak bersekolah Melayu sahaja.

Pihak British sebenarnya khuatir bahawa jika pelajaran Inggeris di beri


kepada masyarakat Melayu , kesedaran politik serta pemikiran mereka akan

berkembang dan seterusnya menggugat kedudukan British di Tanah Melayu.


Dalam Perak Govement Gazette , 6 Julai 1884, telah tercatat :
Mengajar

kanak

kanak

membaca

dan

menulis

dalam

bahasa ibunda mereka atau bahasa Melayu kita akan selamat.

Pihak British dengan secara tidak langsung telah menanamkan sikap


memuliakan pekerjaan buruh dan mengajar orang Melayu supaya terus
tinggal di kampung kampung. Pihak British mahu supaya masyarakat
Melayu tidak akan berubah nasibnya dan kekal dengan pekerjaan tradisi.

Walau bagaimanapun, bagi melahirkan pemimpin Melayu yang boleh


membantu birokrasi penjajah serta mengambil dan menjaga hati golongan
bangsawan dan pembesar pembesar Melayu ketika itu, Maktab Melayu
( Malay College ) Kuala Kangsar telah didirikan khas untuk anak anak
golongan ini.

Menurut Ibrahim Saad, terdapat 3 matlamat utama pendidikan pada zaman


penjajahan iaitu:

1. Sekolah mempunyai tujuan memasyarakatkan kanak-kanak dengan nilai-nilai


asing ataupun nilai-nilai bukan pribumi.
2. Sekolah melantik segolongan kecil masyarakat pribumi (terutamanya dari
golongan pemimpin-pemimpin tradisional) bagi memenuhi tujuan-tujuan
tertentu mereka.
3. Sekolah berbagai operasi memenuhi keperluan tenaga manusia yang paling
minimum dan diperingkat yang paling rendah. (Ibrahim Saad, 1990:7)
Ketiga-tiga

matlamat

memperkenalkan

di

sistem

atas

menunjukkan

pendidikan

bahawa

di Tanah

Melayu

tujuan
adalah

British
untuk

kepentingan British sendiri iaitu untuk tujuan ekonomi dan politik dan
bukannya untuk kepentingan kaum pribumi atau kaum pendatang. British
tidak mempunyai sebarang niat untuk memajukan kaum pribumi mahupun
kaum pendatang. " Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah sematamata

untuk

memberi

pendidikan

kepada

segolongan

rakyat

bagi

membolehkan

sebahagian

mereka

memenuhi

keperluan

tenaga

dan

ekonomi ". (Abdullah Sani & P. Kumar, 1990: 1)

Kesan Pendidikan Terhadap Orang Melayu

Secara umumnya cara pendidikan sekolah Melayu dikendalikan oleh pihak

British telah gagal mendapat tempat di hati orang Melayu sendiri.


Kehadiran anak anak Melayu di sekolah sekolah Melayu ketika itu
bukanlah atas dasar keikhlasan hati untuk menuntut ilmu tetapi
disebabkan oleh paksaan yang telah dikenakan oleh British dengan cara

penguatkuasaan peraturan tersebut.


Pencerobohan British ke atas sistem pengajian tradisional al Quran

sedikit sebanyak telah menyinggung hati orang Melayu.


Matlamat sebenar pendidikan Melayu yang inginkan kemajuan yang
setanding dengan orang orang yang terdapat di Tanah Melayu ketika itu

telah tidak tercapai.


Anak anak Melayu lepasan sekolah rendah Melayu, akan terus pulang
ke kampung halaman mereka untuk bekerja sama ada sebagai petani,

buruh, guru, polis atau peon.


Boleh dikata di sini bahawa pelajar lepasan sekolah Melayu tidak

mempunyai kerja yang mendatangkan nilai ekonomi yang kukuh.


Pentadbir pentadbir British seperti R.J. Wilkinson,A.M Skinner dan juga
R.O.

Winstedt

yang

kelihatannya

berminat

dalam

perkembangan

pendidikan orang Melayu, sebenarnya bukanlah ahli ahli pendidik yang

boleh menyelami dan memahami cita cita orang Melayu ketika itu.
Keikhlasan mereka menjalankan tugas pada masa itu adalah diragui dan
diakui sendiri oleh William R.Roff. Ibrahim Saad ( 1981 : 20 ) telah

menerangkan :
Banyak orang

menyangka

bahawa

Laporan

Winstedt

itu

satu

pembaharuan tetapi mengikut Roff, Winstedt telah tidak memperdulikan

perkembangan intelek Melayu.


Ini disebabkan pada masa itu ia sedang membina kemasyhurannya
( reputation ) sendiri dengan menulis sejarah dan kesusasteraan Melayu.

Nasib masyarakat Melayu sehingga Perang Dunia Kedua masih lagi


belum berubah, mereka hidup dalam keadaan yang serba daif, masih

tidak mempunyai hala tuju.


Orang kampung pada mulanya tertarik dengan sumbangan British
terhadap pembinaan sekolah - sekolah Melayu, akhirnya sedar bahawa
anak anak mereka tidak akan maju walaupun mereka dihantar ke

sekolah ataupun tidak .


Abu Zahari ( 1980 ) telah merumus tentang kesan pendidikan Melayu

ketika itu seperti berikut.


Pendidikan Melayu sengaja disalurkan mengikut dasar mengekalkan
kaum tani sehingga kurikulum Sekolah Melayu tidak berkembang lebih
daripada memberi pendidikan dasar selama empat tahun kecuali latihan
pengurusan sebagai peringkat tertinggi pendidikan Melayu sesudah

sekolah dasar.
Pendidikan Melayu tidak dapat memberi hasil dan kesan yang positif
terhadap peningkatan taraf hidup dan keadaan sosial orang Melayu yang

kebanyakkannya tinggal di kampung.


Mereka semakin dihimpit dan kekal hanyut di dalam kemiskinan, walaupun
pada masa itu, peluang peluang perniagaan dan perindustrian yang

berdasarkan kepada getah dan bijih timah terdapat di pekan pekan.


Kegagalan pemerintah Inggeris dalam sistem pendidikan dan seterusnya
memajukan orang Melayu menerusi sistem tersebut telah menimbulkan
semangat kebangsaan Melayu pada tahun 1930-an.

Anda mungkin juga menyukai