Anda di halaman 1dari 3

SMK TOH INDERA

WANGSA AHMAD
JLN.TG.TUALANG, 31007 BATU
GAJAH,

KERTAS KERJA
CADANGAN PEMBELIAN
ALAT MUZIK NASYID

1.0

PENDAHULUAN

Kumpulan nasyid Soutul Rayyan merupakan sebuah kumpulan nasyid yang mewakili
SMKTIWA dalam pertandingan nasyid yang diadakan saban tahun dalam Majlis Tilawah AlQuran (MTQ). Kumpulan ini terdiri daripada 20 orang ahli yang sangat komited dan
mempunyai minat yang mendalam dalam bidang nasyid.Penggunaan alat muzik adalah wajib
dalam nasyid.Selama bertahun-tahun, para pelajar sekolah ini menggunakan alat muzik sedia
ada yang telah uzur dan ada yang telah rosak serta patah. Maka, adanya kertas kerja ini
bertujuan untuk mendapatkan kebenaran pihak pentadbir untuk pembelian alat muzik.
2.0

OBJEKTIF
2.1
Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk membeli alat muzik nasyid ( perkusi ) yang
baru memandangkan alat perkusi yang sedia ada terlalu uzur dan adanya yang telah
rosak. Dengan adanya alat perkusi yang baru ini, diharapkan dapat memantapkan lagi
2.2

pasukan nasyid sekolah ini.


Pelajar-pelajar dapat menjadikan muzik nasyid sebagai salah satu riadah minda dan
aktiviti ko kurikulum yang berupaya menerapkan budi bahasa dan nilai-nilai murni

2.3
2.4

serta memperkasakan seni muzik nasyid agar tidak luput ditelan zaman.
Pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran bermain alat perkusi dengan lebih mantap.
Boleh digunakan dalam semua aktiviti yang melibatkan alat muzik seperti marhaban,
pantun seloka dan lain-lain.

3.0

RASIONAL
3.1
Memberi satu aktiviti yang sihat kepada para pelajar yang meminati bidang ini.
3.2
Memberi keyakinan kendiri kepada pelajar melalui aktiviti-aktiviti seperti membuat
persembahan dalam semua acara di sekolah serta menyertai sebarang pertandingan
3.3

4.0

yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.


Melalui aktiviti ini, dapat mendisiplinkan pelajar serta memberi motivasi kepada

mereka tentang kelebihan diri.


AKTIVITI-AKTIVITI
4.1
Latihan nasyid untuk semua acara sekolah seperti sambutan hari guru, Majlis
anugerah Cemerlang, Hari Mesyuarat PIBG sekolah, Majlis Maulidur Rasul, Majlis
4.2

5.0

Isra Mikraj, Hari Kejohanan sukan dan balapan dan lain-lain yang berkaitan.
Latihan marhaban untuk pertandingan dan juga persembahan sekolah

PERANCANGAN
5.1
Untuk menjadikan SMKTIWA sebuah sekolah yang disegani dalam bidang nasyid
5.2
Menghasilkan sebuah pasukan nasyid yang mantap sekurang-kurangnya mendapat
tempat TOP 5 di Kinta Selatan.

6.0

ANGGARAN PERUNTUKAN
NAMA ALAT
1. CONGA

KUANTITI
1

HARGA
RM 1280

2.
3.
4.

BONGO
TAMBORINE
DARBUKA
JUMLAH
GST 6%
JUMLAH BERSIH

7.0

1
1
1

RM680
RM 68
RM720
RM 2748
RM164
RM2912

PENUTUP
Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini. Sesungguhnya
bantuan dan kerjasama dari pihak tuan akan dapat membantu pasukan ini untuk memberi satu
hasil yang diharapkan disamping memberi peluang khasnya kepada pelajar sekolah ini untuk
menyertai satu aktiviti yang dapat membina peribadi pelajar bertepatan dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Disediakan oleh :
--------------------------( Pn. Zalina Mat Zin)
Jurulatih Pasukan Nasyid Sekolah
Persatuan Agama Islam
SMKTIWA