Anda di halaman 1dari 2

KELEMAHAN KAEDAH LIPATAN KERTAS DALAM MENGAJAR PECAHAN SETARA

KELEMAHAN
1. Kekeliruan ketika melipat kertas.
Apabila melipat terlalu banyak contoh
pecahan, murid akan berasa keliru
kerana terdapatnya bekas lipatan bagi
pecahan sebelumnya. Murid akan keliru
dengan bahagian yang terbentuk kerana
mengunakan satu kertas yang sama
untuk menunjukkan banyak pecahan.
2. Perbandingan pecahan setara
pada kertas lipatan yang sama.
Seringkali guru menggunakan kertas
sama yang telah dilorekkan dengan
pecahan asalan bersama pecahan
setaranya. Tujuan guru menggunakan
kertas yang sama untuk murid melihat
persamaan betuk asalan antara keduadua pecahan tersebut. Namun akan
timbul kesukaran di mana murid akan
keliru kerana tidak mendapat lihat
dengan jelas pecahan asalan.
3. Penggunaan kertas bentuk yang
tidak bersesuaian.
Dalam bentuk 2D, terdapatnya bentuk
segitiga. Pecahan setengah dapat
ditunjukkan pada bentuk segitiga.
Namun tidak semua pecahan dapat
ditunjukkan secara tepat oleh bentuk
segitiga. Sebitiga tidak dapat
dibahagikan sama banyak dengan
menggunakan lipatan. Oleh itu akan
berlaku miskonsepsi dalam kalangan
murid apabila menggunakan bentuk
segitiga. Bentuk bulatan juga akan
menghadapai masalah yang sama
kerana murid sukar untuk membahgikan
sama banyak kerana bulatan tidak
mempunyai bucu.
4. Terhad kepada pecahan yang
mempunyai penyebut yang kecil.
Teknik lipatan kertas hanya terhad
kepada pecahan tertentu sahaja. Apabila

CARA MENGATASI
Oleh itu, untuk mengtasi masalah ini,
dicadangkan agar menggunakan kertas
yang berlainan bagi setiap pecahan. Hal
ini bukan sahaja mengelakkan
kekeliruaan murid, malahan dapat
mengurangkan kesukaran guru dalam
membimbing murid memahami topik ini
Bagi masalah ini, guru seharusnya
menggunakan dua kertas bentuk yang
sama. Jadi setelah dilipat kedua-dua
pecahan tersebut, murid dapat
membanding secara terus kedua-dua
pecahan tersebut. Walaupun berlaku
sedikit pengulangan lipatan, namun hal
ini bagus kerana murid dapat meneroka
sendiri pembetukan pecahan setara
berdasarkan pecahan asalan.

Oleh itu, untuk mengtasi masalah ini,


guru seharusnya dari awal lagi tidak
menggunakan bentuk segitiga dalam
mengajar topik pecahan setara. Hal ini
bertujuaan untuk tidak mengelirukan
murid. Selain itu bentuk segitiga, bentuk
bulatran masih boleh digunakan namun
tidak digalakkan kerana apabila murid
mula melkar dalam buku, akan berlaku
kekeliruan kerana bulatan tidak
mempunyai bucu dan berlaku masalah
pembahagian.

Jadi untuk mengatasi masalah ini, guru


hanya menggunakan teknik lipatan
kertas ini pada peringkat penguasaan
konsep sahaja. Setelah murid menguasai

pecahan tersebut mempunyai nilai


penyebut yang terlalu besar, murid akan
menbghadapai kesukaran untuk melipat
dengan serata. Segelintir murid akan
berasa tertekan apabila terlalu banyak
melipat.

konsep, guru seterusnya membimbing


murid dalam algoritma pemudahan
pecahan wajar kepada pecahan setara.

Anda mungkin juga menyukai