Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKENDI

45200 SABAK BERNAM, SELANGOR


NAMA PENGKAJI

: ABDULLAH BIN HASHIM

TAJUK KAJIAN
DALAM

: MENGUASAI TEKNIK PANTAS MEMBACA DAN MENULIS


BAHASA MELAYU MELALUI TEKNIK BARIS.

LATAR BELAKANG KAJIAN


Selaku guru pemulihan khas Bahasa melayu yang melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran pemulihan khas, saya dapati masalah utama bagi
murid tahap 1

ialah kegagalan murid-murid menguasai kemahiran membaca dan

menulis di dalam Bahasa Melayu dengan lancar.


Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian tingkah laku murid / semakan latihan
murid / keputusan ujian / temubual di dalam kelas semasa saya mengajar dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu pemulihan.
Analisis yang didapati daripada ujian / peperiksaan mendapati murid seringkali melihat
kawan-kawan disebelah semasa peperiksaan kerana tidak tahu hendak menulis
jawapan setiap soalan yang diberikan. Selain itu saya dapati murid-murid ini seringkali
termenung dan tidur seolah-olah mereka sudah menyiapkan ujian / peperiksaan yang
sedang berlangsung. Padahal mereka tidak sedikit pun mengetahui untuk menulis
jawapan setiap soalan semua mata pelajaran tersebut.
Kegagalan dalam ujian / peperiksaan ini juga diperhatikan semasa pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Hasil pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran
mendapati murid-murid ini sukar untuk mengingat pembelajaran yang diajarkan guru.
Walaupun telah berulangkali diajarkan dalam sesuatu mata pelajaran namun muridmurid ini masih gagal menngingati topik yang diajarkan tersebut.

Di samping itu murid-murid ini tidak dapat membaca dan menulis kerana tidak tahu
membunyikan perkataan yang panjang yang terdapat di dalam kertas peperiksaan dan
ujian. Padahal mereka mempunyai idea untuk menjawab setiap soalan yang
dikemukakakan. Akibat kegagalan dalam menguasai bacaan menyebabkan mereka
menjadi malas untuk belajar dan tidak dapat memberi tumpuan di dalam pelajaran yang
diajarkan guru. Perkara sebegini amat menyeksakan murid-murid berkenaan kerana
kegagalan bersaing di dalam kelas bersama kawan-kawan yang lain. Mereka tidak
belajar semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan seringkali
memandang ke luar kelas memerhatikan apa yang dilakukan oleh tukang kebun dan
pemandangan lain yang terdapat di luar kelas.
Masalah yang berlaku dikalangan murid-murid di pada tahap 2 pula adalah disebabkan
oleh keciciran pengajaran dan pembelajaran di tahap 1. Mereka tidak dapat mengenal
huruf serta membaca dan menulis dangan baik. Ada segelintir murid berkenaan sering
ponteng kelas dan malas untuk ke sekolah. Mereka lebih suka duduk di rumah dan
tidak berminat dengan pelajaran kerana manganggap pelajaran adalah perkara yang
sukar.
Selain itu ketiadaan sokongan daripada penjaga dalam usaha menitikberatkan
pelajaran murid berkenaan menyebabkan masalah ini menjadi berterusan. Setiap kerjakerja yang diberikan guru sama ada bahan bacaan dan tulisan seringkali gagal
dilaksanakan di rumah. Ini kerana masa setiap mata pelajaran yang di sekolah adalah
tidak mencukupi. Jadi dengan berikan kerja rumah membolehkan usaha untuk murid
menguasai bacaan dan tulisan dengan bantuan penjaga di rumah adalah berterusan.
Namun begitu segelintir penjaga murid-murid tidak mengambil peduli kerja-kerja
sekolah yang diberikan oleh guru.
Di samping itu taraf sosiekonomi yang rendah juga menjadikan faktor murid-murid ini
lambat menguasai membaca dan menulis. Kebanyakan murid-murid ini seringkali
bekerja selepas waktu sekolah dengan mencari buah kelapa sawit yang gugur serta
membuat kerja sampingan lain semasa tidak hadir ke sekolah. Mereka seringkali
ponteng sekolah kerana terpaksa bekerja mencari rezeki.

Tahap kecerdasan yang rendah juga merupakan salah satu faktor kegagalan murid
menguasai membaca dan menulis. Murid-murid gagal mengingati apa yang diajarkan
guru semasa sesi pembelajaran berlaku. Minda mereka kosong kerana segala
pelajaran yang diajarkan guru adalah tahap tinggi dan tidak sesuai untuk kecerdasan
minda murid-murid tersebut.
Masalah ini juga berpunca dari tenaga pengajar yang sering terlepas pandang muridmurid ini dengan memberikan latihan-latihan yang beraras tinggi. Hal ini telah
menyebabkan berlaku keciciran dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah menguasai membaca dan menulis murid
tahap 1 sekolah rendah. Masalah yang dihadapi murid-murid ini adalah tidak dapat
membaca dan menulis perkataan yang panjang seperti pekataan diftong, digraf, vokal
berganding, kosonan berganding dan perkataan berimbuhan yang panjang. Seramai 7
orang murid dari tahap 1 yang mempunyai sosio ekonomi yang rendah dipilih dalam
kajian ini. Keputusan kajian menunjukkan bahawa bahawa tahap penguasaan dan
bentuk kesukaran membaca dan menulis murid-murid ini adalah pada paras lemah.
Dapatan kajian ini akan membawa implikasi bahawa murid akan dapat menguasai
membaca dan menulis dengan bantuan guru secara sistematik. Murid-murid ini perlu
diberikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai aras yang mudah
kepada aras yang sukar.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu
Kandungan kajian ini berkait rapat dengan sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang
merangkumi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Berdasarkan
kajian yang dihasratkan maka kajian tindakan ini memberi tumpuan dalam aspek
kemahiran membaca dan menulis bagi meningkatkan aspek penguasaan penting dalam
Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua
murid dari tahun 1 sehingga tahun 6 persekolahan semasa di sekolah rendah.
3

Pengajaran dan pembelajaran di sekolah amat menekankan aspek menguasai


membaca dan menulis untuk membolehkan murid menjawab soalan peperiksaan.
Sehubungan dengan itu kajian tindakan ini bertitik tolak daripada laporan peperiksaan
serta latihan-latihan pengajaran yang dilaksanakan di dalam kelas.
FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas di dapati murid tidak dapat
i)

Membaca dengan lancar bahan bacaan yang terdapat di dalam buku


Murid-murid ini membaca dengan cara mengeja terlebih dahulu sesuatu
perkataan dan sering terhenti-henti semasa membaca sesuatu bahan bacaan
yang terdapat di dalam buku.

ii)

Murid tidak dapat mengeja perkataan yang panjang

iii)

Murid tidak dapat menulis dengan ejaan yang betul bagi suku kata yang
panjang

Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk akibatnya pada tahun enam
nanti sebagai calon UPSR. Murid juga akan terlepas peluang untuk lulus dalan
peperiksaan UPSR. Bagi mengatasi masalah ini kaedah Teknik Fokus Baris akan
dilaksanakan di sekolah ini bagi murid yang tidak tahu membaca.
Objektif kajian:
Secara amnya program ini akan dapat membimbing murid menguasai membaca dan
menulis serta mengukuhkan lagi tahap pengusaan murid mengikut keupayaan murid itu
sendiri.
Secara khususnya:
1. Meningkatkan kemahiran murid dalam aspek menguasaan membaca dan
menulis mengikut kemahiran yang belum mereka kuasai.
2. Meningkatkan tahap penguasaan untuk mengeja dan membaca perkataan yang
panjang dan berimbuhan dengan memberi latihan-latihan yang bersesuaian.
4

3. Memahirkan murid membaca dengan lancar dan menulis semula perkataan yang
telah dibaca tersebut.
4. Mengenal pasti tahap kesukaran asas membaca dan menulis murid-murid tahap
1 dengan berikan pendedahan untuk mengeja dan menulis perkataan yang
panjang

terutama

sekali

yang

melibatkan

konsonan

bergabung,

vokal

bergandiong dan digraf.

Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 10 orang murid daripada pelbagai tahap yang berlatar belakang
sosio-ekonomi yang rendah. Mereka terdiri daripada murid lelaki dan perempuan yang
dikenal pasti tidak dapat menguasai membaca dan menulis dengan baik. Mereka
adalah antara murid yang sering gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Muridmurid ini dikenal pasti antara murid yang mempunyai tahap penguasaan memaca dan
menulis kategori lemah.
Perlaksanaan Kajian
Tinjauan Masalah
Kajian ini dilaksanakan melalui pemerhatian respon murid terhadap soalan-soalan yang
dikemukakan di dalam bilik darjah. Seterusnya pemeriksaan buku-buku latihan
dijadikan bukti pengukuran untuk mencari kelemahan murid dalam aspek penguasaan
membaca dan menulis.

Kaedah bagi mendapatkan data bagi tinjauan masalah ini adalah dengan cara:
1. Pemerhatian
Tinjauan terhadap kebolehan membaca dikesan dengan memberikan sebuah
petikan pendek yang mengandungi perkataan yang panjang. Murid tidak dapat
membaca perkataan tersebut dan berhenti membaca untuk meminta bantuan
5

guru untuk menyebut perkataan tersebut. Murid mula bersikap tidak serius
kerana gagal membaca dengan baik perkataan tersebut dan memandang ke
serata tempat di dalam kelas.
2. Memeriksa buku latihan dan membaca pekataan yang diberikan dan
menulis semula perkataan tersebut.
Hasil pemeriksaan buku latihan dan peperiksaan di sekolah mendapati terdapat
kesalahan dalam menulis ayat yang mengandungi suku kata digraf, diftong,
konsonan berganding dan perkataan yang mempunyai imbuhan yang panjang.
Murid ini mempunyai idea untuk menulis tetapi tidak tahu mengeja perkataan
yang

hendak

ditulis

tersebut.

Hasilnya

mereka

menulis

menggunakan

kefahaman mereka dalam membina sesuatu perkataan yang panjang.

Analisis Tinjauan Masalah


Berdasarkan tinjauan yang dilakukan terhadap murid tahap 1 di dapati bahawa masalah
murid ini adalah lambat tetapi bukan lemban. Faktor genetik juga mempunyai hunbung
kait kepada masalah ini. Walaupun berperwatakan normal namun murid kelihatan
selekeh dan selalu tidak hadir ke kelas.
Tinjauan dari data pemerhatian yang dibuat sepanjang tahun 2010 mendapati bahawa
murid-murid ini pendiam di dalam kelas, tidak mahu bertanyadan sentiasa memerlukan
sokongan motivasi dari guru dan rakan. Suatu sifat yang didapati dalam kajian ini
memperlihatkan murid kurang fokus dan suka merapu dalam menjawab soalan yang
dikemukakan kepada mereka.
Murid-murid ini juga mengalami masalah mudah lupa. Mereka amat memerlukan
bantuan dari guru dan rakan. Sikap kurang berdikari dan bergantung kepada rakanrakan dalam usaha menguasai membaca dan menulis. Apabila ada guru atau rakan
membantu untuk mengeja barulah mereka berasa lebih yakin dan mulai mengeja
perkataan yang sukar dan panjang. Bantuan guru amat diperlukan untuk mengeja dan
membatang suku kata yang sukar dan panjang.
6

Kaedah Teknik Fokus Baris


Perlaksanaan tindakan yang akan saya ambil ialah:1. Latihan tubi
a. Langkah 1
Dijalankan dengan memberikan sebanyak mungkin latihan kepada murid
dan mengulang-ulang semula latihan yang masih gagal. Latihan yang
sebegini akan membolehkan murid lebih fokus serta dapat mengingati
huruf semasa hendak menulis. Latihan yang diberikan tersebut adalah
berdasarkan teknik baris seperti dibawah:
Contoh perkataan berimbuhan yang digunakan dalam teknik baris
Perkataan : menanam

Perkataan : bermain

baris 1
baris 2
baris 3
baris 1
baris 2
baris 3

me
na
nam
ber
ma
in

b. Langkah 2
Di akhir sesi murid akan menjawab soalan-soalan lembaran kerja bagi
mengukur tahap penguasaan yang telah diberikan. Jika murid melakukan
kesalahan maka murid berkenaan dikehendaki menulis semula kesalahan
yang dilakukan tersebut sehinggalah murid tersebut faham menulis
perkataan dan ayat yang salah tersebut.
2. Mengeja dan membatang suku kata panjang
a. Langkah 1
Murid-murid ini mempunyai tahap yang berbeza-beza untuk mengeja dan
membatang suku kata. Kesukaran ini dapat dilihat apabila hendak
menggabungkan pola suku kata dan kemampuan mengingat semula pola
suku kata yang telah dieja dan membatang semula.
b. Langkah 2
Murid didedahkan dengan mengeja suku kata secara satu persatu
mengikut pola ejaan dan membatang pola tersebut satu persatu. Bagi
7

bunyi yang hampir sama guru akan mendedahkan kepada murid ejaan
tersebut secara mengingati satu persatu suku kata sehingga ke suku kata
yang terakhir. Selain itu pola-pola akan dipisahkan agar senang untuk
murid mengeja dan mengingat.
Contohnya : perumpamaan baris 1
baris 2
baris 3
baris 4
baris 5

pe
rum
pa
ma
an

Pola-pola di atas akan dipisahkan dan digabungkan semula menerusi


bunyi untuk dibatang menjadi perkataan.
3. Aktiviti berbentuk kuiz
a. Langkah 1
Dijalankan untuk memberikan pendedahan kepada murid mengeja suku
kata yang sukar seperti konsonan bergabung, vokal berganding, digraf
dan suku kata yang panjang. Murid akan diajarkan suku kata berkenaan
sehingga mereka boleh mengeja suku kata berkenaan sehingga lancar.
b. Langkah 2
Murid-murid ini akan dikumpul dalam satu atau dua kumpulan kecil dan
diminta untuk mengeja suku kata yang telah dipelajari mereka. Bagi murid
yang berjaya mengeja perkataan yang diberikan akan akan hadiah.
Dengan cara ini murid akan menjadi lebih minat untuk menguasai
membaca dan menulis kerana terdapat persaingan sesame mereka.

Analisis Teknik Yang Dijalankan


Semua data kajian menggunkan statistik deskriptif. Kajian ini dilakukan ke atas 10
orang murid yang lemah membaca. Perkembangan perubahan membaca murid seperti
dalam dibawah. Jadual dibawah adalah analisis dapatan daripada teknik baris.
Bilangan Perubahan Murid Yang Boleh Membaca

Senarai
Kemahiran

Ayat
suku
kata
terbuka

Ayat
suku
kata
tertutup

Ayat
berimbuha
n

Diftong
dan vokal
bergandin
g

Konsonan
bergabun
g dan
digraf

Membina
ayat
lengkap

1-3

4-6

7-10

11-12

Minggu

Analisis dari jadual di atas menunjukkan keputusan pemerhatian teknik baris daripada
10 orang murid yang terpilih untuk kajian ini. Dalam pemerhatiaan yang dilajankan
didapati murid dapat menggabungkan bunyi suku kata dengan suku kata yang lain.
Murid yang melepasi senarai kemahiran membina ayat lengkap telah mencapai tahap
paling baik dalam kumpulan yang dikaji.
Pada awalnya hasil pemerhatian awal murid sangat lemah dalam menggabungkan
bunyi di antara suku kata. Setelah diajarkan cara menggabungkan bunyi-bunyi tersebut
maka murid dapat menggabungkan dengan mudah melalui teknik teknik baris. Program
ini menggabungkan proses teknik bacaan berdasarkan suku kata antara suku kata dan
menggabungkan bunyi-bunyi yang terhasil
Hasil kajian melalui teknik ini murid dapat membaca perkataan yang diberikan dengan
lebih baik. Bilangan murid yang dapat membaca telah bertambah daripada 10 orang
murid yang tidak lancar membaca tidak tahu membatang perkataan kepada 6 orang
yang telah dapat membaca dengan lancar , manakala 2 orang masih tidak dapat
membaca lancar. Hal ini memerlukan masa untuk membaca dan membatangkan bunyi
melalui teknik ini.

Bahan Yang Dicadangkan

ta

te

ti

to

tan tas tap tak


ten tes tep tek
tin

tes tip

tang

ting tai

tong teng toi


tung

tia at it et ot ut
tao

tua

tik

ton tos top tok


tun

tus tup tuk

Kad perkataan yang boleh digunakan untuk membezakan bunyi.

Refleksi Kajian
Refleksi Kajian Terhadap Murid
Seandainya murid serius terhadap pengajaran dan pembelajaran maka murid dapat
menguasai membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik. Mereka akan
menjadi lebih lancar dalam bacaan dan menulis perkataan dengan betul. Walaupun
tergolong dalam kelompok atas pagar namun mereka berkemampuan membaca dan
menulis dengan baik tetapi dengan bantuan yang sewajarnya perlu diberikan. Hasil
daripada kajian yang dilaksanakan dorongan dan latihan yang berterusan amat
diperlukan untuk mengatasi masalah ini.
Refleksi Keseluruhan
Apa jua teknik yang dilaksanakan di atas telah dapat membantu murid mengatasi
masalah menguasai membaca dan menulis dengan berkesan. Teknik-teknik tersebut
boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi murid yang lemah dalam
menguasai membaca dan menulis.

Kesimpulan
Berdasarkan kajian ini menunjukkan bahawa kesungguhan semua pihak memainkan
peranan dapat membantu murid-murid ini menguasai membaca dan menulis dengan
10

baik. Keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat menyelamatkan


ramai murid yang lemah membaca dan menulis daripada terus tercicir dalam arus
perdana sistem pelajaran global.

11

Anda mungkin juga menyukai