Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PERASMIAN

TN. HJ MAT LAZIM B. IDRIS


TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN PERAK
SEMPENA MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA
KALI KE-13 / 2015 SK. TAMAN PANGLIMA.

Yang Berusaha, Tn. Hj. Mohd Sabri b. Hj. Md. Daud, Timbalan Pegawai Pendidikan
Daerah Larut Matang dan Selama

Yang Dihormati, En. Kamaruddin bin Hamid, Guru Besar SK Taman Panglima;

Yang Dihormati, Encik Abdul Hadi b Shari, YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Taman Panglima

Guru-guru

Penolong-penolong Kanan, Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru, tuan-

tuan, puan-puan dan semua murid yang dikasihi sekalian.

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Perak Excellent


Saya amat gembira pada hari ini kerana dapat meluangkan masa bersama-sama warga
sekolah ini serta ibu bapa pada Majlis Perasmian Kejohanan Olahraga SK Taman
Panglima bagi kali ke-13 / 2015.

Sidang hadirin yang berbahagia.


Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan murid-murid yang
cergas fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada
pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal, otot, saraf dan emosi, sukan juga
mampu membentuk seorang murid yang cergas, patuh dengan aturan dan secara tidak
langsung membentuk

seorang

atlet

yang berhemah

tinggi,

bertanggungjawab,

berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan.

Hadirin yang dihormati,


Dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan satu langkah yang tepat untuk mencapai matlamat
tersebut. Dasar yang mewajibkan setiap murid yang sihat mengikuti sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah bukan sahaja mampu mengembalikan
kemeriahan sukan di sekolah dan merapatkan silaturrahim warga sekolah dan
masyarakat setempat, malahan, pendekatan ini akan menjadi pemangkin ke arah
kejayaan yang lebih cemerlang.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi sesuatu
acara, perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan pendidikan secara
tidak langsung kepada murid-murid dan atlet bahawa kejayaan hanya dapat dicapai
melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan pengorbanan. Tidak ada

kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan.


Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah perpaduan, menjalin sifat hormatmenghormati dan semangat kerjasama yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah
untuk membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik
dan saling berkasih sayang.

Kegiatan sukan yang berterusan akan menjadi satu daripada benteng yang menjadi
penghalang kepada murid-murid daripada terlibat dalam pelbagai aktiviti yang tidak
sihat. Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, seseorang atlet itu dilatih agar
mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Kita harus sedar bahawa melalui
kegiatan sukan, kita mampu membangun modal insan yang berkualiti dan insan yang
memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan
.Melalui kegiatan sukan bukan sahaja akan melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya
tetapi pelajar yang memiliki cergas mindanya.

Hadirin yang dikasihi

Aktiviti sukan juga berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan
masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia
hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Kita tidak harus alpa dengan kepentingan
perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni.
Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui kegiatan sukan. Semangat kerjasama dan
bertoleransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli

sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan
agama.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK
Pengelola kerana telah dapat menganjurkan Kejohanan Olahraga SK Taman Panglima
kali ke-13 dengan jayanya. Kepada para atlet yang mengambil bahagian dan meraih
pingat kejohanan selepas ini, saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya
janganlah berputus asa, kerana penyertaan anda sudah pun menunjukkan bahawa
anda telah mencipta kerjaya

SAYA DENGAN INI MERASMIKAN KEJOHANAN OLAHRAGA SK TAMAN PANGLIMA


KALI KE-13 Tahun 2015.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai