Anda di halaman 1dari 2

Seterusnya, cabaran peradaban yang dihadapai oleh Tamadun Islam pada abad ke-21

boleh juga dikaitkan dengan ekonomi. Sebelum itu, kita harus mengetahui maksud perkataan
ekonomi supaya kita dapat mengetahui dengan lebih tentang bagaimanakah bidang ekonomi ini
boleh memberikan kesan yang mendalam terhadap Tamadun Islam pada abad ini.Ekonomi
adalah merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad
untuk memenuhi kehendak manusia. (Ahmad Zaki Abd. Latiff , Azam Hamzah, Azhar Mad Aros
(2015). Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Edisi Ketiga, Oxford Fajar. Hlm 198).

Setelah membuat beberapa kajian, saya telah mendapati bahawa negara negara Islam
pada abad ini lemah dari segi penguasaan ekonomi global. Buktinya adalah KDNK ataupun lebih
dikenali sebagai Keluaran Dalam Negara Kasar bagi semua negara dalam OIC secara terkumpul
hanyalah satu pertiga daripada KDNK negara Jepun. Tetapi, bukan semua negara Islam
mempunyai KDNK yang rendah, malah, negara- negara seperti Qatar, Arab Saudi dan Bahrain
yang memonopolikan bahan mentah seperti petroleum dan gas asli adalah antara negara- negara
yang amat maju dari segi ekonomi bukan sahaja di antara negara- negara islam tetapi di dunia.
Oleh itu, saya dapat menyimpulkan bahawa negara- negara Islam yang sedang maju berpotensi
besar untuk menjadi maju dari segi ekonomi dengan syarat pemerintah- pemerintah negaranegara Islam memberi tumpuan yang lebih ke atas memodenkan negara daripada menumpukan
perhatian terhadap kestabilan politik seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang keempat
kita Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Di samping keadaan penguasaan ekonomi lemah oleh negara- negara Islam, Cabaran
ynag dihadapi oleh beradaban Islam dari segi ekonomi adalah peluang ekonomi yang disiasiakan. Sebenarnya potensi ekonomi orang Islam adalah besar, Cuma mereka tidak mahu
mengambil peluang sehingga diambil kesempatan oleh orang lain. Sebagai contoh, perbankan
Islam mempunyai potensi perkembangan yang amat besar. Hakikatnya, ramai orang Islam tidak
berminat untuk pergi ke bank-bank Islam, tetapi mereka lebih cenderung pergi ke bank bank
komersial. Hal seperti ini berlaku di mana-mana negara Islam khususnya Malaysia.
Kesimpulannya, pemerintah pemerintah Negara Islam harus mengalakkan pembukaan bank bank
tempatan Islam yang lebih banyak dan juga mengalakkan rakyat- rakyat bukan Islam untuk
melabur di bank-bank tersebut. (Ahmad Zaki Abd. Latiff , Azam Hamzah, Azhar Mad Aros
(2015). Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Edisi Ketiga, Oxford Fajar. Hlm 198).

Seterusnya, sifat konservatif dan kekurangan peka terhadap kehendak semasa juga
meninggalkan kesan yang mendalam dalam peradaban Islam pada abad ini. Bank- bank Islam di
negara Islam masih berwajah lama dan tidak agresif. Sedangkan dunia kewangan dan sektor
perbankan sudah berubah kepada kehendak semasa. Bukan itu sahaja, umat Islam banyak
mempelopori bidang produk halal, tetapi akhirnya orang lain yang mendapat hasil lebih. Malah,
kebanyakkan sektor perkhidmatan dan produk halal dimonopolikan oleh orang bukan islam.
Secara kesimpulannya, umat Islam harus bertindak dengan lebih pantas dan harus peka terhadap
kehendak semasa supaya tidak diambil kesempatan oleh orang bukan Islam. (Ahmad Zaki Abd.
Latiff , Azam Hamzah, Azhar Mad Aros (2015). Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Edisi
Ketiga, Oxford Fajar. Hlm 198).

Akhirnya, tiada strategi yang berkesan dalam kalangan pemerintah- pemerintah negara
Islam adalah satu cabaran primier yang dihapapi oleh umat Islam pada abad ini. Dunia Islam
pada hari ini tidak mampu berhadapan dengan musuh yang membuli saudara- saudara seagama
mereka di serata- rata dunia kerana negara- negara Islam pada abad ini amat lemah dan begitu
naif. Agen- agen Zionis dan Barat telah menghancur, menindas dan menghapuskan kebangkitan
umat Islam di mana mana sahaja.Secara kesimpulannya, Pemerintah pemerintah negara Islam
harus membuat rangkaian perniagaan yang baru dan berkesan dan meliputi semua sektor. Mereka
harus meneladani umat Islam terdahulu, khususnya pada abad abad pertengahan dimana
pemerintah pemerintah terdahulu memilik kekuatan ekonomi dan politik yang amat stabil. Selain
itu, Negara- negara Islam yang lebih moden haruslah membantu saudara- saudara seagama
mereka daripada negara lain untuk mengukuhkan kestabilan ekonomi mereka supaya Zaman
Kegemilangan terdahulu dapat dikembalikan. (Ahmad Zaki Abd. Latiff , Azam Hamzah, Azhar
Mad Aros (2015). Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Edisi Ketiga, Oxford Fajar. Hlm 198).