Anda di halaman 1dari 14

SEJARAH

TINGKATAN 4
BAB 5:
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
AHLI KUMPULAN

CHRISTYAL DOIKIN
DEBBIE NATALIA SINGI

ERONECCA BENIDICT
ISNIAZAH TAHIR

PENYEBARAN ISLAM
Kerajaan Islam di Madinah dibentuk pada 622 M.
Menyusun strategi menyebarkan Islam dengan menghantar
perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah, dan
Semenanjung Tanah Arab.
Nabi Muhammad s.a.w. tidak memaksa memeluk Islam tetapi
menggunakan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik.
Orang Arab Quraisy menyerang kafilah perdagangan Islam
menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w. membetulkan keadaan
tersebut

Peperangan antara
orang Quraisy Makkah
menyerang dengan
orang Islam Madinah

ALLAH
MEMBENARKAN
ORANG ISLAM
BERPERANG

Perang Badar (624M./2H)


Perang Uhud (625M./3H)
Perang Khandak(627M./5H)
Perang Tabuk (630M./8H)

Apabila diserang oleh musuh


Untuk mencari keamanan supaya tempat
ibadat mereka terjaga
Untuk menentang kezaliman dan
mempertahankan diri

Sungguhpun peperangan telah berlaku, Islam tidak


berkembang dengan paksaan malah perkembangannya
adalah secara sukarela dan tolenransi.

CONTOH

Nabi Muhammad s.a.w. mengampunkan


tawanan Arab Quraisy
Tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan
Tawanan lelaki dibebaskan dengan syarat

Orang Arab Quraisy yang memeluk Islam semakin bertambah


selepas peperangan Badar
Pengajaran daripada perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. adalah
supaya umat Islam mengamalkan akhlak yang mulia, bertolak
ansur, menunjukkan teladan yang baik

PERJANJIAN HUDAIBIYAH
Orang Islam bercadang untuk menziarahi Makkah (628 M.)
Kaabah menjadi pusat ibadat bagi orang Islam
Makkah merupakan tempat asal bagi orang Muhajirin dan tempat
turunnya wahyu pertama
Kedatangan orang Islam Madinah ke Makkah disekat oleh orang
Arab Quraisy Makkah di Hudaibiyah
Orang Islam menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka
menerusi utusan yang dihantar iaitu, Uthman bin Affan
Faktor-faktor Uthman bin
Affan dipilih untuk ke
Makkah setelah orang
Islam disekat di
Hudaibiayah

1. Uthman mempunyai ramai saudara mara di


Makkah
2. Uthman merupakan sahabat yang matang dan tua
berbanding sahabat lain
3. Sifatnya yang lemah lembut dan bertolak ansur

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING KE ARAH


TERMETERAINYA PERJANJIAN HUDAIBIYAH
1. Pada tahun 628 M., rombongan orang Islam telah ke Makkah kerana ingin
menunaikan umrah.
2. Mereka telah disekat di Hudaibiyah. Nabi Muhammad s.a.w. menghantar
Uthman bin Affan ke Makkah untuk menerangkan tujuan kedatangan
mereka.
3. Orang Islam yang mendengar khabar angin tentang kematian Uthman
telah bersumpah setia, yang dikenali dengan Baiah al-Ridwan. Orang
Arab Quraisy berasa bimbang terhadap kata sepakat orang Islam. Lalu,
mereka menemui Nabi Muhammad s.a.w.
4. Baginda bersedia mengadakan perjanjian dan termeterailah Perjanjian
Hudaibiyah antara Nabi Muhammad s.a.w. (Islam) dengan Suhail bin
Amru (Quraisy).

KANDUNGAN PERJANJIAN HUDAIBIYAH


1. Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun.
2. Kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam
Madinah atau orang Arab Quraisy Makkah.
3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran
penjaganya tidak perlu dipulangkan.
4. Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madianh tanpa kebenaran
penjaganya perlu dipulangkan semula.
5. Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7H).
Perjanjian Hudaibiyah yang telah dimeterai tidak dapat diterima
sepenuhnya oleh para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. pada peringkat
awal.
Misi perjuangan Islam dapat dilaksanankan dengan wujudnya
keamanan.

KEPENTINGAN PERJANJIAN
HUDAIBIYAH
Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya
(Pada tahun 629 M.)
Memberikan kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki
Makkah dan beribadat di Kaabah pada bila-bila masa.
Suku Arab boleh menganut sebarang agama yang disukai tanpa
halangan dari mana-mana pihak
Islam dapat berkembang dengan meluas.
Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai
pemimpin yang unggul dan dikagumi

WALAU BAGAIMANAPUN

Perdamaian antara kedua-dau pihak bertahan selama dua tahun sahaja.

Orang Arab Quraisy sengaja melanggar isi perjanjian yang pertama

PENCABULAN TERHADAP PERJANJIAN HUDAIBIYAH


Selepas dua tahun Perjanjian Hudabiyah ditandatangani, orang
Quraisy telah mencabuli perjanjian ini. Mereka memberi sokongan
kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuzaah.
Mengikut syarat Perjanjian Hudaibiyah gencatan senjata haruslah
dikekalkan selama 10 tahun tetapi orang Quraisy telah
mencabulinya.

Perjanjian Hudaibiyah menjadi perintis ke arah pembukaan


semula Kota Makkah

SOALAN 1
Apakah strategi yang digunakan
oleh Nabi Muhammad s.a.w.
dalam usaha menyebarkan
Islam?

JAWAPAN
Nabi Muhammad s.a.w menghantar perutusan ke
Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan
wilayah sekitar Semenanjung Tanah Arab. Nabi
Muhammad s.a.w. tidak memaksa mereka
memeluk Islam tetapi menggunakan diplomasi
dan menunjukkan nilai-nilai yang baik. Baginda
juga ingin mewujudkan rasa persefahaman
dengan wilayah yang dihantar perutusan.

SOALAN 2

Apakah prinsip peperangan


dalam Islam?

JAWAPAN
Allah membenarkan orang Islam berperang apabila
mereka diserang oleh musuh. Allah juga
membenarkan orang Islam berperang untuk mencari
keamanan supaya tempat ibadat terpelihara.
Peperangan dalam Islam adalah untuk menentang
ke/aliman dan mempertahankan diri. Dalam
peperangan, sekiranya musuh inginkan perdamaian,
maka orang Islam harus memilih perdamaian.

SEKIAN TERIMA KASIH