Anda di halaman 1dari 40

Tajuk 5

PENULISAN AKADEMIK

Pengertian Penulisan
Akademik
Penulisan

yang dijalankan secara ilmiah


atau akademik
Mengkaji secara teratur / terperinci
sesuatu persoalan
Menyampaikan pengetahuan yang telah
diselidiki kepada ahli akademik untuk
membolehkannya dinilai atau dikongsi
bersama
Maklumat yang berdasarkan data
primer atau data sekunder

Penulisan Akademik
Penulisan

akademik memilih
kata, istilah, ungkapan dan ayat
yang yang tepat dan jelas supaya
tidak disalahertikan
Penulisan ilmiah harus bersifat
objektif, jujur dan tepat.

Penulisan Akademik
Pengenalan
1. Dalam penulisan atau pengucapan ada
yang dikatogerikan sebagai formal dan
tidak tidak formal.
2. Ciri utama dalam penulisan akademik
adalah formal, dan bersifat objektif.
(Jordan, 1999)
3. Penulisan akademik adalah penulisan
yang dijalankan secara ilmiah atau
saintifik. (bukannya khayalan atau rekaan)

Penulisan Akademik
Pengenalan
4. Penulisan akademik melibatkan kajian
secara teratur dan teliti pada setiap
persoalan yang dibincangkan.
5. Jenis-jenis penulisan akademik
merangkumi tesis, artikal, kertas kerja,
abstrak, ringkasan eksekutif, dan lainlain.

Ciri-ciri penulisan akademik

Antaranya ialah;
1. Menyampaikan fakta secara sistematik
atau mengemukakan hukum alam
kepada situasi yang spesifik.
2. Penulisannya cermat, tepat, benar dan
tidak membuat andaian.
3. Tidak menulis untuk memenuhi
kehendak golongan-golongan tertentu.

Ciri-ciri penulisan akademik


Antaranya ialah;
4. Penulis hanya menulis untuk
memaklumkan tentang sesuatu dan
tidak bersifat prejudis.
5. Penulisan menggunakan bahasa
formal, tatabahasa yang betul, ilmiah
dan jelas.
6. Setiap pandangan yang dikemukakan
disokong dengan bukti.

Ciri-ciri penulisan akademik


Antaranya ialah;
7. Penulis tidak akan melebih-lebihkan
sesuatu kerana ia akan menunjukkan
motif penulis yang mementingkan diri
sendiri.
8. Penulisan akademik selalunya
disertakan sumber rujukan daripada
penulis lain yang mempunyai autoriti
dalam bidang yang dibincangkan.

Proses menghasilkan penulisan akademik

Antara langkah-langkahnya ialah;


a. Pengumpulan data dan fakta
b. Pengamatan data dan fakta
c. Pemilihan data dan fakta
d. Penggolongan data dan fakta
e. Penafsiran data dan fakta
f. Membuat kesimpulan umum

Proses menghasilkan penulisan


akademik
Antara langkah-langkahnya ialah;
g. Membuat hipotesis
h. Pengujian terhadap hipotesis melalui
kajian dan percubaan empirikal
i. Penilaian; menerima atau menolak
hipotesis
j. Perumusan teori ilmu pengetahuan
k. Perumusan hukum ilmu pengetahuan

Jenis-jenis
Penulisan Akademik
Jenis-jenis penulisan ilmiah yang
utama ialah
esei ilmiah,
artikel jurnal,
kertas kerja / projek,
laporan kajian,
tesis dan disertasi,
abstrak /ringkasan eksekutif, dsb

Esei Ilmiah
Esei ilmiahmerujuk karangan ilmiah
yang pendek tentang topik
ataupermasalahan berdasarkan data
yang diperolehi melalui rujukan
perpustakaan dan / atau kerja
lapangan. Penghuraiannya bersifat
rasional-empiris dan objektif.

Artikel Jurnal
Ditulis

untuk pembaca tertentu,


umpamanya untuk dimuat dalam
majalah ilmiah atau jurnal.
Jika artikel untuk orang awam
penyampaiannya adalah secara umum
dan bukan berbentuk ilmiah.
Artikel ilmiah dibahagikan kepada :
(a) kertas konsep
(b) kertas kajian atau penyelidikan.

Kertas Kerja
Kertas

kerjaialah penulisan ilmiah yang


memaparkan sesuatu faktaatau permasalahan
berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan
perpustakaan.
Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta
bersifat rasional-empiris dan objektif.

Kertas

kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam


jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan
ilmiah seperti seminar, bengikel dan sebagainya.

Kertas Kerja Konsep


Penulisan kertas konsep
biasanya hanya melibatkan
idea penulis berdasarkan
pengalaman dan kajian
perpustakaan yang telah
dijalankan.

Kertas Kajian /
Penyelidikan
Penulisan melaporkan dapatan
daripada analisis data yang telah
dikumpul melalui proses dan kaedah
tertentu dengan menggunakan
instrumen tertentu.
Beberapa aspek penting seperti
objektif kajian, persoalan kajian,
kaedah kajian dan dapatan kajian
perlu dinyatakan dengan jelas.

Laporan Kajian
Laporan

kajianatau penyelidikan ialah


penulisan ilmiah yangmenyampaikan
maklumat atau fakta tentang sesuatu
kepada pihak lain.
Penghuraiannya

bersandarkan kepada
metodologi saintifik, data kerja
lapangan dan / atau rujukan
perpustakaan.

Tesis
Tesismengungkapkan

pengetahuan baru
yang diperoleh daripada pengamatan
atau penyelidikan sendiri.
Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian
hipotesis bagi membuktikan kebenaran.
Tesis biasanya ditulis oleh pelajar
peringkat Sarjana Muda Kepujian,
peringkat Sarjana dan peringkat
Kedoktoran serta perlu dipertahankan di
hadapan panel viva.

Disertasi
Disertasiialah

penulisan ilmiah
tahap tertinggi dalam
hierarkipancapaian akademik,
iaitu untuk mendapatkan gelaran
Doktor Falsafah (Ph.D).
Disertasi melibatkan fakta berupa
penemuan penulis sendiri
berdasarkan metodologi saintifik
dan analisis yang terperinci.

Abstrak/ Ringkasan
Eksekutif
Abstrak

atau ringkasan eksekutif


merupakan intisari hasil penulisan secara
keseluruhan.
Pada umumnya panjang abstrak makalah
antara 100 200 kata dan ditulis dalam
satu perenggan
Meskipun sangat ringkas, tetapi isi
abstrak harus mencakupi latar belakang
dan masalah, tujuan, teori, hasil, dan
kesimpulan.

KEJELASAN DAN
GAYA PENULISAN

Konsep Kejelasan (Clarity)


Jelas bererti mudah difahami,
mudah dibaca, tidak memberi ruang
untuk disalahtafsirkan, tidak
bersifat samar-samar dan tidak
kabur,.
Menggunakan kata-kata yang
pendek, ringkas, tajam, daripada
kata-kata yang berbelit, dan
panjang.

Gaya Penulisan
Penulisan akademik merangkumi ciri-ciri
berikut:
penggunaan bahasa formal yang tepat,
bergaya formal dan bukan peribadi,
pembinaan ayat yang jelas dan tepat,
berhati-hati dengan pengunaan kata
singkatan dan akronim, dan
perkembangan idea / hujah secara logik
dan sistematik.

Bahasa Formal

Dalam penulisan akademik- gunakan


bahasa formal, elakkan penggunaan
slanga atau bahasa sehari-hari.

Contoh
Informal:
Pekerja sosial membaca sejarah
pelanggan untuk mengetahui sama
ada tindakan sebelumnya telah
dilaksanakan atau tidak.

Formal :
Pekerja sosial mengkaji sejarah
pelanggan untuk menentukan sama
ada intervensi yang sebelumnya telah
dilaksanakan atau tidak.

Bahasa formal

Penulisan akademik yang mempunyai


kejelasan akan menggunakan bahasa
formal untuk menerangkan pendapat
sendiri dengan merujuk kepada
pandangan orang lain.

Bahasa Formal
Secara umum, dalam penulisan akademik perkaraperkara berikut perlu diberi perhatian:

meminimumkan penggunaan perkataan saya


dalam teks. Pendek kata, perlu elak daripada
menulis

Contoh:
"Apabila saya melihatnya semula, saya tidak berfikir
ini adalah pendekatan yang boleh terima . kecuali
dalam pendekatan kualitatif yang menggunakan gaya
naratif

Bahasa Formal

Menggunakan lebih banyak kata nama daripada kata


kerja seperti keprihatinan daripada membimbangkan

Jangan mengguna ekspresi emosional, seperti Itu


begitu jelas (lebih baik menggunakan nampaknya),
atau hanya kerana (lebih baik menggunakan diberikan
berdasarkan)
Menggunakan kata ringkas yang tepat dan padat serta
jelas maksudnya terutamanya ekspresi
abstrak, seperti perkataan gender digunakan, daripada
lelaki atau perempuan.

BAHASA FORMAL

Informal

Formal

Dengan begitu banyak doktor


meletak
jawatan
di
wad
kecemasan,
saya
bimbang
tentang rawatan pesakit di wad
tersebut kelak

Dengan
kadar
perletakan
jawatan doktor yang semakin
tinggi, terdapat kebimbangan
tentang kapasiti hospital untuk
memelihara
nisbah
doktorpesakit yang mencukupi.

Sangat jelas bahawa pekerjaan


telah
ditawarkan
kepada
pemohon berdasarkan sama ada
mereka adalah lelaki atau
perempuan.
Saya
berfikir
bahawa pendekatan ini tidak
boleh
diterima
bahkan
ia
melanggar undang-undang.

Adalah jelas bahawa terdapat


beberapa kes di mana pemilihan
pekerja
adalah
berdasarkan
gender.
Dengan
wujudnya
undang-undang
antidiskriminasi gender, keadaan ini
menimbulkan
kebimbangan
serius.
31

EKSPRESI/ PERNYATAAN PENDAPAT

Peribadi

Penulisan Objektif
Telah dikatakan bahawa

Menurut pendapat
saya
Saya percaya
bahawa ...
Dalam pandangan
saya ...

Beberapa penulis mendakwa


...
Jelasnya, ...
Jelas bahawa ...
Tidak ada keraguan
bahawa ...

32

PENULISAN OBJEKTIF

Agen atau Pelaku Bukan Agen atau


Pelaku
Saya melakukan
kajian ...

Kajian ini
dilakukan ...

Saya
mencadangkan
untuk ...

Dicadangkan
untuk ...

Dalam esei ini saya Tulisan ini


akan membahas ... membahas ...
33

PENULISAN AYAT YANG JELAS

Untuk kejelasan isi yang dihuraikan,


adalah penting untuk menyemak semula
panjang-pendek ayat.
Jika ayat terlalu pendek, penulisan anda
akan nampak terlalu mudah dan
bertahap rendah dan jika ayat terlalu
panjang, pembaca akan kehilangan
fokus.
Ayat pendek boleh membantu koheren
(kesinambungan) sementara ayat
panjang membantu kohesi (kekuatan
tarikan) dalam penulisan.

34

PERKEMBANGAN IDEA SECARA LOGIK

KOHEREN
Dalam penulisan yang koheren, ideaidea dieskpresi/ dihuraikan dengan
jelas dan dalam urutan logik, serta
disokong dengan bukti dan contoh.

Faktor-faktor ini memudahkan


pembaca untuk mengikuti hujah dan
tujuan penulis dalam menulis artikel
itu.
35

PERKEMBANGAN IDEA SECARA LOGIK


KOHESIf

Dalam penulisan yang kohesif, terdapat kesinambungan


idea di mana satu idea telah dihubungkan dengan idea
lain secara mantap pada:
Tahap ayat
Tahap perenggan
Tahap keseluruhan teks
Ciri-ciri penulisan kohesif adalah seperti berikut:
berbagai-bagai struktur ayat
menggunakan tanda baca dengan betul
perenggan dibina dengan baik
penggunaan kata-kata kesinambungan dengan
berkesan
peralihan antara perenggan-perenggan dan bahagianbahagian lain adalah licin.
36

PENGGUNAAN AKRONIM DAN


KATA SINGKATAN
Jelaskan

SEMUA terminologi yang tidak


difahami atau diketahui oleh pembaca.

Selalu

menulis nama penuh pada kali


pertama, tidak kira nama singkatan adalah
terkenal atau patut diketahui oleh pembaca.

Kata

singkatan standard bagi kata nama


khas boleh digunakan dalam penulisan
akademik. Untuk rujukan pertama, istilah
penuh harus digunakan dalam teks dengan
kata singkatan yang diletak dalam
kurungan.
37

PENGGUNAAN AKRONIM DAN


KATA SINGKATAN
Kata

singkatan boleh digunakan dalam


seluruh teks. Walau bagaimanapun,
kata singkatan tidak boleh
digunakan dalam abstrak atau
dalam tajuk.

Where the patient exhibits these symptoms it is


appropriate for the doctor to request an
electrocardiagram (ECG). An ECG may help to
establish
Adapted from Peat, J et al, (2002)Scientific writing,
London: BMJ.
38

KATA SINGKATAN KEPENDEKAN


PERKATAAN YANG TIDAK DIBENARKAN

Kata Singkatan

Bentuk Penuh

Kependekan Perkataan

mau

mahu

dlm

dalam

dgn

dengan

dr

dari

drp

daripada

dll

dan lain-lain

kpd

kepada

pd

pada

sbg

sebagai

spt

seperti

yg

yang

utk

untuk

dsb

dan sebagainya39

Langkah-langkah Dalam Penulisan

Pemilihan masalah / topik penulisan


Mengumpul maklumat atau data untuk
penulisan
Menyusun / mengorganisasi data untuk
menghasilkan penulisan yang baik
Meneliti hasil penulisan dengan membuat
penambahbaikan
Menyemak hasil penulisan untuk
memastikan tiada kesalahan tatabahasa
dan kesalahan teknikal

Anda mungkin juga menyukai