Anda di halaman 1dari 5

Bahagian A

[30 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]
Gambar dibawah menunjukkan sebahagian daripada ciri-ciri remaja yang berwawasan. Huraikan
pendapat anda tentang ciri-ciri remaja yang berwawasan. Panjang huraian anda hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

Bersemangat patriotik

Berusaha membina ilmu

Pantang berputus asa

Inovatif

Bahagian B
[100 markah]
[masa dicadangkan : 1 jam 30minit]

1. Kantin merupakan tempat sosial serta penjualan makanan dan minuman bagi warga sekolah.

Beri pendapat anda tentang peranan murid untuk membaiki mutu jualan di kantin.

2. Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu,
pendidikan anak-anak sebenarnya bermula dari rumah.
Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

3. Malaysia merupakan sebuah negara yang berpotensi untuk lebih maju dalam sektor pelancongan.
Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan oleh majalah sekolah anda.
Tajuk rencana tersebut ialah usaha-usaha untuk memajukan sektor pelancongan negara.

4. Sektor pertanian yang merupakan sektor ekonomi primer amatlah penting dari segi kepentingan
sosial, ekonomi dan ekologi.

Berikan pendapat anda tentang sumbangan sektor pertanian terhadap kemajuan sesebuah negara.

5. Sempena Minggu Bahasa Melayu di sekolah anda, satu pertandingan menulis ulasan novel akan
diadakan. Anda berminat untuk menyertai peraduan tersebut.
Tuliskan ulasan anda selengkapnya.

PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA


Soalan 2c Pemahaman Prosa Tradisional
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang diberi dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Dan telah sudah lepas edah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka jadi
maufakatlah Seri Nara Diraja dan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan
jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja kepada Sultan Muzaffar Syah, "Tuanku, baiklah Paduka Raja
dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara."
Maka titah baginda, "Baiklah."
Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.
Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu
tiga buah negeri yang sama besarnya, pertama Majapahit, kedua Pasak, ketiga Melaka. Di dalam negeri
tiga buah itu ada tiga orang yang bijaksana, di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada, dan di Pasak, Orang
Kaya Kayanan, dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja, dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu
bendahari.
Dipetik daripada prosa tradisional BurungTerbang Dipipiskan Lada
dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka.

i.

Berikan maksud rangkai kata berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi.


[2 markah]

ii.

Siapakah orang yang dianggap bijaksana oleh penulis dalam ketiga-tiga negeri tersebut?
[3 markah]

iii.

Pada pendapat anda, apakah yang perlu kita lakukan untuk menjadi rakyat yang berkualiti tinggi
seperti bendahara Paduka Raja?
[4 markah]

SAMPEL JAWAPAN KARANGAN (Bahagian A)


Remaja merupakan aset negara. Remaja juga pelapis pemimpin pada masa hadapan.
Kepentingan mereka kepada negara tidak dinafikan lagi, apatah lagi dalam usaha kita untuk
melangkah ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri
remaja yang berwawasan untuk menyahut Wawasan 2020?
Ciri pertama dan paling penting adalah mempunyai semangat patriotik. Sebagai
warganegara Malaysia yang sejati, remaja harus menyayangi negara ini dengan sepenuh hati tanpa
sebarang prasangka. Cara yang boleh dilakukan untuk membuktikan kecintaan terhadap negara
dengan mematuhi undang-undang. Di samping itu, para remaja hendaklah sentiasa mendahulukan
kepentingan negara dalam apa-apa tindakan. Remaja perlu memahami kandungan Rukun Negara
sebagai teras. Penglibatan remaja dalam Program Latihan Khidmat Negara misalnya, merupakan
contoh terbaik untuk menanam perasaan cinta akan negara dalam kalangan remaja Malaysia.
Remaja juga perlu berusaha untuk menuntut ilmu setiap masa. Pelbagai cara boleh
dilakukan untuk menuntut ilmu seperti membaca buku, akhbar, dan majalah, malayari Internet,
melalui pengalaman sendiri dan orang lain, dan sebagainya. Selain belajar untuk memperoleh
kecemerlangan akademik, remaja boleh meningkatkan kemahiran diri mereka dalam apa-apa
bidang yang diminati dengan ilmu yang ada. Yang penting, ilmu yang diterima itu akan menjadikan
remaja mampu memberikan sumbangan kepada negara sama ada kecil atau besar. Ilmu dimiliki itu
pula seharusnya dimanfaatkan bersama-sama orang lain. Sebagai contoh, remaja yang mempunyai
pengetahuan tentang masakan, seharusnya menyebarluaskan ilmunya kepada orang lain.
Remaja yang berwawasan juga pantang berputus asa. Semasa melakukan aktiviti atau
ketika menuntut ilmu tidak dapat dinafikan akan wujud halangan tertentu seperti sukar mempelajari
sesuatu perkara, masalah kewangan, kurang dorongan, dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
halangan demikian sepatutnya tidak akan melemahkan semangat remaja, sebaliknya perlu
diharungi dengan tabah supaya memperoleh kejayaan, bak peribahasa, berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Selain itu, remaja perlu inovatif. Remaja yang berwawasan seharusnya sanggup
mempelajari dan menguasai pelbagai cabang ilmu, terutamanya ilmu dari negara-negara maju
seperti Amerika, Jepun, dan Korea, khususnya penyelidikan dan pengembangan. Ilmu yang
dikuasai itu haruslah dapat dikembangkan dalam acuan Malaysia supaya dapat digunakan dalam
membangunkan model insan. Jepun dan Korea misalnya, mengambil teknologi dari negara Barat
tetapi mereka mengadaptasi teknologi tersebut mengikut acuan persekitaran mereka sehingga
produk yang dihasilkan beridentiti mereka dan lebih canggih. Jika remaja kita boleh berbuat
demikian, maka tidak hairanlah pemenang Hadiah Nobel akan menjadi milik warga Malaysia suatu
hari nanti.
Kesimpulannya, remaja yang berwawasan haruslah dibentuk oleh semua pihak mulai
sekarang agar mereka dapat menjadi warga Malaysia yang berkualiti dan unggul. Remaja sendiri
perlu mempunyai kekuatan diri untuk melakukan perubahan, bukannya menunggu orang lain untuk
mengubahnya.

JAWAPAN - PROSA TRADISIONAL - BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA


Soalan 2c Pemahaman Prosa Tradisional
i.

Maksud rangkai kata berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi ialah

ii. Berbaik-baik seperti keluarga yang sehati sejiwa


iii. Saling menyayangi
iv. Bersefahaman

[2 markah]
[1 markah]
[1 markah]

ii. Orang yang dianggap bijaksana oleh penulis dalam ketiga-tiga negeri tersebut ialah
[3 markah]
-

Di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada,


Di Pasak, Orang Kaya Kayanan,
Di Melaka, Bendahara Paduka Raja, dan Seri Nara Diraja

iii. Pada pendapat saya, sekiranya kita ingin menjadi rakyat yang berkualiti tinggi seperti bendahara
Paduka Raja, kita perlu
[4 markah]
-

Kita perlu memastikan orang ramai mendapatkan pendidikan yang berkualiti supaya rakyat berilmu
pengetahuan tinggi.
Kita juga perlu menyediakan latihan kepada rakyat agar mereka dapat menjadi tenaga kerja mahir
yang boleh memajukan ekonomi negara.
Kita juga perlu menanamkan semangat patriotism kepada mereka supaya mereka berani
mempertahankan negara daripada serangan musuh.
Kita perlu memastikan perpaduan sentiasa terjaga supaya dapat melahirkan rakyat yang berkualiti
tinggi