Anda di halaman 1dari 4

Angsa Yang Bertelur Emas

Seorang petani dan isterinya menternak sekawan angsa dan


menjual telurnya di pasar. Mereka tidak kaya, tetapi gembira
dengan hidup mereka.
Pada suatu hari, seekor angsa terbang masuk ke rumah
mereka. Keesokan harinya, petani dan isterinya terperanjat
apabila melihat angsa tersebut mengeluarkan sebiji telur emas.
Tiap-tiap hari selepas itu, angsa itu akan mengeluarkan telur
emas.
Tidak lama kemudian, petani dan isterinya menjadi semakin
kaya. Namum begitu, mereka tidak gembira. Mereka tidak puas
hati dengan hanya sebiji telur emas sehari. Petani itu berkata
kepada isterinya : Angsa itu tentu penuh dengan emas.
Kenapa perlu kita tunggu untuk mendapat lebih banyak emas?
Isterinya setuju : Jika kita membelah badannya, kita boleh
mendapatkan semua telur emas sekali gus! Oleh itu , mereka
pun membunuh angsa itu! Mereka terperanjat apabila
mendapati badannya sama sahaja seperti angsa-angsa lain.
Lebih teruk, mereka tidak akan memperolehi telur emas lagi!
Pengajaran daripada cerita ini adalah kita hendaklah berpuas
hati dengan apa yang kamu miliki. Terima kasih.

Ada seorang lelaki bernama Kudin. Kudin bekerja


sebagai penggembala di sebuah lading-ladang biri-biri.
Pada suatu hari, Kudin berasa sangat bosan semasa
menunggu biri-biri meragut rumput. Tiba-tiba dia
mendapat satu akal. Dia menjerit : Tolong ! Tolong !
Serigala menyerang biri-biri!
Jeritan Kudin didengari oleh beberapa orang pekerja di
kawasan itu dan mereka bergegas ke tempat Kudin.
Apabila sampai di sana, mereka melihat Kudin sedang
ketawa. Ha, Ha, Ha! Kamu semua sudah tertipu ! kata
Kudin sambil ketawa.
Pekerja-pekerja sangat marah. Tidak lama kemudian,
seekor serigala tiba-tiba muncul dari arah hutan dan
menyerang biri-biri. Kudin berasa sangat takut dan
menjerit: Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!
Namun begitu, tiada pekerja hendak tolong Kudin
kerana menyangka Kudin hanya bergurau. Akhirnya, biribiri Kudin telah dibaham oleh serigala.

Pengajaran daripada cerita ini adalah kita janganlah


suka berbohong. Terima Kasih.

Anjing Yang Tamak


Seekor anjing telah mendapat seketul tulang yang
besar. Ia menggonggong tulang itu dan sampai ke
sebatang anak sungai yang jernih airnya.
Anjing itu mula berjalan menyeberangi sungai itu.
Tiba-tiba, anjing berhenti lalu melihat ke dalam
air sungai. Ia melihat anjing lain yang memandang
kepada dirinya dan menggonggong tulang juga ! Ia
tidak sedar itu adalah bayangnya.
Anjing berfikir, Tulang kepunyaan anjing itu
kelihatan lebih besar daripada tulang kepunyaan
aku. Aku akan rampas tulangnya dan bawa lari
dengan pantas! Ketikan ia membuka mulutnya,
tulang du mulutnya terjatuh ke dalam anak sungai.
Tulang itu tenggelam dan anjing itu sangat
menyesal.

Pengajaran daripada cerita ini adalah kita tidak


boleh bersikap tamak. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai