Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Pada tanggal 07 Ogos 2011, saya telah menerima tugasan mengenai tajuk
Konsep Akidah dalam Islam. Tajuk

yang diberikan ini adalah di bawah tugasan

matapelajaran kod PIM`3104.

Di permulaannya, saya bermula dengan proses mencari data dan maklumat


mengenai tajuk kerja kursus ini. Sepanjang pencarian saya, saya ada memperoleh
maklumat daripada internet akan tetapi kebanyakan rujukan saya adalah dari buku hasil
dari perbincangan dengan sahabat dan perkongsian nota.

Setelah saya sudah memperoleh maklumat yang mencukupi, saya mula untuk
membuat tugasan saya. Proses untuk menyiapkan ini sememangnya memakan masa
yang agak lama. Antara kekangan yang terbesar bagi saya ialah tempoh bagi
menyelesaikan tugasan ini adalah semasa hari raya. Oleh itu, tugasan saya terhenti
seketika.

Selepas daripada saya menyambut hari raya, saya dan sahabat dikehendaki
untuk melakukan tugasan PBS di sekolah. Semasa saya di sana, saya bertanya
dengan guru mengenai salah satu tugasan yang diberikan iaitu membuat Rancangan
Pengajaran Harian. Setelah berbincang, banyak masalah yang timbul dan perlu saya
perbetulkan.

Akhirnya setelah selesai membuat semakan yang terakhir, maka kerja kursus ini
telah sedia untuk dihantar pada 06 September 2011. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai