Anda di halaman 1dari 2

btm8ukm2015

Blog ini dibuat untuk memenuhi kerja kursus bagi


subjek Bahasa dan Teknologi Maklumat, semester 2,
sesi 2014/2015

Analisis Semantik dalam Lirik


Lagu Apo Kono Eh Jang
Semantik ialah salah satu cabang dalam bidang linguistik yang
mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Semantik berasal
dari perkataan Yunani semantikos yang bermaksud penting atau
bererti.Berikut ialah definisi semantik oleh tokoh-tokoh bahasa :
J.W.M. Verhar, 1996
semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau
makna
Abdul Chaer, 1994
semantik merupakan bidang pengkajian linguistik yang objek
penelitiannya makna bahasa .
Ferdinand de Saussure, 1966
semantik ialah ilmu tentang makna atau tentang erti, iaitu salah satu
dari 3 (tiga) tataran analisis bahasa (fonologi, gramatikal dan
semantik).
Menurut Kamus Dewan, semantik bermaksud kajian tentang makna
perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Secara umumnya
semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu
perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambanglambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara
makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap
masyarakat.

Kini, kami akan membincangkan pula tentang analisis semantik

Kini, kami akan membincangkan pula tentang analisis semantik


dalam lirik lagu Apo Kono Eh Jang (versi baharu).
Lirik lagu dalam dialek Negeri Sembilan tersebut keseluruhannya
menceritakan tentang nasihat dan sindiran seorang ibu terhadap
anak lelaki bujangnya.
Pada rangkap pertama, menerangkan tentang anak lelakinya yang
masih lagi tidur dan tidak melakukan kerjanya iaitu memberi kerbau
makan. Kemudian, pada rangkap kedua, anak lelakinya berkata
yang dia sudah lama membujang. Rangkap keempat pula
menunjukkan sindiran terhadap anak lelakinya kerana sering
menghadap muka buku (facebook) sampaikan diri sendiri tidak
terurus. Disuruhnya untuk bersih dan kemaskan diri kerana bau
badannya yang sudah seperti lombu (busuk).
Seterusnya, rangkap kelima bermaksud bandingan antara anaknya
yang tiada apa-apa pencapaian dengan orang lain yang sudah
mencapai kejayaan. Pada rangkap keenam pula, liriknya bernada
nasihat kepada anaknya agar tidak diingat lagi perkara yang lepas
yang mana pada rangkap ketujuh menerangkan apa yang
menyebabkan anaknya berkelakuan seperti itu, iaitu berkenaan
seorang gadis yang disukai anaknya telah pun dipinang orang lain.
Kemudian, rangkap kelapan dan kesembilan menerangkan tentang
kekesalan ibu tersebut terhadap anak lelakinya jika anaknya
mendengar nasihatnya dahulu, agar belajar rajin-rajin pasti nanti
berjaya dan pandai seperti anak orang lain.
Juga dinasihati agar berusaha dengan lebih gigih, tidak malas
bekerja agar boleh mendapat kesenangan hidup. Rangkap kesepuluh
pula menerangkan apabila sejak kecil belajar agama, dewasa nanti
akan jadi orang berjaya. Rangkap-rangkap terakhir pula bermakna
kekesalan yang diluahkan ibu tersebut terhadap anaknya andai kata
dia mengikut katanya dahulu, bekerja dan mengumpul duit dan
menyegerakan pinangan pasti Milah dapat menjadi menantunya
kerana memang keinginan ibunya untuk bermenantukan Milah.
JUNE 3, 2015

BTM8UKM2015

SEMANTIK

BLOG AT WORDPRESS.COM. | THE SORBET THEME.

Anda mungkin juga menyukai