Anda di halaman 1dari 2

Contoh Karangan Banjir Kilat.

Banjir kilat sering berlaku apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba. Banjir kilat
kerap berlaku di negara kita. Banjir kilat boleh menyusahkan manusia. Banjir kilat
juga boleh mengakibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa. Banjir
kilat juga boleh mengakibatkan kesesakan jalan raya. Terdapat beberapa punca
terjadinya banjir kilat.

Banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang suka membuang sampah di
merata-rata tempat. Masyarakat suka membuang sampah ke dalam longkang, parit
dan sungai. Sampah yang dibuang boleh menyebabkan longkang tersumbat.
Apabila hujan secara tiba-tiba, aliran air dalam longkang, parit dan sungai akan
tersekat. Contohnya seperti yang berlaku di Jalan Skudai dan Jalan Air Molek di Johor
Bahru. Oleh itu, jelaslah bahawa banjir kilat berpunca daripada sikap manusia yang
suka membuang sampah di merata-rata tempat.

Di samping itu juga, faktor penguatkuasaan yang terlalu longgar merupakan punca
banjir kilat. Hal ini kerana tiada tindakan undang-undang terhadap orang yang
membuang sampah di merata-rata tempat. Pihak Berkuasa Tempatan pula tidak
memantau kawasan pembuangan sampah. Apabila hujan, kawasan pembuangan
sampah menakung air dan banjir kilat berlaku. Contoh peniaga pasar malam sesuka
hati membuang sampah berhampiran parit atau longkang tanpa dikenakan
hukuman. Oleh itu, jelaslah bahawa penguatkuasaan yang longgar merupakan
punca terjadinya banjir kilat.

Selain itu, banjir kilat berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna.
Parit dan longkang yang dibina di bandar adalah sempit. Parit juga tersumbat
disebabkan oleh longgokan sampah. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku
apabila hujan lebat berlaku. Pengaliran air akan tersekat dan melimpah di jalan
raya. Contohnya banjir kilat yang berlaku di bandar-bandar besar seperti Kuala
Lumpur dan Johor Bahru. Jelaslah bahawa sistem perparitan yang tidak sempurna
menjadi punca banjir kilat.

Faktor iklim juga menjadi punca banjir kilat. Iklim yang tidak menentu iaitu kadangkadang hujan dan kadang-kadang panas boleh menyebabkan banjir kilat. Keadaan
ini semakin buruk dengan fenomena El-Nino yang menyebabkan hujan lebat

berterusan. Dengan ini, jelaslah bahawa faktor iklim menjadi punca kepada banjir
kilat.

Kejadian banjir kilat juga berkaitan dengan aktiviti pemaju projek perumahan.
Syarikat perumahan mengabaikan aspek penjagaan alam sekitar. Pemaju-pemaju
perumahan tidak memantau projek pembinaan. Mereka juga membiarkan sisa-sisa
binaan terbiar selepas sesuatu projek siap djalankan. Contohnya longkang dibiarkan
tertimbus dengan pasir dan sisa binaan. Hal ini menyebabkan banjir kilat berlaku
apabila hujan turun dengan lebatnya.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan banjir kilat. Semua pihak perlulah
bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi mengatasi masalah ini. Hal ini penting
agar masalah banjir kilat dapat diatasi. Dengan ini, segala kerugian yang dialami
kerana banjir kilat dapat dikurangkan.

Anda mungkin juga menyukai