Anda di halaman 1dari 21

1

1.0 Pengenalan Etika

Etika membawa maksud satu disiplin ilmu yang mengkaji satu set tanda aras
moral (moral standard) atau tanda aras bagi moral (standard of moral) bagi satu
komuniti. Ianya mengkaji bagaimana tanda aras ini di aplikasi dalam kehidupan
seharian dan adakah tanda aras ini adalah sesuai atau tidak sesuai (Manual G.
Velasquez, 2006). Dalam erti kata lain, etika adalah panduan bagaimana
manusia ingin menjalankan pelbagai aspek kehidupan manusia seperti cara
bersosial, cara beragama, dan termasuk juga cara berniaga. Kebiasaannya,
sekiranya set moral diikuti maka ia dianggap amalan beretika, sekiranya tidak
maka ia tidak dianggap sebgai amalan beretika.
Manakala etika perniagaan membawa maksud satu set moral yang mengkaji
sama ada perbuatan itu betul atau salah yang mana ia menjurus kepada
kegunaan dan aplikasi di dalam organisasi sesebuah perniagaan iaitu mengenai
pengorganisasian dan gelagatnya (Manual G. Velasquez, 2006).. Etika
perniagaan ini juga merujuk kepada etika professional yang merujuk kepada
prinsip etika dan moral yang wujud didalam sesebuah perniagaan. Etika
perniagaan ini merangkumi kesemua aspek perniagaan daripada aspek individu
sehinggalah keseluruhan organisasi.
Etika perniagaan juga mengkaji satu standard set moral dan bagaimana ianya
diaplikasikan ke dalam sistem dan organisasi dan bagaimana masyarakat moden
yang menghasilkan barang atau perkhidmatan dan mengagihkannya serta
gelagat individu yang bekerja di dalam organisasi berkenaan (Sondang
P.Siagian, 1996). Dengan erti kata lain etika perniagaan adalah bagaimana ianya
diamalkan, bukan sahaja mengkaji set moral dan norma tetapi juga merangkumi
bagaimana set moral itu diamalkan ke dalam institusi (institutions), organisasi
(organization),

dan

aktiviti(activities),

yang

juga

digelar

perniagaan(business).

2.0 Amalan yang beretika dan tidak beretika dalam perniagaan

sebagai

Amalan beretika membawa maksud suatu amalan yang mengikuti dengan


kesesuaian set moral yang diterima umum seperti norma budaya, ajaran agama
dan sebagainya. Etika juga memberi panduan kepada individu untuk mengetahui
perbuatan yang betul dan salah. Di dalam perniagaan, setiap tingkah laku
organisasi dan individu didalam organisasi mencerminkan sama ada perniagaan
berkenaan beretika atau tidak. Etika perniagaan amat penting dan perlu
diamalkan kerana ianya memperlihatkan sejauh mana kualiti sesebuah
perniagaan itu.

2.1 Amalan perniagaan yang beretika.


1- Menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
2- Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan
3- Menghormati budaya atau norma masyarakat di mana perniagaan
beroperasi
4- Menjalankan perniagaan mengikut undang-undang negara seperti
yang ditetapkan
5- Menjalankan perniagaan

yang

memberi

kualiti terbaik kepada

pelanggan.

2.2 Amalan perniagaan yang tidak beretika


1- Menjalankan perniagaan secara salah dari segi undang-undang
negara
2- Memberi layanan yang buruk kepada pelanggan
3- Tidak menghormati sensitiviti masyarakat di mana perniagaan
beroperasi.
4- Kurang mengambil berat mengenai kualiti perkhidmatan kepada
pelanggan seperti menipu pelanggan, tidak menjaga kebersihan
perniagaan dan sebagainya.
5- Bersekongkol dalam menjalankan aktiviti yang salah di sisi undangundang seperti menyorok barang, menyeludup dan menggunakan
barang tiruan.

3.0 Etika perniagaan menurut pandangan Islam

Menurut pandangan Islam, etika di definisikan sebagai satu set moral atau
prinsip moral yang membantu melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran
(distinguish right from wrong) yang juga disebut sebagai Akhlak (Azlan Khalili,
2006). Di dalam islam akhlak merupakan sesuatu yang amat penting dan
ditekankan dalam setiap amalan seharian individu, akhlak merujuk kepada
tetapan syarak.
Di dalam Al-Quran, istilah seperti khayr(kebaikan), birr(kebenaran), qist wal
adl (kesamarataan dan keadilan), haqq(kebenaran yang hakiki), maruf(perkara
yang baik) dan taqwa(takwa) adalah konsep yang merujuk kepada set moral atau
etika. Etika atau akhlak di dalam Islam ini memandu setiap Muslim di dalam
setiap amalan mereka sama ada perniagaan atau apa sahaja (Azlan Khalili,
2006).
Kefahaman seseorang usahawan kepada etika perniagaan menurut Islam
berdasarkan kefahaman mereka dalam konsep ibadah atau setiap perkara yang
baik itu adalah ibadah dan juga pengetahuan dan pemerhatian kepada perkara
yang halal dan haram menurut pandangan syariah.

3.1 Contoh Amalan Perniagaan Beretika Menurut Islam

Islam

menggalakkan

umatnya

berniaga

dan

menjalankan

aktiviti

perniagaan malah menurut hadis dari Imam Ghazalli r.a sembilan dari sepuluh
pintu rezeki adalah melalui perniagaan. Islam turut menggalakkan umatnya untuk
sentiasa bekerja kuat dan menguasai bidang perniagaan. Namun begitu, Islam
memberi garis panduan dalam menjalankan perniagaan antaranya melalui etika
atau akhlak yang perlu diikuti bagi mencegah keburukan dan kemudaratan
kepada manusia dan memberi galakkan dalam mengamalkan perniagaan yang
berlandaskan syariah. Antara contoh amalan perniagaan beretika menurut Islam
ialah
1. Niyyah (Niat) untuk memulakan perniagaan perlulah betul. Objektif
utama

menjalankan aktiviti perniagaan adalah bagi memenuhi

fardu kifayah.

2. Sebagai Muslim, peniaga atau usahawan mesti mengambil berat


mengenai akhirat dan sentiasa mengingati Allah.
3. Perkara-perkara haram dan shubhah perlu dihindari
4. Mengamalkan sifat-sifat Rasul dalam perniagaan iaitu amanah,
benar, menyampaikan kebaikan dan kecerdikan.
5. Dalam melakukan transaksi pinjaman, usahawan perlu meminjam
dengan bank atau institusi kewangan yang tidak mengamalkan
unsur riba.

4.0 Huraian
4.1 Perniagaan Atas Talian

Alamat URL perniagaan


Pengkhususan perniagaan

: https://www.facebook.com/chicntoe
: Perniagaan menjual pakaian Muslimah.

Perniagaan ini merupakan perniagaan yang dijalankan secara atas talian (on-line
business) iaitu hanya di laman sosial Facebook. Perniagaan ini menjual pelbagai
jenis pakaian khusus untuk muslimah seperti tudung, anak tudung, jubah, dan
sebagainya.
Operasi perniagaan ini adalah sepenuhnya melalui tempahan atas talian iaitu di
laman sosial Facebook melalui halaman (page) yang boleh diakses oleh mana-mana
pengguna akaun Facebook. Setiap produk yang ingin dijual akan di paparkan (post)
di halamannya. Pelanggan yang berminat untuk membeli produk yang dipaparkan
boleh menempah produk berkenaan dengan memberi pesanan peribadi (private
message) kepada pemilik halaman berkenaan dengan memberi butir-butir dan
maklumat produk

yang ingin ditempah. Seterusnya, pelanggan perlu membuat

bayaran dengan mendepositkan wang tunai yang ditetapkan ke dalam akaun bank
peribadi milik peniaga. Mengikut pemilik, barang atau produk akan diberi jaminan
sampai dalam masa beberapa hari selepas bayaran.

a) Amalan perniagaan yang tidak beretika 1

Pandangan
Perniagaan ini di anggap tidak beretika kerana menjalankan perniagaan tidak
menggunakan lesen perniagaan yang sah dari segi undang-undang negara.
Perniagaan ini dikenalpasti tidak mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia oleh itu, ianya merupakan perniagaan yang tidak sah dari segi
undang-undang.

Sokongan dari Sumber Ilmiah


Menurut peruntukkan lunas undang-undang yang ditetapkan sesiapa yang
ingin memulakan perniagaan perlulah mendaftarkan perniagaan mereka dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengikut akta 125 Akta Pendaftaran Perniagaan
1956.
Setiap perniagaan walaupun tidak secara nyata iaitu mempunyai premis
perniagaan ataupun pekerja sendiri tetap perlu mendaftarkan entiti perniagaan
dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, walaupun hanya diatas talian sahaja seperti
di internet, kerana pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia perlu mengetahui jenis atau
aktiviti perniagaan yang ingin dijalankan.

Cadangan Penambahbaikan
Cadangan penambahbaikan bagi perniagaan ini ialah perniagaan tersebut
perlulah mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
agar perniagaan mereka walaupun dibuat secara atas talian dapat beroperasi
secara sah di sisi undang-undang negara.

b) Amalan perniagaan yang tidak beretika 2


Berdasarkan beberapa respons daripada pelanggan-pelanggan yang pernah
berurusan dengan perniagaan ini. Perniagaan ini telah menipu pelanggan yang telah

membeli secara atas talian produk-produk daripada mereka. Berdasarkan dakwaan


daripada seorang pelanggan menyatakan bahawa perniagaan berkenaan tidak
menghantar barang seperti yang dijanjikan kepada pelanggan walaupun bayaran
sudah pun dibuat melalui nombor akaun yang diberikan. Selain itu, dakwaan
pelanggan juga panggilan atau pesanan ringkas yang dihantar turut tidak dibalas
oleh pihak perniagaan.
Pelanggan tersebut telah menempah pakaian muslimah daripada perniagaan
ini sejak awal Januari tahun 2014, namun sehingga kini perniagaan tersebut tidak
menghantar barang yang ditempah kepada pelanggan berkenaan, berdasarkan
perjanjian yang dibuat oleh peniaga mereka akan menghantar selewat-lewatnya tiga
hari hingga seminggu selepas bayaran diterima oleh peniaga. Namun sehingga kini
perniagaan tersebut tidak menghantar apa-apa kepada pelanggan
Ditambah lagi, apabila pelanggan tersebut ingin menghubungi pihak
perniagaan, pihak perniagaan tidak menjawab ataupun memberi respons kepada
panggilan pelanggan tersebut, malah wang tunai yang didepositkan oleh pelanggan
tidak dipulangkan menyebabkan pelanggan merasa tidak puas hati akan perkara
yang berlaku

Sokongan daripada sumber ilmiah


Menurut Gerard Hoffman, 2006 profesion IT atau sesiapa sahaja yang terlibat
di dalam dunia IT seperti e-business turut mempunyai tanggungjawab dan etika
yang tersendiri sepertimana profesion yang lain antaranya ialah seperti :
1) Tanggungjawab untuk kompeten di dalam professional mereka dan tidak
sesekali menuntut yang bukan hak cipta mereka.
2) Tanggungjawab untuk tidak menggunakan status

professional

untuk

melakukan niat jahat atau membuli pihak lain dalam melakukan perkara yang
mereka minat.

3) Tanggungjawab untuk tidak menggunakan status professional mereka untuk


menutupi agenda pihak lain.
Tanggungjawab ini jelas perlu diikuti oleh semua pihak yang terlibat di dalam
dunia internet atau IT termasuklah peniaga yang menggunakan internet atau atas
talian sebagai medium untuk menjual produk mereka, ini kerana mereka
melibatkan pengguna lain dan menjaga hak pengguna lain adalah satu
tanggungjawab mereka.
Menurut S.Salahudin Suyorno, 2006 terdapat dua belas etika yang perlu
diteliti oleh seseorang peniaga menurut Islam dalam menjalankan apa jua
perniagaan sama ada perniagaan secara atas talian dan sebagainya, namun
boleh juga di ikuti sebagai panduan dalam setiap jenis perniagaan, antaranya
ialah :
1) Niat- dalam setiap perbuatan perlu dibetulkan niat (intention)
2) Itqan- mempunyai ilmu dan pengetahuan dalam setiap usaha
3) Ihsan- penguasaan (proficiency) dan kecekapan (efficiency)
4) Ikhlas
5) Sabar untuk berjaya
6) Penambahbaikan diri yang berterusan
7) Adil dan amanah
8) Sentiasa mengingati yang maha berkuasa
9) Benar
10)Sabar
11) Sederhana
12)Memegang janji
Etika perniagaan seperti ini perlu wujud di dalam persekitaran perniagaan
kerana ianya amat penting bagi menjamin agar tiada pihak yang terjejas yang
mengakibatkan pelbagai masalah. Isu etika di dalam perniagaan atas talian
bukan baru, malah hari ini pelbagai jenis perniagaan yang berunsur penipuan
berleluasa di internet, ini kerana etika perniagaan tidak diamalkan sepenuhnya
oleh peniaga-peniaga yang menggunakan internet sebagai medium jualan
mereka.

Cadangan Penambahbaikan

Bertanggungjawab ke atas pelanggan adalah perkara yang amat penting


yang perlu dititik beratkan oleh perniagaan, perniagaan perlu meletakkan
maklumat yang betul kepada sebarang produk yang dijual di atas talian misalnya
nombor telefon perniagaan yang boleh dan mudah dihubungi, email perniagaan,
atau alamat perniagaan agar mudah dihubungi oleh pelanggan.
Sebarang iklan di internet perlu disertakan bersama nombor telefon yang
betul dan alamat lokasi yang boleh dirujuk oleh pelanggan, atau lebih baik
meletakkan maklumat perniagaan yang lengkap kepada pelanggan agar
kredibiliti perniagaan tidak diragui.
Pihak perniagaan perlu sentiasa mengurus tempahan di atas talian dengan
baik dan sentiasa peka ke atas aduan daripada pelanggan. Pihak perniagaan
turut perlu mengemaskinikan data tempahan daripada pelanggan agar tiada
sebarang masalah yang boleh berlaku seperti kelewatan, atau terlepas pandang
tempahan

4.2 Perniagaan Peruncitan

Alamat perniagaan : Berdekatan kawasan perumahan Pangsapuri Sri Murni 2,


Jalan Pengkalan Rinting, Johor Bahru, Johor darul Tazim
Pengkhususan Perniagaan : Perniagaan menjual barang harian
Mengikut Cundiff dan Still (1961) jikalau pembeli itu adalah pembeli yang akhir,
penjual yang telah berurus niaga itu dikatakan telah melakukan peruncitan. Definisi
ini hanya menumpukan penjual itu sebagai orang utama di dalam urusniaga.
Perniagaan ini menjalankan perniagaan peruncitan di mana penjualan barang
dan dagangan dari sesuatu tempat yang tetap iaitu di kawasan perumahan.

Penjualan di kedai runcit ini adalah seperti menjual barang keperluan harian untuk
pelanggan yang berhampiran di kawasan perumahan itu. Setiap barang yang dijual
akan disusun atur oleh pekerja di kedai itu agar memudahkan pelanggan untuk
membelinya

a) Amalan Perniagaan yang Tidak Beretika 1


Pandangan
Pada pandangan saya, amalan yang tidak beretika dilakukan oleh kedai runcit
tersebut ialah tidak menggunakan lesen perniagaan yang sah di sisi undangundang. Saya mengatakan begini, kerana tiadanya sijil perniagaan dipaparkan
semasa melakukan tinjauan ke atas kedai runcit tersebut. Oleh itu, saya
berpendapat bahawa kedai ini tidak mendaftarkan perniagaannya di Suruhanjaya
Syarikat Malaysia.
Secara tidak langsung, kita sebagai pengguna turut terlibat dalam aktiviti yang
tidak beretika kerana membeli barang daripada kedai runcit yang tidak mempunyai
lesen perniagaan.

Sokongan dari Sumber Ilmiah


Berdasarkan sumber ilmiah yang saya perolehi dari laman web Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM) bahawa sebab-sebab perniagaan perlu didaftarkan kerana
ianya sebagai bukti muktamad yang sah dan diperakui oleh undang-undang. Tanpa
pendaftaran, tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas peniaga atau pemilik
perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Selain itu, pendaftaran perniagaan ini adalah sebagai bukti keterangan iaitu
segala maklumat dengan perniagaan seperti nama, sifat perniagaan, tarikh
permulaan perniagaan, alamat dan tempat perniagaan, berkenaan pemilik iaitu
nama penuh, jawatan dan tarikh kemasukan dalam perniagaan akan direkodkan
dalam daftar. Maklumat ini adalah benar dan boleh dijadikan sebagai bukti bertulis.

10

Tambahan pula, pendaftaran dilakukan sebagai hak milik iaitu sekiranya


pemilik telah meninggal dunia pada masa kematiannya telah direkodkan dalam
daftar salah seorang waris atau mana-mana individu yang berhak terhadap harta
pemilik yang meninggal dunia boleh membuat tuntutan ke atas hak individu yang
meninggal dunia. Sekiranya perniagaan tidak didaftarkan, maka butir-butir yang
berkaitan tidak direkod, oleh itu perniagaan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan
melalui guaman atau prosiding undang-undang lain.

Cadangan Penambahbaikan
Sewajarnya, sebagai peruncit yang ingin memastikan kedainya bertahan lama
hendaklah mendaftarkan kedainya, di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Hal ini
ditegaskan agar peruncit dapat menjalankan perniagaan kedai runcitnya dalam
keadaan yang selamat serta sah di sisi undang-undang di Malaysia dan secara tidak
langsung menambahkan rasa keyakinan pelanggan untuk membeli barang
keperluan di kedai runcit ini.
Selepas wujudnya pensijilan pendaftaran perniagaan, pekerja seharusnya
memaparkan sijil pendaftaran di dalam kedai runcit, agar pelanggan mengetahui
bahawa kedai runcit ini sudah selamat didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM)
b) Amalan Perniagaan yang Tidak Beretika 2
Pandangan
Pada pandangan dan pengalaman saya ialah, pekerja di kedai ini telah sewenangwenangnya menaikkan harga barang keperluan asas seperti gula, minyak dan
tepung. Disebabkan kedai runcit yang lain agak jauh dari kawasan perumahan saya,
pelanggan terpaksa membeli barang keperluan harian di kedai runcit. Pernah
pelanggan di kedai runcit ini memarahi pekerja di situ kerana sudah tidak sabar
dengan keadaan harga barang yang mahal di kedai ini. Tetapi sikap endah tidak
endah pekerja di situ, mereka masih meletakkan harga yang lebih dari sepatutnya.
Tambahan pula, terdapat barang keperluan yang sudah rosak seperti tin yang sudah
kemik dan gula pasir yang terdedah mengakibatkan gula itu dimasuki oleh semut.

11

Tambahan pula, terdapat sesetengah barang yang tidak diletakkan harga dan boleh
menyebabkan kekeliruan pelanggan untuk membeli barang di kedai runcit ini.

Sokongan dari Sumber Ilmiah


Sumber ilmiah yang diperolehi ialah mengikut Undang-undang Malaysia, Akta 723
iaitu mana-mana orang yang menjual atau menawarkan untuk menjual apa-apa
barangan harga terkawal atau menyediakan atau menawarkan untuk menyediakan
apa-apa perkhidmatan caj terkawal atau yang mengutip deposit selain mengikut
harga atau caj yang ditentukan oleh Pengawal di bawah seksyen 4, 5 atau 7
dianggap sebagai melakukan suatu kesalahan.
Tambahan pula, mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) iaitu barang
kawalan perlu dikawal oleh undang-undang kerana kebanyakannya merupakan
keperluan asas yang akan digunakan oleh pengguna dan pengeluar. Manakala,
undang-undang Akta Kawalan Harga (1946) juga menjaga harga barang kawalan
adalah stabil dan menetapkan harga maksimum dan minimum supaya pengguna
dapat mengetahui harga barang tertentu.

Selain itu, subseksyen (1), mana-mana orang yang menawarkan untuk


menjual apa-apa barangan harga terkawal atau menawarkan untuk membekalkan
apa-apa perkhidmatan caj terkawal hendaklah mempamerkan senarai harga bagi
barangan harga terkawal atau caj bagi perkhidmatan caj terkawal dalam kedudukan
yang mudah dilihat yang senang dibaca oleh mana-mana orang yang bercadang
untuk membeli barangan atau perkhidmatan itu. Walau apa pun subseksyen (1), jika
tidak praktik untuk mempamerkan senarai harga atau caj sebagaimana yang
dikehendaki di bawah subseksyen (1), senarai harga atau caj itu hendaklah
dipamerkan mengikut cara yang ditentukan oleh Pengawal. Mana-mana orang yang
tidak mematuhi subseksyen (1) atau (2) telah melakukan suatu kesalahan.

Cadangan Penambahbaikan

12

Penambahbaikan yang boleh dibuat di kedai runcit ini ialah pekerja sewajarnya tidak
boleh menaikkan harga barang keperluan, terutama barang kawalan dengan
sewenang-wenangnya. Ini kerana berdasarkan kenyataan daripada Kementerian
Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), terdapat 20 barang kawalan
antaranya ialah gula, susu, garam dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya.
Selain itu, pekerja sepatutnya mengambil inisiatif apabila dimarahi oleh
pelanggan berkaitan hal tidak sepatutnya dengan memperbaiki kelemahan serta
kesalahan yang terdapat di dalam kedai runcit. Secara tidak langsung, persekitaran
kedai runcit akan menjadi lebih harmoni serta akan meningkatkan lagi pertambahan
pelanggan ke kedai runcit ini.
Tambahan lagi, sebagai pekerja yang ingin memastikan pelanggannya tidak
beralih ke kedai runcit yang lain hendaklah memastikan segala barang keperluan
berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contoh, memperbaharui barang yang
tarikh luput sudah hampir atau tamat dan memastikan segala makanan daripada tin
berada dalam keadaan yang elok dan selamat untuk digunakan oleh pelanggan.
Peruncit hendaklah memastikan segala barang yang dipamerkan dilabelkan
dengan tanda harga yang sepatutnya supaya pelanggan tidak keliru dan tidak
menimbulkan syak wasangka antara peruncit dengan pelanggan.

4.3 Perniagaan Makanan

Jenis perniagaan : Penjualan makanan


Lokasi

: Di sekitar kafe KUO

Perniagaan ini merupakan perniagaan penjualan makanan yang di buka disekitar


kafe Kolej Ungku Omar (UPSI).

Perniagaan

ini beroperasi dari pukul 8 pagi

sehingga pukul 11.30 malam. Perniagaan ini menjual pelbagai jenis masakan dan
akan menjual makanan ringan seperti burger di sebelah malam. Perniaga ini tidak
mengamalkan amalan etika yang betul. Perniagaan ini telah menyalahi amalan etika

13

seperti penyediaan tempat makanan yang kotor, tercemar dengan serangga, dan
sebagainya.

a) Amalan Perniagaan yang Tidak Beretika 1


Pandangan
Perniagaan ini dianggap tidak beretika kerana mereka menjalankan
perniagaan yang tidak bersih. Apabila diperhatikan, perniagaan ini sering
menghidangkan makanan secara terdedah dan terdapat beberapa ekor serangga
yang mati dalam hidangan tersebut. Perniagaan ini juga menyediakan kain pengelap
pinggan yang kotor tanpa menukarnya malah sisa-sisa lauk akan dicampurkan
dengan lauk yang lain bagi mengurangkan bekas yang ada. Hal ini merupakan cara
yang telah melanggar undang-undang etika.

Sokongan dari Sumber Ilmiah


Bagi setiap pengendali makanan, mereka hendaklah mengamalkan garis
panduan yang keluarkan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan
Kesihatan iaitu:

Pakai apron dan penutup kepala yang bersih dan sesuai ketika mengendali

makanan.

Jangan merokok ketika menyediakan makanan.

Makanan tidak boleh diletak atau disediakan di atas lantai. Gunakan tempat

yang dikhaskan. Begitu juga dengan stok bekalan bahan memasak.

Jagalah kebersihan apabila menyediakan makanan setiap masa.

Jangan menyapu makanan yang terjatuh di atas lantai. Buangkan makanan

tersebut di tempat yang sesuai

Simpan makanan di tempat yang sesuai.

14

Jangan gunakan bekas yang telah retak atau sumbing untuk menghidangkan

makanan.

Gunakan penyepit/sudu/garpu untuk mengambil makanan.

Lindungi makanan dari lalat, tikus, lipas, habuk dan bahan-bahan beracun.

Gunakan cara hidangan yang betul dan jagalah kebersihan diri ketika

menghidangkan makanan.

Gunakan tuala yang berasingan untuk membersih meja, lap peralatan dan

untuk lap tangan.

Gunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan mangkuk . Pastikan ia

hanya digunakan untuk tujuan tersebut sahaja.

Gunakan tong sampah.

Gunakan air yang bersih untuk mencuci pinggan mangkuk.

Cuci tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan

sebelum menyediakan atau menghidangkan makanan.

Jangan simpan makanan yang telah dimasak dan mentah di tempat yang

sama untuk mengelakkan pencemaran silang.

Simpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya makanan yang mudah

rosak di dalam peti sejuk.

Cadangan penambahbaikan
Cadangan penambahbaikan bagi perniagaan ini ialah peniaga tersebut hendaklah
memastikan masakan

yang dihidang ditutup dengan jaring agar serangga tidak

dapat memasuki ke hidangan tersebut. Selain itu, peniaga juga hendaklah


memastikan kain untuk mengelap pinggan sentiasa bersih agar pelajar terhindar dari
sebarang jangkitan kuman dan keracunan makanan. Peniaga juga hendaklah
membuang

atau

menghabiskan

sisa-sisa

lauk

yang

ada

dan

tidak

15

mencampurkannya kerana sesetengah lauk tidak boleh dicampurkan dalam


keadaan yang lama. Hal ini akan menyebabkan kemungkinan keracunan makanan
akan berlaku.

b) Amalan Perniagaan yang Tidak Beretika 2


Pandangan
Selain dari pengamalan perniagaan yang tidak bersih, perniagaan ini juga
tidak meletakkan tanda harga di setiap makanan yang dijual. Setiap pembelian
makanan akan dikenakan harga yang berlainan walaupun kuantiti dan jenis
makanan yang sama. Berdasarkan beberapa respons dari beberapa orang pelajar,
ternyata peniaga tersebut mengenakan harga yang berlainan kepada pelajar yang
berbeza.

Sokongan dari Sumber Ilmiah


Menurutkan Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2010 peniaga tidak
dibenarkan menaikkan harga makanan dengan sesuka hati. Jika Pihak berkuasa
mendapati pihak perniagaan menaikkan harga dengan sesuka hati, peniaga tersebut
akan dikenakan hukuman berat. Bagi membantu dalam pelaksanaan akta ini,
sebuah Majlis Penasihat Harga Barang ditubuhkan. Ia dianggotai golongan peniaga,
pengguna dan pegawai kementerian yang akan menjalankan pemantauan ke atas
semua peniaga. Jika didapati peniaga menaikkan harga barang tanpa sebab,
jawatankuasa terbabit akan membuat laporan dan tindakan tegas akan diambil ke
atas mereka.
Peniaga atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah akta ini boleh
dikenakan hukuman denda sekiranya disabitkan kesalahan. Bagi individu yang
melakukan kesalahan pertama, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak
melebihi RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Cadangan Penambahbaikan

16

Berdasarkan amalan yang kedua ini, cadangan untuk penambahbaikan ialah


peniaga hendaklah meletakkan tanda harga bagi setiap hidangan makanan yang
dijual. Oleh yang demikian, peniaga hendaklah mengira mengikut harga yang telah
ditetapkan sahaja. Peniaga juga hendaklah bersifat adil dan amanah dalam menjual
makanan tanpa mengira siapa pembelinya. Sebagai seorang penjual, mereka
hendaklah meletakkan harga yang berpatutan dengan modal mereka keluarkan agar
tidak berlaku penindasan terhadap pelajar. Harga yang diletakkan hendaklah
dipersetujui atau mendapat kepuasan dari pihak pembeli atau pelajar. Hal ini kerana
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan
jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka diantara kamu". [an Nisa :
29]

4.4 Perniagaan Perkhidmatan

Alamat Perniagaan : Stesen Bas Dan Teksi Sungai Nibong Pulau Pinang
Pengkhususan Perniagaan: Pengangkutan Awam

a) Amalan Perniagaan yang Tidak Beretika 1

17

Pandangan
Pada pendapat saya, amalan yang tidak beretika yang dapat dilihat di stesen teksi
adalah

pemandu teksi mengenakan tambang yang tinggi tanpa menggunakan

meter. Seperti yang kita sedia maklum, setiap teksi perlu mempunyai meter tambang
supaya tambang yang dikenakan terhadap pengguna bertepatan dengan jarak lokasi
yang di tuju. Penggunaan meter tambang adalah penting untuk mengelakkan setiap
pemandu menentukan harga sesuka hati untuk kepentingannya dengan mengaut
keuntungan yang melampau. Penggunaan meter haruslah dimaksimumkan agar
tambang yang dikenakan kepada pengguna menepati kadar yang ditetapkan oleh
kerajaan.
Sokongan Dari Sumber Ilmiah
Menerusi laman web rasmi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD),
kerajaan telah menetapkan kadar tambang yang dikenakan mengikut jenis teksi
yang terdapat Di Malaysia. Bagi teksi bajet bermeter, caj permulaan yang dikenakan
adalah RM3.00 dengan kadar RM 0.87 per kilometer, RM 0.21 untuk 21 saat dan
bagi jarak 10 kilometer ditetapkan sebanyak RM10.80. Kadar tambang yang
ditetapkan berdasarkan 2 langkah utama yang dikenalpasti iaitu kaedah Baseline
semula kos teksi dan aplikasi ke dalam struktur kadar tambang. Oleh kerana kadar
tambang teksi telah disemak pada tahun 2009, iaitu 4 tahun yang lepas, maka ia
adalah penting supaya kadar tambang teksi diselaraskan secara holistik.
Penyelarasan holistik ini melibatkan kos sebenar dalam penyediaan perkhidmatan
teksi dan pada masa yang sama memastikan tambang teksi terkini adalah relevan.
Enam kos komponen utama telah dikenalpasti dalam kaedah 'Baseline' Semula. Kos
komponen yang pertama adalah kos kenderaan yang mengambil kira bayaran sewa
harian. Seterusnya kos peralatan yang diambil kira dalam kos komponen seperti
meter teksi, sistem gas asli mampat(bagi yang memakai NGV) dan terminal kad
kredit. Kos komponen ketiga yang diambil kira adalah kos bahan api sama ada gas
asli

mampat(CNG)

atau

petrol

dan

kos

komponen

keempat

iaitu

kos

penyelenggaraan seperti jadual penyelenggaraan kenderaan, penghawa dingin,


tayar, meter teksi dan lain lain penyelenggaraan. Kos komponen kelima pula
mengambil kira dari segi aspek kos overhead yang merangkumi insurans kereta,
insurans kemalangan diri, yuran perkhidmatan PUSPAKOM serta yuran lesen. Bagi

18

kos komponen yang terakhir meliputi kos buruh iaitu gaji pekerja itu sendiri. Selain
itu, pendekatan kedua yang digunakan adalah aplikasi dalam ke dalam struktur
tambang. Caj permulaan yang dikenakan bertujuan untuk menggalakkan trip jarak
dekat dengan menawarkan pemandu pulangan yang minimum bagi setiap
perjalanan dengan mengambil kira komponen kos kenderaan dan kelengkapan.
Tambahan pula, caj jarak yang dikenakan kepada pengguna adalah meliputi jumlah
kos operasi kenderaan dan kos buruh bagi menyediakan perjalanan dengan
mengambil kira kos bahan api, penyelenggaraan, buruh dan overhead. Caj masa
pula mengambil kira pengambilan penumpang pada waktu kemuncak dimana
pemandu mendapat pulangan bagi kos menghadapi kesesakan lalu lintas. Mengikut
peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 27 Akta Pengangkutan Awam Darat.
Pemandu teksi yang didapati bersalah dengan tidak menggunakan meter akan
dikenakan denda antara RM1,000.00 RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5
tahun.

Penambahbaikan
Penambahbaikan yang seharusnya dilakukan adalah penggunaan meter digunakan
dalam pengiraan tambang kepada pengguna seperti yang ditetapkan oleh
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pemantauan oleh pihak SPAD
juga perlu dipertingkatkan untuk meninjau penggunaan meter tambang supaya
pengguna tidak terbeban dengan tambang yang melampau. Melalui cara ini, kes
penipuan tambang dapat dikurangkan dan sedikit sebanyak dapat membantu
pengguna dalam isu tambang teksi tersebut. Selain itu, kerjasama dari penumpang
juga penting untuk menangani masalah teksi tidak bermeter ini dengan melaporkan
perkara ini kepada pihak SPAD menerusi talian bebas atau melalui lawan web SPAD
sendiri. Perkara ini dapat dielakkan dengan kerjasama serta bantuan dari semua
pihak untuk mengelakkan penumpang di tipu atau dikenakan caj perkhidmatan yang
melampau.

a) Amalan Perniagaan yang Tidak Beretika 2

19

Pandangan
Pada pandangan saya, amalan yang tidak beretika yang kedua yang dapat dilihat di
stesen teksi adalah pemandu tidak mempunyai lesen dan tidak berdaftar seperti
yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). Perkara ini
jelas menyalahi undang-undang serta mengundang risiko kepada penumpang jika
berlaku sebarang kemalangan. Sebagai contoh, setiap teksi mestilah memaparkan
tanda pengenalan pemandu yang didaftarkan atas nama pemilik tetapi teksi
berkenaan dipandu selain dari nama pemilik. Apabila berlaku kemalangan, pemandu
tersebut akan menuding jari antara satu sama lain dan menyebabkan perkara ini
berlarutan.

Sokongan Dari Sumber Ilmiah


Menurut

panduan

dasar

pelesenan

yang

dikeluarkan

kerajaan

menerusi

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD), teksi bajet mestilah berwarna


merah putih atau terdapat jalur gemilang, Merah (Reflex Blue 11334: nexa
autocolour) Biru (Chili Red A00158; ICI Paint) bagi teksi individu dan penggunaan
warna korporat untuk syarikat yang mempunyai bilangan lesen teksi melebihi 250
unit. Tambahan pula, kesemua teksi disyaratkan supaya mempamerkan tanda
pengenalan pemandu. Syarat ini dikuatkuasakan melalui Kaedah-kaedah Kenderaan
Perkhidmatan Awam 28 (pelesenan dan kelakuan pemandu, konduktor dan
penumpang) pindaan 1991 berkuat kuasa mulai Ogos 1991. Tujuan untuk
membolehkan penumpang membuat aduan apabila pemandu melakukan kesalahan
dan memudahkan penguatkuasaan oleh agensi penguatkuasaan.

Selain itu,

pemandu yang tidak mempunyai lesen vokasional (PSV, GDL, KON) akan disabitkan
kesalahan di bawah seksyen 56(1) dengan kadar kompoun RM300 dalam Akta
Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Peraturan Lalu Lintas 1958 Kelas ,Daftar
dan Lesen Kenderaan Motor dan Pemandu BAHAGIAN II Pemandu/Lesen
Konduktor untuk Awam/Pekerja/Kenderaan Barang.

Penambahbaikan

20

Penambahbaikan

yang

dapat

dilaksanakan

adalah

pihak

berkenaan

iaitu

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD) melakukan pemeriksaan berkala di


kawasan bandar atau kawasan yang menjadi tumpuan orang awam menggunakan
teksi. Pemantauan yang berterusan amatlah perlu untuk memberi jaminan kepada
orang awam tentang keselamatan perkhidmatan teksi yang disediakan. Selain itu,
kerajaan perlulah menyediakan kursus untuk pemandu teksi di Seluruh Malaysia
tentang kepentingan menjaga keselamatan orang awam ketika memandu supaya
timbul kesedaran dalam kalangan pemandu tersebut. Selain itu, pihak SPAD
perlulah mengetatkan undang-undang dengan mengenakan denda yang setimpal
kepada pemandu yang tidak mempunyai lesen vokasional ini supaya dapat perkara
yang tidak diingini seperti kemalangan berlaku.

5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, etika perniagaan merupakan prinsip-prinsip moral yang standard
kelakuan perniagaan yang diterima oleh komuniti dalam dunia perniagaan. Etika
merupakan satu set nilai dan peraturan yang merangkumi peraturan yang baik atau
buruk di dalam operasi perniagaan. Etika perniagaan adalah penting kerana ia akan
menyesuaikan perniagaan dengan nilai dan jangkaan masyarakat. Usahawan dan
perniagaan dijangka mematuhi Akta dan Undang-undang tempatan. Selain daripada
peraturan dan akta perniagaan, keputusan beretika dapat menguatkan perhubungan
dan kepercayaan daripada pengguna dalam dunia perniagaan. Keputusan
perniagaan yang tidak beretika bukan sahaja menghilangkan kepercayaan
pelanggan tetapi juga melemahkan perniagaan di kemudian hari kelak. Contoh
keadaan perniagaan tang tidak beretika adalah seperti sesetengah penjual yang
mengenakan harga yang berlainan terhadap pelanggan yang berlainan. Kebanyakan
amalan yang tidak beretika bercanggah serta melanggar undang-undang sepatutnya
tidak dilakukan oleh para peniaga supaya lebih mengamalkan sikap yang telus dan
amanah dalam melakukan aktiviti perniagaan. Dalam perniagaan mengikut
perspektif islam, peniaga bukan sahaja mementingkan keuntungan sahaja malah
bertujuan untuk memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktiviti syariat
atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itulah di dalam

21

perniagaan, hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah Taala dengan niat yang
betul serta perlaksanaan yang betul. Oleh yang demikian, seorang peniaga
hendaklah mengamalkan etika yang betul supaya menarik lebih ramai pelanggan
untuk berurusan dengan perniagaan tersebut.