Anda di halaman 1dari 24

KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan


perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat
perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah
berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu.
Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif
serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.
Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling
berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama
ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah,
adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara
ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara
perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang
dijangkakan.
D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan
yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma
dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.
Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat
diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru
berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa
berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat
organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma
ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat
kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari
awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma.

Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam
gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis
organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949)
menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global
semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang
biasa dilalui oleh kanak-kanak.
Ciri-ciri Perkembangan Individu
Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciri-ciri
perkembangan yang penting adalah seperti berikut:

Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang

saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran.


Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani, emosi, mental dan

sosial. Ringkas kata, perubahan itu bersifat kualitatif.


Perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi.
Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang
sejagat serta mengikut aturan semula jadi. Contohnya, seseorang kanakkanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum

berdiri dan berjalan sebelum berlari.


Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu
Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan

menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu.


Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke

arah tertentu serta dijangkakan.


Perkembangan dipengaruhi oleh

baka

dan

persekitaran.

Baka

menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong


perkembangan mencapai tahap yang maksimum.

Prinsip-prinsip Perkembangan

Berikut adalah prinsip-prinsip perkembangan;

Ada arah tertentu yang dapat diramalkan:


-

Arah dari kepala ke kaki (cephalocaudal)

Arah dari tengah ke tepi (proximodistal)

Susunannya adalah serupa bagi semua ahli: ada yang dahulu dan ada
yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Contohnya: duduk sebelum
berdiri atau berdiri sebelum berjalan.

Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya


umum kemudian khusus.

Berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari detik masa


fertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke peringkat kematian.

Berlaku mengikut kepantasan yang berbeza: walau berterusan tetapi


beberapa aspek perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza.

Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang


lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan
kematangan mental.

Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanak-kanak


mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.

Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir,


bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.

Proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi
perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan-perubahan tersebut

melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti.
Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses
penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di
dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:

Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti;

Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal;

Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan


kognitif;

Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN


KANAK-KANAK
Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan
dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang
dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna
mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak.
Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had
keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai.
Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia,
bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam
peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan
setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari
segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan
bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama.
Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan
kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama
lain.
Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu
pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam
nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom
mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang
mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan
kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet
jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat
23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di
antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka
tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. Rajah

berikut mengilustrasikan bagaimana proses percantuman dan pertukaran kromosom


berlaku dalam proses persenyawaan di antara sel sperma dan sel ovum.
Gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan
individu

serta

sesetengah

penyakit

ibu

bapa.

Pengaruh

genetik

terhadap

perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu dari segi
fizikal, mental dan emosi.
Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri
fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria
serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal
luaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu
bapa.
Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan
Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan
kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di
antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.
Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu
dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan
melahirkan anak yang juga cerdas pintar.
Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi
daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil
dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.
Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi,
kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula
mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya.
Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia.
Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana
rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui
umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga

melahirkan

perbezaan

individu

mengikut

perbezaan

kadar

perkembangannya.

Misalnya;

Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan
kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat.

Makanan

berzat

dan

seimbang

akan

membantu

kanak-kanak

memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.

Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami
perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna.

Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu


perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana
keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang
serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.

Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak,


khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak
bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan
intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan
rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif
daripada mereka.
Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children),
perkembangan

kognitif

kanak-kanak

dipengaruhi

oleh

persekitaran

yang

melingkunginya, seperti rumah dan sekolah. Perkaitan antara ibu bapa dan rumah
dengan guru dan sekolah dapat dilihat seperti dalam Rajah di bawah.

Perkembangan kognitif kanak-kanak

Ibu bapa dan rumah

Guru dan sekolah


Perkembangan kognitif kanak-kanak

Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan


masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek
sosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya:

Perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan


individu.

Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup


serta tingkah laku manusia.

Masyarakat

yang

sihat

akan

mempengaruhi

anggotanya

dengan

membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha,


bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang
sempurna.

Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap


manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta
mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan.

Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akan


melahirkan individu yang beriman.

Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber


teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada
maklumat-maklumat

yang

diperolehi

daripada

bahan-bahan

bacaan

seperti

suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita
ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan
meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanakkanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning
atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini.
Guru

dan

sekolah

merupakan

pengaruh

yang

paling

penting

dalam

perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat
penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah
akan

melahirkan

pelajar

yang

berilmu,

berketrampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi


sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang
kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pengajaran-pembelajaran
akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.
Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas
untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah
dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun
1988.

PERKEMBANGAN FIZIKAL PERINGKAT KANAK-KANAK


Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan
bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. 1
Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat
badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih
kompleks.
Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung
dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung, perkembangan fizikal
menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka
bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan.
Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh
pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga
pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek
fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah
lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna
mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau
pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga
memainkan peranan penting.
Kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan dalam
tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri
daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh
yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.

DATA PERKEMBANGAN FIZIKAL PELAJAR SK. TG


MAHMUD, BESUT, TERENGGANU.

Pra Sekolah
Nama

Kepala

Saiz

Berat

Tinggi

(cm)

Badan

(kg)

(cm)

17
17.5
17.25

(cm)
91
87.5
89.25

19
23
21.0

107
116
111.5

Afiq Danial
Sofea
Purata

Maklumat Pelajar

Nama

Ukuran Fizikal

Darjah

Berat

Tinggi

Kepala

Saiz

(kg)

(cm)

(cm)

Badan

117
118.5
117.75
120
127
123.5
124
120
123.5
125.5

18
19
18.5
19
18.5
18.75
21
20
21.1
21

(cm)
95
99.5
97.25
101
108.5
104.75
103
100
102.4
104.5

1.Muhd Ajmal
2.Nurul Alia
Purata
4.Shahrul Adli
5.Nur Raihan
Purata
7.Mohd Habibullah
8.Siti Zafirah
Purata
10. Amirul Azrin

1
1

17
20
18.5
19
21
20.0
22.5
22.5
25.3
30

11.Syafiqah

27.5

136.5

21.5

115

28

130.6

22.1

108.5

2
2
3
3

Purata
13.Mohd Rafael

27

133

22

111

14.Nazirah Suria

40

140

24

116

Purata
16.Muhammad Yusof
17.Nur Syahza

32.3
51

136.1
140

22.9
23

113.8
112

31

144

23

115

35.7

141.3

23.1

113.7

Purata

Purata Perkembangan Fizikal Pelajar

NO

DARJAH

TINGGI(cm

BERAT(kg) SAIZ

SAIZ

KEPALA(cm

BADAN(CM

PRA SEKOLAH

111.5

21.0

17.25

89.25

SATU

117.5

18.5

18.5

97.25

DUA

123.5

20.0

18.75

104.75

TIGA

123.5

25.3

21.1

102.4

EMPAT

130.6

28

22.1

108.5

LIMA

136.1

32.3

22.9

113.8

ENAM

141.3

35.7

23.1

113.7

PERKEMBANGAN KOGNITIF PERINGKAT KANAK-KANAK

Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan

keupayaan pemikiran,

pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana


akal budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan
membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang
dilaluinya. Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran
yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan
mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan
kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang.
Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola
berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari
lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak
atau doa, memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman,
merupakan proses kognitif dalam perkembangan anak. Dalam konteks ini, kita tidak
boleh lari daripada membincangkan teori perkembangan kognitif yang diutarakan oleh
Jean Piaget. Beliau berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan
berkembang secara berperingkat-peringkat.
Pada peringkat ini, perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik dan
menunjukkan koordinasi yang lebih baik. Kemahiran motor yang telah dikuasai pada
peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, melompat, dan sebagainya
sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang
baru telahpun dikuasai. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti lompat tali atau
skipping, berenang, menunggang basikal dan meluncur (skating). Misalnya,kanakkanak yang berusia 6 tahun sudah boleh melakukan aktiviti seperti mengetuk, mengikat
tali

kasut,

memakai

pakaian,

melukis

dengan

menggunakan

pensel

untuk

menggantikan krayon, dan tulisan mereka menjadi semakin kecil. Kanak-kanak antara 8
hingga 10 tahun pula boleh menggergaji, mengendalikan alatan untuk berkebun dan
menjahit. Bagi mereka yang sudah berusia antara 10 hingga 12 tahun, tulisan mereka
semakin kecil dan kemas, dan mereka telah pun menunjukkan kemahiran manipulatif
yang hampir sama dengan orang dewasa seperti bermain alat muzik.

Ibu bapa dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak dengan


memindahkan pengetahuan berkenaan maklumat dan budaya dalam menunjuk ajar
mereka melalui tingkah laku ibu bapa itu sendiri.
Menurut Piaget pula, pada peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak,
Pemikiran Olahan Konkrit meliputi olahan mental yang membolehkan kanak-kanak
melakukan aktiviti mental yang terdahulu dilakukan secara fizikal. Olahan ini
membolehkan kanak-kanak melakukan pemikiran pembalikan dan juga menunjukkan
kemahiran klasifikasi. Daripada segi ingatan pula Ingatan Jangka Panjang (IJP)
meningkat dan strategi seperti latihan akan memberikan kesan kepada IJP kanakkanak. Cara kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah. Kanak-kanak pada
peringkat pra sekolah banyak menggunakan simbol dalam perbualan untuk
menunjukkan keupayaan penggunaan bahasa.
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang pesat dalam
memahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling.
Kanak-kanak sudah mula berfikir perkara akan datang dan berbincang perkara lepas.
Mereka tidak lagi hanya menumpukan pada perkara yang berkaitan dengan masa
depan. Perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini, menggunakan simbol
bagi menunjukkan sesuatu objek dan membuat perbandingan antara satu sama lain.
Keupayaan mereka menggunakan simbol ini ditunjukkan melalui bermain, mengingat
dan kemahiran menggunakan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak dapat
meniru perbuatan rakannya yang menari ballet walaupun mereka melihat beberapa hari
yang lepas. Ini kerana keupayaan mereka menunjukkan sesuatu objek agak terhad
dalam bahasa dan mereka cuba menyampaikan maksud dengan menggunakan simbol.
Pendidikan awal yang berkualiti amat perlu bagi meningkatkan perkembangan
menyeluruh seorang kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan
enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh. Ia
merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian moral,
perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta kreativiti dan estetika. Manakala
perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi,

ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan,


padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran. 2
Kanak-kanak pada tahap ini juga mempunyai kecenderungan untuk melakukan
aktiviti yang berbentuk menyusun objek, tahu bagaimana untuk meletakkan objek yang
sama berdasarkan kriterianya. Kanak-kanak ini juga sudah mula menggunakan bahasa
untuk mengkategorikan barang. Selain itu, nombor dan warna sudah mula difahami.
Kesimpulannya ialah, kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami apa yang
tidak difahaminya sebelum ini. Perkembangan ini sangat penting untuk menjadikan
kanak-kanak berkeadaan baik dalam segala aspek. Peranan yang dimainkan oleh pihak
sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk memastikan perkembangan kognitif tidak
tersekat atau terganggu.
Kanak-kanak akhir pula sudah mula memahami aspek yang melibatkan logik dan
mampu untuk menggabungkan perkara logik dengan pemikiran yang abstrak. Pada
tahap ini juga, kemampuan pemikiran yang baru juga akan didapati contohnya ialah
memikirkan perkara yang abstrak, memikirkan proses dalam pemikirannya dan juga
mereka melihat sesuatu perkara sebagai relatif lebih daripada yang jelas. Pada tahap
ini juga, kanak-kanak sudah mula mempraktikkan kemampuan baru melalui lawak dan
pergaduhan dengan ibu bapa dan dengan yang lain.

Rajah dibawah menunjukkan Piagets Conservation Task yang telah dijalankan di


SK. TG. Mahmud :

UJIAN KOGNITIF

SEBELUM

SELEPAS

SOALAN

Bilangan coin

Adakah
bilangan coin
masih sama
walaupun
kedudukan
coin telah
diubah?

Isi padu air

Adakah isi
padu air masih
sama walaupun
berlainan
bekas?

Panjang
pembaris

Adakah
panjang
pembaris
masih sama
walaupun
kedudukannya
sudah
berubah?

DATA UNTUK PERKEMBANGAN KOGNITIF

Nama

JENIS UJIAN KOGNITIF

DARJAH

MAKLUMAT PELAJAR

Task 1

Task 2

Task 3

(ISIPADU
x

(PANJA
x

(BILANG
/

2.zulfahmi

3.Iqram

4.Nuru wahida

5.Haziq saffir

6.Mohammad Loqman

7.Mohd Syakir

8.iskandar

9.Engku Aizat

10. ahmad Nisfu

11.aiman naim

12.Shazwan Akmal

13.Muhammad Aliff

14. izzul Azri

15.Azrul Aziz

16.Nurul Najihah

17.Nurul Amalina

/
x
x

/
X
X

/
X
x

1.kamaruddin mahfuz

18.Siti Syukrina
19.Wardah
20.zubaidah

6
Pra sekolah
Pra sekolah

Apa yang dapat diperhatikan oleh saya semasa membuat ujian ini adalah pemikran
kanak-kanak semakin berkembang apabila usia mereka semakin meningkat. Pemikiran
kanak-kanak yang berusia 6 hingga 12 tahun ini juga boleh dilihat dari segi tahap
kecerdasan otak mereka sendiri. Sebagai contoh, kecerdasan otak mereka boleh dinilai
melalui penempatan mereka di kelas cerdik, sederhana ataupun corot. Selain itu, faktor
taraf hidup keluarga juga boleh mempengaruhi perkembangan mereka. Keluarga yang
lebih susah kebiasaannya anak-anak mereka tidak mendapat pendedahan yang lebih
baik berbanding keluarga yang lebih berada.
Kesimpulannya, faktor-faktor seperti taraf hidup keluarga dan kecerdasan otak
kanak-kanak itu sendiri mempengaruhi perkembangan kognitif mereka.

IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL TERHADAP PROSES


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Perkembangan
pertumbuhan

fizikal

merujuk

bahagian-bahagian

kepada

badan,

fungsi

perubahan

saiz

anggota-anggota

fizikal,
badan

kadar
dan

perawakan manusia. Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan


dalam ketinggian, beratbadan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam
kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah
lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan,
iklim, senaman dan jugapekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi
perkembangan aspek fizikal seseorang itu.
Sebagai seorang guru kita perlu bijak mengatur strategi untuk memanfaatkan
proses perkembangan fizikal mereka, contohnya pada usia kanak-kanak yang semakin
meningkat, kita perlu banyak mengajar mereka dan memberi peluang kepada mereka
untuk untuk bergiat aktif dalam aktiviti permainan atau dalam erti kata lain dalam semua

aktiviti yang melibatkan fizikal. Selain itu, mereka juga perlu diberi pendidikan atau
nasihat yang baik tentang piramid makanan supaya perkembangan fizikal mereka
berlaku secara sihat.
Walaubagaimanapun untuk menjadi seorang guru yang baik, kita perlu
mengetahui kekuatan dan kelemahan fizikal pelajar. Hal ini demikian kerana, tahap
perkembangan dan kekuatan fizikal setiap kanak-kanak adalah berbeza. Jika
perkembangan fizikal seseorang kanak-kanak itu berbeza daripada yang lain, kita perlu
meyakinkan mereka tentang kelebihan dan kekuatan fizikal seseorang individu adala
berbeza. Oleh itu, tiada perasaan rendah diri atau hilang keyakinan diri berlaku kepada
kanak-kanak tersebut, tetapi mereka tetap bergiat aktif seperti kanak-kanak yang lain.

IMPLIKASI PERKEMBANGAN KOGNITIF TERHADAP


PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Faktor

baka merupakan faktor yang pertama yang mempengaruhi perkembangan

kognitif kanak-kanak. . Sebagai contohnya , ibu bapa yang pintar cerdas biasanya akan
melahirkan kanak-kanak yang juga pintar cerdas. Kanak-kanak yang lahir dari baka
yang baik iaitu ibu bapa yang berpendidikan tinggi akan mempunyai kebolehan berfikir
dan intelek yang tinggi. Kanak-kanak tersebut mungkin lebih cepat dan lebih mudah
menerima maklumat pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan oleh guru.
Berkemungkinan pertumbuhan kognitif mereka lebih cepat berbanding dengan kanakkanak lain.
Faktor kedua yang

mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak ialah

rangsangan daripada persekitaran. Persekitaran yang kodusif dan baik akan


mempercepatkan lagi perkembangan kognitif kanak-kanak.Sebagai contoh jika
seseorang kanak-kanak itu tinggal dalam suasana yang tenteram, maka lebih baginya
untuk belajar dan perkembangan kognitif mereka mungkin akan lebih cepat

berkembang berbanding kanak-kanak yang tinggal dalam suasana yang kacau-bilau


dan tidak aman.
Pengajaran disampaikan melalui kaedah variasi, iaitu penerangan, tunjuk cara,
eksperimen, demonstrasi dan sebagainya serta bermediumkan sumber-sumber,
pengetahuan dan kemahiran guru, kakitangan sumber, serta bahan-bahan bantu
mengajar (BBM). Suatu pengajaran dikenalpasti dan disahkan berkesan jika proses
penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan variasi nilai yang disematkan
dapat dikuasai oleh para pelajar.
Para guru hendaklah merancang topik, objektif, input, cara penyampaian dan penilaian
yang sejajar, stabil serta sesuai dengan kebolehan dan potensi murid. Maka, Model
pendekatan sistematik telah diperkenalkan dan perlu diamalkan oleh para pengajar.
Konsep pengajaran sangat berkait rapat dengan pembelajaran. Kamus Dewan Edisi
Keempat mendefinisikan pembelajaran sebagai proses (kegiatan) belajar.
Konsep pembelajaran adalah lanjutan daripada poses pengajaran yakni perubahan
tingkah laku dan berkekalan dalam individual para audiens sebagai reaksi kepada
pengalaman atau latihan yang diulang secara dinamik serta diteguhkan dari semasa ke
semasa. Kronologi senario ini membuktikan bahawa pembelajaran merupakan suatu
proses yang behierarki sama ada pembelajaran formal atau informal.

RUMUSAN
Perkembangan ialah bersifat kualitatif dan perubahan-perubahan yang berlaku adalah
dari segi fizikal, kognitif, sosial,emosi dan moral. Perubahan juga adalah stabil dan ia
boleh berlaku secara teratur

dan progresif dalam arah tertentu. Sebagai contoh,

seorang kanak-kanak akan mula mengenal objek, memberi nama kepada objek,
mengenal huruf, mengkaitkan huruf dengan objek, mengenal perkataan dan
mengaitkannya dengan objek.
Setiap perubahan yang berlaku adalah secara berterusan sepanjang hayat dan melalui
peringkat-peringkat kematangan yang tertentu. Kematangan ini pula merujuk kepada
perubahan semulajadi dan ditentukan oleh genetik. Ia juga dipengaruhi oleh faktor baka
dan persekitaran. Selain itu, perkembangan ini juga adalah hasil daripada kematangan
dan pembelajaran.
Pada awal alam keremajaan, remaja selalunya sibuk menyesuaikan diri dengan
pertumbuhan yang berlaku pada tubuhnya. Kesedaran ke atas kejantinaan diri semakin
bertambah. Ini sudah pasti memberi kesan kepada imej tubuh serta konsep kendiri.

Pada usia beginilah dia terlalu prihatin dengan keadaan tubuhnya. Dia sering
membezakan dirinya dengan rakan sebaya yang lain. Remaja yang cepat matang
mempunyai beberapa kelebihan apabila dibandingkan dengan yang lambat matang.
Mereka terlebih dahulu mengambil tempat dalam masyarakat remaja sementara
mereka yang lambat matang perlu bersaing daripada sudut fizikal dan sosial bagi
mendapat tempat yang istimewa dalam kelompok remaja.
Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud
pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak
perkembangan

berbeza-beza

di

mana

semua

kanak-kanak

mencapai

titik

perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut
peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan
seterusnya.

REFLEKSI

Assalamualaikum Terlebih dahulu ingin saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi


kerana dengan berkatnya saya dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada waktu yang
ditetapkan. Saya Nadia Shahira bt Sayadi @ Saidi ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada pensyarah pembimbing bagi subjek PKK iaitu Puan Hjh. Noor Azzam
Abdul Rahim kerana sudi memberi tunjuk ajar, tips-tips dan panduan untuk saya
menyiapkan kerja kursus bagi subjek Perkembangan Kanak-kanak ini. Tidak lupa juga
kepada kawan-kawan saya yang telah banyak memberi idea dan sokongan untuk
menyiapkan tugasan ini.
Saya berasa sangat seronok semasa saya menjalani program PBS selama seminggu di
SK. TG Mahmud. Hal ini demikian kerana, saya bukan sahaja dapat melihat bagaimana
kelangsungan proses P&P berlaku tetapi saya dapat membuat pemerhatian mengenai
perkembangan kanak-kanak sama ada dari segi fizikal dan kognitif kanak-kanak

tersebut. Terlalu banyak pengalaman yang saya perolehi dan menyebabkan saya
mengingati kembali zaman kanak-kanak saya.
Tugasan Perkembangan Kanak-Kanak ini bertepatan dengan apa yang dapat saya
aplikasikan bila saya menjadi guru kelak. Saya sangat pasti seorang guru perlu
mengetahui tahap perkembangan seseorang kanak-kanak supaya proses P&P yang
dijalankan dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan mengeksploitasi lantas
meningkatkan perkembangan fizikal dan kognitif mereka.
Kanak-kanak ibarat kain putih dan kitalah yang akan mencoraknya. Setiap apa yang
dijadikan oleh Allah ada hikmahnya. Penerapan yang positif amat diperukan untuk
membina perkembangan yang positif pada diri kanak-kanak. Mereka bukan sahaja bijak
pandai tetapi akktif dan mempunyai akhlak yang terpuji. Guru merupakan insan yang
terpilih

untuk

mencorakkan

nilai-nilai

murni

RUMUSAN

pada

diri

setiap

individu.

Anda mungkin juga menyukai