Anda di halaman 1dari 15

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Senarai Peribahasa (1)


1.

ada gula ada semut

apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat kesenangan atau


kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.

2.

air dicincang tidak akan putus

tali persaudaraan tidak akan putus. saudara atau adik beradik akan
selamanya bersaudara.hubungan keluarga tidak akan terputus.

3.

air tenang jangan disangka tak ada buaya

orang yang tidak banyak bercakap jangan disangka bodoh atau penakut.

4.

alah bisa tegal biasa

perkara yang sukar apabila kerap kali dilakukan, atau kerap kali
berlatih akan terasa mudah dan menjadi mahir.

5.

alang-alang mandi biar basah

jika mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan

6.

bagai aur dengan tebing

saling bantu-membantu antara yang satu dengan yang lain.

7.

bagai enau dalam belukar


,
sikap mementingkan diri sendiri

https://www.facebook.com/ShareBM/

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Senarai Peribahasa (2)


1.

bagai isi dengan kuku

persahabatan yang sangat akrab

2.

bagai ketam menyuruh anaknya berjalan betul

cuba mengajar orang berkelakuan baik sedangkan diri sendiri


berkelakuan buruk.

3.

bagai kumbang putus tali

pergi tidak balik-balik lagi

4.

bagai layang-layang putus tali

hidup yang terumbang-ambing dan tidak tentu arah haluan.

5.

bagai pahat dengan tukul

bekerja kalau disuruh.

6.

bagai tikus membaiki labu

membaiki barang yang tidak diketahui, lalu menjadi semakin


teruk/rosak.

7.

bagaimana acuan begitu kuihnya

perangai atau sifat anak yang serupa seperti ibu bapanya

8.

bahasa menunjukkan bangsa

bermaksud bahasa menjadi lambang keperibadian masyarakat atau


sesuatu bangsa.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Senarai Peribahasa (3)


1.

bak cendawan tumbuh selepas hujan

terlalu banyak dalam sesuatu masa, biasanya merujuk kepada benda.

2.

banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

setiap orang mempunyai kegemaran, kemahuan dan pendapat yang tidak


sama.

3.

bapanya borek, anaknya rintik

perangai atau sifat anak yang serupa seperti ibu bapanya

4.

belakang parang jika diasah akan tajam juga


,
orang yang bodoh jika di ajari terus menerus dengan sabar akhirnya
akan menjadi pandai juga

5.

berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

beban yang ditanggung oleh seseorang yang menderita


kesakitan atau kesusahan adalah lebih berat daripada orang lain yang
melihatnya.

6.

berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau


juga

sejauh mana manusia bermigarsi atau merantau, pasti suatu ketika akan
pulang ke kampung halaman.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Senarai Peribahasa (4)


1.

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing


,
mengalami susah senang bersama-sama.

2.

berpatah arang berkerat rotan

memutuskan suatu tali persaudaraan atau persahabatan.

3.

bersatu teguh, bercerai roboh

sesuatu akan berhasil apabila dikerjakan bersama-sama.

4.

bertemu buku dengan ruas

merujuk kepada sesuatu yang sama kuat atau sama tenaga atau
perangai.

5.

bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang
melakukannya

6.

besar pasak dari tiang

lebih besar pengeluaran daripada pendapatan.

7.

biar lambat asal selamat

biar lambat melakukan sesuatu perkara atau perjalanan itu asalkan


menjadi atau selamat sampai.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Senarai Peribahasa (5)


1.

biar mati anak, jangan mati adat


,
pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban.

2.

biar putih tulang jangan putih mata

lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah


kalah.

3.

buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

jika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan


sehingga tidak pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah
dihindarkan sama sekali.

4.

bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

5.

bumi mana yang tidak ditimpa hujan


,
setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan.

6.

bunga bukan sekumtum, kumbang bukan seekor

cinta yang lepas dapat dicari penggantinya.

7.

carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga

perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.

8.

dapat durian runtuh

mendapatkan suatu keuntungan tanpa bersusah-payah terlebih dahulu.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Senarai Peribahasa (6)


1.

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan


,
sekiranya kita bersungguh-sungguh dalam satu perkara atau dalam
menyelesaikan masalah, kita pasti akan berjaya menyelesaikannya.

2.

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung


,
mengikuti/menghormati adat istiadat di tempat tinggal kita.

3.

gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah

apabila ada orang-orang berkedudukan tinggi berkelahi satu sama lain,


maka yang menjadi korban adalah orang-orang kecil seperti rakyat

4.

genggam bara api, biar sampai jadi arang

apabila melakukan atau memulakan sesuatu kerja atau tugas yang sukar
hendaklah diteruskan sehingga berjaya atau mencapai matlamatnya.

5.

gigi dengan lidah adakalanya tergigit juga


()
antara suami isteri, keluarga dekat atau sahabat, kadangkala timbul
perselisihan.

6.

habis madu sepah dibuang

digunakan sewaktu perlu sahaja, setelah itu ditinggalkan.

7.

hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga


,
budi bahasa yang baik akan dikenang orang meskipun telah meningga
dunia.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Senarai Peribahasa (7)


1.

hangat-hangat tahi ayam

bersungguh-sungguh pada awalnya sahaja

2.

harapkan pagar, pagar makan padi

harapan diletakkan pada bahu seseorang tetapi akhirnya orang itu pula
yang merosakkannya.

3.

harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama


jahat.

4.

hidung tak mancung pipi tersorong-sorong

orang yang gemar ikut campur masalah orang lain

5.

hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

selama hidup harus mengikuti aturan yang berlaku, setelah meninggal


dunia berserah pada yang kuasa.

6.

hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, baik juga di


negeri sendiri

meskipun begitu makmur dan mewah hidup di negeri orang, negeri


sendiri tetap yang paling baik.

7.

hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati

budi baik seseorang tidak dapat dibayar melainkan dikenang selamalamanya

https://www.facebook.com/ShareBM/

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Senarai Peribahasa (8)


1.

ikut hati mati, ikut rasa binasa

orang yang mengikut hawa nafsunya akan mendapat akibat yang buruk
akhirnya.

2.

indah khabar dari rupa

perkhabaran yang terlalu dilebih-lebihkan daripada keadaan

3.

ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.

4.

jauh berjalan, banyak pengalaman

orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak
pengalamannya dan luas pandangannya .

5.

kacang lupakan kulit

orang yang melupakan jasa orang yang pernah menolongnya setelah


menikmati kesenangan.

6.

kain sehelai sepinggan

kehabisan harta kerana kecuaian atau lain-lain.

7.

kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

orang miskin yang untuk bisa makan harus bekerja keras terusmenerus.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Senarai Peribahasa (9)


1.

kalau rezeki sepucak tidak boleh jadi segantang


,
segalanya telah ditakdirkan

2.

kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang

khabar angin yang didengar sudah tentu sedikit


sebanyak adakebenarannya, kerana jika tidak, takkan lah orang lain
akan bercakap mengenainya.

3.

kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

sesuatu cita-cita atau matlamat itu tidak akan tercapai tanpa usaha.

4.

5.

kata itu dikota

janji mesti ditunaikan.


lain padang lain belalang

lain negeri, lain pula adat resam atau peraturannya.

6.

laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak

orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.

7.

lembu punya susu sapi punya nama

hasil titik peluh orang menjadi kemuliaan orang lain

8.

malu berkayuh perahu hanyut

orang yang malas berusaha tidak akan maju ataupun berjaya.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Senarai Peribahasa (10)


1.

masuk ke kandang kambing mengembek,masuk ke kandang kerbau


menguak

menyesuaikan diri / mengetahui adat istiadat tempat orang lain

2.

melentur buluh biarlah dari rebungnya

mendidik ataupun mendisiplinkan anak-anak lebih baik bermula semasa


kecil.

3.

mendukung biawak hidup

melakukan pekerjaan yang sangat menyusahkan diri

4.

orang penyegan susah makan

orang malas susah hidupnya.

5.

panas setahun hapus oleh hujan sehari

kebaikan yang telah diperbuat menjadi hilang

6.

pipit sama pipit, enggang sama enggang

setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat

7.

pisang tidak berbuah dua kali


,
sekali dah tertipu pastinya akan beringat supaya tidak terpedaya
buat kali yang kedua.

8.

pucuk dicipta ulam mendatang

memperolehi sesuatu melebihi daripada yang dikehendaki.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Senarai Peribahasa (11)


1.

rajin dan usaha tangga kejayaan

jika ada azam kita akan memperoleh kejayaan.

2.

rambut sama hitam hati lain-lain

setiap orang berbeza pandangan atau pendapat atau kehendaknya.

3.

retak menanti belah

suatu masalah kecil yang menjadi besar tinggal menunggu bencana yang
lebih besar.

4.

ringan tulang berat perut

orang yang rajin dalam berusaha pasti mendapatkan rezeki.

5.

sambil menyelam minum air

mencapai dua matlamat sekaligus sambil melakukan satu tindakan.

6.

sebab nila setitik rosak susu sebelanga

oleh sebab yang sedikit rosak yang banyak.

7.

sediakan payung sebelum hujan

berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

8.

sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

bersabar dan gigih dalam melakukan sesuatu akhirnya akan memberikan


hasil yang banyak.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Senarai Peribahasa (12)


1.

seekor kerbau membawa lumpur semuanya habis terpalit

seorang yang melakukan kejahatan namun semua orang menjadi ikut


terkena dampak akibatnya.

2.

sekali air bah sekali pantai berubah

lain ketua lainlah pula kemahuannya

3.

seperti abu di atas tunggul

kedudukan tidak tetap dan tidak kuat atau tidak terjamin atau akan
digusur

4.

seperti anak ayam kehilangan ibu

tidak tentu arah tujuan kerana kehilangan atau berpisah dengan


sahabat karib/ pemimpin.

5.

seperti anjing dengan kucing

dua orang yang selalu bertengkar.

6.

seperti api dalam sekam

kejahatan yang dilakukan dalam diam-diam

7.

seperti belut pulang ke lumpur

orang merantau pulang ke tempat asalnya.

8.

seperti cincin dengan permata

jodoh yang sesuai atau secocok.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Senarai Peribahasa (13)


1.

seperti dihiris dengan sembilu

perihal tentang hati atau perasaan yang sangat sedih dan pilu.

2.

seperti embun di hujung rumput

kasih sayang yang tidak berkekalan.

3.

seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus tepung


jangan berserak

bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

4.

seperti menatang minyak yang penuh

seperti menatang minyak yang penuh


memelihara anak dengan penuh kasih sayang.

5.

seperti talam dua muka

manusia hipokrit, suka berbohong untuk tujuan tertentu

6.

seperti telur di hujung tanduk

keadaan yang sangat genting, menunggu masa untuk musnah.

7.

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

setiap tindakan atau perbuatan itu hendaknya difikirkan dahulu baikbaik sebelum dikerjakan agar tidak timbul penyesalan di kemudian hari.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Senarai Peribahasa (14)


1.

sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan

jika menyedari kesalahan atas perbuatan yang telah dilakukan


sebaiknya segera kembali ke jalan yang benar.

2.

setelah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi

setelah dapat barang yang lebih baik, barang yang lama


dibuang/diketepikan

3.

siapa makan lada, dialah terasa pedas

orang yang membuat kesalahan itu akan terasa apabila perkara itu
dipercakapkan.

4.

siapa makan nangka dialah kena getahnya

siapa pun yang melakukan kesalahan akan menanggung akibat yang


ditimbulkannya

5.

sudah diludah dijilat balik

sudah dicela atau dibuang, dipuji dan diambil semula

6.

sudah jatuh ditimpa tangga

mendapat malang atau kecelakaan yang berturut-turut.

7.

takkan hilang bisa ular menyusur akar

orang yang hebat tidak akan hilang ilmunya, kekayaanya dan sebagainya
jikalau dia merendah diri serta menghormati orang lain.

https://www.facebook.com/ShareBM/

Sudut Bahasa Melayu

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/

Senarai Peribahasa (15)


1.

tanam tebu di bibit mulut

mengeluarkan perkataan yang manis-manis (memuji-muji dan sebagainya) ,


tetapi mempunyai maksud yang kurang baik

2.

tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri

bila berbuat sesuatu yang jahat, perkara itu akan terkena kembali kepada
kita sendiri.

3.

terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau

lepas dari satu bahaya, jatuh kembali ke bahaya yang lain

4.

tiada beban batu digalas

mendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain.

5.

tiada rotan akar pun berguna

sekiranya tiada yang terbaik, yang kurang baik pun berguna juga.

6.

tidak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket

tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri

7.

ukur baju di badan sendiri

berbuat sesuatu atau bertindak atau berbelanja mengikut kemampuan


diri sendiri.

8.

untung sabut timbul, untung batu tenggelam


,
jika nasib baik akan mendapat kejayaan jika nasib malang akan mendapat
kerugian.

https://www.facebook.com/ShareBM/