Anda di halaman 1dari 2

SUNDAY, JANUARY 10, 2010

Pengurusan Sekolah Berkesan

Pendidikan era ke 21 memerlukan pengetua berperanan sebagai pengurus dan pemimpin


profesional yang berkesan. Bolam (1999) dalam Bush (2008) mendefinisikan pengurusan
pendidikan sebagai fungsi eksekutif dalam melaksanakan dasar yang diberi mandat. Sapre
(2002) dalam Bush juga menyatakan pengurusan ialah satu set aktiviti yang mengarahkan
kepada kecekapan dan keberkesanan penggunaan sumber organisasi dalam usaha mencapai
matlamat organisasi. Oleh yang demikian, pengurusan yang berkesan memerlukan hubungan
yang jelas di antara matamat, strategi dan operasi pengurusan (Bush, 2008)

Dalam konteks pengurusan sekolah, amat sukar dan abstrak untuk menentukan sesebuah
sekolah itu berkesan atau tidak. Walaubagaimanapun terdapat teori yang memberikan
panduan kepada pengetua untuk menyediakan pengurusan sekolah berkesan, iaitu Model
Matlamat (Goal Model) dan Model Sistem Sumber (System-Resource Model) (Hoy dan Miskel,
2001).

Oleh yang demikian, apabila menguruskan sekolah pengetua sebagai pengurus sekolah akan
berpandukan kepada perkara2 berikut dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan
sekolah.

1. Penetapan matlamat/ Visi secara bersama. Pengetua harus bersama2 dengan penolong
kanan, guru2 kanan matapelajaran, guru cemerlang, ketua panitia, pelajar dan ibu bapa untuk
berdiskusi secara kolaboratif bagi menetapkan matlamat/visi secara kolektif. Penetapan
matlamat secara bersama ini akan membina misi dan visi sekolah yang sepunya oleh semua
komuniti dan warga sekolah. (Hoy dan Miskel, 2001; Bush, 2001). Penetepan misi dan visi
sekolah seharusnya adalah untuk meningkatkan pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar
(Macbaeth, 2007)

2. Penyebaran misi dan visi kepada warga sekolah. Pengetua dengan kerjasama semua
penolong kanan dan guru-guru harus menyebarkan misi dan visi sekolah untuk dihayati oleh
semua pelajar, ibu bapa, staf sokongan, pekerja pembersihan swasta, pengawal keselamatan,
pengusaha kantin dan komuniti setempat. Penyebaran misi dan visi sekolah haruslah
dilaksanakan dengan menggunakan komunikasi yang berkesan. Pengetua, penolong kanan,
dan guru-guru haruslah berkomunikasi dengan laras bahasa yang sesuai di setiap peringkat
lapisan guru, pekerja sekolah dan komuniti.

3. Pembangunan kapasiti, keupayaan, kebolehan dan kredibiliti guru melalui rasa


kepercayaan yang tinggi terhadap guru. Kepercayaan terhadap guru untuk melaksanakan
tugas bagi mencapai misi dan visi sekolah. Kepercayaan yang diberikan oleh pengetua
terhadap guru apabila merancang dan mengelola projek/program/aktiviti yang dilaksanakan
untuk membantu menambahbaik pembelajaran, membangunkan kapasiti dan meningkatkan
personaliti pelajar secara holistik. Pengetua sebagai pengurus sekolah haruslah menyedari
setiap guru mempunyai pelbagai latarbelakang, kelayakan akademik, kemahiran, dan
personaliti yag boleh dimanfaatkan untuk membantu sekolah untuk mencapai misi dan visi
sekolah.

4. Struktur sistem sekolah yang berbentuk organik dan mempunyai lapisan


kepemimpinan bagi setiap unit di sekolah. Struktur yang berbentuk organik ini akan
mengurangkan hirarkikal di sekolah yang boleh membataskan kreativiti dan pembangunan
kapasiti guru dan murid. Pengetua juga sebagai pengurus sekolah akan lebih menghargai
sumber-sumber yang ada di sekolah dan di luar sekolah yang boleh membantu memajukan
sekolah.

Sehubungan dengan itu, pengetua sekolah hari ini harus menjalankan peranan sebagai
pengurus yang berkesan apabila merancang, mengelola,mengarah, melaksana dan membuat
penilaian untuk penambahbaikan. Walaubagaimana pun, peranan pengetua sebagai pengurus
tidak mencukupi untuk memajukan sekolah dan mencapai prestasi sekolah yang tinggi.
Pengetua di samping sebagai pengurus yang cekap dan berkesan untuk mencapai misi dan
visi sekolah harus juga berperanan sebagai pemimpin untuk membawa perubahan ke dalam
sekolah. Perubahan yang di bawa seharunya adalah untuk menambahbaik dan melonjakkan
kecemerlangan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembinan
sahsiah pelajar. Kecmerlangan murid dalam ketiga-tiga bidang akan membawa kepada
kecemerlangan sekolah. Dalam hal yang demikian, untuk bertindak sebagai pemimpin
pengetua harus mempunyai pengaruh yang dapat membawa bersama semua warga sekolah
untuk bergerak meningkatkan keberkesanan dan penambahbaikan sekolah bagi melahirkan
sekolah yang berprestasi tinggi.
http://collegecottage.blogspot.my/2010/01/pengurusan-sekolah-berkesan.html

Anda mungkin juga menyukai