Anda di halaman 1dari 4

MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP

PERUBAHAN TENAGA DENGAN


MENGGUNAKAN KIT EC
Nor Albaniah Mohd Iskandar dan Norisah Mohamed Nor
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan cara saya menyampaikan konsep
Perubahan Tenaga dengan menggunakan kit EC. Kit EC mengandungi bahan aktiviti
untuk membina litar perubahan tenaga dan lembaran kerja diberikan kepada murid
semasa menyampaikan konsep Perubahan Tenaga. Peserta kajian terdiri daripada 20
orang murid Tahun 5 iaitu 9 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan dari
sebuah sekolah di Sepang, Selangor. Data dikumpul melalui tiga kaedah iaitu temu
bual, catatan nota lapangan dan senarai semak. Data dikumpul dan dianalisis secara
kualitatif. Dapatan kajian telah memberi implikasi bahawa penggunaan kit EC telah
dapat meningkatkan cara saya dalam menyampaikan konsep Perubahan Tenaga dari
aspek penyampaian, penggunaan alat bantu mengajar dan kawalan kelas serta dapat
meningkatkan pembelajaran murid dari segi aspek kefahaman, minat dan penglibatan
murid di dalam kelas.
1. PENGENALAN
Saya mendapati bahawa penyampaian konsep perubahan tenaga saya adalah tidak
jelas.Saya telah menyediakan alat bantu mengajar seperti lampu suluh, kipas angin,
komputer riba, radio dan juga seterika ketika mengajar topik ini namun murid tidak
dapat gambaran yang jelas bagaimana perubahan tenaga ini berlaku. Setelah saya
memperincikan isu ini, saya dapati penggunaan alat bantu mengajar yang tidak
sesuai menjadi punca utama menyebabkan murid tidak dapat memahami konsep
Perubahan Tenaga yang disampaikan oleh saya dengan jelas. Kemahiran guru
mengajar tidak terletak kepada kepetahan guru tetapi dari segi kebolehan guru
menggunakan berbagai alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan [1]. Oleh itu
saya menjalankan kajian ini untuk menambahbaik penyampaian konsep perubahan
tenaga.

2. FOKUS KAJIAN
Fokus kajian ini ialah untuk menambahbaik cara saya menyampaikan konsep
Perubahan Tenaga dengan menggunakan kit EC. Saya menggunakan kit EC kerana
didapati penggunaan kit sains dapat meningkatkan keyakinan diri dalam pengajaran
sains [2].

3. OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini adalah untuk menambah baik cara saya menyampaikan konsep perubahan
tenaga dengan menggunakan kit sains agar meningkatkan pembelajaran murid.
Soalan kajian saya adalah:
1.Bagaimana saya dapat menambahbaik penyampaian konsep perubahan tenaga
dengan menggunakan kit EC?
2.Bagaimanakah penambahbaikan penyampaian konsep perubahan tenaga
menggunakan kit EC dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran murid?

4. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya ialah murid seramai 20 orang murid dari sebuah kelas tahun
5 yang dipilih dalam kajian ini iaitu melibatkan 9 orang daripada mereka adalah
lelaki manakala 11 orang lagi adalah perempuan. Saya memilih kumpulan ini kerana
mereka fokus di dalam kelas namun pencapaian mereka adalah sederhana.
5. PELAN TINDAKAN
Penyampaian konsep perubahan tenaga dengan menggunakan kit sains ini
memerlukan suatu perancangan yang teratur. Rajah 1 merupakan pelan tindakan
kajian saya.

Rajah 1 : Pelan Tindakan


Untuk menilai tindakan penambahbaikan yang saya lakukan, data telah dikumpul
melalui tiga cara iaitu temubual, senarai semak dan catatan nota lapangan. Saya telah
menggunakan tringulasi data bagi menyokong kajian ini. Saya telah menemubual
seramai lima orang murid yang terdiri daripada murid cemerlang, sederhana dan
lemah dalam prestasi akademik. Senarai semak pula diisi oleh guru pembimbing
berdasarkan item yang telah disediakan oleh saya. Catatan nota lapangan adalah hasil
pemerhatian saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan

meggunakan kit EC.


6. ANALISIS DATA
Temu bual telah direkodkan melalui perakam suara dan dianalisis dengan
menggunakan kaedah verbatim atau patah perkataan. Setelah itu saya telah
mengekod dapatan yang penting mengikut kategori. Aspek guru dan murid telah
dikenalpasti hasil daripada analisis data temu bual. Dari aspek guru ialah
penyampaian, penggunaan alat bantu mengajar dan kawalan kelas. Manakala aspek
murid ialah kognetif dan penglibatan murid.
Bagi menganalisis nota lapangan juga saya telah menggunakan kaedah verbatim dan
mengekod dapatan yang penting mengikut kategori.. Kategori utama yang dianalisis
adalah dari aspek guru dan murid. Dari aspek guru ialah penyampaian, penggunaan
alat bantu mengajar dan kawalan kelas manakala aspek murid ialah kognetif dan
penglibatan murid.
Analisis data senarai semak untuk guru pembimbing juga telah dikategorikan kepada
beberapa tema. Item-item yang telah dipersetujui adalah dari aspek guru dan murid.
Dari aspek guru iaitu penyampaian guru, penggunaan alat bantu mengajar dan
kawalan kelas manakala dari aspek murid iaitu kognitif dan penglibatan murid.
7. DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian telah memberi implikasi bahawa penggunaan kit EC sebagai alat
bantu mengajar telah dapat meningkatkan cara saya dalam menyampaikan konsep
Perubahan Tenaga yang abstrak dengan jelas. Penyampaian konsep Perubahan
Tenaga yang diberikan adalah lebih jelas dan tepat seterusnya memudahkan murid
untuk memahami apa yang cuba disampaikan kepada mereka. Penggunaan kit EC
adalah sesuai dalam penyampaian konsep Perubahan Tenaga. Kawalan kelas juga
meningkat apabila murid lebih fokus selepas saya menggunakan kit EC.
Implikasi kepada murid dapat dilihat apabila ia memberi kesan kepada kognitif
murid iaitu dari aspek kefahaman dan ingatan seperti memberi lebih kefahaman
kepada murid-murid. Seterusnya, ia dapat meningkatkan penglibatan murid dalam
proses pembelajaran. Dalam pada masa yang sama pengalaman baru murid dapat
diperluaskan dan memupuk semangat motivasi intrinsik murid untuk belajar. Ia
secara tidak langsung dapat meningkatkan penglibatan murid secara aktif dalam
proses pembelajaran kerana emosi murid dapat dirangsang seperti minat dan
perasaan mereka.
8. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Untuk kajian seterusnya, saya akan mempelbagaikan lagi alatan supaya murid dapat
mengenalpasti banyak lagi perubahan tenaga yang berlaku terhadap alatan-alatan
lain. Saya juga akan menghasilkan jadual besar. Jadual besar ini adalah lembaran
kerja yang dibesarkan kepada saiz manilakad. Ini bagi memudahkan murid
memindahkan dapatan mereka untuk dibincang bersama-sama di dalam kelas.

RUJUKAN
[1] Ismail Kailani & Mohd Suhaidy Bin Rohani. (2011). Kesan Penggunaan Kit
Pengajaran Bermodul (KPB) Bagi Mata Pelajaran Matematik (Sudut Dongak dan
Sudut Tunduk) Tingkatan 4 Di Dua Buah Sekolah Menengah Kebangsaan di
Daerah Pontian, Johor. Fakulti Pendidikan : Universiti Teknologi Malaysia
[2] Dickerson, D., Clark, M., Dawkins, K. & Horne, C. (2007). Using Science Kits to
Construct Content Understandings in
Elementary Schools. Journal of
Elementary Science Education, 18(1), 43-56.
Hubungi Penulis
Nor Albaniah Mohd Iskandar, nor.albaniah.iskandar@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai