Anda di halaman 1dari 3

SOALAN

Bincangkan sejauhmanakah integrasi ICT dalam Pendidikan Sains memberi kesan


positif dalam kalangan murid-murid sekolah rendah dalam menghadapi Pendidikan
Sains Abad ke-21.
Seiring dengan perkembangan dunia semasa dan era globalisasi, bidang pendidikan turut
mengalami perubahan yang pesat dari segi sistem mahupun pengurusannya. Antaranya
adalah pengenalan ICT (Information Communications Technology) dalam bidang Pendidikan
Saing di sekolah rendah. Menurut Pispa (1994), integrasi ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal,
mengukuh dan menambah kemahiran. Oleh itu, integrasi ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) ialah penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal,
mengukuh dan menambah kemahiran dalam menguasai pendidikan sains.
Terdapat beberapa kajian mendapati penggunaan ICT dalam pendidikan Sains
menimbulkan rasa seronok dalam kalangan murid dan dapat membantu proses
pembelajaran murid. Di samping itu, ICT dalam pendidikan Sains dapat menghidupkan
suasana PdP yang ceria, memudahkan murid-murid memahami isi pelajaran dan
menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Kajian Ropp (1999), mendapati bahan
pembelajaran berunsur multimedia interaktif mampu bertindak sebagai satu alat kognitif
untuk mencetuskan proses pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif, penyelesaian masalah
dan pembelajaran. Melalui multimedia interaktif, suasana PdP menjadi lebih menarik (Noor
Azliza & Lilia, 2002). Kajian Ismail (2005) pula mendapati penggunaan ICT dalam
pendidikan Sains dapat membantu kefahaman dan meningkatkan pengetahuan murid
kerana terdapatnya elemen-elemen grafik, animasi dan audio yang lebih menarik
berbanding buku teks.
Di samping itu dapat kita lihat peranan Kementerian Pendidikan dalam melahirkan
sekolah bestari pada masa kini. Pembestarian sekolah adalah proses berterusan ke arah
pembudayaan dalam penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti
pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru (BTP 2007; KPM 2006).
Sebagai contoh kementerian telah melancarkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog
(VLE) yang merupakan satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia
pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan
kaedah maya. Melalui portal-portal pendidikan, murid dapat memanafaatkan pembelajaran
berasaskan ICT pada bila-bila masa yang dikehendakinya dan memberi kefahaman yang
lebih. Seperti contoh ketika eksperimen Sains, guru menunjukkan hanya satu eksperimen

sahaja tetapi melalui portal pendidikan murid boleh mengulang berkali-kali dan pada bila-bila
masa sehingga mereka puas hati dan memahami isi kandungan sesuatu tajuk.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025, anjakan ketujuh
adalah menfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Banyak
program yang dilancarkan bagi meningkatkan penguasaan murid dalam ICT dan pada masa
yang sama membantu murid meningkatkan penguasaan pembelajaran. Antara program
yang dilaksanakan adalah Projek Rintis Sekolah Bestari, SchoolNet, Projek MySchoolNet,
Makmal Pengkomputeran, TV Pendidikan dan Matapelajaran ICT. Hasil daripada programprogram di atas dapat membantu murid dalam mempelajari subjek sains. Kepelbagaian
program ICT yang dilaksanakan memberi peluang kepada murid untuk sesi pembelajaran
kendiri 24 jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa bergantung kepada guru.
Kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses PdP sains lebih aktif serta
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan kerana sesuatu tajuk atau bahan
bantu mengajar yang sukar didapati boleh dilihat secara visual menggunakan ICT. Justeru
itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih
jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil
daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti
powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami
setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang
lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berbentuk pengkuliahan. Menurut Rosenberg (2001), integrasi ICT dalam PdP sains telah
memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid di mana
menekankan konsep pembelajaran berasaskan masalah sebenar (real problem ) dan muridmurid bertindak sebagai penyelesai masalah. Konsep ini seakan sama dengan
pembelajaran berasaskan masalah yang diterapkan dalam Pendidikan Sains
Kesimpulannya, kefahaman dan keupayaan murid dapat ditingkatkan dalam sesuatu
mata pelajaran misalnya melalui penggunaan animasi, ilustrasi mahupun tayangan
multimedia yang merupakan salah satu dari sumber ICT sebagai Alat Bantuan Mengajar.
Menggalakkan proses pembelajaran kendiri seperti murid boleh menggunakan kemudahan
jaringan internet bagi mendapatkan maklumat tambahan. Melalui aplikasi ICT dalam proses
PdP sains, tahap kreativiti dan imaginasi murid juga dapat ditingkatkan.

RUJUKAN
Pispa, J. (1994) in William, D.M. (2000). Intergrating Technology into Teaching and
Learning Singapore:Prentice Hill.
Ropp, M.M (1999), Exploring Individual Characteristics Associated With Learning to Use
Computers in Preservice Teachers Preparation Journal of Research on Computing
in Education. Boston: Pearson Education.
Noor Azliza & Lilia, (2002) Reka bentuk dan keberkesanan pembelajaran berbantukan
multimedia pendekatan konstruktivisme bagi sains KBSM. Jurnal Teknologi 36(E),
19-38.
Ismail Sheikh Ahmad et. al (2005). Laporan Kajian Keberkesanan Penggunaan ICT (CDRI
dan Rancangan TV Pendidikan) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah
International Islamic University Malaysia (IIUM).
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) (edisi pelancaran). Pelan induk
PembangunanPendidikan 2006-2010. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM.
Rosenberg, J.M. (2001). Elearning: Strategies for Delivering Knowledge in the Digital Age.
U.S.A: McGrawHill.

Anda mungkin juga menyukai