Anda di halaman 1dari 52

1

MEMBANGUNKAN KIT KANCING SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR

AZALINA HARUN
DB110024

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

DEDIKASI
Syukur Kehadrat Ilahi kerana memanjangkan usiaku hingga ke saat ini
Dan berjaya mengharungi liku-liku kehidupan di sini
Buat...Arwah Ayah dan Ibu
Allahyarham Harun bin Shaari dan Ramlah binti Hj. Abd. Rahman
Pengorbanan kalian begitu besar buatku. Doa, kasih sayang dan perhatian mu
Membantuku dalam mengharungi setiap kesukaran dalam perjuangan ini. Terima
kasih atas doa dan restumu. Semoga Allah merahmati dunia dan akhiratmu

Buat penyelia yang dihormati


Dr. Alias bin Masek
Yang banyak membantu dan memberi bimbingan juga ilmu yang tinggi nilainya

Buat suami yang ku cintai


En. Khairul Fiza bin Kasa

Anak-anak yang ku sayangi


Nur Khairul Afiqah
Siti Nur Khairul Adiba
Nur Khairul Adira
Mohammad Khairul Zafran

Serta keluarga tersayang


Demi sedikit harapan. Melihat kejayaanku dunia dan akhirat,
Terima kasih atas doa dan restu kalian, ingatan dan kasih sayang kaliann
Menjadi sumber kekuatan dan inspirasi ku

Buat rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu sepanjang perjuangan kita


disini.
Terima kasih di atas segalanya, semoga kejayaan menjadi milik kita semua.
InsyaAllah.........

ABSTRAK

Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB ERT), terdapat topik yang
sukar dijelaskan kepada pelajar, khususnya topik berkaitan proses jahitan. Tajuk ini
mengandungi teori dan amali mengenai jenis-jenis kancing dan proses menjahit
kancing serta memerlukan pelajar melihat sendiri bahan maujud bagi lebih
memahami dan menguasai kandungan. Projek amali KHB ERT sering dikaitkan
dengan kegagalan untuk menyiapkan kerana beberapa perkara rutin yang sering
dialami setelah penerangan dilakukan Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk
membangunkan satu Kit Pembelajaran Bermodul (KPB) Kancing dan menguji
kebolehfungsian Kit untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi
topik kancing. Kajian ini menggunakan Model sistem reka bentuk pengajaran
ADDIE. ADDIE adalah singkatan daripada Analysis (Analisis), Design (reka
bentuk), Development (Pembangunan), Implemention (Perlaksanaan) dan Evaluation
(Penilaian). Model Kit kancing yang akan dibina ini adalah berkonsepkan do it
yourself Dengan terhasilnya model Kit Kancing ini diharap akan dapat membantu
pelajar Tingkatan 2 lebih memahami topik Kancing serta cara menjahit dan juga
memudahkan guru-guru menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran.

KANDUNGAN

BAB 1

TAJUK

DEDIKASI

ii

ABSTRAK

iii

KANDUNGAN

iv

SENARAI JADUAL

viI

SENARAI RAJAH

viiI

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

1.2

Latar belakang Masalah

1.3

Penyataan Masalah

1.4

Objektif Kajian

1.5

Skop Kajian

1.6

Kepentingan Kajian

1.7

Terminologi

1.7.1 Guru-guru Kemahiran Hidup

1.7.2 Alat Bahan Bantu Mengajar

1.7.3 Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi

Rumah Tangga (KHB ERT)

1.8
BAB 2

Tujuan Kajian

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

2.2

Latar belakang Mata pelajaran Kemahiran Hidup

2.3

Pengajaran dan pembelajaran

10

2.4

Mata pelajaran Kemahiran Hidup

12

2.5

Keberkesanan Pengajaran Mata pelajaran

13

Kemahiran Hidup Bersepadu


2.6

2.7

Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM)

15

2.6.1 Kepentingan Alat Bantu Mengajar

16

2.6.2 Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar

17

Model Reka bentuk Pembelajaran

17

2.7.1 Reka bentuk model pembelajaran

18

menggunakan Model ADDIE


2.8

Teori Pembelajaran

19

2.8.1 Teori Tingkah Laku (Behaviorisme)

19

2.9

Teori Konstruktif

20

2.10

Teori Kognitif

21

2.11

Proses Jahit

22

2.11.1 Kancing

23

2.11.2 Penghasilan projek jahit

23

Kajian-kajian Lepas

23

2.12.1 Kajian-kajian Lepas Dalam Negeri

23

2.12

2.13
BAB 3

2.12.2 Kajian-kajian Lepas Luar Negeri

25

Rumusan

26

METODOLOGI KAJIAN

27

3.1

Pengenalan

27

3.2

Reka bentuk Kajian

27

3.3

Kronologi Pembangunan Projek

28

3.3.1 Analisis Kajian

30

3.3.2 Reka bentuk Produk

30

3.3.3 Pembangunan Produk

31

3.3.4 Proses Perlaksanaan Projek

33

3.3.5 Fasa Penilaian

34

3.4

Justifikasi Pemilihan Metodologi

34

3.5

Operasi Kajian / Carta Alir / Carta Gantt

34

3.6

Rumusan

34

RUJUKAN

35

LAMPIRAN

39

SENARAI JADUAL

3.1 Spesifikasi reka bentuk

31

3.2 Senarai komponen penghasilan projek

33

SENARAI RAJAH

2.1 Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE

19

3.1 Carta alir proses kerja

28

3.2 Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE

29

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Falsafah Pendidikan Negara merupakan satu pemikiran yang mantap mengenai


sistem pendidikan Negara Malaysia. Ia menetapkan arah haluan yang mesti ditujui
oleh setiap rakyat dan mengandungi prinsip yang kukuh dan berdaya tahan serta
kekal untuk masyarakat majmuk di negara ini (Malaysia Kita, 2004). Bagi mencapai
mengikut kehendak Falsafah Pendidikan Negara, Pihak Kementerian Pelajaran telah
memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) memberi tumpuan khusus kepada ilmu dan kemahiran, nilai murni dan
bahasa. Kesemua elemen ini diterapkan melalui mata pelajaran teras, mata pelajaran
pilihan dan kegiatan kokurikulum. Kesemua elemen tersebut juga terdapat dalam
sukatan pelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB).
Merujuk kepada Draf Kemahiran Hidup Program Peralihan (1989), dalam
kajian Tahir (2009) Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan mata pelajaran
berbentuk pra vokasional yang digubal semula berasaskan mata pelajaran elektif
Sains Pertanian, Seni Perusahaan, Perdagangan dan Sains Rumah Tangga. Fokus
pengajaran mata pelajaran ini adalah kepada pelajar tingkatan satu hingga pelajar

tingkatan 3. Dalam mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, terdapat


pembelajaran berteraskan amali selain teori yang dipelajari. Dalam pembelajaran
berteraskan amali, pelajar perlu melakukan aktiviti projek secara fizikal atau handon. Pengalaman yang diperolehi menjadikan peljar lebih berkeyakinan, celik
teknologi dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan
sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain. Pengajaran dan
pembelajaran

(PdP)

dalam

kemahiran

hidup

mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan.

membolehkan

pelajar-pelajar

Mata pelajaran ini dirancang

sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti


Negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif ( Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2003 )
Dalam Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Ekonomi Rumah Tangga (KHB
ERT), yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia (2002) pengajaran dan pembelajaran adalah dirancang untuk membantu
guru-guru meningkatkan prestasi pelajar. Subjek KHB ERT menyajikan tiga topik
utama termasuklah topik pakaian. Dalam topik ini, pelajar diwajibkan menyelesaikan
projek pakaian bagi memenuhi syarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh
itu, kemahiran asas dalam jahitan ini, pelbagai usaha oleh para guru Kemahiran
Hidup Bersepadu terutama elektif Ekonomi Rumah Tangga dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka. Menurut Endot (2007), selaras dengan cita-cita murni dan
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan perkembangan potensi individu, maka
guru-guru juga perlu didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang boleh
dijadikan amalan dalam membantu menyelesaikan masalah kehidupan harian
mereka.
Kini sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) menjadi semakin menarik
minat para pelajar. Ini adalah kerana pelbagai cara diaplikasikan dan diadaptasi di
kelas untuk menarik minat pelajar serta membantu guru menyampaikan isi
pengajaran dengan baik sekaligus melancarkan sesi PdP di sekolah. Sesi PdP tidak
lagi hanya bergantung kepada peralatan tradisional seperti kapur, papan hitam dan
buku teks semata-mata, malahan pelbagai bahan guna pakai sebagai media
pengajaran.

Alat bahan bantu mengajar (ABBM) juga merupakan salah satu

alternatif yang digunakan oleh guru-guru untuk menyampaikan isi pelajaran. ABBM

didefinisikan sebagai alat yang digunakan dalam pengajaran yang mana haruslah
tidak dibataskan kepada alat-alat yang biasa digunakan seperti papan hitam, gambargambar dan segala bentuk perkakasan dan perisian untuk pengajaran.

Menurut

Rahim, (2004), Pelajar akan menggunakan segala teknik, kemahiran, teknik serta
keupayaan yang ada pada diri dan persekitaran untuk menyelesaikan masalah dalam
PdP mereka. Oleh yang demikian, pelajar bukan sahaja perlu membaca, menulis
berbincang atau menyelesaikan masalah tetapi lebih kepada berusaha mencapai tahap
pemikiran yang tinggi contohnya menganalisis, mensintesis dan membuat penilaian.

Kit pengajaran juga merupakan salah satu contoh ABBM yang mana
pembangunan kit adalah berdasarkan kepada objektif topik yang hendak diajar.
Keperluan serta fungsi kit tersebut berdasarkan kepada sukatan pelajaran yang telah
di sediakan oleh kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Namun begitu,

kepelbagaian fungsi kit bergantung kepada kreativiti guru untuk menarik minat dan
membantu pelajar dalam memahami isi pengajaran dalam bentuk yang mudah
difahami.

Pengkaji bercadang untuk Kit pembelajaran yang dibangunkan dapat

memahami dengan lebih jelas ciri-ciri utama seperti kefahaman mengenai maksud
kancing, kegunaannya, jenis-jenis serta cara menjahit. Pembinaan konsep pada kit
pengajaran dan pembelajaran mestilah merujuk kepada konsep yang boleh diterima
oleh pelajar berdasarkan kesesuian untuk tujuan membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Tujuan pembinaan kit pembelajaran di utamakan iaitu membantu guru
dalam mata pelajaran KHB ERT untuk topik jahitan. Kit ini membolehkan pelajar
menjahit pelbagai jenis kancing iaitu butang, cangkuk dan palang dengan
menggunakan pelbagai mata jahitan dalam sekeping kad jahitan. Di samping itu,
pelajar dapat mempelajari nama-nama kancing yang tercatat dalam kad.

Hasil

jahitan dapat diteliti dengan jelas oleh guru KHB ERT dalam kit jahitan ini.

1.2

Latar belakang masalah

Kajian ini akan memfokuskan topik berkaitan dengan proses jahitan iaitu jenis-jenis
kancing serta cara menjahit dalam bab 7 untuk KHB ERT tingkatan 2. Dalam tajuk
ini, menerangkan tentang jenis-jenis kancing serta cara untuk menjahit kancing.
Kebolehan pelajar untuk menjahit kancing, membolehkan mereka memperolehi band
dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS.

Dalam Sukatan Pelajaran KHB

Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 2, yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan


Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000) pengajaran dan pembelajaran
adalah dirancang untuk membantu guru-guru meningkatkan prestasi pelajar. Subjek
Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga tingkatan 2 menyajikan tiga
topik utama termasuklah topik pakaian. Dalam topik ini, pelajar diwajibkan
menyelesaikan projek pakaian bagi memenuhi syarat pemarkahan

Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh itu, kemahiran asas jahitan amat penting bagi
melahirkan produk yang bermutu. Bagi tujuan meningkatkan tahap kemahiran asas
dalam jahitan ini, pelbagai usaha oleh para guru Kemahiran Hidup terutama
Ekonomi Rumah Tangga dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Menurut Ribin (2006) pembelajaran masteri ini adalah suatu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang memastikan murid menguasai sesuatu hasil
pembelajaran yang dihasratkan sebelum ke unit pembelajaran yang seterusnya.
Pelajar perlu menguasai tajuk ini sebelum terlibat dalam proses membuat artikel
jahitan iaitu blouse dan skirt. Pelajar kurang minat dan tidak bersemangat apabila
mempelajari tajuk yang berkaitan jahitan. Proses PdP bagi tajuk ini lebih tertumpu
kepada dua bahagian iaitu teori dan praktikal. Kedua dua bahagian ini memainkan
peranan penting kepada pelajar untuk memastikan mereka benar-benar faham dengan
apa yang telah diajar oleh guru. Satu ABBM berkaitan jenis-jenis kancing dan cara
menjahit akan dibangunkan untuk melihat kefungsiaan serta pemahaman pelajar
terhadap tajuk ini
Tajuk ini mengandungi teori dan amali mengenai jenis-jenis kancing dan
proses menjahit kancing serta memerlukan pelajar melihat sendiri bahan maujud bagi
lebih memahami dan menguasai kandungan. Jahitan kancing perlu dikuasai oleh
seseorang pelajar yang mengambil mata pelajaran KHB ERT , ini disebabkan pelajar
akan menjahit sepasang pakaian iaitu sebahagian amali kerja kursus yang perlu
dibuat oleh pelajar dan di mana markah akan diambil untuk Penilaian Berasaskan
Sekolah (PBS). Pengajaran berkesan seharusnya menarik perhatian pelajar.
Pengajaran guru yang berkesan bermakna pengajaran guru tersebut dianggap baik
jika guru tersebut dianggap baik jika guru tersebut berupaya mempelbagaikan kaesad
pengajaran, menyediakan ABBM dan mendalami isi kandungan yang hendak diajar.
Selain itu, guru juga perlu mengetahui akan kebolehan pelajar menerima pelajaran,
memberi motivasi supaya mereka minat belajar, dapat mengawal kelakuan pelajar,
mengumpulkan pelajar mengikut kebolehan guru itu sendiri untuk mengajar dengan
baik dan berkesan, dan dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi
mencapai kecemerlangan (Emat, 2005).
Ini dirumitkan lagi apabila guru terpaksa mengikut masa yang telah
diperuntukkan untuk mengajar sesuatu topik agar dapat menghabiskan silibus subjek

dalam masa yang telah ditetapkan.

Pendekatan pembelajaran yang berkesan

mengikut minat dan keinginan pelajar adalah perlu dibangunkan supaya pelajar
seronok dengan apa yang mereka belajar dan sekaligus akan meningkatkan
pencapaian pelajar. Penyediaan ABBM secara tradisi lebih bersifat statik dimana
pelajar hanya boleh memerhati apa yang dipersembahkan oleh guru contohnya
gambar rajah statik yang menyukarkan pelajar memahami pelajaran tersebut. Faktor
ini akan meningkatkan kebosanan pelajar dalam mata pelajaran yang diajar. Melalui
penggunaan ABBM yang bersesuaian, proses pengajaran dan pembelajaran akan
dapat menimbulkan rangsangan positif dalam pembelajaran (Aris et al; 2000)
Menurut Wong (2000) penentuan hasil pembelajaran adalah langkah
merangka hasil pembelajaran secara eksplisit, iaitu berdasarkan hasil pelakuan
pelajar setelah mereka didedahkan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

1.3

Penyataan masalah

Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Brsepadu (KHB ERT), terdapat topik yang
sukar dijelaskan kepada pelajar, khususnya topik berkaitan proses jahitan. Tajuk ini
mengandungi teori dan amali mengenai jenis-jenis kancing dan proses menjahit
kancing serta memerlukan pelajar melihat sendiri bahan maujud bagi lebih
memahami dan menguasai kandungan. Projek amali KHB ERT sering dikaitkan
dengan kegagalan untuk menyiapkan kerana beberapa perkara rutin yang sering
dialami setelah penerangan dilakukan. Ini dirumitkan lagi apabila guru terpaksa
mengikut masa yang telah diperuntukkan untuk mengajar sesuatu topik agar dapat
menghabiskan silibus subjek dalam masa yang telah ditetapkan.

Pendekatan

pembelajaran yang berkesan mengikut minat dan keinginan pelajar adalah perlu
dibangunkan supaya pelajar seronok dengan apa yang mereka belajar dan sekaligus
akan meningkatkan pencapaian pelajar. Model Kit kancing yang akan dibina ini
adalah berkonsepkan do it yourself . Dengan terhasilnya model Kit Kancing ini
diharap akan dapat membantu pelajar Tingkatan 2 lebih memahami topik Kancing
serta cara menjahit dan juga memudahkan guru-guru menyampaikan proses

pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pengkaji akan membangunkan Kit Kancing
untuk sebagai ABBM ketika sesi PdP tentang topik kancing.

1.4

Objektif Kajian

Terdapat dua objektif yang telah ditetapkan oleh pengkaji. Objektif kajian ini adalah
untuk :
i.

Membangunkan satu Kit Pembelajaran Bermodul (KPB) Kancing


untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik

ii.

1.5

kancing;
Menguji Kebolehfungsian Kit

Skop kajian

Projek ini adalah merangkumi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)
topik jahitan tingkatan 2 dari sembilan tajuk yang diajar semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, projek ini adalah untuk mengetahui tahap penglibatan
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) ketika di makmal jahitan.

1.6

Kepentingan kajian

Menerusi dapatan kajian ini maklumat tentang isu-isu yang menghalang tahap
keberkesanan PdP di dalam kelas bagi tajuk kancing harus diambil kira apabila
membangunkan kit kancing ini bagi menutup segala kelemahan dan kekurangan
yang ada.

(i)

Kepentingan kepada guru

Kajian projek yang dijalankan ini diharap dapat memberi kesan positif terhadap
pengajaran guru dalam topik kancing dan juga memberi kesan yang positif
terhadap pemahaman pelajar.

Melalui ABBM ini, guru lebih mudah untuk

menunjukkan jenis-jenis kancing dan langkah menjahit disamping pelajar dapat


mengenali setiap kancng dan seronok melakukan aktiviti menjahit disamping
dapat melihat hasil jahitan mereka.Arter (2003), Show me. Dontt tell me. If
you a story, you try to entice the audience into imagining its content. However, if
you are going to show the audience, you must rely less on telling and more on
showing. Selain itu diharap kit ini dapat menjadi panduan kepada para guru
untuk diaplikasikan di dalam pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Pengkaji juga
berharap ini menjadi satu idea untuk digunakan sebagai aktiviti dan kajian bagi
pihak yang memerlukan serta dapat menyumbang sesuatu yang berguna untuk
pihak sekolah.

(ii)

Kepentingan kepada pelajar

Kepelbagaian kaedah dan ABBM dengan menggunakan kit kancing ini dapat
menerangkan dengan lebih mudah tentang konsep-konsep penting jahitan
kancing. Selain itu , Kit kancing yang menarik mampu menatik minat pelajar
untuk mencuba serta mengekalkan pemahaman untuk topik ini. Penglibatan
pelbagai tahap pelajar seperti kognitif dan psikomotor mampu meningkat ingatan
pelajar.

1.7

Terminologi

1.7.1

Guru-guru Kemahiran Hidup

Sebagai guru yang telah bertahun-tahun mengikuti kursus perguruan, sudah


semestinya mereka inginkan kepuasan dalam mengajar. Keadaan ini secara tidak
langsung menjadi pendorong untuk guru-guru opsyen menjadi lebih kreatif dan
bersemangat untuk mencipta inovatif dalam bidang kepakaran mereka. Secara tidak
langsung, ini membolehkan mereka menyelami dengan lebih mendalam mengenai
bidang kepakaran mereka.

Yassin (2009 ), mengatakan guru Kemahiran Hidup

Bersepadu mempunyai kemahiran mengajar yang baik untuk merancang komponen


pengajaran supaya boleh menimbulkan minat pelajar-pelajar terhadap pelajarannya.

1.7.2

Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM)

Menurut Juraimi (2003), alat bantu mengajar ialah kelengkapan yang digunakan
dalam kelas atau makmal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

ABBM

merupakan sejenis alat yang direka cipta oleh guru bagi menerangkan konsep yang
tidak mampu diterangkan secara lisan.

1.7.3

Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga (KHB ERT)

Mata pelajaran yang ditawarkan pada peringkat sekolah menengah rendah. Topiktopik yang terdapat dalam isi kandungan mata pelajaran ini adalah bagi memenuhi
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti yang terkandung dalam huraian
sukatan mata pelajaran tersebut.

1.8

Tujuan kajian

10

Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti minat dan faktor-faktor penarik untuk
pelajar memahami topik kancing serta cara menjahit kancing dalam subjek
kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga (KHB ERT) tingkatan 2 di
sekolah menengah.

Kit pengajaran akan digunakan dalam proses P&P bagi

kumpulan eksperimen, dan pengajaran yang berbentuk konvensional (tidak


menggunakan kit pengajaran) akan diaplikasikan kepada kumpulan kawalan.

11

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

Dalam bab 2 ini, pengkaji akan membincangkan beberapa topik penting yang akan di
kupas berdasarkan hasil pembacaan kajian terdahulu yang dirujuk melalui penulisan
jurnal, buku rujukan, laman sesawang dan kaitan matapelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga (KHB ERT) dengan menyatakan dan
menerangkan mengenai konsep dan teori-teori reka bentuk ABBM bagi Modul kit
kancing dan proses menjahit. Fokus penulisan akan menyatakan dan menerangkan
penemuan teori dan kajian daripada ahli falsafah yang terdahulu serta berkaitan
dengan rekabentuk model pembelajaran kit kancing dan proses menjahit.

2.2

Latar belakang mata pelajaran kemahiran hidup

Di dalam kajian Che Ahmad (2010), menceritakan bahawa sebelum kedatangan


British, pendidikan hanya berlaku secara tidak formal, di mana dalam kehidupan

12

seharian, anak-anak terpaksa membantu ibu bapa dalam pelbagai tugasan sama ada
di kebun atau di rumah.

Pada zaman tersebut, mereka mempelajari kemahiran

membuat atau membaiki alatan pertanian, bertukang, membuat kraf tangan seperti
bakul, ukiran kayu atau logam. Kebanyakan kemahiran ini diperolehi kerana kanakkanak membantu dan memerhati bagaimana sesuatu dihasilkan.
Pada tahun 1917, Winstedt telah mencadangkan supaya pelajar diajar
perkebunan secara formal. Maka pada awal abad ke 20, mata pelajaran tersebut
diperkenalkan. Guru mata pelajaran pada masa itu dibiayai oleh ibu bapa. Atas
desakan tokoh-tokoh pada masa itu, seperti Sultan Perak Idris Shah, akhirnya pada
tahun 1922, Kerajaan Colonial British telah membina Maktab Perguruan Sultan Idris
yang terletak di Tanjung Malim, Perak. Tujuan utama penubuhan maktab tersebut
adalah untuk melatih guru-guru yang boleh menyesuaikan hidup di kalangan
masyarakat luar bandar dan mengajar murid-murid membuat kerja-kerja pertanian.
Pada tahun 1965, wujud pula sistem yang dikenali sebagai sistem pendidikan aneka
jurusan. Sistem ini diwujudkan bagi menggantikan pelajaran lanjutan yang telah
dimansuhkan pada akhir tahun 1964. Sistem pendidikan aneka jurusan ditubuhkan
bagi menampung murid yang tidak berjaya memasuki sekolah menengah akademik.
Antara matlamat pendidikan aneka jurusan adalah bagi mempelbagaikan jenis kursus
supaya dapat mengeluarkan pelbagai tenaga manusia yang berkemahiran untuk
memenuhi

kehendak

proses

pemodenan

pertanian

dan

mempercepatkan

perindustrian. Walau bagaimana pun, sistem in tidak mencapai kejayaan sepenuhnya


kerana kebanyakan pelajar tidak dapat memilih elektif mengikut minat, kebolehan
dan bakat, di samping kekurangan kemudahan fizikal atau kekurangan guru yang
berkelayakan dalam bidang tersebut.
Mata pelajaran KHB adalah satu mata pelajaran teras berunsurkan teknologi
di Tingkatan 1 hingga 3. Mata pelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah
Pendidikan Negara. Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara
melalui penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan
teknologi dan keusahawanan dan ia sejajar dendan dasar serta keperluan negara.
Mata pelajaran ini membekalkan kemahiran teknologi dan keusahawanan serta
kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid boleh mengendalikan kehidupan

13

seharian secara produkif dalam dunia teknologi dan industri yang sentiasa berubah
(Chan, 2002)

2.3

Pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) adalah mata pelajaran yang terkandung di


dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.

Mata pelajaran ini dirancang

adalah untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara


melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif.

(Huraian

Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan 2, 2003). KHB bertujuan untuk membolehkan


murid- murid menggunakan pelbagai alat dan bahan melalui pelbagai kaedah dan
teknik bagi menghasilkan sesuatu (projek) yang dirancangkan. Pengalaman yang
diperolehi menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa
bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk
kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain. Mata pelajaran KHB merupakan
satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Mata pelajaran ini ditawarkan
kepada semua murid di tingkatan 1 hingga tingkatan 3.

Matlamat pendidikan

Kemahiran Hidup bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan


kefahaman yang asas tentang kemahiran hidup, mempunyai kemahiran minimum
dalam penghasilan projek mudah, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi,
dapat menghargai dan menikmati estetika serta dapat mengamalkan nilai murni.
Pembelajaran

Kemahiran

Hidup

secara

jelas

melatih

murid

mempertingkatkan kemahiran kognitif, psikomotor dan efektif secara bersepadu, dan


pembelajaran ini sangat penting demi menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang menjurus kepada pembinaan insan yang harmoni dan dapat memberikan
sumbangan kepada negara, masyarakat dan keluarga. Pelaksanaan kurikulum mata
pelajaran KHB ini dipecahkan kepada dua bahagian iaitu bahagian teras dan
bahagian pilihan. Bahagian teras mengandungi komponen wajib untuk semua murid
iaitu reka bentuk dan teknologi. Manakala, bagi bahagian pilihan pula, empat
komponen yang ditawarkan ialah kemahiran teknikal, pertanian, ekonomi rumah

14

tangga dan perdagangan dan keusahawanan.

Untuk bahagian ini murid hanya

dibenarkan memilih satu sahaja mana-mana bahagian pilihan yang ditawarkan oleh
sekolah mereka. Menurut Yahaya (2008), secara amnya penggubalan semula ini
seperti kembali kepada sistem Aneka Jurusan yang telah dilaksanakan pada tahun
1965 tetapi komponen teras dikekalkan dan murid perlu memilih bahagian pilihan
(elektif) yang mempunyai empat pilihan.
Pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu secara berkesan di
sekolah yang diajar mengikut sukatan yang telah ditetapkan menjadi faktor utama
untuk membantu pelajar dalam memberikan pendedahan terhadap kemahiran dan
teknologi. Chan (2002) mengatakan guru Kemahiran Hidup mempunyai kemahiran
mengajar yang baik untuk merancang komponen pengajaran supaya boleh
menimbulkan minat pelajar-pelajar terhadap pelajarannya. Oleh itu, setiap sekolah
perlulah memastikan, guru Kemahiran Hidup merancang dan melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)
mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Objektif mempelajari mata pelajaran KHB
adalah untuk :(i)

Memperolehi pengetahuan dan memperkembangkan kemahiran asas yang


berteraskan kenal faham teknologi untuk berfungsi secara berkesan dalam
urusan di rumah dan tempat kerja;

(ii)

Memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur bekerjasama, dan


mengamalkan cara-cara kerja yang sistematik, tabiat kerja yang selamat,
sihat dan bertanggungjawab;

(iii)

Menjalankan kerja buat sendiri, menyelenggara dan membaik pulih


mudah dan menyedari potensi ke arah menjadi usahawan;

(iv)

Menyedari

bidang

kerjaya

berkaitan

dengan

sektor

pertanian,

perindustrian dan perkhidmatan;


(v)

Mengembangkan kefahaman dan mengamalkan prinsip asas perdagangan


dan usahawan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau
pengeluar sejajar dengan nilai dan etika perniagaan;

15

(vi)

Bertindak dengan bijak dan dapat menyesuaikan diri dalam keadaan


teknologi dan masyarakat yang sentiasa berubah;

(vii)

Mengembangkan kemahiran mengendalikan urusan diri dan keluarga


secara teratur, kemas dan bertanggungjawab selaras dengan nilai dan
tatasusila masyarakat;

(viii)

Mencebur diri dalam kegiatan rekreasi yang sihat dan membuat kebajikan
kepada masyarakat;

(ix)

Mengumpul dan memproses maklumat secara sistematik dan membuat


keputusan yang berguna; dan

(x)

Mengamalkan sikap dan tabiat yang baik terhadap sebarang kerjaya


secara jujur serta menghormati dan menghargai kerjaya kolar biru.

2.4

Mata pelajaran Kemahiran Hidup

Penekanan kepada kaedah pengajaran yang melibatkan latihan amali menjadikan


pengajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) memerlukan penggunaan alat dan
bahan bantu mengajar (ABBM) yang pelbagai dan bersesuaian. Oleh itu, semua
perkara ini perlu dirancang penggunaannya dengan teliti serta tersusun semasa proses
pengajaran berlaku. Menurut Dawi (2000), dalam sesebuah kelas, setip individu
mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain.
Oleh yang demikian, pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut
tahap pelajar) dan disokong dengan ABBM bagi merangsang perkembangan potensi
individu ke tahap yang maksimum. Maka dengan itu, guru-guru KHB yang rata-rata
berpengetahuan dan mahir dalam kemahiran teknikal haruslah bijak dan kreatif
dalam pengajarannya dengan memperbanyak dan mempelbagaikan penggunaan
ABBM dalam pengajaran dan pembelajaran.

ABBM penting kerana dapat

merngsang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar.

16

Menurut Wearmouth (2005) teori pembelajaran merujuk kepada prinsip dan


hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian psikologi
pendidikan. Melalui teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara
belajar atau murid belajar. Guru tersebut pula akan menghubungkaitkan prinsip dan
hukum tersebut dengan kaedah dan teknik mengajar bagi mencapai objektif
pengajaran. Penggunaan elemen teknologi multimedia dalam bilik darjah perlulah
diaplikasikan sepenuhnya kerana kajian-kajian terkini menunjukkan faedah teknologi
ini dalan pengajaran dan pembelajaran (Hassan, 2003). Oleh yang demikian, guruguru KHB senantiasa peka dan proaktif terhadap perkembangan semasa tentang
kaedah pengajaran terkini serta kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar. Di
samping itu, guru KHB perlu sentiasa berusaha ke arah menghasilkan pengajaran
yang dapat memberikan impak yang positif dan bermakna kepada pelajarnya. Secara
tidak langsung akan dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di
sekolah, serta dapat melahirkan generasi yang dapat menyumbang tenaga kepada
negara.

2.5

Keberkesanan pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu

Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu bertujuan untuk melahirkan pelajar yang


mempunyai kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan
dengan lebih produktif dalam membentuk insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani. Mata pelajaran ini dirancang adalah untuk mencapai
matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan
masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif ( huraian Sukatan Pelajaran KHB
Tingkatan 2, 2003). Komitmen semua pihak diperlukan bagi menjayakan
pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

Mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu juga bertujuan untuk membentuk sebuah masyarakat


yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan
industri eletronik yang pesat berkembang di negara ini. Secara tidak langsung, mata
pelajaran KHB akan menimbulkan kesedaran kepada pelajar agar peka terhadap
perkembangan dan perubahan teknologi dengan harapan untuk melahirkan

17

masyarakat yang cenderung dengan perkembangan baru berasaskan kepada sains dan
teknologi. Struktur pembelajaran koperatif yang berkesan dapat memastikan pelajarpelajar aktif terlibat dalam menstrukturkan pengetahuan mereka dan pada masa yang
sama memberi semangat antara satu sama lain dalam mencapai matlamat
pembelajaran masing-masing (Lie, 2004).
Menurut Chua (2001), motivasi (minat) dan semangat baru yang diperolehi
dan dipunyai oleh setiap pelajar akan pudar dan luntur tanpa disusuli suatu program
pengisian yang positif dan konkrit. Dengan pengisian seperti pembelajaran
berkumpulan (koperatif) dalam kelas dapat merangsang minda mereka. Ini kerana,
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu banyak memerlukan pelajar bekerja di
dalam satu pasukan. Hasil daripada proses pembelajaran dan pengajaran mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu , pelajar akan mendapat pelbagai kelebihan.
Antaranya ialah memperolehi pengetahuan dan memperkembangkan kemahiran asas
yang berteraskan kenal faham teknologi untuk berfungsi secara berkesan dalam
urusan di rumah dan di tempat kerja.
Selain itu, mata pelajaran KHB juga memupuk sifat kreatif, inovatif, suka
berusaha, jujur bekerjasama, dan mengamalkan cara-cara kerja yang sistematik,
tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab. Che Tom (2000) mengatakan
bahawa guru-guru perlu menggalakkan para pelajar berfikir agar generasi akan
datang mampu berfikir secara kreatif, inovatif dan mempunyai idea yang bernas.
Para pendidik tidak semestinya terikat dengan satu-satu fakta dalam proses
penyampaian isi pelajaran masing-masing. Sebaliknya penglibatan pelajar secara
aktif dalam proses pembelajaran membolehkan minda mereka berkembang dengan
lebih sihat dan lebih efisien. Selain itu, mata pelajaran Kemahiran Hidup ini juga
mampu memupuk semangat kerjasama atau koperatif.

Kaedah koperatif ini

menekankan aspek penglibatan pelajar berbanding kaedah tradisional yang


berpusatkan guru. Melalui kaedah koperatif pelajar semakin berani memberikan idea
dan pandangan serta melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Guru hanya
bertindak sebagai pemudah cara dalam pembelajaran menggunakan kaedah ini.
Sebenarnya kaedah koperatif ini memberi banyak kebaikan dan keuntungan bukan
sahaja kepada pelajar, bahkan ia boleh meningkatkan prestasi sekolah.

Hal ini

18

demikian kerana, kaedah koperatif ini dapat mengubah diri pelajar daripada pasif dan
aktif.
Melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang bercorak praktis
dan amali juga, membolehkan pelajar menggunakan alat tangan untuk membuat
perkakas yang mudah, mengendali, menyelenggara dan membaik pulih alat atau
mesin (serta boleh mereka cipta). Penguasaan kemahiran ini dapat membantu pelajar
mengatasi masalah dalam kehidupan harian yang banyak bergantung kepada
kemajuan teknologi.

Pelajar juga dididik untuk bekerjasama dan saling bantu

membantu di antara satu sama lain.

Menurut Hashim et al. (2007), bagi

menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran, gerak kerja


kumpulan diadakan supaya pelajar dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu
perbincangan dijalankan. Pembelajaran dilakukan apabila beberapa individu yang
mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza duduk dalam satu kumpulan untuk
membincangkan sesuatu topik dengan menggunakan strategi kognitif yang sesuai
sebagaimana diarahkan oleh guru. Menurut Jaafar (2006), Kemahiran-kemahiran
yang diberikan perlu bersesuaian dengan kemajuan negara yang kini makin
membangun untuk peluang pekerjaan yang diingini. Hal ini demikian kerana, bagi
mencapai tahap negara maju, kemahiran yang ada pada setiap pekerja sememangnya
amat penting.

Tumpuan bukan hanya dalam bidang perindustrian malah sektor

perkhidmatan dan pertanian juga tidak kurang pentingnya. Wanzer (2006), sikap
keterbukaan boleh dikaitkan dengan petunjuk-petunjuk sosio ekonomi yang positif
seperti pilihan pekerjaan dan pendapatan.

2.6

Alat bahan bantu mengajar (ABBM)

ABBM adalah apa sahaja bahan yang membolehkan kerja seseorang pendidik
menjadi lebih mudah. Menurut Mok (2000), penggunaan ABBM membolehkan
pendidik menyampaikan isi pelajaran dengan lebih mudah, lebih menarik, lebih
berkesan dan dapat merangsang minat pelajar. Selain itu juga, penggunaan ABBM
juga dapat membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih jelas dan

19

bermakna. Para pelajar juga dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran


seterusnya dan juga dapat memberi kesan yang baik terhadap proses PdP. Di antara
fungsi-fungsi ABBM adalah untuk merangsang minat pelajar. Pelajar akan lebih
berminat dengan sesuatu topik itu sekiranya guru menggunakan ABBM dalam proses
pengajarannya.
Mengikut Ralph Tyler dalam kajian Mohd Noah (2005), minat adalah sesuatu
perkara penting dalam pendidikan sebagai matlamat atau proses iaitu objektif. Minat
seseorang itu boleh menentukan apa yang hendak dilakukannya. Terutamanya dalam
KHB memerlukan seorang pelajar itu mahir mengaplikasikan kemahiran yang sedia
ada.

Dengan menggunakan ABBM juga, guru dapat mempelbagaikan teknik

pengajaran di dalam kelas. Seterusnya pelajar juga tadak akan bosan dengan adanya
pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh guru bagi mencapai objektif pengajaran mereka
pada waktu tersebut sekiranya menggunakan ABBM. Objektif yang telah ditetapkan
oleh guru pada permulaan sesi pengajaran akan lebih cepat tercapai dengan adanya
bantuan ABBM

2.6.1

Kepentingan alat bantu mengajar

Menurut Mohd Noah (2005), penggunaan alat bahan bantu mengajar yang sesuai
dianggap penting kerana ia membantu dan memberi kesan yang baik terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru mampu menyediakan alat bahan bantu mengajar
yang sesuai juga akan menarik minat pelajar dan meningkatkan pengetahuan serta
kemahiran seseorang pelajar. Aris et al.(2004), menerangkan bahawa fungsi ABBM
dalam proses PdP adalah seperti berikut;
(i)

Merangsangkan pelajar kepada minat yang tinggi merupakan salah


satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka;

(ii)

Memperkembangkan kefahaman dan corak pemikiran dengan kaedah


menyediakan satu pelaksanaan yang sistematik dan berkesan;

20

(iii)

Mendorong intelektual dan minat pelajar untuk menyiasat dan


menambah pengetahuan yang luas;

(iv)

Membekalkan satu dasar pendidikan untuk perkembangan potensi


penghasilan pembelajaran mereka dengan lebih kekal;

(v)

Menyediakan pengalaman yang membina di mana, ia diperolehi


dengan membantu pelajar menyediakan pembelajaran dengan lebih
mendalam dan menarik.

2.6.2 Penggunaan alat bahan bantu mengajar

Penggunaan alat bahan mengajar perlu disesuaikan mengikut situasi yang betul. Alat
bahan mengajar mempunyai potensi besar untuk membantu guru menjelaskan faktafakta dan konsep-konsep yang diajar dalam bilik darjah. Guru harus bijak dalam
memilih media pengajaran yang sesuai dengan latar belakang pelajar, situasi
pembelajaran dan juga topik yang hendak diajar.

Menurut Saad (2000), garis

panduan memilih alat bahan bantu mengajar adalah seperti berikut:


(i)

Aturkan supaya bahan itu dapat digunakan oleh murid dengan


sebaiknya agar tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran;

(ii)

Mengkaji maklumat dari pelbagai sumber tentang cara penggunaanya


bagi mendapatkan kesan yang memuaskan;

(iii)

Nilaikan sumbangan kepada pengajar melalui percubaan.

(iv)

Tentukan sumbangan yang dapat diberikan kepada pengajaran


berkenaan dengan objektif pengajaran yang sesuai.

Penggunaan alat bahan bantu mengajar dapat membantu pengajaran dan


pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan lancar. Ia akan menarik minat pelajar

21

untuk mempelajari dan memahami topik tersebut.

Alat bahan bantu mengajar

sangat penting bagi merangsang minat belajar di kalangan pelajar seterusnya


menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.

2.7

Model reka bentuk pembelajaran

Menurut Arter (2003), model kit pembelajaran ialah suatu projek yang boleh dilihat
dan ditangani dalam proses pembelajaran. Model kit pembelajaran tergolong dalam
kategori bahan manipulatif pembelajaran. Bahan manipulatif ialah bahan atau item
yang pelajar gunakan untuk menyokong pembelajaran secara pengalaman hands- on
atau praktikal. Ia diguna untuk menunjukkan model yang konkrit ( boleh dilihat,
disentuh, dipegang).

Ia juga boleh di manipulasi bagi membantu pemahaman

konsep. Bahan manipulatif merangkumi objek, alat, model atau blok, yang boleh
digunakan untuk meneroka konsep dan menyelesaikan masalah.

Secara tidak

langsung, model kit pembelajaran ini dapat mempertingkatkan kemahiran kognitif


dan psikomotor pelajar dalam menghadapi proses pembelajaran.

Di masa kini,

pelbagai model reka bentuk pengajaran yang dihasilkan dengan pelbagai strategi
untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Model-model reka bentuk pengajaran ini mestilah direka bentuk berpandukan
teori-teori

pembelajaran

konstruktivisme.

seperti

teori

behaviorisme,

kognitivisme

dan

Sebagai contoh, model reka bentuk pengajaran yang akan

diperbincangkan dalam artikel ini ialah model ADDIE. Terdapat kajian yang pernah
dilakukan menggunakan model ADDIE. Terdapat kajian yang pernah dilakukan
menggunakan model ADDIE ini iaitu kajian yang pernah dibuat oleh Aris et al.
(2000) daru Universiti Teknologi Malaysia. Pada bahagian analisis reka bentuk
pengajaran model ADDIE, kelebihan-kelebihan penggunaan model ini akan
diperbincangkan.

2.7.1 Reka bentuk model pembelajaran menggunakan Model ADDIE

22

Kajian yang dilakukan oleh Marzuki et al. (2005) penggunaan bahan multimedia
perlu direka bentuk dan guru kebiasaanya akan nerancang penggunaan bahan media
di kelas supaya maklumat yang dikehendaki sampai kepada pelajar.

Terdapat

perbezaan yang ketara antara merancang dan mereka bentuk. Mudahnya bahan
pembelajaran yang telah dirancang iaitu Analyze perlulah melalui proses mereka
pula atau Design melalui proses yang lain seperti model ADDIE iaitu Develop,
Implement dan Evaluate. Di Malaysia, guru-guru secara keseluruhan juga
masih belum mengenali penggunaan reka bentuk pengajaran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, sebaliknya mereka hanya mengenali kaedah-kaedah
pengajaran dan teori-teori pembelajaran sahaja.

Guru berkemungkinan hanya

mengajar berdasarkan analisis, melaksana, dan menilai sahaja dan tertinggal dari
aspek ciptaan dan pembangunan. Faktor inilah menyebabkan pelajar menjadi bosan
semasa sesi pembelajaran walaupun menggunakan sokongan bahan multimedia. Jika
guru memahami kelebihan reka bentuk pengajaran, guru akan menggunakan modelmodel yang ada di dalam reka bentuk pembelajaran dalam menghasilkan bahan
pengajaran.

Rajah 2.1 Rajah 2.1 : Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE

(Sumber : Liu, (.2008)

Analisis (Analysis)

Reka bentuk (Design)

Pembangunan (Development)

Perlaksanaan (Implementation)

Analisis (Analysis)

Penilaian (Evaluation)

23

Rajah 2.1 : Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE


(Sumber : Liu (2008)

2.8

Teori pembelajaran

Menurut Aris et al. (2000), teori pembelajaran merupakan satu teori pembelajaran
merupakan satu teori yang menjelaskan bagaimana proses sesuatu perubahan tingkah
laku itu boleh berlaku di dalam diri seseorang. Berdasarkan takrifan ini, dapat dilihat
betapa pentingnya bagi para pendidik untuk mempelajari dengan lebih mendalam
mengenai teori-teori yang ada seperti teori tingkah laku (Behaviorisme), teori
konstruktif (constructivism) dan teori kognitisme.

2.8.1 Teori tingkah laku (Behaviorisme)

Ahli tingkah laku seperti Skinner, Parlov dan Thorndike berpendapat pembelajaran
adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku iaitu cara seseorang bertindak dalam
suatu situasi, (Mok, 2000). Teori ini juga menyatakan bahawa pembelajaran berlaku
apabila tindakan dilakukan secara berulang akan menjadi kebiasaan. Teori ini
berfokus kepada kehendak diri sendiri dan tingkah laku yang disengajakan. Tingkah
laku yang berulang itu dapat dikekalkan dengan peneguhan.
Antaranya prinsip-prinsip teori tingkah laku yang diterapkan dalam PdP adalah
seperti berikut :
(i)

Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif
semasa proses PdP. Keadaan ini dapat diwujudkan dengan menyediakan
aktiviti tertentu yang melibatkan pelajar secara aktif seperti perbincangan

24

dalam kumpulan, aktiviti amali, contohnya amali membuat kek dengan


menggunakan kaedah putar.
(ii)

Bahan pengajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar mudah
mempelajarinya agar dapat memberikan respon tertentu.

Contohnya

dalam menyampaikan teori kaedah membuat biskut, bahan-bahan


mengajar seperti hand out boleh diedarkan terlebih dahulu melaui
slaid power point yang terdapat dalam bahan interaktif ini. Namun
memudahkan pelajar memahami topik yang diajar dan senang faham akan
topik tersebut.
(iii)

Setiap responden harus memberi maklum balas secara langsung supaya


pelajar dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya adalah benar.
Penglibatan dan perhatian pelajar dapat dikekalkan dengan memberikan
ganjaran dan rangsangan dengan tujuan untuk memotivasikan mereka
bagi mengikuti pembelajaran seterusnya.

2.9

Teori konstruktif

Teori konstruktif dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli
falsafah dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Teori ini
merupakan teori yang menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di
luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Pengajaran
adalah penyampaian maklumat dalam pelbagai peringkat pendidikan misalnya
sekolah rendah, sekolah menegah dan institusi pengajian tinggi termasuk kolej dan
universiti (Choong, 2008). Pengajaran pula merupakan satu proses merangkumi
aktiviti-aktiviti perancangan, perlaksanaan, penilaian dan maklum balas yang mana
melibatkan antara guru dan pelajar ( Hashim et al., 2004).
Mengikut teori ini, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling
pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang
berkaitan. Pelajar membina ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling

25

pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran baru yang


berkaitan. Pembelajaran secara amnya diertikan sebagai proses memperolehi ilmu
pengetahuan atau pun kemahiran.

Pembelajaran dalam keadaan bilik darjah,

sekiranya pengajaran dapat dipengaruhi pelajar sehingga tingkah lakunya mengalami


perubahan yang dapat diperhatikan selepas pengajaran berbanding sebelum
pengajaran, maka dapat disimpulkan bahawa pembelajaran telah berlaku Sulaiman
2004.

Di samping itu juga, teori ini menegaskan perkembangan proses meta

kognitif, iaitu operasi yang membimbing pelajar untuk mencari makna, terutamanya
operasi merancang, mengarah dan menilai pemikirannya, ini menunjukkan bahawa
untuk mencapai keberkesanan pembelajaran, pelajar perlu merancang strategi
pembelajaran yang berkesan serta menilai dan membuat refleksi tentang
pembelajarannya

2.10

Teori kognitif

Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausebel berpendapat
bahawa pembelajaran ialah proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak
diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia (Mok, 2000).
Perubahan tingkah laku dianggap cuma mencerminkan perubahan dalaman yang
sukar untuk diperhatikan seperti pengetahuan, perasaan, harapan dan pemikiran.
Menurt Selamat (2007), bahawa gaya belajar tidak sama pada semua pelajar kerana
ia adalah satu kecenderungan atau pilihan masing-masing. Ia juga ada kaitan dengan
faktor semula jadi, personaliti dan juga dibentuk melalui proses pendidikan.
Selalunya pelajar akan belajar dengan cara belajar mereka gemari dan didapati gaya
itu paling berkesan.

Berkesan bermaksud ia menghasilkan pembelajaran yang

optimum dan kurang halangan.


Langkah-langkah PdP mengikut teori pemprosesan maklumat disampaikan
seperti berikut :

26

(i)

Perhatian pelajar iaitu permulaan pengajaran dengan memberikan set


induksi yang dapat menarik perhatian pelajar kepada guru dan
pengajaran.

(ii)

Membawa ingatan pelajar pada tajuk yang berkaitan. Perbincangan tajuktajuk lepas yang sudah dipelajari dan dikaitkan dengan topik yang akan
diajar.

(iii)

Penekanan terhadap isi pelajaran yang penting.

Pengajaran dan

pembelajaran sesuatu tajuk disampaikan dengan menggunakan ABBM


yang bertepatan dengan tajuk yang disampaikan.
(iv)

Persembahan maklumat yang teratur dengan menggunakan ABBM yang


bersesuaian.

(v)

Tunjukkan kepada pelajar bagaimana membuat kategori maklumat yang


diterima. Guru membantu dan memberi bimbingan kepada pelajar untuk
melaksanakan dan memahami pembelajaran.

(vi)

Memberikan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan maklumat


yang baru diterima. Contohnya menjalankan kerja amali dalam makmal.

(vii)

Pengulangan untuk mengingatkan pelajar beberapa isi penting yang


dipelajari (ingatan jangka pendek) dan menyediakan beberapa aktiviti
atau latihan yang berkitan dengan pelejaran lepas (ingatan jangka
panjang).

Conohnya dalam modul menyedikan uji diri bagi pelajar

membuat latihan sebagai pengukuhan.

2.11

Proses jahit

Tajuk yang yang terkandung dalan bab 2 dari 9 bab yang memperuntukkan cadangan
masa 10 minggu untuk mengajar pelajar langkah demi langkah dalam proses
menjahit sehingga mampu untuk menghasilkan sepasang baju

malah memberi

27

pengetahuan dan pengalaman kepada murid mengenai asas-asas jahitan melalui tajuk
Membaiki Pakaian. Tajuk ini mengandungi dua aras. Aras 1 mendedahkan murid
kepada aspek pengenalpastian alatan dan bahan jahitan, mata jahitan asas dan
kegunaan kancing. Di samping itu, aras ini juga menekankan kepada kegunaan
jahitan asas seperti menjahit kancing, butang, cangkuk dan palang yang tertanggal
pada pakaian. Aras 2 mendedahkan kepada murid maksud kelim, kelepet serta caracara untuk membaiki kelim dan kelepet yang merentas pada pakaian.seperti yang
terkandung di dalam huraian sukatan KHB tingkatan 2, boleh di lihat di bahagian
LAMPIRAN A.

Menurut Dawi (2002), pendidikan sekarang mengajar berfikir

dengan cara terpisah-pisah, mata pelajaran Matematik satu tempat, Bahasa Inggeris
satu tempat dan Elektrik satu tempat. Ilmu pengetahuan tidak perlu dibahagi-bahagi
mengikut bidang. Apa-apa yang kita fikirkan munasabah akan menjadi cara kita
menyelesaikan masalah. Ini menunjukkan kita tidak perlu terikat dengan cara-cara
tertentu tetapi cuma memikirkan isu-isu yang ada dalam sesuatu bidang.

2.11.1 Kancing

Kancing digunakan untuk merapatkan belah pakaian atau artikel bagi mengekalkan
bentuk dan senang dipakai. Jenis kancing ialah butang dan lubang butang, cangkuk
dan mata atau rumah, cangkuk dan palang, butang dan gelungan fabrik (rulo), riben,
velkro (pita nilon ) dan zip.

2.11.2 Penghasilan projek jahitan

Berdasarkan sukatan dan huraian mata pelajaran KHB tingkatan dua yang
disediakan oleh KPM, yang menjadi panduan guru sepanjang sesi PdP. Pelajar perlu
mempelajari langkah demi langkah proses jahitan sehingga berjaya menghasilkan
sepasang baju . Setiap kemampuan pelajar akan direkodkan dalam sistem. Menurut

28

Marzuki, et al. (2005) pula, pendidikan vokasional memberi makna membolehkan


pelajar mendapat pengetahuan asas vokasional dan kemahiran bagi membolehkan
mereka mendapat pekeijaan sebagai tenaga mahir dan separa mahir dalam sektor
perindustrian, perdagangan dan pertanian.

2.12

Kajian-kajian lepas

2.12.1 Kajian-kajian lepas dalam negeri

Kajian-kajian terdahulu adalah penting sebagai rujukan dan juga perbandingan dalam
menilai kajian yang diperolehi.
kajian yang diperolehi.

Rujukan dan juga perbandingan dalam menilai

Rujukan kepada kaijan-kajian yang terdahulu adalah

bertujuan mendapatkan idea yang baru dan bernas dalam menghasilkan kajian yang
lebih baik. Menurut Aris et al. (2000), melalui penyelidikan dan dapati bahawa
usaha untuk meningkatkan mutu pembelajaran adalah mewujudkan hubungan antara
pelajar dengan bahan pembelajaran.

Dengan itu, pembelajaran yang perlu

dititikberatkan ialah kualti fahaman seseoran pelajar iaitu memerlukan pemahaman


daripada perspektif pelajar dan bukan kualiti maklumat yang dapat mereka curahkan.
Menurut hasil kajian Mohd Sanip (2007), modul pembelajaran dapat
meningkatkan kreativiti pelajar dan membiasakan pelajar dengan permasalahan yang
wujud di dunia sebenar. Pembelajaran melalui modul mampu memberi banyak kesan
positif ke atas diri seseorang pelajar. Disamping itu, modul dapat memberikan
mereka satu kredit yang baik apabila menceburi alam pekerjaan. Keberkesanan
modul

pembelajaran

bergantung

kepada

cara

pengolahan

isi

kandungan,

persembahan grafik berkaitan, bahasa dan aktiviti utuk membantu pengguna


menajadi lebih yakin. Beliau melihat bahawa modul pembelajaran boleh membantu
dari segi motivasi dan kreativiti pengguna jika keberkesanan modul pembelajaran
menitik beratkkan aspek psikologi. Dalam kajianYew(2008), penggunaan modul
pembelajaran lebih baik digunakan kerana dilengkapi dengan ilustrasi yang menarik.

29

Selain itu, terdapat sudut uji diri yang dapat membantu pelajar belajar secara kendiri
di samping dapat membuat latihan yang disediakan sebagai pengukuhan. Oleh itu,
modul akan memudahkan pelajar membuat ulangkaji sekirannya belajar di rumah.
Menurut Cho (2008) kajian terhadap Kemahiran Hidup penting. Guru-guru
pelatih berpendapat bahawa pensyarah tidak memberi penekanan yang mencukupi
terhadap kaedah dan teknik pengajaran dalam pengajaran mereka. Kajian ini juga
menunjukkan bahawa pelaksanaan mata pelajaran kemahiran di Institut Perguruan
Raja Melewar dapat menarik minat guru pelatih terhadap mata pelajaran Kemahiran
Hidup.

Dalam kajian Junaidi (2006) yang mengkaji tentang keberkesanan

pelaksanaan kaedah pembelajaran masteri di sebuah Maktab Perguruan Kent, Tuaran,


mendapati pembelajaran masteri sangat berkesan dan mendapati peningkatan
terhadap pengajaran mereka. Mengkaji tentang penulisan objektif pelajaran terhadap
guru pelatih di maktab tersebut dan setelah kajian dijalankan didapati peningkatan
64.5% guru-guru pelatih menulis objektif pembelajaran dengan betul berbanding
hanya 9.5% sebelumnya. Ciri tingkah laku pula telah mencapai 80.5% berbanding
hanya 9.5% sebelum kajian.
Endot (2007) dalam kajiannya tentang pendekatan demonstrasi terhadap 20
orang pelatih KPLI Institut Perguruan Raja Melewar. Tujuan kajiannya adalah untuk
meningkatkan kemahiran menjahit di kalangan pelatih tersebut. Hasil kajian
mendapati peningkatan ketepatan jenis jahitan (100%), Memulakan dan mematikan
jahitan (90%), Saiz mata jahitan (95%) dan kekemasan jahitan (95%). Kesemua
keputusan hasil kajian (Ujian Pos) telah menepati kriteria sebagai jahitan yang
sempurna. Jarawi & George (2004) telah menjalankan kajian tindakan terhadap 10
orang murid perempuan tahun 5 mendapati kaedah demonstrasi atau tunjuk cara
amat berkesan dalam penggunaan alatan tangan dalam mata pelajaran Kemahiran
Hidup. Kajian ini mendapati 90% daripada pelajar telah mengalami peningkatan
tinggi berbanding hanya 10% mengalami peningkatan sederhana. Hasil kajian soal
selidik mendapati 90% pelajar bersetuju dengan kaedah demonstrasi.
2.12.2 Kajian lepas luar negeri
Menurut

kajian

Keeves

(2000)

penggunaan

model

dalam

pembelajaran

menggalakkan pelajar membuat konstruksi terhadap isi kandungan yang dipelajari.

30

Dengan pembelajaran yang melibatkan mata, tangan, telinga dan minda adalah lebih
berkesan daripada pembelajaran melalui pandangan sahaja. Semasa pembelajaran,
pelajar mempunyai peluang untuk setiap langkah proses konsep dan tunjuk ajar guru.
Pembelajaran melalui penglihatan, pendengaran dan pengetahuan lebih mencetuskan
idea dan minda pelajar dan menggalakkan pelajar membuat pertimbangan. Dalam
kajian Wanzer (2006) didapati bahawa penggunaan alat Bantu mengajar model dalam
pengajaran boleh meningkatkan pemahaman pelajar dalam mempelajari genetik.
Kajian ini dilakukan dalam tempoh sembilan minggu dan seramai 19 orang pelajar
menyertai kursus ini dengan mula-mula model digunakan sebagai alat bantu
mengajar untuk membantu golongan pelajar ini dalam mengulangkaji tentang keduadua proses jenis pembahagian sel dan diberi tunjuk cara dalam pengiraan Hukum
Model. Selepas itu, mereka diberi soalan dan golongan pelajar ini didapati berupaya
menyelesaikan pengiraan yang melibatkan pindah silang mengenai proses meiosis
dengan betul melalui pengiraan model, mereka didapati memahami organel
kromosom dengan dan dapat meningkat setiap bahagian kromosom dengan jelas.
Selain itu, mereka juga dapat menghubungkait konsep antara Hukum Model dengan
proses meiosis.
Menurut Wearmouth (2005) penggunaan alat Bantu mengajar seperti
gambarajah bercetak, kad berwarna dan Power Point dapat menambahkan minat dan
kefahaman pelajar dalam topik tenaga dalam mata pelajaran Fizik. Wearmouth juga
menyatakan bahawa penggunaan gambar akan menyebabkan situasi pengajaran dan
pembelajaran menjadi realitic.

Menurut Wong (2006) kombinasi antara kerja

Kertas-Pensel dan penggunaan kalkulator dalam menyelesaikan matematik


membolehkan para pelajar terlibat secara aktif dalam kelas. Apabila seseorang
pelajar dihantar ke depan untuk menyelasaikan masalah matematik di papan tulis,
pelajar-pelajar yang lain dapat menggunakan kalkulator untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Jadi, setiap kali aktiviti penyelesaian masalah, jawapan dapat
dibincangkan antara guru, pelajar yang menjawab di papan tulis dan semua murid
yang menjawab dengan menggunakan kalkulator. Kajian Wong (2006) adalah
mengenai penggunaan kalkulator symbol dalam mambantu murid menyelesaikan
masalah-masalah yang kompleks dalam tajuk prakalkulus, kalkulus dan al-jabar.
2.13

Rumusan

31

Kajian literatur adalah penting dalam mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu
produk. Dalam membangunkan kajian reka bentuk yang hendak dilaksanakan,
pengkaji memerlukan satu rancangan yang teliti bagi mendalami sesuatu kajian dan
perlu meneliti perkara yang perlu dikhususkan. Kaedah ini dapat memastikan
keberkesanan dan kelancaran projek. Segala maklumat dan info yang diperolehi
perlu disusun dengan kemas dan teliti. Ianya akan membantu pengkaji dalam
membuat susunan kaedah kerja dengan lebih sistematik dan teratur. Dengan
membangunkan reka bentuk model pengajaran dan pembelajaran sebagai ABBM
ianya dapat menangani perkembangan dunia pendidikan hari ini yang penuh dengan
cabaran. Kesimpulannya, dengan kajian terdahulu dan dikaji semula dengan
penambah baikkan ABBM sedia ada, dapat membantu guru untuk melaksanakan
kurikulum dengan lebih baik dan berkesan. Secara tidak langsung dapat menarik
minat pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

32

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Metodologi kajian merupakan satu kaedah bagaimana kajian ini dilakukan.


Metodologi mempunyai maksud yang jelas berkaitan prosedur dan cara pengolahan
data bagi menyelesaikan atau menjawab persoalan penyelidikan (Mohd Sanip,
2007).

Pelaksanaan kajian ini adalah berdasarkan satu metodologi yang telah

dirangka.

Metodologi

yang telah dirangka akan membantu pengkaji untuk

menjalankan kajian dengan lebih bersistem seterusnya dapat melaksanakan proses


penghasilan kit pembelajaran mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan.
Keadaan ini dapat melancarkan proses penghasilan kit pengajaran tersebut tanpa
menghadapi masalah yang terlalu banyak. Terdapat beberapa perkara yang perlu
dinyatakan dengan lebih terperinci lagi dalam bab ini iaitu mengenai rekabentuk
projek, kronologi pembangunan projek, spesifikasi rekabentuk projek, pemilihan
bahan, peralatan dan bahan yang digunakan, dan proses pengujian.

3.2

Reka bentuk kajian

Reka bentuk projek merupakan satu perancangan corak yang menunjukkan susunan,
struktur atau aspek-aspek sesuatu projek. Pengkaji telah mengambil beberapa aspek

33

penting untuk mereka bentuk projek berdasarkan penyataan masalah dalam bab 1.
Bagi mencapai objektif kajian ini, reka bentuk projek yang sesuai perlu dipilih.
Kajian ini berasaskan penghasilan produk dan teori reka bentuk ADDIE. Produk
yang akan dihasilkan merupakan kit pembelajaran bagi topik jahitan kancing yang
akan digunakan sebagai ABBM. Pengkaji telah membina carta alir bagi memudahkan
kerja pengkaji bagi menyiapkan projek ini seperti Rajah 3.1.

Mula

Mengenal pasti pemasalahan kajian

Mengenal pasti objektif kajian

Analisis produk

Reka bentuk

Pemasangan produk

Pengujian
produk

Tamat

Rajah 3.1 : Carta Alir Proses Kerja

34

3.3

Kronologi pembangunan produk

Justifikasi pemilihan adalah susuan peristiwa atau kejadian menurut masa yang
berlaku peristiwa berkenaan. Ini adalah penting untuk pembinaan kit pengajaran dan
pembelajaran agar pembinaan lebih sistematik dan teratur. Pembinaan produk ini
boleh dibahagikan kepada beberapa fasa tertentu. Berdasarkan Rajah 3.1 di atas
terdapat lima fasa pembinaan bahan pengajaran untuk kit iaitu Analysis (Analisis),
Design (reka bentuk), Development (Pembangunan), Implemention (Perlaksanaan)
dan Evaluation (Penilaian).

Analisis (Analysis)

Reka bentuk (Design)

Pembangunan (Development)

Perlaksanaan (Implementation)

Analisis (Analysis)

Penilaian (Evaluation)

Rajah 3.2 : Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE (Sumber : Liu (2000)

35

Analisis merupakan peringkat asas bagi kesemua lima peringkat yang lain
dalam reka bentuk ADDIE. Tujuan analisis ialah untuk mengenal pasti objektif
sesuatu perisian dibangunkan. Reka bentuk bermaksud mereka bentuk sesuatu atau
kaedah instruksional yang akan digunakan. Ia melibatkan proses bagaimana untuk
mempelajari sesuatu perkara. Kaedah pembelajaran yang digunakan ialah seperti
kaedah pembelajaran koperatif, permainan, simulasi, perbincangan, tutorial,
penyelesaian masalah, latihan dan praktikal. Manakala pembangunan ialah proses
menghasilkan perisian yang direka bentuk.

Peringkat pembangunan ini direka

berdasarkan gabungan peringkat analisis dan reka bentuk. Pada peringkat ini, rangka
kerja dibentuk. Peringkat pelaksanaan pula, ia menguji perisian yang dihasilkan
semasa peringkat pembangunan. Seterusnya peringkat penilaian merupakan proses
terakhir dalam model ADDIE. Fasa ini adalah untuk mendapatkan maklum balas
pengguna terhadap keseluruhan perisian.
3.3.1 Analisis kajian
Di dalam fasa analisis, pengumpulan maklumat dilakukan bagi mengetahui
keperluan pembangunan kit kancing ini. Analisis ini terbahagi kepada tiga iaitu
keperluan masalah, keperluan pelajar dan keperluan bahan. Analisis masalah adalah
melibatkan permasalahan yang akan dihadapi akan menyebabkan ABBM ini
dibangunkan sama ada daripada guru atau daripada pelajar. Analisis keperluan bahan
itu seperti saiz reka bentuk ABBM yang sesuai serta kos pembangunan dan terakhir
analisis keperluan pelajar itu sendiri.
Proses menganalisis terhadap keperluan kit kancing bagi memastikan produk
yang dibina bersistematik. Kit pembelajaran yang dibangunkan dapat memahami
dengan lebih jelas ciri-ciri utama seperti kefahaman mengenai maksud kancing,
kegunaannya, jenis-jenis serta cara menjahit. Pembinaan konsep pada kit pengajaran
dan pembelajaran mestilah merujuk kepada konsep yang boleh diterima oleh pelajar
berdasarkan kesesuaian untuk tujuan membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Tujuan pembinaan kit pembelajaran di utamakan iaitu membantu guru dalam mata
pelajaran KHB ERT untuk topik jahitan. Kit ini membolehkan pelajar menjahit
pelbagai jenis kancing iaitu butang, cangkuk dan palang dengan menggunakan
pelbagai mata jahitan dalam sekeping kad jahitan. Di samping itu, pelajar dapat

36

mempelajari nama-nama kancing yang tercatat dalam kad. Hasil jahitan dapat diteliti
dengan jelas oleh guru KHB ERT dalam kit jahitan ini.
3.3.2 Reka bentuk produk (Design)
Pengkaji membuat pemilihan reka bentuk berdasarkan ciri-ciri keselamatan. Ini
kerana kit pengajaran ini melibatkan jarum dan gunting serta bahan yang perlu
digunakan, perlulah sesuai untuk proses PdP. Kit pembelajaran yang direka mestilah
mudah alih. Ini bermaksud kit pengajaran yang dibangunkan oleh pengkaji dapat
digunakan di dalam atau di luar bilik darjah,serta makmal. Selain itu ianya perlu
menarik dan berwarna-warni untuk menarik perhatian pelajar semasa sesi PdP
berlangsung.

Lakaran kit kancing boleh di rujuk di bahagian lampiran iaitu

Lampiran B.
3.3.3 Pembangunan produk (Developement)
Dalam pembangunan model, perkara penting yang perlu dititik berat oleh pengkaji
adalah berkaitan dengan kualiti, keboleh fungsian dan juga struktur yang dibina.
Dalam membangunkan sesuatu reka bentuk, penentuan bahan yang akan digunakan
adalah amat penting pada peringkat pembangunan kit, pengkaji merancang
menggunakan medium-medium yang murah,mudah didapati, selamat kepada
pengguna. Ciri-ciri bahan perlu kerana mempunyai kaitan dengan pengguna yang
menggunakan produk ini.
i)

Spesifikasi reka bentuk projek

Kit yang dibina oleh pengkaji adalah berdasarkan proses jahitan kancing yang
terkandung dalam sukatan pelajaran KHB ERT tingkatan 2.

Kit ini

menggabungkan semua jenis kancing didalam satu kad, di samping memberi


panduan kepada pengguna tentang jenis kancing dan jenis jahitan yang akan
digunakan untuk menjahit kancing. Malah pengkaji telah mereka bentuk projek
mengikut ciri-ciri yang diutamakan dalam pembinaan kit pengajaran. Antaranya,
keselamatan pengguna, mudah alih dan sebagainya. Butiran yang teperinci yang
ditentukan atau dinyatakan untuk sesuatu projek adalah seperti Jadual 3.1

37

No.
1
2

Perkara
Tinggi
Lebar

Unit (cm)
32 cm
23 cm

Jadual 3.1 : Spesifikasi Reka Bentuk


ii)

Pemilihan bahan

Pemilihan adalah penting untuk membina kit pembelajaran yang dihasilkan oleh
pengkaji. Bahan-bahan yang digunakan bagi pembangunan kit ini adalah jenis
yang tahan lasak, tahan calar serta tidak mudah rosak malah sesuai dengan
aktiviti di dalam makmal jahitan. Bahan juga mudah untuk diselenggarakan.
Pemilihan bahan buatan juga menjadi faktor utama bagi reka bentuk produk.
Pemilihan bahan mempengaruhi kos bahan, kualiti produk serta persekitaran di
mana bahan mencemarkan alam mahupun tidak (Chan, 2002). Reka bentuk kit
ini juga adalah tahan lasak kerana diperbuat daripada bahan-bahan yang bermutu
tinggi dan menekankan aspek keselamatan pengguna.
iii)

Fleksibel

Saiz memainkan peranan penting dalam bidang reka bentuk dan ia berkait rapat
dengan tempat penggunaan dan pengguna. Berat juga memainkan peranan
penting dalam reka bentuk produk. Ia merupakan faktor penting ketika proses
pengendalian, pengangkutan dan juga pemasangan. Jika produk terlalu berat ia
membebankan pengguna untuk proses pengangkutan dan ia berkemungkinan
berisiko untuk berlaku kemalangan.(Romeli, 2000). Reka bentuk kit ini juga
adalah tahan lasak kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan yang bermutu tinggi
dan menekankan aspek keselamatan pengguna.
iv)

Estetik dan kekemasan

Ianya amatlah penting untuk menarik perhatian kumpulan sasaran. Jika


kekemasan yang dibuat halus dan menarik maka ia ianya lebih memudahkan

38

produk untuk digunakan.

Ergonomik juga hendaklah di ambil kira supaya

produk mudah digunakan dan mudah disimpan.(Yahya, 2005). Kit kancing ini,
mempunyai nilai-nilai estetik bagi menarik perhatian pelajar atau pengguna yang
melihatnya. Susun atur komponen-komponen dan label pada ABBM juga kemas
dan teratur
v)

Peralatan dan bahan yang digunakan

Penghasilan kit PdP ini memerlukan peralatan dan bahan yang sesuai untuk
menghasilkan ABBM yang berkesan kepada guru. Jika satu satu komponen tidak
dipasang pada kit ini, maka kit tidak dapat berfungsi mengikut kehendak
pengkaji. Ini menyebabkan objektif kajian tidak akan tercapai. Dengan itu,
pengkaji telah mengkaji menyenaraikan peralatan dan bahan yang perlu
digunakan supaya memudahkan kerja pengkaji seperti di dalam Jadual 3.2.
No
1
2
3
4
5
6
7
8

Nama Komponen
Kad MDF
Butang leper berlubang empat
Butang leper berlubang dua
Cangkuk dan palang
Butang katup
Butang bertangkai
Fabrik (19 cm x 19 cm)
Getah pinggang ( 12x1)
Jarum (no.7)
Benang jahit
Gam

Unit
1
7
1
2
1
1
1
1
1
1
1

Jadual 3.2 : Senarai komponen penghasilan projek


3.3.4

Proses perlaksanaan projek (Implementation)

Proses pemasangan merupakan proses yang melibatkan kerja pengkaji untuk


menghasilkan produk yang baik.

Pengkaji membahagikan proses pemasangan

kepada dua bahagian iaitu proses pemasangan komponen untuk produk dan
pemasangan casing produk , lakaran casing boleh dilihat di Lampiran C dan
Lampiran D.

Pengkaji menyusun komponen mengikut rajah yang dicadangkan.

Proses pemasangan casing dibina selepas proses pemasangan komponen . Bahan


MDF digunakan dalam pembinaan casing supaya produk yang dihasilkan ringan dan

39

mudah dikendalikan.

Dalam fasa ini, kit yang telah siap dibangunkan akan

dipersembahkan kepada beberapa guru pakar untuk menguji kefungsiaannya serta


melihat masalah-masalah yang tidak disedari semasa fasa reka bentuk dan
pembangunan yang mungkin wujud. Seterusnya, jika mempunyai masalah proses
pembaikkan akan dilaksanakan oleh pembangunan sebelum kit digunakan secara
rasmi.

3.3.5

Fasa penilaian (Evaluation)

Fasa penilaian bagi projek ini hanya sesudah keboleh fungsian. Hal ini kerana
pengujian terhadap pengguna tidak dilaksanakan atas kapasiti keperluan projek
sarjana muda dan kekangan masa.
3.4

Justifikasi pemilihan metodologi

Pemilihan model ADDIE

sebagai metodologi pembangunan ini adalah dengan

melihat kepada beberapa kelebihan yang terdapat pada model ini iaitu tentang saiz
projek, melibatkan kos yang murah, boleh diubahsuai secara secara interaktif
mengikut kehendak pengkaji serta kaedahnya tersusun dan mudah difahami.
3.5

Operasi kajian / carta alir./ carta gantt

Sebagai panduan kepada pengkaji, carta gantt telah disediakan unutk mengelakkan
keciciran dalam kajian ini. Carta gantt ini disediakan adalah untuk memastikan
segala pelaksanaan kajian dapat dijalankan dengan sistematik dan lancar. Carta gantt
ini juga bertujuan untuk mengelakkan segala kesilapan berlaku sepanjang kajian
dijalankan. Carta gantt boleh di lihat di Lampiran E.
3.6

Rumusan

Secara amnya, bab ini telah membincangkan tentang kaedah yang digunakan dalam
kajian ini. Menerusi bab ini, penyelidik cuba menggambarkan perjalanan kajian ini
dengan jelas. Tajuk-tajuk yang disenaraikan dalam bab ini ialah metodologi projek,

40

justifikasi pemilihan projek, keperluan perkakasan dan perisian, dan operasi kajian/
carta alir/ carta gantt. Metodologi ini memberi panduan kepada penyelidik untuk
membangunkan kit pembelajaran kancing seperti mana yang telah dirancang untuk
mencapai kajian yang dihasratkan.

41

RUJUKAN

Aris, B. Yahaya, N., Harun, J. & Tasir, Z. (2000). Siri Modul Pembelajaran
Teknologi Pendidikan Skudai: Falkulti Pendidikan , Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai.
Arter, J. A. (2003). Assessment For Learning; Classroom Assessment o Improve
Student Achievement and Weil-Being. ERIC: US Department of Education.
Chan K.C (2002) .Kemahiran Mengajar Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT)
Dalam Kemahiran Hidup Bersepadu di Kalangan Guru-Guru wanita di
Sekolah Menengah Melaka. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Ijazah
Sarjana Muda.
Chan, K.C. (2002). Kemahiran Mengajar Kemahiran Manipulatif tambahan (KMT)
dalam Kemahiran Hidup Bersepadu di Kalangan Guru-guru Wanita di
Sekolah Menengah Melaka. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah
Sarjana Muda.
Che Tom, C.M (2000). Jurnal Bestari : Koleksi Guru Johor. Jabatan Pendidikan
Negeri Johor. ms. 48.
Cho Keng Boon.2008. Perlaksanaan Kurikulum Kemahiran Hidup Di Jabatan Kajian
Sosial Institut Perguruan Raja Melewar, Negeri Sembilan : Jurnal Melewar :
Institut Perguruan Raja Malewar, Seremban, Negeri Sembilan.
Chua Y.C ( 2001). Personaliti dan Motivasi Pelajar. Jurnal Pendidikan : PKPSM
Johor. ms. 61-64.
Dawi, A.H (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan : Edisi kedua. Tanjung
Malim : Quantum Books.
Hashim, S. Yaakub, R. & Ahmad, M. Z. (2007). Pedagogi: Strategi dan Teknik
Mengajar Dengan berkesan. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing
Sdn.Bhd.

42

Hassan, R. (2003). Tahap Pengetahuan dan Kemahiran Komputer dri Perspektif


Guru Pendidikan Islam di Daerah Kuala Terengganu. Universiti Kebangsaan
Malaysia : Latihan Ilmiah Sarjana Pendidikan.
Junaidi, R. (2006). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Masteri Berbanding
Kaedah Pengajaran Tradisional Dalam Mempertingkat Prestasi Pelajar
Tahun 4 Dalam Mata Pelajaran Kajian Tempatan. Universiti Malaysia Sabah: Kota
Kinabalu, Sabah.
Juraimi, S. (2003). Pendidikan Sains: Kesan kaedah pembelajaran berasaskan
masalah(PBL) dalam meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif,
kemahiran proses saina serta pencapaian biologi. Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang, Malaysia: Tesis Ph.D.
Kamsah, M. F. & Jaafar, A. N. (2006). Tip Menjadi Individu Menarik. Selangor.PTS
Millennia Sdn. Bhd.
Keeves, J. P. & Alagumalai, S. (2000). New Approaches to Measurement. In
Masters, G. N., and J. P. keeves (Eds). Advances in Measurement in
Educational Research and Assessment. Pergamon, 23 48.
Kementerian pelajaran Malaysia. (1979). Laporan jawatan kuasa kabinet mengkaji
Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 Kuala Lumpur. Jabatan Percetakan
Negara.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu Tingkatan 2. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Konting, M. M (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Liu

(2008).

Model

ADDIE.

Dicapai

pada

Februari

15,

2015,

dari

http://www.seedwiki.com/wiki/ppea4102/ppea4102.
Lie, A. (2004). Cooperatif Learning : Changing Paradigms of College Teaching.
Surabaya : Petra Christian University Indonesia.
Marzuki, S. @ C (2005). Amalan Pengajaran Yang Berkesan : Kajian di Beberapa
Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Jurnal.
Mohd Kosnin, A. & Che Ahmad, M. (2010). Tahap Kesediaan dan Kemahiran
Amali Guru-guru PKPG Sekolah Rendah Mengajar Kemahiran Hidup Di
Sekolah Menengah. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

43

Mohd Noah, S. & Ahmad, J. (2005). Pembinaan Modul Bagaimana Membina Modul
Latihan dan Modul Akademik. Serdang Universiti Putra Malaysia.
Mohd. Sanip, F.(2007), Pembangunan Modul Pembelajaran Menggunakan Konsep
PBL Bagi Subjek AutoCad. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Laporan
Projek sarjana Muda.
Mok, S.S. (2000), Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman.
Rahim, J. & Jacob, G. (2004). Meningkatkan Kemahiran Memaku Dalam
Kerja Kayu Di kalangan Pelajar Perempuan Tahun 5. Jurnal KSPK. Maktab
Perguruan Perlis: Perlis.
Romeli, W. (2000). Sejauh Manakah Penguasaan Kemahiran-Kemahiran
Psikomotor Kurikulum KHB (Elemen Kerja Kayu) di Kalangan Pelajar
Perempuan di Empat Buah Sekolah Menengah Akademik Bantuan Penuh
Kerajaan Kemaman. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana.
Saad, J. (2002). Kefahaman Guru terhadap Kriteria Penilaian Projek Kerja Kursus
Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah
Kuantan,

Pahang.

Dicapai

pada

April20,

2015

di

http://eprtints.utm.my/10757/1/PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA


KURSUS

KEMAHIRAN

HIDUP

BERSEPADU

DI

SEKOLAH

MENENGAH LUAR BANDAR DAERAH KUANTAN.pdf.


Selamat, A. R (2007). Bimbingan pembelajaran di IPT. Edisi ke-2. Selangor
:Unlimited Productions.
Sulong, R. (2002). Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Mata Pelajaran Senireka
Fesyen Bagi Kursus Seni Reka Fesyen Di Politeknik Johor Bahru. Kolej
Universiti Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana Pendidikan.
Sulaiman, E. (2004). Pengenalan Pedagogi. Skudai, Johor Bahru : Universiti
Teknologi Teknologi.
Tahir, L. M. , Mustafa, N. Q. & Yassin, M. H. (2009).Pendidikan Teknik Dan
Vokasional Untuk Keperluan Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal pendidik dan
Pendidikan. 24. ms. 73-74.
Yahya, E. (2005). Pendidikan Teknik & Vokasional Di Malaysia. IBS Buku
Sdn. Bhd: Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

44

Yahaya, A., Saisun, N. & Raja Abdul Rahman, R. R. (2008). Persepsi Pelajar
terhadap Keberkesanan Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Sekolah Menengah . Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Wearmouth, J. (2005). Perspectives on students behavior in school-exploring theory
and developing practice. United Kingdom: Routledge Itd.
Wanzer, M. B., Frymier, A. B., Wojtaszczyk, A. M., & Smith, T. (2006).
Appropriate and Inappropriate Uses of Humor by Teachers. Communication
Education. 55(0). ms. 178196.
Wong, L. I. (2006). Bahan Pengajaran Pembelajaran Bermodul: Meningkatkan
Penguasaan Kemahiran Penyelesaian Persamaan Linear Satu Anu Di
Kalangan Pelajar Tingkatan Dua. Universiti Malaysia Sabah: Projek Sarjana
Muda UMS.
Endot, Z. (2007). Keberkesanan Menggunakan Pendekatan Demontrasi Dalam
Pengajaran Pembelajaran Kemahiran Hidup Dalam Kalangan Pelajar KPLI
PSV (Negeri Sembilan: Institut Perguruan Raja Melewar.)