Anda di halaman 1dari 3

SOALAN 5 MARKAH

UNDERLINE YOUR CHOSEN ANSWER AND GIVE THE LEGAL REASONS BEHIND
YOUR ANSWER.
Pada bulan Januari, Jack telah menghantar keretanya untuk dicat oleh Colourworld Spray.
Satu persetujuan telah dicapai di mana kereta itu sedia untuk diambil di penghujung bulan
Februari. Di hujung bulan Februari, kereta itu belum siap dicat kerana Colourworld
menghadapi kekurangan pekerja. Dalam hal-keadaan itu, Jack terpaksa bersetuju bahawa dia
akan mengambil keretanya di hujung bulan April. Pada hujung bulan April, Jack telah
diberitahu oleh salah seorang pekerja Colourworld Spray bahawa kerja-kerja mengecat belum
lagi disiapkan. Jack terus memberi notis kepada Colourworld dan meminta mereka
menyiapkan kerja-kerja mengecat pada hujung bulan Mei. Jika kerja mengecat ini belum siap
sehingga pertengahan bulan Jun, kontrak itu ditamatkan atas sebab:
[A]

Pecah kontrak

[B]

Perjanjian

[C]

Kekecewaan kontrak

[D]

Perlaksanaan kontrak

GIVE YOUR LEGAL REASON.


Berdasarkan fakta kes di atas, kereta yang dihantar oleh Jack yang sepatutnya siap dicat oleh
Colourworld Spray pada hujung bulan Februari telah gagal disiapkan oleh Colourwolrd
Spray kerana mereka menghadapi masalah kekurangan pekerja. Kemudiannya Jack bersetuju
untuk mengambil keretanya pada hujung bulan April. Namun setelah mendapat tahu dari

salah seorang pekerja Colourworld Spray bahawa kerja-kerja mengecat belum siap, Jack terus
memberi notis kepada Colourworld Spray meminta mereka menyiapkan kerja-kerja mengecat
pada hujung Mei dan jika kerja mengecat belum siap sehingga pertengahan bulan Jun,
kontrak itu akan ditamatkan atas sebab pecah kontrak.
Kontrak akan ditamatkan atas sebab pecah kontrak kerana menurut Seksyen 40 Akta Kontrak
1950, apabila satu pihak yang berkontrak telah enggan atau menyebabkan dirinya hilang
keupayaan untuk melaksanakan kewajipannya, pihak yang tidak bersalah boleh menamatkan
kontrak itu dan melepaskan dirinya, melainkan jika ia menunjukkan sama ada dengan
perkataan atau perbuatan bahawa ia bersetuju meneruskan kontrak itu.
Sebagai contoh, jika A, seorang penyanyi membuat kontrak dengan B, seorang pengurus
pentas untuk menyanyi di pentas itu selama 2 malam setiap minggu selama 2 bulan akan
datang, dan B berjanji akan membayarnya $100 bagi persembahan setiap malam. Pada malam
ke 6, A sengaja tidak hadir di pentas. B bebas untuk menamatkan kontrak ini.

Seksyen ini bersesuaian dengan fakta kes di mana pihak Colourworld Spray telah enggan
atau menyebabkan dirinya hilang keupayaan untuk melaksanakan kewajipannya di mana
pihak Colourworld tidak menyiapkan cat kereta Jack kerana kekurangan pekerja sedangkan
pihak Colourworld boleh menggajikan pekerja dengan segera untuk menyiapkan kerja-kerja
mengecat kereta itu. Oleh sebab kegagalan pihak Colourworld Spray itu, Jack memberi
peluang dengan memberikan notis kepada pihak Colourworld Spray untuk meneruskan kerjakerja mengecat hingga hujung bulan Mei. Dan jika pihak Colourworld Spray masih gagal
menyiapkan kerja-kerja mengecat sehingga pertengahan bulan Jun, Jack berhak untuk
menamatkan kontrak itu dan melepaskan dirinya dari kontrak itu.

Berdasarkan kes Choo Yin Loo lwn Visuvalingam Pillay (1930), mahkamah telah
memutuskan bahawa kegagalan majikan membuat bayaran setiap dua minggu sebagaimana
yang dinyatakan dalam syarat kontrak merupakan satu penolakan dan dengan itu pihak lain
berhak menamatkan kontrak
Seksyen 40 hanya memberi pilihan kepada pihak yang tidak bersalah, jika dia memilih untuk
menamatkan kontrak dan seterusnya menuntut ganti rugi ke atas pihak berkenaan.
Apabila suatu pihak yang berkontrak menyatakan kepada pihak lain, sama ada dengan
perkataan atau perbuatan, bahawa ia tidak mahu meneruskan kontrak itu, ia dikatakan telah
menolak atau merepudiasi kontrak itu. Penolakan kontrak boleh dilakukan di peringkat awal
iaitu sebelum masa pelaksanaan tiba atau pada ketika pelaksanaan kontrak sepatutnya
disempurnakan.

Anda mungkin juga menyukai