Anda di halaman 1dari 30

PEMARKAHAN

1 TUGASAN KUMPULAN
JUMLAH

KPD 6014

PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

JURNAL KRITIKAN VIDEO


NAMA AHLI KUMPULAN

NO. MATRIK

SALINI A/P KRISHNAN

(M20151000486)

SUTHA A/P MANOGARAN

(M20151000221)

CHELVI A/P MURUGAYYA

(M20151000435)

PUVANESWARI A/P VALAYATHAM

(M20142001828)

DISEDIAKAN UNTUK:
Peofessor Madya Md. Nasir Bin Masran

Abstrak

Jurnal

ini memuatkan hasil kajian terhadap aspek penilaian dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran mikro melalui analisis rakaman video. Kajian melibatkan guru-guru pelatih yang
mengambil kursus Kurikulum dan Pedagogi. Melalui kursus ini, setiap guru pelatih dikehendaki
melaksanakan sekurang-kurangnya dua sesi pengajaran mikro dan setiap sesi pengajaran dirakam
menggunakan kamera video. Data kajian melibatkan temubual berstruktur atas talian yang
melibatkan 22 orang pelajar, serta lapan set refleksi bertulis oleh para pelajar terhadap rakaman
pengajaran yang dipilih secara rawak. Secara keseluruhan, didapati para guru pelatih amat positif
terhadap proses refleksi kendiri melalui pengamatan rakaman video dalam membantu mereka
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran mikro yang telah dijalankan.
Meskipun proses ini menuntut keterbukaan mereka untuk menerima kritikan daripada rakanrakan lain, mereka beranggapan bahawa ianya sebagai satu proses yang penting untuk
mempertingkat mutu pengajaran. Hasil analisis juga mendapati beberapa kekuatan dan
kelemahan telah dapat dikenalpasti seperti aspek penggunaan ICT dalam pengajaran, teknik
pernyoalan, penggunaan bahasa dan penerapan nilai murni.

Abstract

This journal reports the study on the evaluation of teaching and learning activities through the
analysis of video recording. This study involved trainee teachers who enrolled in the Curriculum
and Pedagogy course. As the requirement of this course, all trainee teachers needed to perform
in at least two micro-teaching sessions, in which all the teaching sessions were recorded using a
video camera. Data collection was done through two methods; online structured interview with
22 trainee teachers, and eight written reflections by trainee teachers on their peers teaching
performance which were selected randomly. The overall findings showed that trainee teachers
were positive about the process of reflection on the videos, particularly in identifying the
strengths and weaknesses in their teaching activities. Although there was an issue on their
openness and readiness to accept critics from their friends, they agreed on the importance of the
reflection process to improve the quality of their teaching. The analysis also indicated the
strengths and weaknesses identified from the video such as the application of the ICT,
questioning techniques, the use of language and the cultivation of moral values.
2

1.0

PENDAHULUAN

Keberkesanan seorang guru dalam pengajarannya banyak dipengaruhi oleh faktor kemahiran
serta pengalaman mengajar (Johari et al., 2009; Greenwald et al. 1996; Ingersoll 2000; Ingersoll
dan Gruber 1996). Kedua-dua perkara ini dianggap sebagai kelayakan asas yang utama dalam
pengajaran berkesan (Goodwin, 1999). Gabungan kepelbagaian ilmu yang berkaitan antara satu
sama lain adalah penting kerana bidang pendidikan merupakan satu bidang unik melibatkan
perhubungan dan pengetahuan tentang manusia yang mempunyai nilai kepelbagaian (Hans dan
Akhter, 2013). Penggunaan video untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran mengaitkan
bagaimana seseorang individu memperolehi pengetahuan dan kemahiran melalui pemerhatian ke
atas video yang ditonton (Nikopoulus dan Keenan, 2006). Terdapat dua proses penting dalam
amalan pembelajaran melalui pemerhatian ke atas bahan video ini; iaitu pemodelan (modelling)
dan peniruan semula (imitating) (Charlop-Christy, Le dan Freeman, 2000).

Dua proses ini membentuk asas dalam pembelajaran yang melibatkan amalan secara pembuktian
(evidence-based practice). Melalui pemerhatian ke atas tingkahlaku individu yang ditontonkan
dalam video tersebut juga, seseorang individu dapat menguasai kemahiran tertentu dan terbukti
memberi impak kepada pembelajaran (Sansosti dan Powell-Smith, 2008; Gul dan Vuran, 2010).
Secara umumnya, Mechling (2004) menyarankan empat pendekatan dalam penggunaan video
dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi: (a) model daripada video, (b)
maklumbalas terhadap video, (c) memberi contoh dan peringatan {cue} daripada video, (d)
pengajaran berbantukan video. Kajian ini menggunapakai kaedah pendekatan yang kedua, iaitu
maklumbalas berdasarkan bahan video yang digunakan. Melalui pendekatan ini, pelajar
menonton semula corak pengajaran yang telah dilakukan semasa pengajaran mikro melalui
rakaman video oleh rakan-rakan yang lain dan mengenalpasti kelemahan serta kekuatan dalam
3

aspek pengajarannya. Proses ini juga melibatkan perbincangan dan pertukaran pendapat antara
pelajar-pelajar dan pelajar-pensyarah. Melalui proses refleksi kendiri dan perbincangan secara
terbuka ini, penambahan terhadap pengetahuan dan peringatan tentang perkara-perkara yang
wajar dan tidak wajar dilakukan akan dapat dicapai oleh para pelajar (Maione dan Mirenda,
2006). Kelebihan proses refleksi kendiri adalah ia mampu meningkatkan kebolehan guru pelatih
untuk memberi komen secara kritis terhadap proses pengajaran mereka sendiri serta pengajaran
rakan-rakan yang lain (Cochran-Smith dan Fries, 2001; Iredale, 1996).

Kepentingan dalam mewujudkan situasi pembelajaran yang reflektif serta keterbukaan dalam
memberi dan menerima kritikan daripada pensyarah dan rakan-rakan guru menjadikan proses ini
sebagai ramuan penting yang perlu wujud dalam usaha memupuk kemahiran guru terutama
dalam aspek pedagogi. Meskipun banyak kajian yang menekankan keberkesanan proses refleksi
terhadap pembentukan guru yang berkaliber, tidak banyak kajian yang merumuskan secara jelas
bentuk-bentuk aktiviti yang boleh digunapakai dalam melaksanakan proses refleksi ini. Oleh itu,
kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan proses refleksi kendiri melalui
penggunaan rakaman video dalam meningkatkan kemahiran guru pelatih dalam pedagogi serta
kemahiran menilai dan mengkritik pengajaran yang dilalui.

2.0

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti:


i. Aspek kelemahan dan kekuatan guru semasa proses pengajaran mikro.
ii. Keberkesanan penggunaan video dalam membuat refleksi kendiri.
iii. Isu-isu yang mempengaruhi proses refleksi dalam kumpulan

3.0

Metodologi

Kajian ini dijalankan secara kualitatif di mana data dikumpul melalui kaedah temubual bersama
pelajar yang terlibat, serta bahan penulisan mereka terhadap laporan hasil daripada proses
refleksi melalui pemerhatian terhadap rakaman video yang telah dijalankan semasa sesi
pengajaran mikro.

3.1

SAMPEL

Sampel kajian terdiri daripada 22 orang pelajar tahun dua yang mengikuti kursus Kurikulum dan
Pedagogi. Pemilihan responden adalah berdasarkan pemilihan rawak dengan memilih lapan kumpulan
kecil yang mengemukakan laporan refleksi mereka.

3.2

Kaedah pengumpulan data

Data kajian dikumpul melalui dua kaedah. Pertama, melalui laporan bertulis yang mengandungi
refleksi yang dihasilkan oleh guru-guru pelatih terhadap pengajaran rakan mereka. Sebanyak
lapan laporan digunakan untuk analisis data. Kedua, data dikumpul melalui kaedah temubual di
atas talian yang melibat dua belas orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Temubual
dijalankan dengan mengedarkan beberapa soalan kepada guru pelatih dan mereka menjawab
persoalan tersebut secara bertulis dan menghantarnya melalui email dan ada sebahagiannya
menghantar jawapan melalui Facebook.

3.3

Penganalisisan data

Bagi data daripada laporan bertulis, analisis dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang
aspek-aspek kekuatan dan kelemahan pengajaran mereka berdasarkan proses refleksi yang telah
dijalankan. Data temubual pula dianalisis untuk mendapatkan maklumat berkaitan bagaimana
5

penggunaan video memberi kesan terhadap pembelajaran serta peningkatan kemahiran mereka
dalam pedagogi serta isu-isu berkaitan dengan keterbukaan mereka dalam menerima komen
daripada pensyarah dan rakan-rakan lain. Analisis dijalankan menggunakan kaedah analisis
bertema atau thematic analysis (Miles dan Huberman, 1994).

4.0

DAPATAN KAJIAN

4.1 Kelemahan dan kekuatan dalam pengajaran mikro oleh guru pelatih
Analisis data daripada laporan bertulis hasil refleksi daripada para pelajar menunjukkan beberapa
aspek kekuatan dan kelemahan yang dikenalpasti melalui pemerhatian terhadap rakaman video
sebagaimana yang diringkaskan dalam Rajah 1.

Rajah 1. Kelemahan dalam pengajaran mikro berdasarkan laporan pelajar

Daripada lapan laporan yang dianalisis, lapan daripadanya membincangkan tentang bagaimana
para pelajar kurang berjaya memilih induksi set di awal pengajaran mereka. Lapan laporan
mengupas tentang kekurangan kemahiran dari segi penggunaan teknologi sebagai bahan bantu
mengajar misalnya, penggunaan tayangan slaid PowerPoint dan Liquid Screen Display (LCD).
Antara kelemahan yang dikenalpasti dalam penggunaan bahan tersebut adalah guru pelatih tidak
6

menggunakan fungsi hentian sebentar (pause), serta ulang tayang, khususnya pada video yang
dimasukkan dalam PowerPoint sedangkan penggunaan teknik sedemikian dapat membantu
peneguhan dan kefahaman pelajar.

Aspek lain yang dibincangkan adalah berkaitan pemilihan warna teks dan latar belakang slaid,
serta bilangan perkataan yang terlalu banyak dalam satu-satu slaid. Walau bagaimanapun, empat
laporan menonjolkan kekuatan guru terutama yang mengajar subjek Sains Sukan, di mana
penggunaan bahan realia seperti peralatan sukan banyak memberi manfaat dalam aktiviti
pembelajaran, di mana pelajar diberi peluang untuk memegang, dan mencuba peralatan seperti
kayu hoki dan bolanya di dalam kelas.

Aspek kawalan kelas juga dibangkitkan dalam enam laporan. Laporan menyebut bahawa guru
tidak dapat mengawal keadaan kelas dengan baik, sebaliknya pelajar banyak mengambil
kesempatan terhadap situasi dalam kelas. Walau bagaimanapun, mereka menyimpulkan bahawa
ini terjadi mungkin kerana rata-rata pelajar semasa sesi pengajaran mikro terdiri daripada rakan
sekelas, ini menyebabkan tidak wujud jurang antara mereka. Hal yang sama ditimbulkan semasa
memberi komentar tentang cara guru berinteraksi serta gaya bahasa yang digunakan dalam
pengajaran. Oleh kerana mereka merupakan rakan sekelas, agak sukar mewujudkan hieraki gurupelajar dalam sesi tersebut menyebabkan mereka kadang-kadang tersasul menggunakan
perkataan yang tidak sepatutnya dituturkan oleh guru atau pelajar.

Enam laporan turut membincangkan tentang kelemahan guru memberi penerangan yang jelas
dalam pengajaran. Ini dikaitkan juga dengan kebolehan guru dalam menguasai isi kandungan
pelajaran. Lima laporan menyatakan kedudukan guru yang statik di hadapan kelas sebagai aspek

yang menunjukkan kelemahan guru serta secara tidak langsung mempengaruhi mood
pembelajaran dan menyebabkan pelajar menjadi kurang aktif.

Lima laporan menyentuh tentang kualiti penyoalan guru. Pemerhatian mereka terhadap
pengajaran rakan-rakan lain mendapati guru lebih selesa mengemukakan soalan aras rendah
berbanding soalan aras tinggi. Hal ini juga dikaitkan dengan keperluan masa kini di mana pelajar
dan guru harus meneroka sesuatu isu dalam bentuk yang lebih kritikal dan bukan hanya
berdasarkan hafalan semata-mata. Manakala tiga laporan lagi menyentuh tentang bagaimana
beberapa guru pelatih gagal menepati mas yang diperuntukkan dalam rancangan pengajaran.
Dari sudut kekuatan pula, dua aspek yang disebut adalah kemahiran pemilihan bahan pengajaran
yang sesuai dengan aktiviti dan objektif pengajaran (empat laporan) dan kemahiran guru pelatih
membangunkan bahan PowerPoint yang mengandungi elemen multimedia dengan jelas dan
menarik (enam laporan). Tiga laporan lain menyebut tentang kreativiti sebahagian mereka yang
menggunakan token ekonomi sebagai motivasi untuk meningkatkan penglibatan pelajar dan
aktiviti P&P.

4.2 Keberkesanan penggunaan video dalam membuat refleksi


Analisis daripada data temubual menunjukkan bahawa pelajar-pelajar bersikap positif terhadap
aktiviti refleksi terhadap rakaman video yang memuatkan pengajaran mereka dan rakan-rakan.
Antara kebaikan yang diperolehi hasil aktiviti tersebut adalah ia memberi peluang kepada
mereka untuk melihat sendiri secara jelas setiap perlakuan semasa pengajaran makro. Ini
membolehkan mereka mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri masing-masing.

Sebagai contoh:
Dengan melihat semula video pengajaran yang dilakukan saya boleh melihat sendiri tahap
kemampuan diri dan dari situ saya boleh memperbaiki kelemahan saya sendiri. Rakaman video
juga membolehkan saya melihat kekurangan dan kelebihan pembentangan rakan-rakan utk
dijadikan panduan untuk mengajar pada masa hadapan. Saya juga boleh tahu perkara yang perlu
dan tidak perlu semasa pengajaran berlangsung misalnya dari teknik pengajaran, alat bantu
mengajar, latihan dalam kelas dan sebagainya. (Shila)

Pelajar lain juga mengatakan bahawa proses refleksi ini juga memberi peluang kepada dirinya untuk
membuat penambahbaikan untuk pengajaran akan datang tanpa diberitahu oleh sesiapa, misalnya

Ia (refleksi rakaman video) boleh membantu saya membuat refleksi


kendiri untuk saya menilai keberkesanan pengajaran saya...membantu
untuk saya merancang proses pengajaran sebelum dan selepas proses
P&P. (Zalina)

Penggunaan video juga memberi ruang untuk mereka meneliti video berulang kali bagi
membolehkan mereka mengekstrak komentar membina malah boleh dinyatakan dalam laporan
untuk rujukan pelajar lain. Misalnya:
Pada minit ke 13:41, kita dapati guru tidak menghiraukan pelajar yang
baru datang kelas. Sebaliknya, dia meneruskan pengajaran tanpa
memastikan pelajar yang baru masuk itu bersedia untuk belajar.
(Laporan 4)

Proses refleksi berdasarkan rakaman video juga membantu mereka menajamkan kemahiran dari
sudut kritis serta lebih sensitif terhadap kekurangan yang dipaparkan dalam setiap pengajaran
yang mereka tonton. Secara keseluruhannya, pelajar beranggapan bahawa proses refleksi
merupakan pembelajaran sebenar dalam proses mendapatkan kemahiran dalam pedagogi.

4.3 Isu-isu yang mempengaruhi keberkesanan proses refleksi dalam


kumpulan
Isu tentang keterbukaan timbul di mana ada sesetengah pelajar berasa kurang senang apabila
mendapat teguran daripada rakan-rakan, khususnya apabila yang menegur menggunakan ayar
atau perkataan yang agak kurang menyenangkan. Misalnya, ada yang mengatakan:
Kadang tu, saya terasa juga dengan cara rakan-rakan memberi teguran. Kalau
pensyarah, saya boleh terima .. tapi bila rakan saya memberi komen terhadap
pengajaran saya, sedangkan dia juga ada kelemahan yang sama, saya rasa kurang adil.

Apatah lagi bila dibincangkan dalam kelas tutorial. Bahasa yang digunakan terlalu
direct. (Mira)

Walau bagaimanapun, sebahagian besar tidak mempunyai masalah dari sudut keterbukaan
kerana mereka telah mengenali satu antara lain semenjak bertahun lamanya jadi tidak timbul
jurang atau rasa malu dalam kalangan mereka. Mereka bersikap terbuka menerima komen demi
penambahbaikan pengajaran mereka. Contoh jawapan pelajar:
Bagi saya kita boleh menerima pandangan itu secara positif tidak jadi masalah
jika sekiranya terdapat komen dari rakan mahupun pensyarah... itulah yang akan
menambahkan mutu sesuatu perkara. Lagipun, saya mengenali mereka semenjak
tahu satu lagi. Jadi saya tak kisah (Zila)

10

Peranan pensyarah juga dikenalpasti sebagai pemangkin dalam proses refleksi. Pelajar
mengatakan bahawa pensyarah memberi kesan dari sudut pemikiran mereka secara kritis, kerana
kadangkala isu yang dikupas oleh pensyarah tutorial boleh membuka pemikiran mereka, atau
kadangkala isu tersebut melibatkan perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran mereka.
Misalnya, seorang pelajar mengatakan:
Yang bagusnya sebab kita ada pensyarah yang berkaliber. Komen yang diberi semuanya
bernas dan boleh diterima terus. Saya gembira kerana mengikuti kelas tutorial ini. Ada
pensyarah yang bila dia memberi teguran, saya agak sukar menerima kerana mungkin cara
beliau bercakap, tetapi untuk kelas Kurikulum dan Pedagogi ini saya rasa tidak. Kami
diberi peluang untuk berfikir dengan lebih jauh dan digalakkan untuk bercakap atau
mengeluarkan pendapat. Saya rasa pensyarah memang penting (Anis).

Setengah pelajar merujuk kepada isu audiens di mana dalam aktiviti pengajaran mikro, pelajar
terdiri daripada rakan sekelas mereka. Simulasi sebegini mempunyai batasan tertentu kerana
rakan sekelas perlu main peranan sebagai pelajar semasa rakan lain mengajar di hadapan. Hal
ini tentulah berbeza berbanding sekiranya pengajaran makro dijalankan dalam situasi kelas yang
sebenar, di mana para pelajar terdiri daripada pelajar sekolah. Kehadiran rakan sekelas sebagai
pelajar membataskan keupayaan guru untuk benar-benar menguji kemahiran mereka dalam
pedagogi.

11

Hal ini kerana, pelajar kadangkala mempunyai kemahiran yang setara dengan guru dan
kadangkala ada pula pelajar yang mengajar guru tentang apa yang boleh dan tidak boleh
dilakukan semasa pengajaran makro. Contoh:

Masalah mungkin juga berlaku disebabkan pelajar terpaksa mengajar rakan-rakan sekelas sendiri
dan ini mungkin akan memberi kesan kerana mereka bukanlah pelajar yang sebenar. (Isha)
Pada pandangan saya adalah lebih menarik jika sekiranya memberi pelajar peluang mencuba untuk
melakukan aktiviti ini pada konteks bilik darjah yang sebenar di sekolah kemudian dirakam video
tersebut setelah selesai, sekali lagi untuk mengaplikasikannya di dalam kelas mikro untuk penilaian
pensyarah secara terus menerus untuk membanding beza style pengajaran dan pembelajaran dalam
konteks sebenar dan bukan, dan RPH (Rancangan Pengajaran Harian) yang dibuat hendaklah sama
selaras semasa mengajar di konteks sebenar dan bukan mungkin ianya akan terdapat lebih
perkara boleh kita lihat tentang pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan ... jika pelajar diberi
peluang untuk buat mikro dan makro pada konteks sebenar mungkin akan lebih berkesan, dan akan
memperoleh pengalaman dan gambaran sebenar. (Musa)

5.0

Perbincangan dan rumusan

Kajian ini memberi fokus kepada proses refleksi terhadap pengajaran mikro dalam kalangan guru
pelatih. Melalui proses tersebut, kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran mereka dapat
dikenalpasti sebagai langkah untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Di samping itu,
kajian ini juga menyorot isu-isu yang perlu ditangani untuk meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran mikro. Dapatan kajian menunjukkan para pelajar menunjukkan sikap dan penerimaan
yang positif terhadap proses refleksi menggunakan rakaman video ini. Ini kerana, rujukan
terhadap rakaman video tersebut memberi lebih ruang kepada mereka untuk melihat secara jelas
dan berulang-ulang aspek yang dikenalpasti perlu diperbaiki, malah tanpa memerlukan sesiapa
12

untuk memaklumkan kesilapan tersebut, pelajar mampu dengan sendirinya menyedari akan
kelemahan tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan rakaman video mampu memberi
kesan kepada pelajar untuk membuat refleksi kendiri. Melalui proses tersebut juga, dapat
diperhatikan bahawa mereka bukan hanya setakat mengenalpasti kekurangan dalam pengajaran,
malah mampu menilai aspek kekuatan guru yang dipaparkan dalam rakaman video. Ini selaras
dengan apa yang disarankan oleh Charlop-Christy, Le dan Freeman (2000) bahawa melalui
tontonan video, ia mampu memberi kesan terhadap pembelajaran pelajar melalui proses
pemodelan dan peniruan.

Penggunaan video ini, meskipun tidak kelihatan seperti suatu tugasan atau perkara yang baru,
namun nilai yang mampu diperolehi melalui refleksi ini memberi satu makna yang bererti.
Kemampuan pelajar untuk bertindak sensitif terhadap setiap perilaku yang dipaparkan melalui
rakaman video mungkin tidak akan dapat dicapai sepenuhnya dengan hanya menjadi penonton
atau pelajar semasa pengajaran dijalankan. Hal ini kerana, kewujudan diri dalam satu situasi
langsung tidak mampu memberi ruang yang lebih untuk para pelajar menilai beberapa aspek
sekaligus untuk diamati. Namun, keupayaan untuk mengulang tayang video membolehkan
mereka melihat aksi pengajaran secara berulang-ulang sehingga akhirnya mampu mengenalpasti
lebih banyak aspek untuk penambahbaikan atau untuk dijadikan contoh yang baik.
Dari sudut penambahbaikan terhadap aktiviti pengajaran mikro pula, dapatan daripada temubual
bersama para pelajar menjelaskan beberapa isu yang perlu ditangani. Pertama, kesedaran bahawa
wujud sebilangan pelajar yang berasa terhalang untuk menerima komentar daripada rakanrakan mereka yang dikaitkan juga dengan cara teguran diberi dan penggunaan bahasa oleh
mereka yang memberi komentar. Adalah penting juga bahawa, dalam pendidikan bakal guru,
aspek seperti kemahiran komunikasi, psikologi serta inter personal dititikberatkan. Penggunaan
bahasa yang kasar serta boleh menyinggung hati orang lain perlu dihindar, sekaligus budaya
13

bersopan dalam pertuturan menjadi agenda penting dalam melahirkan bakal guru yang berkualiti.
Hal ini juga boleh didokong oleh peranan pensyarah sebagai pemangkin bukan sahaja dalam
aspek pemikiran kritis, malah sebagai role model kepada para pelajar.

Kesimpulannya, aktiviti pengajaran mikro serta proses refleksi ke atas rakaman pengajaran ini
meskipun masih perlu ditambahbaik, namun memberi makna terhadap pembelajaran serta
peningkatan kemahiran guru pelatih dalam aspek pedagogi khususnya, serta kemahiran
mengendalikan peralatan, pembangunan bahan serta psikososial secara umumnya.

14

RUJUKAN
Charlop-Christy, M. H., Le, L., & Freeman, K. A. (2000). A comparison of video modeling with
in vivo modeling for teaching children with autism. Journal of Autism and Developmental
Disorders, 30, 537-552.
Cochran-Smith, M. (2000). Editorial: The question that drive reform, Journal of Teacher
Education, 51(5), 331-333
Cochran-Smith, M., Fries, M.K. (2001). Stick, Stones and Ideology: The discourse of reform in
teacher education, Educational Researcher, 30(8),3-15.
Goodwin, B. (1999). Improving teaching Wuality: Issues & Policies. Policy Brief.
Mid-Greenwald, R., Hedges, L. & Laine, R. (1996). The effect of school resources on student
achievement. Review of Educational Research, 66, 361-396.
Gul, S. O., & Vuran, S. (2010). An Analysis of Studies Conducted Video Modeling in Teaching
Social Skills. Educational Science: Theory & Practice, 249-274.
Hans, A., & Akhter, S. (2013). Emerging trends in teacher education. The Macrotheme Review,
2(2), 23-31
Ingersoll, R. M., & Consortium for Policy Research in Education, P. A. (2007). A Comparative
Study of Teacher Preparation and Qualifications in Six Nations. CPRE Research Report Series.

15

LAMPIRAN
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------BORANG SOAL SELIDIK
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Borang soal selidik ini digunakan untuk membuat kajian terhadap guru-guru sekolah bagi
mengenalpasti kategori guru yang mengajar di sekolah. (Guru Novis, Guru Kompetens,Guru
Pakar). Segala maklumat yang diberikan dalam soal selidik ini adalah SULIT dan hanya
digunakan untuk tinjauan kajian semata-mata.
Terdapat enam (8) Bahagian dalam soal selidik ini:
Bahagian A

Latar Belakang Responden

Bahagian B

Pengetahuan tentang pedagogi

Bahagian C

Pengetahuan tentang kandungan subjek

Bahagian D

Pengetahuan tentang kurikulum

Bahagian E

Pengetahuan tentang konten-pedagogi

Bahagian F

Pengetahuan tentang pelajar

Bahagian G

Pengetahuan tentang konteks pendidikan di Malaysia

Bahagian H

Pengetahuan tentang tujuan dan falsafah pendidikan

Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan untuk menjawab soal selidik ini dengan ikhlas dan telus
amat dihargai.
Sekian Terima Kasih !!!

16

BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN


Arahan: Bahagian ini merupakan soal selidik mengenai latar belakang anda.
Sila tandakan (/) pada ruang yang disediakan.
1. Jantina
a) Lelaki
b) Perempuan
2. Umur
a) 20-30 tahun
b) 31-40 tahun
c) 41-50 tahun
d) 51-60 tahun
3. Bangsa
a) Melayu
b) India
c) Cina
d) Lain-lain
4. Kelulusan Ikhtisas Perguruan
Akademik
a) SPM
b) STPM
c) Diploma
d) Ijazah

a)
b)
c)
d)

Ikhtisas
Sijil Perguruan
KDPM
KPLI
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

5. Pengalaman Mengajar
a) 1-3 tahun
b) 3-5 tahun
c) 5-10 tahun
17

d) 10 dan ke atas

ARAHAN:
Sila jawab semua soalan dengan menandakan ( / ) berpandukan skala di bawah.

Skor

Kenyataan

Sangat tidak setuju

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Setuju

Sangat Setuju

PENGENALAN

Peningkatan tahap profesionalisme dan kompetensi seseorang guru pada abad ke 21 ini
sangat penting. Hal ini kerana pengajaran yang efektif berkait rapat dengan cara gaya
kemahiran,

komitmen dan pendekatan pengajaran guru itu sendiri. William (1996)

menyatakan amalan guru di bilik darjah adalah


pengajaran

mereka.

Ini

signifikan

dalam menentukan

kualiti

bermakna proses menjadikan seseorang guru menjadi lebih

kompeten perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap profesionalisme
dan

kompetensi

guru- guru dilaksanakan secara berterusan. Ini bermakna semua guru

termasuk guru-guru baharu, guru guru kanan mata pelajaran, guru-guru cemerlang, guruguru penolong kanan dan Pengetua/Guru Besar perlu diberi latihan secara berterusan untuk
menjadikan mereka lebih kompeten dan professional.

Penilaian

dan

Pembelajaran

pemantauan
oleh

terhadap

kompetensi

pentadbiran
18

guru

sekolah

dalam Pengajaran
sangat

dan

penting.

Isu ini agak kritikal bila merujuk kepada Laporan Jemaah Nazir yang mendapati se
bahagian

guru

di

Malaysia

masih

berada

pada

Tahap HARAPAN(52%), MEMUASKAN(31%) yakni tahap yang masih boleh diperbaik


i (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM,2013).

Hanya 12% berada pada taraf BAIK dan CEMERLANG. Dengan erti kata lain,
masih
juga

terdapat beberapa kelemahan


memaparkan

secara

guru yang perlu diperkasakan.

keseluruhannya,

31%

taraf Pengajaran

Laporan tersebut
dan Pembelajaran

adalah MEMUASKAN dan hampir 5% LEMAH.

Aspek

kelemahan

yang

telah

dikenalpasti

adalah

berkaitan dengan

pembelajaran

berpusatkan murid secara hands-on yang kurang dipraktikkan. Sementara itu laporan
tersebut juga menemukan bahawa pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi ,
TMK dalam Pengajaran

dan

Pembelajaran masih

kurang

dilaksanakan

sepenuhnya

di dalam bilik darjah.

Matlamat untuk mengangkat dan memartabatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia men
gikut

acuan

Malaysia

dan

melahirkan

guru

berkualiti

berasaskan kepada aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)


sering menjadi tumpuan dunia pendidikan. Selain meningkatkan kompetensi guru boleh
melalui

latihan

dalam

perkhidmatan,

peningkatan

tahap

akademik

atau

melalui program perkembangan profesionalisme yang berterusan, penilaian pentadbiran


sekolah yang berkesan juga memainkan peranan yang penting

Tahap kompetensi guru boleh dianjakkan daripada tahap novis kepada guru novis
berpengalaman, seterusnya kepada kompeten, cekap dan akhirnya kepada tahap pakar.
Maka pentadbiran sekolah harus membuat penilaian terhadap gurunya dari masa ke semasa
dengan menggunakan instrumen yang sesuai. Contohnya Guru Besar boleh merujuk kepada
pelbagai model penilaian yang dikaji dan diiktiraf oleh tokoh pendidikan supaya penilaian yang
dilaksanakan berkesan. Contoh model penilaian The Marzano Teacher Evaluation Model dan
banyak lagi. Kumpulan kami mencadangkan model PCK Shulman 1987 untuk menilai
tahap kompetensi guru.

19

Konstruk 1: Pengetahuan tentang pedagogi


Pedagogi merupakan aspek terpenting dalam sesuatu proses PdP. Hasil keberkesanan sesuatu
pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kemahiran pedagogi yang dimiliki oleh guru. Bagi
menjamin PdP yang berkesan dan berkualiti, para guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas
tentang pedagogi. Berikut adalah antara perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh guru
tentang pedagogi.

Bil

Item

Tahu memilih kaedah,strategi, dan pendekatan yang sesuai


dengan tahap, kebolehan dan minat murid.

Sentiasa menggunakan BBM di kelas.

Mengamalkan 5 langkah pengajaran iaitu set induksi,


langkah 1,langkah 2, langkah 3, latihan dan refleksi dalam
PdP

Merancang PdP dengan selengkapnya sebelum memasukki


kelas

Boleh menilai pelajar dengan kaedah pemerhatian.

Boleh merancang PdP berpandukan DSKP

Dapat menerapkan elemen kemahiran berfikir dan nilai


murni dalam PdP

Boleh mengawal disiplin murid di Bilik darjah

Dapat berkomnikasi dengan berkesan di bilik darjah

10

Boleh mengajar mata pelajaran pengkhususan dengan


cekap

20

Konstruk 2: Pengetahuan Isi Kandungan Subjek (Content Knowledge)


Konstruk ini berkaitan dengan pengetahuan kandungan atau content knowledge yang disarankan
oleh Shulman untuk menilai seorang guru. Pengetahuan kandugan meliputi segala aspek subjek
tersebut secara mendalam dan jelas. Anataranya, seperti pengetahuan ,sejarah, teori, struktur,
dan pelbagai aspek berkenaan subjek tersebut. Sejauh mana seorang guru menguasai content
knowledge dalam subjek yang diajar dapat dinilai melalui instrumen di bawah.

Bil

Item

Mengetahui sejarah subjek opsyen yang diajar

Pdp yang dirancang menepati objektif pembelajaran

Mengetahui teori-teori tentang subjek yang diajar

Mengubah pengetahuan isi kandungan kepada bentuk yang


mudah difahami

Mengubah pengetahuan isi kandungan mengikut kebolehan


murid

Membuat kajian tindakan berkenaan masalah-masalah


dalam subjek yang diajar

Membuat pembacaan yang luas mengenai subjek yang


diajar

Menyelesaikan sebarang isu atau kemusykilan tentang


subjek yang diajar

Content knowledge membantu guru menilai pemahaman


murid

10

Mempunyai pengetahuan yang luas tentang subjek yang


diajar

21

Konstruk 3: Pengetahuan tentang Kurikulum


Setiap guru harus mempunyai pengetahuan yang luas mengenai kurikulum subjek yang diajar
termasuk matlamat dan objektif kurikulum subjek yang diajar. Guru juga harus peka dengan
perubahan kurikulum yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Berikut adalah
antara perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh guru tentang kurikulum.

Bil

Item

Mengetahui maksud kurikulum dan menyediakan


rancangan pengajaran dan pembelajaran mengikut
kurikulum tersebut.
Peka dengan perubahan dasar pendidikan tentang
kurikulum.
Mengapliksikan teori-teori kurikulum dalam pengajaran
dan pembelajaran.

Mengaplikasikan
4

model-model

kurikulum

dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan


beraraskan sukatan pelajaran yang disediakan.

Mengetahui peranan guru sebagai penyampai kurikulum

Menyediakan PdP dengan mengaplikasikan pelbagai


kaedah dan teknik.

Menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang


mempunyai objektif psikomotor,efektif dan kognitif bagi
satu subjek.
Menyediakan kaedah penyampaian yang lebih menarik

10

Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang


mengandungi ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai.

22

Konstruk 4: Pengetahuan tentang Konten- pedagogi


Pengetahuan PCK sangat penting bagi seorang guru supaya dapat menyampaikan isi pelajaran
dengan berkesan. Pengetahuan PCK yang mantap bagi seorang guru penting supaya guru
tersebut dapat mengubahsuai isi pelajaran yang sukar mengikut tahap murid. Berikut adalah
antara perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh guru tentang konten pedagogi.

Bil

Item

Mempunyai kefahaman tentang subjek yang disampaikan


sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. (PdP)

Menegetahui cara bagaimana ilmu konten pedagogi dapat


dibina.

Mengetahui apa pengajaran pendekatan sesuai dengan


konten

Mengetahui bagaimana elemen konten dapat diatur untuk


mengajar yang lebih baik.

Sering kali membuat transformasi dalam sesi pengajaran


dan pembelajaran.

Mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan


pembelajaran.

Membuat penilaian terhadap murid tentang isi kandungan


subjek yang telah disampaikan.

Membuat refleksi tentang subjek yang telah diajar di akhir


sesi pengajaran dan pembelajaran.
Boleh mengenal pasti kelemahan murid.

23

10

Dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman dalam


konten pedagogi.

Konstruk 5: Pengetahuan tentang Pelajar


Murid merupakan golongan terpenting dalam sesuatu proses PdP. Hasil keberkesanan sesuatu
pengajaran dan pembelajaran dapat diukur melalui tahap penguasaan dan tahap pemahaman
murid. Bagi menjamin PdP yang berkesan dan berkualiti, para guru perlu mempunyai
pengetahuan yang luas tentang pelajar. Berikut adalah antara perkara-perkara penting yang perlu
diketahui oleh guru tentang murid-murid mereka.

Bil

Item

Mengetahui kebolehan semua murid di kelas

Sentiasa bergaul mesra dengan murid

Tahu latarbelakang murid dengan lebih mendalam

Murid-murid sentiasa melibatkan diri secara aktif sewaktu


PdP dijalankan

Menjalankan aktiviti pengukuhan dan pemulihan di akhir


sesi pengajaran bagi membantu murid.

Sentiasa menyediakan bahan bantu mengajar yang


menarik minat murid.

Boleh mengawal disiplin murid sewaktu PdP

Para murid berbincang dengan saya jikalau terdapat


masalah dalam matapelajaran

Boleh memotivasikan murid semasa PdP

24

10

Murid-murid berasa seronok sewaktu PdP saya.

Konstruk 6: Pengetahuan tentang konteks Pendidikan Di Malaysia


Bagi menjamin PdP yang berkesan dan berkualiti, para guru perlu mempunyai pengetahuan yang
luas tentang Konteks Pendidikan Di Malaysia. Berikut adalah antara perkara-perkara penting
yang perlu diketahui oleh guru tentang Pendidikan Di Malaysia.

Bil

Item

1.

Tahu tentang kandungan sejarah pendidikan Malaysia.

2.

Tahu tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(2013-2025)

3.

Mengaplikasikan KBAT dalam PdP.

4.

Menggunakan I-Think dalam proses PdP

5.

Sentiasa peka terhahap isu-isu pendidikan Negara.

6.

Tahu dan sedang mengaplikasikan pengajaran dan


pembelajaran Abad 21.

7.

Faham dan dapat melaksanakan PdP berdasarkan


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

8.

Setiap program yang dirancang oleh KPM sedang


diamalkan di sekolah tanpa gagal.

9.

PdP yang dijalankan dapat melahirkan modal insan


yang mengamalkan nilai-nilai moral.

25

10.

Menggunakan ICT dalam PdP bagi melahirkan modal


insan yang mampu bersaing

Konstruk 7: Pengetahuan Tentang Matlamat-Matlamat Pendidikan (Knowledge Of


Educational Ends).
Konstruk ini membantu penilai mengenalpasti guru yang mempunyai pengetahuan tentang
matlamat pendidikan di Malaysia. Guru harus melahirkan murid yang taat setia dan bersatu padu.
Guru harus meneliti semua aspek dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Guru harus
memahami matlamat pendidikan Malaysia dengan jelas untuk melahirkan modal insan untuk
kemajuan negara. Guru juga harus peka dengan transformasi kurikulum seperti KSSR dan
sebagainya. Semua aspek ini dapat dinilai melalui instrumen di bawah.

Bil

Item

Mempunyai pengetahuan tentang matlamat pendidikan di


Malaysia

Melahirkan murid yang taat setia dan bersatu padu melalui


pdp

Mengintergrasikan semua aspek dalam Falsafah Pendidikan


Kebangsaan (FPK) dalam pdp

Mampu melahirkan modal insan untuk kemajuan negara


melalui pdp

Memberi semua warganegara peluang pendidikan yang


sama

Mengatasi cabaran pendidikan pada abad ke 21 seperti


unsur KBAT

Mengetahui transformasi kurikulum KBSR ke KSSR dan


merancang pdp yang sesuai.

26

Mengetahui pengaruh multi budaya Malaysia terhadap


sekolah.

Menggunakan ICT dalam pdp

10

Memberi aktiviti pdp yang merangsang kemahiran berfikir


aras tinggi murid

ULASAN INSTRUMEN
Penjelasan Skor:
Skor

Penerangan

0-150

Guru Novis

151-250

Guru Kompeten

251-350

Guru Pakar

Skor 0-150 (Guru Novis)


Guru-guru yang mendapat skor 0-150 dikategorikan dalam kumpulan guru novis. Kumpulan
guru ini kebanyakannya terdiri daripada guru yang baru ditempatkan di sekolah. Mereka masih
di tahap mengetahui dan mempelajari kesemua tujuh aspek pengetahuan mengikut model
Shulman.
Maka guru-guru ini perlu diberi peluang untuk mendapatkan pengalaman yang luas dalam
ketujuh-tujuh bidang ini. Perkara ini penting supaya guru tersebut dapat menganjak dari tahap
novis ke tahap kompeten. Instrumen yang disediakan oleh kumpulan kami dapat digunakan oleh
semua pentadbir sekolah terutamanya Guru Besar untuk menilai tahap kompetensi guru mereka.
Skor 151-250 (Guru kompeten)
Guru-guru yang mendapat skor 151-250 dikategorikan dalam kumpulan guru kompeten.
Kumpulan guru ini kebanyakannya terdiri daripada guru yang mempunyai pengalaman mengajar

27

sekurang-kurangnya tiga tahun. Kategori guru dalam kumpulan ini memahami ketujuh-tujuh
aspek pengetahuan yang disarankan oleh Shulman.
Guru-guru dalam golongan ini dapat memahami ketujuh-tujuh aspek pengetahuan hasil daripada
pengalaman mengajar mereka. Guru-guru dalam golongan ini perlu berfikir dengan lebih kreatif
dan kritis supaya dapat menganjak ke tahap pakar. Instrumen yang disediakan oleh kumpulan
kami dapat digunakan oleh semua pentadbir sekolah terutamanya Guru Besar untuk menilai
tahap kompetensi guru mereka.

Skor 251-350 (Guru pakar)


Guru-guru yang mendapat skor 251-350 dikategorikan dalam kumpulan guru pakar. Kumpulan
guru ini kebanyakannya terdiri daripada guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih
daripada 10 tahun. Kategori guru dalam kumpulan ini mengetahui, memahami dan mampu
mengintergrasi ketujuh-tujuh aspek pengetahuan yang disarankan oleh Shulman. Contohnya
seorang guru yang pakar seharusnya mampu mengintergrasikan aspek ICT, pedagogi yang
mudah difahami dan pelbagai aspek lain supaya pdp berjalan dengan berkesan.
Instrumen yang disediakan oleh kumpulan kami dapat digunakan oleh semua pentadbir sekolah
terutamanya Guru Besar untuk mengenalpasti guru pakar di sekolah mereka. Guru Besar
seharusnya menjadikan guru pakar ini sebagai role model untuk guru-guru lain di sekolah.
Perkara ini penting supaya semua guru di sekolah dapat menganjak dari tahap novis ke kompeten
dan akhirnya ke tahap pakar selaras dengan hasrat pendidikan negara.

28

BIBLIOGRAFI

Ball, D. L., & McDiarmid, G. W. (1990). The subject matter preparation of teachers. In
W.R.Houston (Ed.), Handbook of research on teacher education. New York: Macmillan.

Barab, S. A., & Duffy, T. M. (2000). From practice fields to communities of practice. In
D.Jonassen & S. Land (Eds.), Theoretical foundation of learning environments (pp. 25-56).
Mahwah, NJ: Erlbaum.

Blumenfeld, P. C., Marx, R. W., Soloway, E., & Krajcik, J. (1996). Learning with peers: From
small group cooperation to collaborative communities. Educational Researcher, 25(8),3740.

Cochran, K. F., King, R. A., & DeRuiter, J. A. (1993). Pedagogical content knowledge: An
integrative model for teacher preparation. Journal of Teacher Education, 44(4), 263272.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003) Rekabentuk tinjauan soal sedilik pendidikan, skudai:
Penerbit UTM

Schmidt, D. A., Baran, E., Thompson A. D., Koehler, M. J., Mishra, P. & Shin, T. (2009). The
Continuing Development, Validation and Implementation of a TPACK Assessment
29

Instrument for Preservice Teachers. Paper submitted to the 2010 Annual Meeting of the
American educational Research Association. April 30-May 4, Denver, CO.

30

Anda mungkin juga menyukai