Anda di halaman 1dari 8

Assalamualaikum WBT

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Barisan panel hakim yang arif tunggak keadilan.
Guru-guru yang tidak pernah mengenal erti penat dalam mendidik,hadirin hadirat serta
rakan-rakan seperjuangan yang lain.
Ahlan wasahlan ucapan diberi
Tenangkan diri berikan tumpuan
Dengarkan pula cerita ini
Kisah Thalut dan Jalut jadi panduan
Mengimbau kembali sejarah selepas kewafatan Nabi Musa a.s, kaum Bani Israil berada di
zaman kekosongan. Tiada mempunyai raja dan tiada pemerintah agung,Tika dan saat itu
pertarungan dan peperangan berleluasa. Kemungkaran bermaharajalela di sana-sini, sujud
pada Ilahi, tidak dipeduli sama sekali
Bertepatan dengan kehendak Allah, maka Nabi Samuel telah mendapat wahyu, meminta
beliau mencari seorang pemuda yang bernama Thalut untuk dijadikan Raja Bani Israil.
Ini bertepatan surah Al-Baqarah ayat 247 yang berbunyi;

Yang bermaksud; Bersabda nabi mereka, sesungguhnya Allah telah mengutuskan Thalut
menjadi raja kamu.
Hadirin yang dihormati;
Kehidupan Thalut jauh di desa,
Membantu ayahnya dladang dan menternak binatang,
badannya tegap, gagah perkasa,
Raut wajah tampan, berani lagi bijaksana
Bersopan juga berbudi pekerti

Berbeza dengan Jalut, Jalut adalah seorang pemimpin angkatan musuh yang amat
digeruni. Terkenal sebagai panglima yang gagah berani . Sesiapa yang menentang pasti
kecundang menyembah bumi. Namanya cukup ditakuti di setiap negeri.
Maka berkatalah kaum Bani Israil, bagaimana Thalut boleh menjadi pemimpin kami,
walhal dia tidak mempunyai kekayaan dan kekuatan seperti kami dalam memimpin
tentera? .
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang dikehendakinya.
Seperti dalam surah Al-Baqarah yang berbunyi ;

Yang bermaksud; Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan


memberinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.
Akhirnya Tholut diterima oleh kaum Bani Israil yang keras kepala.
Hadirin yang dihormati;
Setelah dinobatkan menjadi raja, maka Raja Thalut menyusun barisan tenteranya untuk
bertempur dengan tentera Jalut yang durjana.
Untuk mendisiplinkan tenteranya, maka mereka diuji berjalan di bawah terik panas
matahari dan melalui sebatang sungai. Thalut berkata, Barangsiapa diantara kamu yang
mengambil air daripada sungai ini sebagai minuman, mereka bukanlah pengikutku yang
setia.
Begitulah adat manusia, semakin ditegah semakin kuat hati ingin menentangnya. Kini
apa yang dibimbangi oleh Thalut telah terjadi. Sebahagian besar daripada tenteranya yang
tidak sabar telah meminum air sungai itu sepuas-puasnya.

Apabila bertembung dengan tentera Jalut, maka.


Berdebar-debar.terketar-ketar
Melihat tentera musuh yang hebat
Yang tidak sabar, yang lemah iman ,
Semuanya tidak sanggup melawan.
Tetapiberbeza dengan pengikut Thalut yang beriman, mereka dengan berani
menentang musuh yang ramai itu tanpa gentar sedikit pun.
Ini bertepatan dalam Al-Baqarah ayat 249 yang berbunyi;

Maksudnya; Orang-orang yang beriman berkata, berapa banyak terjadi golongan yang
sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah.
Setelah bertempur sekian lama maka bertempiklah Jalut dengan angkuh, Siapakah yang
berani menentang Jalut, keluarlah ke sini berlawan dengan ku. Maka gentarlah pasukan
Bani Israil.
Tiba-tiba keluarlah seorang pemuda dengan berani menawarkan diri.Thalut begitu kagum
dengan keberanian pemuda yang bernama Daud itu, tanpa pakaian besi dan pedang di
tangan melangkah maju ke hadapan. Lalu ketawalah Jalut. Ha!Ha!Ha! Untuk apa
tongkatmu itu? Untuk mengejar anjingkah atau mengajar rakanmu? Nampaknya engkau
sudah bosan untuk hidup dan sebentar lagi dagingmu akan ku jadikan hidangan
binatang.
Melihat Panglima Jalut mara ke hadapan maka Daud melontarkan sesuatu yang berisi
batu tepat kearah kepala Jalut.Aduh!!! Keluarlah darah mengalir deras menutupi kedua
mata Jalot. Lalu diikuti lontaran kedua dan ketiga hingga tertiarap Jalut menyembah
bumi dan tidak bernyawa lagi. Maka gemuruhlah suara gembira pasukan bani Israil
kerana berjaya menumpaskan pasukan musuh yang durjana.

Fenomena hari ini, peperangan diantara Negara-negara besar dan Negara Islam telah
banyak mengorbankan nyawa insan yang tidak berdosa. Ini amat menyedihkan dan
membimbangkan. Sebagai manusia yang bertamadun, kita perlu bersatu agar keamanan
dunia sejagat dapat dipelihara.

Hadirin yang dihormati;


Demikianlah kesudahan Kisah Thalut dan Jalut . Akhirnya Raja Thalut melantik Daud
menjadi penasihatnya dan mengahwinkan Daud dengan puteri kesayangannya.
Pengajaran daripada kisah ini;
1) Jauhilah sikap takbur dan sombong dalam diri kita. Sesungguhnya sikap sombong
tidak menguntungkan apa-apa kepada kita.
2) Amalkanlah hidup berdisiplin kerana ia faktor terpenting dalam menentukan
sesebuah kejayaan.
3) Ingatlah, ajal maut itu telah ditetapkan oleh Allah dan tiada siapa yang dapat
menghalangnya.
4) Sesungguhnya Allah Maha Berkehendak, jika Allah menginginkan sesuatu. Maka
Allah hanya cukup berkata;
JADILAH, MAKA JADILAH IA.
Kajang Pak Malau, kajang berlipat,
Kajang hamba, mengkuang berduri,
Kini cerita sudah tamat,
Mohon hamba mengundur diri.
Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah. Wassalamu Alaikum WBT.

Assalamualaikum WBT
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Barisan panel hakim yang arif tunggak
keadilan. Guru-guru yang tidak pernah mengenal erti penat dalam mendidik,hadirin
hadirat serta rakan-rakan seperjuangan yang lain.
Ahlan wasahlan ucapan diberi
Tenangkan diri berikan tumpuan
Dengarkan pula cerita ini
Kisah Thalut dan Jalut jadi panduan
Kawan-kawan, tahukah siapa Maryam puteri Imran? Haa Maryam adalah
anak kepada Imran, pemimpin kaum Bani Israil. Ibunya pula seorang yang rajin
beribadat. Kehidupan mereka berdua sungguh bahagia. Malangnya. Hannah tidak
dapat memberi zuriat kepada suaminya. Ini membuatkan hatinya gundah-gulana.
Melihat burung bersama anaknya Tercetus nazar niat dihati Andai hamil anugerah
yang Esa Pasti dihantar di tempat yg suci.
Firman Allah: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya Aku menazarkan kepada Engkau anak
yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitul
Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. ( Potongan ayat 35, Surah
Ali-Imran )
Hannah gembira apabila nazarnya diterima Allah. Bayi yang dinamakan Maryam
dibawa ke masjid untuk diserahkan kepada ahli-ahli ibadat. Anak adalah amanah
Allah. Justeru itu, peliharalah mereka dengan sebaik mungkin, jangan jadi seperti
sebahagian ibu bapa hari ini yang sanggup mendera anak.

Muncul Jibrail berupa pemuda


Terkejut Maryam tidak terperi
Membawa khabar dari yang Esa
Bakal peroleh zuriat lelaki.
Firman Allah, Maryam berkata: "Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki,
sedang tidak pernah seorang manusiapun menyentuhku dan Aku bukan (pula) seorang
pezina!" ( Ayat 20 , Surah Maryam )
Jibrail menghampiri Maryam, lalu menghembuskan angin ke dalam tubuhnya.
Maryam berasa takut bercampur gembira. Kawan-kawan, Allah Maha Berkuasa
melakukan sesuatu yang tidak terlintas difikiran manusia. Lihat sahaja seekor ramarama yang sayapnya menyerupai kepala ular. Masya Allah..
Apabila tiba masa untuk melahirkan anak, Maryam pun keluar dari rumahnya dengan
senyap-senyap. Beliau telah pergi ke tempat yang terpencil dan tiada orang. Akhirnya,
Maryam terpaksa berhenti di bawah sebatang pokok kurma. Beliau sudah tidak dapat
menahan kesakitan lagi. Tidak lama kemudian, Maryam pun melahirkan bayinya dan
bayi itu diberi nama Isa. Maryam menatap wajah anaknya dengan linangan air mata.
Beliau berkata: Alangkah baiknya kalau aku ditakdirkan mati sebelum melahirkan anak
tanpa sebarang suami. Maryam berasa amat lapar dan dahaga. Beliau tidak menemui
apa-apa yang boleh dimakan atau diminum. Keadaan padang pasir itu kontang dan
tandus.
Tiba-tiba Maryam terdengar satu suara. Wahai Maryam, janganlah engkau bersedih.
Minumlah air yang mengalir dari bawah tapak kakimu. Goyangkan pokok kurma di
belakangmu dan makanlah buahnya. Kemudian pulanglah engkau ke kampung. Jika
engkau menemui sesiapa, katakan kepada mereka engkau bernazar puasa dan tidak akan
bercakap dengan sesiapapun. Maryam pun makan dan minum sehingga beliau benarbenar sihat. Tibalah masa untuk beliau pulang ke kampung halamannya.

Seperti yang diduga, ramai yang terkejut apabila melihat perempuan yang belum
berkahwin itu mempunyai anak. Kaum keluarga Maryam bergegas datang. Semua yang
ada mengerumuni Maryam dan anaknya, Isa. Wahai Maryam! Engkau telah
mencemarkan nama baik keluargamu. Keluargamu adalah daripada golongan orang yang
beriman. Kamu telah membuatkan kami malu dan terhina, kata keluarga Maryam.
Maryam memberitahu dengan isyarat bahawa beliau sedang bernazar puasa dan tidak
akan bercakap dengan sesiapa pun. Beliau menuding ke arah Isa yang sedang berada di
dalam buaian.
Kawan-kawan, tiba-tiba Isa berkata: Aku adalah hamba Allah. Dia memberiku kitab
Injil dan menjadikan aku seorang nabi. Aku sentiasa diberkati. Aku diperintahkan
mendirikan solat dan menunaikan zakat selagi aku masih hidup. Aku akan berbakti
kepada ibuku dan tidaklah aku dijadikan sebagai orang yang sombong. Moga aku
sejahtera pada hari aku dilahirkan, ketika meninggal dunia dan ketika dibangkitkan
semula. Maka tersebarlah cerita mengenai Isa yang masih bayi tetapi sudah boleh
bercakap. Isa telah membersihkan fitnah yang dilontarkan kepada ibunya. Maryam adalah
perempuan yang suci. Beliau telah melahirkan seorang anak yang akan menjadi nabi dan
rasul. Kaum keluarga Maryam tidak lagi menuduh yang bukan-bukan terhadap Maryam.
Mereka kembali menghormati Maryam dan anaknya yang bernama Isa.
Kawan-kawan, pengajaran yang terdapat didalam kisah ini ialah.
1. Menabur fitnah adalah perkara yang dibenci oleh Allah. Fitnah mampu memecahbelahkan umat. Oleh itu, janganlah kita sesekali membuat fitnah.
2. Tidak ada perkara yang mustahil untuk berlaku. Jika Allah berkehendakkan
perkara itu terjadi, maka dengan sekelip mata ia akan terjadi,kerana Allah itu
maha berkuasa atas segala-galanya.

Firman Allah : Itulah Isa putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang
mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya. ( Ayat 34 , Surah Maryam )
Yakawan-kawan Contohilah kesabaran dan ketakwaan Maryam. Jangan mudah
berputus asa sehingga sanggup membunuh diri kerana tidak mampu menghadapi tekanan
hidup. Istimewa Maryam tiada tandingan Mengabdikan diri pada Yang Esa Tabah, sabar
dan kesungguhan Menjadi ikutan sepanjang masa

Kajang Pak Malau, kajang berlipat,


Kajang hamba, mengkuang berduri,
Kini cerita sudah tamat,
Mohon hamba mengundur diri.
Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah. Wassalamu Alaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai