Anda di halaman 1dari 12

SMK RAJA PEREMPUAN, IPOH

PRA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


TAHUN 2012
BAHASA MELAYU
NAMA

T2

:__________________________________

TINGKATAN :___________________________________

Soalan 1-5
Ayat-ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah
ditandakan dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1. Segelas susu yang terhidang di ruang tamu itu adalah untuk adik. Tiada kesalahan.
A
B
C
D
2. Jika diamati betul-betul, kita akan dapat melihat perbezaan warna mata antara Lili dan adik
A
B
C
kembarnya. Tiada kesalahan.
D
3. Setengah pelajar hanya mengulang kaji pelajaran pada saat-saat akhir menjelang peperiksaan
A
B
tanpa sedar akan keburukannya. Tiada kesalahan.
C
D
4. Zaleha memasukkan telur kuning ke dalam adunan kek untuk menambahkan keenakan kek
A
B
C
tersebut. Tiada kesalahan.
D
5. Dia tidak mahu menceritakan apa-apa tentang pergaduhan itu walaupun dipaksa oleh guru
A
B
disiplin yang garang itu. Tiada kesalahan.
C
D

Soalan 8- 12
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkatan berhuruf condong dnegan betul.
6. I
II

Gulai yang dimasak oleh Nisah mula meruap-ruap ketika mendidih.


Semangat Akil kembali meruap-ruap untuk mengalahkan lawannya pada perlawanan kali
kedua esok.
III Kemarahan ibu meruap-ruap apabila kakak masih belum bangun daripada tidur walaupun
jam menghampiri pukul 11.00 pagi.
IV Penjenayah itu meruap-ruap cuba melepaskan diri apabila diberkas oleh pihak polis.
A.
B.
C.
D.

7. I
II
III
IV
A.
B.
C.
D.

I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV
Baju adik menjadi susut selepas dibasuh beberapa kali.
Badan ayah semakin susut sejak ayah jatuh sakit.
Belakangan ini, air di empangan semakin susut ekoran musim kemarau.
Kejatuhan harga getah telah susut pendapatan orang kampung.
I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV

8. I

Ibu melarang saya memetik buah mangga kerana buah mangga itu masih mentah-mentah
lagi.
II Nasi yang ditanak itu mentah-mentah kerana dapur kehabisan gas.
III Ulam pegaga sangat berkhasiat dan boleh dimakan mentah-mentah.
IV Saadiah menolak lamaran Ahmad mentah-mentah kerana dia sudah mempunyai kekasih.
A
B
C
D

I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV

9. I
II
III
IV
A.
B.
C.
D.

Emak menggunakan pencuci yang berkualiti agar warna kain tidak turun.
Puan Daisy terpaksa turun ke Bandar semalam untuk membeli barang dapur.
Ketika hendak pergi ke sekolah, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.
Ilmu persilatan itu merupakan turun daripada datuk neneknya.
I dan IV
II dan III
I, II dan III
II, III dan IV

10. I Dia masih tidak dapat menangkap maksud kata-kata ayahnya.


II Jeevan berasa bosan ketika memancing kerana kailnya tidak menangkap.
III Pihak polis berjaya menangkap butiran percakapan suspek melalui mikrofon yang
dipasang di dalam kereta.
IV Selepas dia menangkap, baharulah dia sedar bahawa perjuangannya selama ini sia-sia
sahaja.
A.
B.
C.
D.

I dan II
III dan IV
I, II dan III
I, III dan IV

Soalan 11- 15
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mempunyai kesalahan dalam
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandakan D jika tiada
kesalahan.
11. Beban tugas yang berat tidak tertanggung oleh saya.
A.
B.
C.
D.

tertanggung saya
saya menanggung
saya tertanggung
tertanggung oleh saya

12. Atan memberi Ali kehormatan menjadi ketua persidangan.


A.
B.
C.
D.

memberikan Ali penghormatan


memberikan Ali kehormatan
memberi Ali penghormatan
memberi Ali kehormatan

13. Bawalah berbincang jika sekiranya timbul apa masalah.


A.
B.
C.
D.

sekiranya timbul apa masalah


jika sekiranya timbul apa masalah
sekiranya timbul apa-apa masalah
jika sekiranya timbul apa masalah

14. Sila menegur mana yang silap kerana kami ini masih pelatih,kata Azura.
A.
B.
C.
D.

Sila tegur mana yang silap


Sila tegur mana-mana yang silap
Sila menegur mana-mana yang silap
Sila menegur mana yang silap

15. Pengetua menasihati para pelajar supaya mengelak diri dari terlibat dalam gejala social.
A.
B.
C.
D.

mengelakkan dari daripada


mengelak diri daripada
mengelakkan diri dari
mengelak diri dari

Soalan 16-20
16.

Kejayaan Anuar Manan memenangi pertandingan Le Tour de langkawi 2010 didorong


oleh semangat untuk mengharumkan nama negara.
A. Pertandingan Le Tour de Langkawi 2010 dimenangi oleh Anuar Manan untuk
menaikkan semangat demi mengharumkan nama negara.
B. Keharuman nama negara telah mendorong semangat Anuar Manan untuk memenangi
pertandingan Le Tour de Langkawi 2010 itu dengan jayanya.
C. Keinginan yang kuat untuk mengharumkan nama negara telah mendorong Anuar
Manan menguasai kejohanan Le Tour de Langkawi 2010.
D. Semangat Anuar Manan untuk mengharumkan nama negara telah mendorong beliau
memenangi pertandingan Le Tour de Langkawi 2010 dengan jayanya.

17.

Sedang dia keseorangan, dia mendengar ketukan yang bertalu-talu di pintu rumahnya
sehingga menyebabkan dia ketakutan.
A. Apabila dia mendengar ketukan yang berturut-turut di pintu rumahnya, dia
keseorangan dan ketakutan.
B. Sewaktu pintu rumahnya diketuk bertalu-talu, dia seram dan keseorangan
C. Sedang dia ketakutan kerana keseorangan, dia mendengar pintu rumahnya diketuk
tidak putus-putus.
D. Dia yang keseorangan berasa seram apabila mendengar pintu rumahnya diketuk
berkali-kali.

18.

Wah, sungguh cantik baju-baju yang dijual ini! kata Anis kepada kawan-kawannya.
A. Anis memuji kecantikan baju-baju yang dijual itu kepada kawan-kawannya.
B. Dengan perasaan hairan, Anis mengatakan kepada rakan-rakannya bahawa baju yang
dijual itu sangat cantik.
C. Anis memberitahu kawan-kawannya bahawa dia terpegun melihat baju-baju yang
dijual itu.
D. Dengan perasaan kagum, Anis memberitahu kawan-kawannya tentang kecantikan
baju-baju yang dijual itu.

19.

Pengetua akan mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar yang melanggar peraturan
yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
A. Pelajar yang melanggar disiplin akan diambil tindakan mengikut peraturan sekolah.
B. Pengetua hanya bertindak terhadap pelajar yang enggan mematuhi peraturan yang
ditentukan oleh pihak sekolah.
C. Tindakan disiplin kemungkinan akan diambil oleh pengetua kepada pelajar yang
enggan mematuhi peraturan sekolah.
D. Tindakan disiplin akan diambil oleh pengetua terhadap pelajar yang tidak mematuhi
undang-undang yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

20.

Saya akan pergi ke rumah Cikgu Yasin bersama-sama Irwan pada petang esok, kata
Afandi kepada Arman.
A. Afandi berkata bahawa dia akan pergi ke rumah Cikgu Yasin bersama-sama Irwan
pada petang esok.
B. Afandi berkata kepada mereka bahawa dia akan pergi ke rumah Cikgu Yasin bersamasama pada petang esok.
C. Afandi memberitahu Arman bahawa dia akan pergi ke rumah Cikgu Yasin pada
petang esok bersama-sama Irwan.
D. Arman memberitahu Afandi bahawa dia akan pergi ke rumah Cikgu Yasin bersamasama Irwan pada petang esok.

Soalan 21-25
Pilih ayat-ayat yang betul
21.

22.

23.

24.

I
II
III
IV

Sultan menamai tempai itu Tanjung Keling.


Sungai Perak mengalir dengan tenangnya.
Ibu dibuatkan secawan kopi oleh Aminah.
Suhu tubuhnya meningkat dari 37 darjah celcius kepada 39 darjah celcius.

A.
B.
C.
D.

I dan II
II dan IV
I, II dan III
II, III dan IV

I
II
III
IV

Kedua-dua orang sahabat itu saling bersalaman setelah lama tidak bertemu.
Bintang-bintang di langit berkelipan pada malam yang syahdu itu.
Baju sekolah saya belum berbasuh lagi walaupun terendam selama dua hari.
Sukri membeli lima biji jagung rebus untuk adik-adiknya.

A.
B.
C.
D.

I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV

I
II
III
IV

Kamal main bola sepak dengan kawan yang sedarjah dengannya.


Saya memang suka akan buah durian yang berisi tebal.
Joyah bertandang ke rumah jirannya sejak awal pagi tadi.
Aziz tidak menjalani latihan bola sepak pada petang ini kerana dia tidak sihat.

A.
B.
C.
D.

I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV

I
II
III
IV

Beberapa orang pelajar sedang membuat uji kaji dalam makmal itu.
Sarang burung Tempua bergantungan di atas dahan pokok besar itu.
Pelajar itu saling berkejaran tanpa menghiraukan amaran guru mereka.
Rashdan menghampiri dengan Rushdi lalu menghulurkan sebatang pensel
kepadanya.

A.
B.
C.
D.

I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV

25.

I
II
III
IV

Mawarni asyik berceritakan tentang pengalamannya semasa mendaki gunung itu.


Koperasi sekolah memperoleh banyak keuntungan hasil menjual pada tahun lepas.
Pilihlah mana-mana pen yang awak suka sebagai hadiah daripada saya.
Fariz ke sekolah berbekalkan dua keping roti bakar setiap hari.

A.
B.
C.
D.

I dan II
III dan IV
I, II dan III
II, III dan IV

Soalan 26-30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.
26.

Setelah sekian lama bertukang, akhirnya Haris mampu menyiapkan rumahnya. Sikap
Haris itu sama seperti peribahasa berikut, kecuali
A.
B.
C.
D.

27.

Fitri terpinga-pinga ketika sampai di Kuala Lumpur. Hal ini demikian kerana itulah
pertama kali Fitri menjejakkan kaki di bandar raya itu. Situasi ini dapat diibaratkan
seperti
A.
B.
C.
D.

28.

Bertangguh itu pencuri masa


Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

Katak di abawah tempurung.


Anak ayam kehilangan ibu.
Rusa masuk kampung.
Cicak makan kapur.

Hanis mendiamkan diri kerana takut dan enggan bertanggungjawab atas perbuatannya
memecahkan perhiasan kristal milik ibunya. Perbuatan ini diibaratkan
A.
B.
C.
D.

Jauh bau bunga, dekat bau tahi.


Lempar batu sembunyi tangan.
Tanam tebu di tepi bibir.
Tikus membaiki labu.

29.

Puan Laksmi berasa tertipu kerana barang yang dibelinya itu tidaklah seperti yang
diiklankan di televisyen. Hal ini dikatakan
A. indah khabar dari rupa .
B. biar papa asalkan bergaya.
C. menanam tebu di tepi bibir.
D. alah membeli mennag memakai.

30.

Oleh sebab Aminah tidak dapat mengambil bahagian dalam pertandingan pantun, maka
peserta simpanan terpaksa mengambil tempatnya untuk menyertai pertandingan pantun
pada peringkat sekolah. Pepatah ada mengatakan
A.
B.
C.
D.

Tiada rotan akar pun berguna.


Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.
Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
Sediakan payung sebelum hujan.

Soalan 31-35
PANTUN EMPAT KERAT AGAMA
Kemuning daunnya lampai,
Tumbuh di pusara paduka tuan,
Di atas dunia kau tak sampai,
Di dalam syurga bernantian.
Halia ini tanam-tanaman,
Di barat saja akan tumbuhnya,
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.
Teritip di tepi kota,
Mari dikayuh sampan pengail,
Imam khatib lagikan berdosa,
Bertambah pula kita yang jahil.
Asam kandis asam gelugur,
Ketiga asam si riang-riang,
Menangis mayat di pintu kubur.
Teringat badan tidak sembahyang.
Buat serunai batang padi,
Bunyi lagu seri pualam,
Serban bukan semuanya haji,
Haji terletak pada amalan.
Tiada boleh menetak jati,
Papan di Jawa dibelah-belah,
Tiada boleh kehendak hati,
Kita di bawah perintah Allah.

31.

Dunia ini pinjam-pinjaman

Baris di atas membawa pengetian bahawa


A. Pinjam-meminjam merupakan adat dunia.
B. Pinjaman di dunia perlu dibayar.
C. Dunia ini diberikan pinjaman kepada kita.
D. Dunia ini hanya tempat sementara sahaja.
32.

Berdasarkan rangkap kelima pantun, perkara yang menjadi pertimbangan Tuhan ialah
A.
B.
C.
D.

33.

Pernyataan yang berikut merupakan pengajaran dalam pantun, kecuali


A.
B.
C.
D.

34.

Amalan sembahyang perlu dilaksanakan.


Kita janganlah menilai seseorang melalui luaran sahaja.
Kita perlulah menurut kata hati kita.
Kehidupan di dunia tidak kekal lama.

Apakah nilai yang ingin dinyatakan berdasarkan maksud rangkap kedua pantun di atas?
A.
B.
C.
D.

35.

Pakaian.
Amalan.
Haji
Serban

Keinsafan
Kejujuran
Menghargai jasa
Menurut perintah

Tema pantun ini ialah


A. Kewajipan mengerjakan solat.
B. keazaman untuk berubat.
C. kepentingan hidup beragama.
D. kebaikan diri seseorang.

Soalan 35-40
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
MAMA

ABAH

MAMA

ABAH
MAMA

:
:

ABAh

MAMA
ABAH

:
:

MAMA

ABAH
MAMA
ABAH
MAMA

:
:
:
:

ABAH

Selalunya kalau pagi-pagi macam ni, sakit perut nak berak. Kalau nak berak, ke
tandaslah. Nanti terberak di atas katil tu, siapa yang nak bersihkan? (Menoleh
ke arah ABAH)
(Marah kerana terasa dipersendakan ) Alah, diamlah awak! (Kesal) Belum
lagi aku ni sakit teruk dah cakap begitu begini. Berak di atas kerusilah. Kalau
sudah benar-benar sakit kelak, entah macam mana dikerjakannya. Janganjangan dibiarkan begitu sahaja.
(Bersahaja) Saya ingatkan awak sahaja. Manalah tahu, orang tua kadangkadang banyak kerenah.
Aduhsakitnya! Tak pernah aku sakit macam ni.
(Kembali duduk di sebelah ABAH. Menyelak kain pelekat ABAH dan berasa
terkejut) Ya Allah! Kaki abah bengkak? (Meninggikan suara kerana berasa
cemas) Mengapa ni bah? Apa yang sudah awak buat ni hingga jadi macam ni?
(Amat terperanjat) Hahbengkak? (Memegang megang kakinya yang
bengkak) Masya-Allah. Tak pernah pun berlaku macam ni seumur hidup aku.
Abah tak tahukah? Tak tengok?
(Gemuruh dan kebingungan) Manalah aku tahu. Aku tak pernah tengok. Sakit
perut pun datang tiba-tiba sahaja hingga tidak dapat ditanggung lagi rasanya.
Aduh
(Kebingungan) Sakit apa abah ni? Saya tak pernah tengok kaki abah bengkak
macam ni. Bahaya ni bah
(Sayu) Entahlah, penyakit orang dah tua agaknya.
(Berfikir sejenak) Panggil sahaja Afif, biar dia periksa. Manalah tahu
(Menyampuk dengan suara keras dan spontan) Jangan. Tak payah.
(Beras hairan) Eh, mengapa pula? Bukankah dia tu doktor? Bolehlah dia
tolong periksa awak.
Jangan. Aku kata jangan, tak payah. Jangan nak susah-susahkan dia. Dia ada
banyak kerja di kliniknya. Dia sibuk. Tentu ramai orang berbaris hendak
mendapatkan khidmatnya. Biarkan. Jangan ganggu dia bekerja. Biar aku
usahakan cara lain. Ada banyak doktor di bandar ini. Kita boleh pilih mana
yang kita suka. Kita dapatkan rawatan seperti orang lain juga. Jangan kerana
ada anak kita yang menjadi doktor, lalu kita nak gunakan dia. Itu silap
namanya.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Drama
Hemodialisis, karya Jais Sahok, antologi Gema Sepi Gadis Genius,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

36.

Berdasarkan petikan drama di atas, perwatakan yang tidak dimiliki oleh abah ialah
A.
B.
C.
D.

37.

Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas?


A.
B.
C.
D.

38.

menyedari bahawa dia telah tua


tidak suka menyusahkan anak-anak.
merahsiakan penyakit yang dialaminya.
cepat berasa hati apabila mendengar cakap mama.

Kita hendaklah prihatin tentang masalah yang dihadapi oleh orang lain.
Ibu bapa hendaklah bersikap terbuka apabila berhadapan dengan masalah.
Seseorang anak hendaklah membantu ibu bapa yang menghadapi masalah.
Kita hendaklah merahsiakan penyakit yang dialami daripada pengetahuan orang lain.

Kesudahan drama Hemodialisis ialah


A. abah memeluk Fatin Atiqah dan sambungan mesin hemodialisis telah tercabut.
B. Doktor Afif berjaya menyambung alat hemodialisis dan abah dapat diselamatkan.
C. mama berasa gembira kerana abah telah dapat diselamatkan daripada penyakit buah
pinggang.
D. abah berasa bangga dengan kejayaannya melahirkan anak-anak yang dapat berjasa
kepada negara.

39.

Apakah tema drama Hemodialisis?


A.
B.
C.
D.

40.

Kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.


Pengorbanan seorang bapa kepada anak-anak.
Ketabahan menghadapi penyakit buah pinggang.
Pertentangan pendapat antara bapa dengan anak-anak.

Mengapakah abah tidak mahu menyusahkan Doktor Afif?


A.
B.
C.
D.

Abah telah bersedia untuk mati.


Abah berkecil hati dengan sikap Doktor Afif.
Abah mampu untuk mencari doktor lain untuk mengubati penyakitnya.
Abah tidak mahu mengganggu tugas Doktor Afif yang sibuk merawat pesakitnya.
SOALAN TAMAT

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.
.
(SITI KHALIJAH BT OTHMAN) (PN. HABSHAH BT OMAR)

Disahkan oleh,
..
(PN. JULAILA BT YAHYA)

Anda mungkin juga menyukai