Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA MENGIKUTI

Pertandingan Bicara Berirama


Antara Sekolah Rendah Daerah BINTULU
1.0

PENDAHULUAN

Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau


persembahan bahasa puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan
akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau
tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan
keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang
bertindak sebagai konduktor.
Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk
menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam kumpulan/pasukan
itu akan ditonjolkan berbagai - bagai intonasi suara seperti suara-suara
halus dan garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan
laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara individu boleh
digunakan sebagai suara solo.
Bicara Berirama adalah pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia
Bahasa Melayu Daerah Bintulu. Diharapkan dengan pertandingan ini akan
dapat menggalakkan dan meningkatkan penguasaan serta penggunaan
bahasa Melayu Baku dan bahasa Melayu yang indah dalam kalangan
murid-murid sekolah rendah khasnya.
2.0

RASIONAL

Sekolah menjadi wahana


dalam usaha mendaulatkan
dan
memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lantaran
itu, bicara berirama adalah satu wasilah bagi menarik penyertaan warga
sekolah khasnya murid - murid agar lebih mahir berkomunikasi, petah
berbicara dan seterusnya melahirkan perasaan cinta akan bahasa
kebangsaan.
3.0

MATLAMAT PERTANDINGAN

Pertandingan bicara berirama dapat membimbing dan mempertingkat


pengetahuan tentang aspek budaya sesuatu bahasa terutamanya dari
segi kesantunan dan kepersisan bahasa.
4.0
OBJEKTIF PENYERTAAN PERTANDINGAN

5.1 Mencungkil dan mengasah bakat dalam kalangan pelajar.


5.2 Menggalakkan pelajar untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan.
5.3 Meningkatkan potensi dan keyakinan pelajar dalam
mengendalikan aktiviti.
5.4 Memupuk semangat berpasukan antara ahli kumpulan
5.0

TARIKH
09 April 2016 (Sabtu)

6.0

TEMPAT
SJK(C) Chung hua, Bintulu

7.0

KEWANGAN
Sila lihat Lampiran 1

8.0

ATUCARA PERTANDINGAN
Sila lihat lampiran 2

9.0

PENUTUP

Segala pertandingan yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang


telah digarisi. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat
pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.
Sekian, terima kasih

Disediakan oleh,

Disahkan dan diluluskan oleh,

........................................
(Chermi a/k Uchang)
Guru Pengiring,
Pertandingan Bicara Berirama,

.............................................
(Pn Nora bt Hj. Lana)
PKP,
SK Kampung Nyalau, Bintulu