Anda di halaman 1dari 3

TOPIK

KOTAK MISTERI!
TAHUN
1 Malaysia,
7.45 - 8.45 pagi
TEMPOH MASA
60 minit
STANDARD KANDUNGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
Murid dapat:
1.0 Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika.
4.0 Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat.
STANDARD PEMBELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
1.1 Mengenal pasti bahagian computer
1.2 Menghidupkan dan mematikan komputer mengikut tatacara yang betul.
1.3 Mengenal pasti kedudukan kekunci abjad dan nombor.
1.4 Menyatakan fungsi papan kekunci enter, spacebar, backspace, delete.
1.5 Mengunakan tetikus untuk klik dan klik dua kali.
1.6 Menunjukkan sikap yang positif semasa menggunakan TMK.
1.7 Berkerjasama dengan rakan sekelas semasa menggunakan computer.
4.2 Berkongsi idea dengan perkakasan lain seperti camera digital atau CD-ROM
AKTIVITI
Aktiviti 1 (40 Minit)
Nota kepada guru:
Aktiviti ini dicadangkan dilakukan dalam kelas ataupun sebelum kali pertama memasuki
makmal.
(Projector + notebook diperlukan untuk langkah 1a, berserta papan kekunci dan tetikus)
Maklumat wajib diberitahu kepada murid bagi setiap peralatan.
i) Nama peralatan (Standard 1.1)
(Untuk pengayaan)
ii) Kegunaannya
(Untuk keselamatan/tatacara penggunaan (standard 1.6))
iii) Perhatian/Panduan keselamatan semasa pengunaan
1) Bercerita tentang seseorang yang membawa kotak.
(opsyen guru adalah seperti berikut)
a) Berlakon sendiri dengan membawa sendiri kotak besar yang mengandungi
perkakasan kecil komputer seperti mouse, keyboard, pembesar suara, dengan
perkakasan besar seperti monitor dan sistem unit diwakilkan dengan
gambar/model
(sesuaikan dengan peralatan komputer yang disediakan di makmal.)
b) Membuatkan satu cerita bergambar dengan powerpoint dengan bantuan
gambar-gambar yang dicari dari internet.
Tajuk: Kotak Misteri.

2) Guru bercerita tentang setiap komponen yang dikeluarkan dari kotak yang dibawa.
(contoh)
Eh? Apa ini dalam kotak?
(Nama peralatan)
Oh, ini pembesar suara!
(Kegunaannya)
Bila dipasang di komputer, bunyi-bunyi keluar darinya
(Berikan jawapan jika tiada murid dapat menjawab)
Eh, tombol-tombol yang boleh dipulas ni untuk apa ye?
(Guru memberikan peluang kepada murid untuk memanipulasi tombol-tombol
pada pembesar suara)
(Perhatian/Panduan keselamatan untuk penggunaan alat tersebut)
Hati hati masa pulas, nanti bunyi yang kuat keluar!
Pulas macam mana nak bunyi perlahan?
Pulas ke sebelah kiri atau kanan?
(Nyatakan jawapan sebagai panduan keselamatan semasa praktikal di makmal
komputer kemudian. )
3) Ulangi bagi setiap alatan yang tersedia di dalam kotak. Pastikan terdapat penerangan
lebih bagi papan kekunci untuk memenuhi standard 1.3. Murid juga boleh disuruh
mencari butang di atas papan kekunci (bentuk maujud/powerpoint) sebagai penilaian
standard tersebut. Boleh menerangkan fungsi kekunci enter, spacebar, backspace and
delete pada peringkat ini.
Penerangan kepada tetikus juga boleh dibuat di peringkat ini, sebelum latihan praktikal
untuk standard 1.5, iaitu klik dan dua klik dengan tetikus, dan murid boleh diberikan
mouse untuk berlatih sebelum masuk ke makmal.
(pastikan butang kiri sahaja digunakan dan mouse dipegang dengan betul oleh murid)
(opsyen)
Gunakan paparan powerpoint jika langkah 1(b) digunakan, dengan murid menunjukkan
lokasi kekunci diatas paparan powerpoint, untuk memenuhi standard pembelajaran di
atas. Imej cara memegang mouse yang betul juga boleh digunakan.
4) Tunjukkan setiap objek dalam langkah 1. Tanyakan murid soalan-soalan berkaitan
(boleh digunakan untuk menilai pemahaman murid terhadap setiap peralatan yang
diperkenalkan. Ini adalah untuk memenuhi standard pembelajaran 1.1 :i) Nama peralatan
Apakah ini?
(Untuk tujuan pengayaan, dan menilai pemahaman murid, soalan berikut boleh ditanya.)
ii) Kegunaannya
Apakah kegunaannya?
iii) Perhatian/Panduan keselamatan semasa pengunaan
Apakah yang kita kena ingat semasa menggunakannya?
(Penilaian pemahaman di atas boleh digantikan untuk menggunakan SP 4.2.
Laksanakan permainan dimana nama komponen komputer disebut, dan murid dipilih
untuk mengambil gambar komponen yang disebut dengan camera digita/telefon bimbit.

Setelah mengambil gambar, gambar tersebut ditunjukkan kepada guru dan juga salah
seorang rakannya. Rakannya akan menyatakan betul atau tidak, jika betul, maka
rakannya akan mendapat giliran untuk mengambil gambar, jika silap, maka murid
tersebut mesti mencari rakan yang lain.)
AKTIVITI 2 (20 Minit)
Nota guru:
Aktiviti ini dilaksanakan di makmal dan mengaplikasikan pengetahuan yang telah
dipelajari murid semasa Aktiviti 1.
1. Sebelum masuk ke dalam makmal, pastikan Murid diberitahu tentang peraturan
peraturan-makmal, serta berikan nasihat-nasihat yang selari dengan standard
pembelajaran 1.6.
2. Bahagikan tempat duduk kepada Murid dan pastikan setiap Murid boleh
berkerjasama selari dengan standard pembelajaran 1.7.
3. Guru membuat demonstrasi menghidupkan dan mematikan komputer dengan cara
yang betul.
4. Sebagai penilaian standard pembelajaran 1.2, Murid diberi arahan menghidupkan
komputer dengan cara betul.
(Murid boleh disuruh untuk membuat satu klik atau dua klik di atas Start di taskbar
sebagai penilaian standard pembelajaran 1.5.)
Selepas itu, Murid diarah mematikan komputer dengan betul melalui Start -> Turn off
computer - > Shut Down.
5. Murid diarah untuk beredar dari makmal selepas menyusun kerusi dan peralatan
yang digunakan di tempat yang betul. (standard 1.6)
Pembelajaran Tamat
PENGAYAAN
Murid menyatakan fungsi-fungsi peralatan komputer.
(A1, L4. ii & iii) Aktiviti 1, Langkah 4
Murid melengkapkan lembaran kerja yang diberikan pada akhir pembelajaran
PENTAKSIRAN
1) Murid menunjukkan dan menamakan peralatan komputer yang telah dipelajari.
(A1, L4) Aktiviti 1, Langkah 4
2) Permainan boleh dilaksanakan
3) Murid tunjukkan dan terangkan kedudukan kekunci abjad dan nombor. (A1, L3)
Aktiviti 1, Langkah 3.
4) Murid membuat satu klik dan dua klik (A1, L3 & A2, L4)
5) Murid membuka dan menutup komputer dengan tatacara betul (A2, L4)
6) Murid masuk keluar makmal dengan tertib dan menggunakan komputer dengan
tatacara yang betul (A2, L1 & L5)
7) Murid berkerjasama dengan rakan untuk membuka dan menutup computer. (A2,
L4)
PEMBINA
Tan Cheng Hoe, SK Kulim, 17500, Tanah Merah (evilcikgu@yahoo.com)
dengan bantuan Zamry Yusoff, SK Lepan Jaya untuk lembaran kerja.

Anda mungkin juga menyukai