Anda di halaman 1dari 32

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana kami akhirnya dapat menyiapkan tugasan


projek bagi subjek Literasi Bahasa Melayu WAJ 3104 bagi semester ini. Jutaan
terima kasih kepada pensyarah bagi mata pelajaran ini Puan Mozlina binti
Osman, kerana tunjur ajar beliau dan garis panduan yang telah diberikan
kepada kami sepanjang tempoh kami menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa
tunjuk ajar beliau tidak mungkin kerja kursus ini dapat disiapkan dengan
jayanya.
Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang telah memberi sumbangan
berbentuk idea kepada kami untuk penambahbaikan lagi kerja kursus ini.
Segala pendapat dan tunjur ajar rakan rakan sememangnya amat membantu
kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan begitu sempurna. Kepada rakan
sekelas, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah
anda berikan secara langsung mahupun tidak langsung.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada kedua ibu bapa
yang

telah

membantu

dari

segi

kewangan

dan

sokongan

moral.

Sesungguhnyatanpa penglibatan daripada kedua ibu bapa kami, sudah tentu


usaha kami tidak mendapat restu dan sia-sia.Akhir kata dari kami terima
kasih kepada semua yang telah membantu untuk menjayakan kerja kursus
ini.

ISI KANDUNGAN
Isi Kandungan

Muka Surat

Penghargaan

Isi Kandungan

Soalan Tugasan

Tugasan Projek
Bahagian B : Tugasan Individu

Rujukan

31

SOALAN TUGASAN

Bahagian B : Individu
(i)

Simulasi Pengajaran Membaca dan Menulis Menggunakan


Boneka

Nama

: Zahirah bt Dzanimi

No Kad Pengenalan

Aktiviti

: 920523-09-5072

: Hidupan Dalam Air

Objektif pengajaran :
1. Murid dapat membaca cerita dengan ayat menggunakan yang mudah.
2. Murid-murid

dapat

memahami

cerita

hidupan

dalam

air

dan

melakonkan semula dengan menggunakan ayat sendiri yang mudah


merangkumi 5 hingga 7 perkataan.
3. Murid dapat memahami cerita dan menulis isi cerita tersebut dengan
ayat yang mudah.
Bahan-bahan

: Boneka-boneka,kad-kad imbasan, pentas boneka , CD-

rom muzik.
Cara pelaksanaan :Set induksi (5 minit)
Guru mempersembahkan set boneka yang berkaitan dengan hidupan dalam
air. Guru bertanya kepada murid-murid tentang jenis-jenis haiwan yang
tinggal di dalam air.
4

Langkah 1
Guru melekatkan kad-kad imbasan yang memaparkan dialog cerita
hidupan di dalam air. Seterusnya guru menyediakan pentas boneka
hidupan di dalam air. Guru bersama m u r i d m e m b a c a d i a l o g - d i a l o g
y a n g d i t u l i s ke a t a s ka d i m b a s a n . G u r u m e m i n t a b e b e r a p a
m u r i d b a g i m e m b a c a d i a l o g w a t a k m e n g i ku t n a d a s u a r a y a n g
sesuai.

Langkah 2
Guru menggerakkan boneka-boneka seperti urutan cerita dalam pentas kecil
sambil bercerita sementara murid-murid mendengar . Guru akan berinteraksi
bersama murid menggunakan soalan yang merangsangkan lagi minat
murid-murid.

Langkah 3
G u r u m e m b a h a g i ka n m u r i d ke p a d a 2 ku m p u l a n ke c i l d a n
membuat satu aktiviti untuk menyusun ayat-ayat mengikut urutan
cerit tadi hadapanpapan hitam.
Langkah 4

Setelah murid nemahami jalan ceritanya murid- murid diminta melakonkan


cerita hidupan di air semula dengan menggunakan boneka dengan
menggunakan ayat-ayat sendiri yang berbentuk pendek dan mudah.
Langkah 5
Murid diminta menulis perkataan dan ayat mudah berkaitan dengan
perjalanan cerita dengan bantuan kad -kad yang dilekatkan
dihadapan papan hitam.
Penutup
Murid-murid menyanyi lagu hidupan dalam air dan membuat gerakan
dengan boneka yang disediakan oleh guru.

Contoh Dialog Lakonan


Dalam akuarium.
(Boneka ikan masuk dan menyanyi)
Ikan

: Wah, birunya air. Inilah kesan baik yang dapat dilihat apabila

manusia
tidak melakukan pencemaran.
Udang
Ikan

: Hai ikan. Apa yang kamu sedang buat?


: Hai udang. Saya hanya menikmati keindahan laut.

(Penyu masuk)
Penyu

: Hai kawan-kawan. Apa yang kamu bualkan?

Udang

: Hai penyu. Kami hanya berbual mengenai laut yang

semakin cantik.
Penyu

: Ya, inilah yang saya harapkan.

(Ketam masuk)
Ketam

: Manusia sepatutnya menjaga kebersihan laut kerana ini

adalah tempat
kita.
Penyu
(ii)

: Ya, betul tu.


Refleksi Individu

Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang


digerak lakonkan oleh pemain sama adas ecara sentuhan atau arahan yang
bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek inidapat
dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak
sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka
tanpa sebarang sebarang dialog. Perkataan puppet atau boneka berasal
daripada perkataan Latin iaitu pupa. Ahli sejarah berpendapat bahawa
boneka telah mula dijumpai kira-kira 3000 tahun sebelum Masihi oleh orangorang Mesir dan Cina. Bahan yang digunakan adalah kayu, tanah liat
atautulangbinatang. Boneka yang lebih indah dibuat daripada lilin dan
gading gajah. Boneka yang dibuat pada masa itu bukan dibuat sebagai
mainan kanak-kanak tetapi banyak digunakan untuk keperluan keagamaan
atau upacara adat yang rasmi.Tidak ada seorang kanak-kanak pun pada
ketika itu yang membayangkan akan bermain

dengan boneka-boneka ini.

Bentuknya sangat berbeza dengan pasaran yang terdapat pada masa kini.
Dulu, bentuknya tidak menarik, dan dikatakan sangat menyeramkan dan
menakutkan sehinggakan kanak-kanak enggan memilikinya. Boneka tersebut
sangat kaku dan tidak boleh digerak-gerakkan. Boneka dengan lengan dan
7

kaki yang dapat digerakkan buat pertama kalinya pada 600 tahun sebelum
Masihi.
Pada abad ke 5 hingga 15, boneka masih tetap digunakan untuk
upacara ritual dan keagamaan.Boneka Barat bermula pada abad ke 15 di
kota Nurembergm Ausburg dan Sonnerberg Jerman, boneka telah dibuat
sebagai alat mainan kanak-kanak. Boneka tersebut telah diperbuat daripada
tanah liat, kayu,dan lilin serta diberi pakaian yang menggambarkan wanita
Jerman pada masa itu. Pada masa yang sama, fabrik pembuat boneka di
Inggeris, Perancis, Itali, danBelanda membuatboneka yang sama dengan
pakaian khas daerah setempat. Boneka dari masing-masing negara ini
banyak dijual untuk dijadikan cenderamata. Pada abad ke 16,Belanda telah
mencipta mata boneka dari gelas dan dapat digerakkan sehingga boneka
dilihat menjadi lebih hidup.Tahun 1675 boneka telah diperkemaskan lagi
dengan rambut sehingga bentuknya sama dengan boneka yang banyak
dijumpai pada masa kini. Pada tahun 1710, sebuah kilang pembuat boneka
telah berjaya membuat boneka yang dapat menangis disusuli dengan
boneka yang dapat berjalanpada tahun 1735.Di akhir Perang
Boneka merupaka sebarang objek yang digeraklakonkan sama ada
secara sentuhanatauarahan oleh pemain dengan tujuan menyampaikan
mesej. Apa-apa sahaja objek dapat dijadikan boneka sekiranya objek
digerakkan

oleh

pemain.

Sewaktu

menggerakkan

boneka

pemain

menghidupkan eatak menerusi dialog atau aksi boneka tanpa sebarang


dialog.Boneka juga digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan
cerita dengan berkesan. Pendengar dapat menghayatisesebuah cerita
dengan penuh tumpuan disamping melihatkan diri secara tidak langsung
melalui penggunaan boneka. Kesannya cukup baikke arah pendedahan
berkomunikasi, melahirkan idea yang kreatif dalam penciptaancerita,dan
merangsang daya imaginasi. Selain itu, penggunaan boneka dapat memberi
pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan. Pencerita membawa

pengalaman luar untuk direalisasikan menerusi daya imaginasi pencerita


dan kanak-kanak menjadi andaiannya.
Boneka ini sesuai digunakan sebagai alat bantuan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita atau maklumat
dengan lebih berkesan. Dengan ini, murid-murid akan lebih menghayati dan
memahami

sesebuah

melihatkan

diri

Pengaplikasian

penyampaian

secara

tidak

permainan

itu

dengan

khusyuk

di

samping

langsung

melalui

penggunaan

boneka.

boneka

akan

mendedahkan

murid

untuk

berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam


penciptaan
penggunaan

cerita,

dan

boneka

merangsang

juga

juga

imaginasi.Selain

mendedahkan

daripada

murid-murid

itu,
untuk

bekerjasama secara kumpulan.


Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat merangsang minda
murid untuk memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan
terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuahkarangan.
Guru

perlu

lebih

kreatif

terutama

dalam

penyediaan

bahan.Dengan

menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanakkanak akan dapat meningkatkan daya kreativiti,perkembangan komunikasi
dan

bahasa,sosio

emosi,

menambah

ilmu

pengetahuan

dan

juga

pengalaman. Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan


bidang pengalaman adalah sebagaikaedah mempengaruhi kanak-kanak,
menghubungkaitkan dengan keseronokan,meningkatkan perhatiankanakkanak dan meredakan tekanan, meluaskan perbendaharaan kata kanakkanak disamping memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan kata
simbolik. Membentuk dan membuat bonekamerupakan satu bidang yang
mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya.
Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan
satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan.
Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangiciri9

ciri reka bentuk di sampin kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan
dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila
pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan
cerita. Oleh sebab itu, guru perlu bijak dalam memilih cerita yang akan
digunakan dalam sesi P&P. Misalnya, guru menggunakan cerita dongeng
rakyat seperti Si Kancil yang sememangnya sinonim dengan ilmu sedia ada
para murid.
Penggunaan boneka dalam P&P memberi banyak faedah antaranya
memenuhi fitrah naluri kanak-kanak yang suka bermain. Seperti kita sedia
maklum, kanak-kanak lebih tertarik untuk bermain meskipun mereka berada
di sekolah. Oleh itu, guru yang menggunakan boneka dalam pembelajaran
menepati konsep pembelajaran adalah belajar sambil bermain. Selain itu,
kanak-kanak tidak berasa bosan kerana aksi-aksi boneka tersebut dapat
menceriakan suasana P&P.
Di samping menarik minat murid-murid pada sesi P&P pada hari itu,
guru juga membantu menimbulkan rasa seronok dan teruja melihat aksi
boneka

yang

dipersembahkan.

Secara

tidak

langsung,

ini

dapat

menghilangkan rasa bosan dan menceriakan sesi P & P dan menggalakkan


murid-murid untuk berasa teruja dating ke sekolah. Boneka sesuai digunakan
sebagai alat bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk
menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan. Dengan
ini,murid-murid

akan

lebih

menghayati

dan

memahami

sesebuah

penyampaian itu dengan khusus untuk di samping melihatkan diri secara


tidak langsung melalui penggunaan boneka. Pengaplikasian permainan
bonekaakan

mendedahkan

murid

untuk

berkomunikasi

dengan

lebih

berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan


merangsang imaginasi.Selain daripada itu, penggunaan boneka juga juga
mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama secara kumpulan.

10

Kesimpulannya,

penggunaan

boneka

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran banyakmemberikan pengalaman baharu kepada guru-guru


dan murid-murid yang terlibat. Penggunaan boneka memberikan peluang
kepada murid-murid belajar sambil berhibur tanpa disedari oleh mereka.
Cara ini memberikan kesan yang amat berkesan dalam proses pembelajaran
murid-murid terlibat. Penggunaan boneka berjaya meningkatkan minat
danmotivasimurid-murid

terhadap

pengajaran

dan

pembelajaran

di

dalambilik darjah. Guru boleh menggunakan boneka sama ada pada


peringkat set induksi, perkembangan pelajaran ataupun untuk tujuan
pengukuhan. Penggunaan boneka dalam pelajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di dalam bilik darjah banyak memberikan pelbagai pengalaman
baharu kepada guru-guru dan murid-murid.

Nama

: Nabilah binti Mansor


11

No Kad Pengenalan
(i)

: 920122-04-5138

Simulasi Pengajaran Membaca dan Menulis Menggunakan


Boneka
PROSEDUR PELAKSANAAN BONEKA

1. Murid-murid akan dikumpulkan di dalam darjah dan rapat ke hadapan kelas


bertentangan dengan kotak wayang boneka .
2. Guru akan berada di belakang kotak wayang boneka dan mengambil alih watak
boneka dan beberapa watak lain.
3. Pengkisahan bermula dengan muzik kedengaran dan pengenalan watak utama
boneka.
4. Pengkisahan seterusnya dimulakan dengan babak pertama.
5. Watak boneka utama akan dibantu oleh beberapa watak lain yang akan
dimunculkan disepanjang pengkisahan.
6. Pengkisahan turut akan diselang-seli dengan nyanyian. Kesemua ini akan
diadakan dengan penglibatan murid-murid / penonton.
7. Pengkisahan perjalanan boneka utama akan berakhir .
8. Seterusnya guru akan merumuskan apa yang dipelajari dan melakukan refleksi
secara kolektif dengan murid / penonton dan refleksi secara individu (guru) untuk
direkodkan dan dijadikan panduan penambahbaikan di masa hadapan.

(ii)

Refleksi Individu

12

Menurut kamus dewan edisi keempat (2007), boneka adalah patung misalnya
orang atau binatang yang boleh digerakkan dengan menarik tali yang dilekatkan
padanya atau dengan memasukkan tangan ke dalam badannya dan menggerakkannya.
Hasil pembelajaran menggunakan boneka ini membolehkan pelajar untuk mentakrifkan
definisi boneka, menghuraikan jenis-jenis boneka yang boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.
Boneka adalah objek-objek yang diukir untuk mewakili watak-watak cerita. Apa
yang perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti boleh digerak-gerakkan seolaholah hidup. Boneka juga mempunyai sifat-sifat yang tersendiri, yang menampilkan
watak-watak riang, sedih, marah dan lain-lain. Boneka ialah objek atau bahan yang
digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca ataupun cerita yang disesuaikan. Nillie
Mc Caslin (1984), menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan
mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasanan yang lebih
menyeronokkan dan seterusnya memotivasikan pelajar. Biasanya, penggunaan boneka
tidak hanya terhad

kepada bentuk orang, tetapi boleh juga berbentuk haiwan dan

objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita yang tertentu. Ketika boneka
dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara ataupun bunyi-bunyian dimainkan bagi
mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh guru sendiri ataupun
sekumpulan pelajar.
Selathurai Nadeson (1982), menerangkan bahawa boneka (puppet show) boleh
digunakan untuk menerangkan atau menghuraikan sesuatu, memberi arahan,
mengucapkan sesuatu yang lucu, bercerita, menyoal dan juga untuk mencipta situasisituasi drama yang melibatkan kanak-kanak. Boneka akan memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk memperkayakan dan menambahkan kemahiran bahasa dan juga
memberi peluang untuk perkembangan kemahiran imaginatif. Zaharatullaili (2006) telah
menjalankan kajian mengenai penggunaan boneka telah digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran pendidikan prasekolah.
Boneka merupakan salah satu bahan bantu yang dapat menarik minat
dan perhatian kanak-kanak terhadap pembelajaran kerana sifat semula jadi
kanak-kanak itu yang sukakan boneka. Bermain dengan boneka dapat memberi
13

peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk mengembangkan potensi


masing-masing berdasarkan tahap kebolehan dan kemahiran mereka. Kajian
beliau mendapati teknik penggunaan boneka yang berkesan dapat membantu
kanak-kanak dalam perkembangan bahasa, emosi, sosial, komunikasi, fizikal
dan pengetahuan kanak-kanak. Oleh itu, penggunaan boneka di dalam sesi P&P
literasi di dalam kelas dirasakan sangat sesuai bagi menceriakan dan
membuatkan suasana kelas lebih menarik untuk para pelajar belajar.

Nama
No Kad Pengenalan

: Ain Farhana binti Zainal


: 920731-04-5352

14

(i)

Simulasi Pengajaran Membaca dan Menulis Menggunakan Boneka

Aktiviti

: Mengenali Hidupan Akuatik

Objektif pengajaran :
1
2
3
4

Murid dapat mengenali haiwan yang hidup di dalam air.


Murid dapat membaca cerita dengan menggunakan ayat yang mudah.
Murid-murid dapat melakonkan semula dialog dengan menggunakan boneka.
Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dan kemahiran komunikasi.

Bahan-bahan

: Boneka-boneka, pentas boneka , LCD, salinan-salinan dialog,


gunting, kadbod, gam dan lidi.

Cara pelaksanaan

:Set induksi (5 minit)

Guru memperkenalkan set boneka yang berkaitan dengan hidupan dalam air. Guru
menerangkan bagaimana boneka tersebut dibuat. Guru bertanya kepada murid-murid
tentang jenis-jenis haiwan akuatik melalui penggunaan boneka. Guru meminta muridmurid mengeluarkan bahan-bahan yang telah diberitahu untuk dibawa bagi aktiviti ini.
Langkah 1
Guru menerangkan kepada murid aktiviti yang disediakan untuk mereka dan cara untuk
menghasilkan boneka. Murid mendengar dengan teliti arahan guru dan menerima
contoh boneka yang telah disediakan oleh guru. Guru menyediakan set boneka kepada
murid. Guru meminta murid mengenal pasti jenis-jenis haiwan akuatik melalui boneka
dengan bimbingan guru.

Langkah 2

15

Guru memaparkan dialog yang telah disediakan menggunakan LCD. Guru meminta
murid untuk fokus terhadap pancaran LCD yang memaparkan dialog tersebut. Guru
melakonkan dialog tersebut bersama intonasi yang betul dengan menggerakkangerakkan boneka hidupan akuatik mengikut dialog. Guru meminta murid menggunakan
kemahiran mendengar dan seterusnya memerhatikan cara yang betul untuk membaca
dialog dan menggunakan boneka. Guru meminta seorang murid untuk melakonkan
semula bagaimana cara yang betul menggunakan boneka di hadapan kelas. Cara ini
dapat memberi idea kepada murid-murid bagaimana boneka berfungsi.

Langkah 3
Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan kecil.Guru

menyediakan

bahan-

bahan asas seperti gunting dan gam kepada murid. Setiap kumpulan akan mencipta
dialog menggunakan ayat yang mudah. Seterusnya, guru meminta setiap kumpulan
untuk mencipta boneka sendiri mengikut kreativiti masing-masing yang sesuai dengan
karakter di dalam dialog. Ini untuk memastikan bahawa murid-murid memahami
karakter hidupan akuatik yang terdapat di dalam dialog.

Langkah 4
Seterusnya, guru meminta setiap kumpulan untuk melakonkan dialog di hadapan kelas
menggunakan boneka yang telah disiapkan oleh murid. Dengan cara ini, guru dapat
memastikan semua murid terlibat dalam proses pembelajaran secara keseluruhan dan
dapat berkomunikasi dengan yakin menggunakan cara sebutan yang betul dan jelas.

Penutup

16

Guru menerangkan nilai-nilai murni yang terdapat pada dialog yang telah
disediakan murid. Murid-murid dapat mengetahui cara yang betul
menggunakan teknik boneka.

Contoh Dialog Lakonan


Di dalam sebuah kolam, terdapat banyak ikan. Mereka sangat sombong dan tidak
pernah mendengar cakap sesiapa. Namun begitu, di dalam kolam ini, terdapat seekor
anjing laut yang baik hati. Suatu hari, si anjing laut berkata kepada ikan yang sombong.
Anjing Laut

: Tidak baik sombong dan terlampau yakin. Nanti suatu hari, boleh

memakan diri.
Ikan

: Cis! Lihatlah si tua anjing laut itu. Asyik menasihati sahaja!

Pada satu tengahari, si anjing laut sedang berehat di atas batu. Tiba-tiba, datang
seekor jerung dengan muka bengisnya.
Ikan jerung

: Wah! Banyaknya ikan di kawasan ini. Nasib baik aku sudah kenyang.

Tidak mengapa. Esok aku akan datang semula ke sini untuk makan
tengahari.
Anjing Laut

: Wahai ikan-ikan sekalian. Lebih baik kamu semua tinggalkan kolam


ini. Nanti ada si jerung mahu mencari makan di sini.

Ikan

: Ha. Ha. (ketawa). Apalah kau ni anjing laut. Sibuk sahaja. Tepi lah
kau!

Pada keesokan hari, si jerung yang kelaparan datang semula untuk mencari makanan.
Si jerung pun terus mengejar dan menangkap ikan-ikan termasuk ikan yang sombong
tersebut.
Ikan

: Tolong! Tolong!
17

Anjing laut

: Aku sudah beritahu kepada kau tetapi sikap degil kau telah
membinasakan diri kau sendiri.

ii)

Refleksi Individu

18

Boneka berasal dari istilah Portugis boneca. Namun begitu, kewujudan boneka
telah dicatatkan kira-kira 3.000 tahun sebelum masihi. Ketika itu, orang-orang Mesir dan
Cina telah membut boneka pelbagai bentuk dan saiz. Bahan yang digunakan adalah
kayu, tanah liat, atau tulang binatang.Pada waktu itu, bentuk boneka adalah tidak
menarik dan boleh dikatakan menyeramkan. Boneka tersebut sangat kaku dan tidak
digerak-gerakkan. Boneka dengan lengan dan kaki yang dapat digerakkan dibuat
pertama kalinya pada 600 tahun sebelum masihi namun masih tetap digunakan untuk
keperluan ritual dan keagamaan.
Boneka sebagai mainan kanak-kanak dibuat secara besar-besaran pada abad
15 di Kota Nuremberg, Augsburg, and Sonneberg, Jerman. Boneka tersebut dibuat dari
tanah liat, kayu, dan lilin serta diberi pakaian yang menggambarkan wanita Jerman saat
itu. Di akhir Perang Dunia I, Amerika tercatat sebagai negara penghasil boneka terbesar
di dunia. Di antara tahun 1925 dan Perang Dunia II, bahan pembuatan boneka
membuat boneka menjadi lebih menarik.
Secara konsepnya, boneka adalah objek yang terdiri daripada alat sebenar atau
bahan ciptaan yang berbentuk haiwan,tumbuhan dan sebagainya yang digerakkan oleh
pemainnya dengan menggunakan dialog mengikut sesuatu watak atau cerita. Ini adalah
bagi memastikan jalan cerita dapat lebih difahami dan jelas jika dibandingkan dengan
penceritaan tanpa penggunaan alatan.
Namun begitu, pengggunaan boneka tidak semestinya berkait dengan
penceritaan dan dialog sahaja. Ia juga boleh digunakan mengikut konsep yang kedua
iaitu boneka adalah objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang
disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Ini bermaksud boneka dapat digunakan
dalam pengajaran bagi menarik minat pelajar dalam subjek yang sedang diajar.

19

Terdapat banyak tujuan menggunakan boneka dalam pengajaran. Salah satu


daripadanya adalah mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan.
Penggunaan cara yang biasa digunakan oleh guru di dalam kelas boleh menjadi sangat
rutin dan membosankan. Dengan penggunaann boneka ini, sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan cara yang paling kreatif dan menarik.
Selain itu, penggunaan boneka dapat digunakan untuk memperkukuh kemahiran
bahasa melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan. Pengalaman
sebenar adalah apabila murid melihat sendiri bagaimana sesuatu kemahiran bahasa itu
dapat digunakan tetapi melalui cara yang seronok dan menggembirakan seperti
persembahan boneka di hadapan kelas menggunakan cerita yang menarik dan mudah
difahami oleh murid.
Guru sedia maklum bahawasanya murid lebih mudah menghadam dan
menghafal sesuatu yang diajar itu jika kefahaman dapat disemai. Penggunaan boneka
dapat mempercepat dan mempermudah pemahaman murid terhadap sesuatu cerita,
peristiwa atau isi pelajaran. Ini sekaligus dapat membantu meringankan beban
pendididik untuk tidak mengambil lebih masa dalam mendidik murid dalam sesuatu
kemahiran bahasa itu dan sekaligus menggunakan masa lebihan yang ada untuk murid
mengaplikasikan ilmu yang diajar dalam kehidupan seharian.
Bukan itu sahaja, penggunaan boneka dalam pengajaran dan pelajaran dapat
memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan ciptaan dan karya seni bagi kedua-dua
pihak samada guru yang mengajar dan juga murid yang belajar. Kreativiti murid harus
dicungkil dan dipupuk dari umur yang muda agar mereka tidak mempersiakan bakat
yang terpendam.
Pelajar juga akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti P&P kerana mereka
berminat dengan apa yang sedang diajar oleh guru. Mereka akan lebih fokus dan teruja
sekaligus mengakibatkan aktiviti mampu berjalan dengan lancar dan cemerlang. Oleh
itu, guru perlulah bijak menggunakan boneka untuk menarik minat murid dalam
pembelajaran.
20

Penggunaan boneka dapat membina keyakinan diri murid untuk berkomunikasi


dengan berkesan. Mereka boleh menggunakan boneka sebagai medium komunikasi
dengan orang lain sebelum bertindak dengan lebih berani dengan cara membuang
sepenuhnya boneka dan berkomunikasi secara berhadapan. Murid yang kurang
keyakinan

diri

harus

bermula

secara

berperingkat

sebelum

mereka

dapat

berkomunikasi dengan lebih baik.


Tambahan pula, proses pembuatan boneka itu sendiri dapat memupuk semangat
bekerjasama dan berkongsi pengalaman. Murid yang lebih kretif dan berpengalaman
dapat membimbing rakan-rakan mereka dalam menyiapkan boneka dan membantu
mana-mana rakan yang dalam kesusahan. Ini adalah penting kerana mereka masih
muda dan mentah dan tidak semua mempunyai kebolehan untuk menghasilkan sebuah
boneka.
Terdapat pelbagai jenis boneka yang dapat dihasilkan dan digunakan seperti
boneka Sarung Tangan, boneka daripada alat sebenar, boneka lidi, wayang kulit,
boneka bertali, boneka jari, boneka tongkat dan boneka penuh. Kaedah bagi
menggunakan teknik ini yang pertama adalah pemilihan cerita. Pemilihan cerita adalah
bahagian yang paling penting kerana hanya cerita yang tidak seronok tidak akan dapat
menarik perhatian murid. Di samping itu, faktor isu yang dibincangkan didalam buku itu
juga haruslah mengikut peringkat umur.
Cerita bagi kanak-kanak yang berada di darjah 6 tidak mungkin akan tertarik
dengan cerita bagi murid darjah 1. Selain itu, elemen yang terkandung dalam sesebuah
cerita itu haruslah mempunyai perkaitan dengan pelajar supaya mereka dapat lebih
menghayati sesebuah cerita. Contoh cerita yang menarik adalah berkenaan haiwan,
kehidupan dan keadaan semasa.
Guru juga mempunyai dua pilihan samada untuk memilih cerita, kemudian
membuat skrip dan seterusnya membuat boneka berdasarkan watak dalam cerita. Cara
ini lebih mudah kerana guru tidak perlu pening memikirkan kesesuaian boneka dengan
watak kerana boneka dibuat selepas pemilihan cerita.
21

Cara yang kedua adalah menggunakan sebarang boneka yang akan dijadikan
watak dalam cerita. Cerita ini selalunya tidak mempunyai tema yang khusus dan
bersifat lebih terbuka dimana apa jua watak masih dapat menjalankan cerita ini tanpa
sebarang masalah. Sesuai untuk guru yang sudah mempunyai banyak boneka lain dan
inginkan variasi dalam pengajarannya.
Seterusnya adalah skrip bagi sesebuah cerita. Skrip tidak perlu menggunakan
ayat yang terlampau panjang dan meleret. Ianya harus sesuai dengan peringkat umur
kanak-kanak dan kosa kata yang digunakan adalah mmengiut umur. Perkataan yang
terlampau tinggi tarafnya walaupun tidak digalakkan namun boleh digunakan sedikit
bagi menambah kosa kata pelajar.
Namun begitu, skrip hanyalah garis panduan dalam sesebuah penyampaian
cerita dan boleh diubahsuai mengikut kreativiti dan situasi. Dialog yang digunakan
boleh diubah supaya lebih menyerupai perbualan yang biasa dari perbualan yang
skema. Unsur humor juga dapat diselitkan bagi menarik minat pelajar dan menjadikan
cerita lain dari yang biasa mereka dengar disamping menyuntik elemen yang segar ke
dalam cerita yang sudah lama.
Pencerita juga memainkan peranan penting dalam penyampaian cerita dimana
beberapa teknik harus diamalkan supaya penceritaan akan menjadi lebih menarik.
Pencerita boleh menggunakan teknik menggerakkan boneka bagi meghidupkan lagi
cerita dan menjadikan cerita seolah hidup dngan kehadiran watak-watak boneka ini.
Selain itu, dialog yang diungkapkan oleh watak boneka haruslah selaras dengan
tingkah laku bagi mennunjukkan apa yang sedang dilakukaan oleh watak itu didalam
cerita. Guru boleh cuba untuk memvariasikan suara bagi watak yang berlainan. Ini
dapat menunjukkan dengan lebih jelas perbezaan antara watak. Jika pencerita
merasakan terlalu sukar untuk menggerakkan boneka sambil bercerita, dia boleh
menggunakan khidmat pembantu dengan syarat pembantu mampu menggerakkan
boneka mengikut pencerita.

22

Kesimpulannya, penggunaan boneka di dalam pengajaran dan pembelajaran


banyak memberi faedah dan kebaikan tidak kira kepada guru atau pun murid-murid.

Nama

: Siti Nurhuda binti Sarman


23

No Kad Pengenalan
(i)

: 920513-01-6510

Simulasi Pengajaran Membaca dan Menulis Menggunakan Boneka

Boneka tongkat dan pentas lipat telah disediakan untuk pembelajaran.


Boneka dibuat dalam pelbagai bentuk bagi menarik minat murid-murid
terhadap pembelajaran. Boneka akan digunakan sebagai simulasi untuk
membaca dan menulis.
Pertama sekali, boneka akan muncul dalam pentas dengan mengucapkan
selamat pagi sambil menyanyi.
Lirik lagu : Selamat pagi, selamat pagi, selamat pagi semua.
Apa khabar, apa khabar, khabar baik, lalala
Boneka A menunjukkan kad suku kata sambil menyebutnya. Boneka B
mengajuk suku kata yang disebut oleh Boneka A dan diikuti oleh muridmurid.
bo
bu

to
ta

ku
li

pi
la

Kemudian, Boneka A menunjukkan kad suku kata sambil mengeja dan


meminta Boneka B serta murid-murid mengikutinya.
bo
bu

to
ta

ku
li

pi
la

Boneka A menunjukkan beberapa gambar atau benda maujud. Boneka B


dan murid-murid menyebut nama benda-benda tersebut.

24

Setelah itu, Boneka A mencantum kad suku kata untuk membentuk


perkataan. Boneka B menyebut dan membaca perkataan diikuti oleh muridmurid.
bo
to
ta
bu
Bola
Topi
Tali
Buku

la
pi
li
ku

Murid-murid akan memadankan suku kata yang

diberi untuk membentuk perkataan pada lembaran kerja. Latihan ini sekali
gus melatih murid-murid menulis mengikut kad suku kata yang ditunjukkan
oleh boneka.
Selepas aktiviti ini, murid-murid digalakkan mencuba sendiri boneka
tersebut dan belajar menggunakan kad suku kata yang baharu. Murid-murid
juga boleh mencipta boneka mereka sendiri dan melakukan simulasi yang
berbeza seperti menyanyi atau bercerita berdasarkan cerita yang ringkas.
Aktiviti ini mestilah berdasarkan kreativiti masing-masing dan menggunakan
pengetahuan yang sedia ada atau melatih pengajaran baharu.
Aktiviti-aktiviti nyang berikut adalah antara yang boleh digunakan
sebagai aktiviti susulan:
a) Menggerak lakonkan semula cerita
b) Membina boneka
25

c) Menyanyi menggunakan boneka


d) Mempelbagaikan suara menggunakan boneka
(ii)

Refleksi Individu

Boneka adalah objek-objek yang diukir untuk mewakili watak-watak


cerita. Apa yang perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti boleh
digerak-gerakkan seolah-olah hidup. Boneka juga mempunyai sifat-sifat
yang tersendiri, yang menampilkan watak-watak riang, sedih, marah dan
lain-lain.
Boneka ialah objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip
yang dibaca ataupun cerita yang disesuaikan. Nillie McCaslin (1984),
menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar
dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasanan yang lebih
menyeronokkan dan seterusnya memotivasikan pelajar.
Biasanya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang,
tetapi boleh juga berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak,
situasi dan cerita yang tertentu. Ketika boneka dimainkan atau digerakkan,
muzik latar, suara ataupun bunyi-bunyian dimainkan bagi mengiringi
pergerakan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh guru sendiri ataupun
sekumpulan kanak-kanak.
Teknik Boneka dikenali juga sebagai teknik patung atau puppet. Teknik
ini adalah antara teknik yang sangat digemari oleh kanak-kanak kerana
pergerakan boneka dan dialog dalam lakonan boneka ini sangat menarik dan
menghiburkan. Ada kanak-kanak berkeperluan khas yang pendiam tetapi
akhirnya mahu bercakap setelah gurunya menggunakan boneka untuk
bercakap dengannya dan dia juga menggunakan boneka untuk menjawab
soalan guru tadi. Guru boleh menyediakan berbagai-bagai jenis boneka
seperti boneka kayu, boneka sarung tangan, boneka tali, boneka piring dan
sebagainya. Namun, boneka yang dibuat oleh murid sendiri adalah lebih
26

bermakna

kepada

mereka. Bagi

mencapai objektif

pengajaran, guru

hendaklah memberi peluang muridnya bercakap atau berlakon dengan


menggunakan boneka sesama mereka.
Berdasarkan Kamaruddin Hussin & Siti Hajar (1998), penggunaan boneka
dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan peluang kepada muridmurid mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan.
Penggunaan boneka juga mmemberikan peluang kepada murid-murid belajar
sambil berhibur tanpa disedari oleh mereka.
Kaedah ini juga akan mempercepat serta memudahkan pembelajaran
murid

terhadap

sesuatu

cerita,

peristiwa

atau

isi

pelajaran

yang

disampaikan. Boneka dapat mengguna dan mengguna dan memperkukuh


kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis murid-murid melalui
pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan.
Penggunaan boneka yang pelbagai bentuk dan warna boleh menarik
minat

murid-murid

secara

tekal

dan

kekal.

Boneka

juga

mampu

meningkatkan daya kreativiti murid-murid. Aspek ini dapat diaplikasikan


menerusi aktiviti melukis, membuat dan mereka cipta boneka, mengadakan
kesan bunyi, teknik menggerakkan boneka. Persembahan boneka melibatkan
penggabungjalinan mata pelajaran seni visual semasa penciptaan boneka.
Jika melibatkan penggunaan lagu semasa simulasi, mata pelajaran muzik
juga mampu diserapkan.
Penggunaan boneka berjaya meningkatkan minat dan motivasi muridmurid terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru
boleh menggunakan boneka sama ada pada peringkat

set induksi,

perkembangan pelajaran ataupun untuk tujuan pengukuhan. Penggunaan


boneka dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak
memberikan pelbagai pengalaman baharu kepada guru-guru dan muridmurid.

27

Nama

: Anis Suzanna binti Mat Rejab

No Kad Pengenalan
(i)

: 920704-07-5100

Simulasi Pengajaran Membaca dan Menulis Menggunakan Boneka


AKTIVITI MEMBACA DAN MENULIS

1.0 Aktiviti Mengeja Suku Kata.

Pertama sekali, guru akan membahagikan murid kepada kumpulan yang terdiri

daripada empat orang murid.


Guru kemudiannya mengendalikan sesi pembelajaran dengan menggunakan
boneka tongkat. Guru memberikan arahan menggunakan boneka tersebut dan

seolah-olah boneka tersebut yang berinteraksi dengan murid.


Guru memberi arahan supaya murid bersedia dengan kertas kosong dan

sebatang pensil.
Guru menerangkan peraturan dan arahan dalam aktiviti mengeja suku kata.
Antara peraturannya ialah:
1.1 Semua murid perlu mendengar dengan teliti perbualan yang dilakukan oleh
boneka tersebut.
1.2 Boneka tersebut akan memulakan aktiviti dengan menyebut dua suku kata.
Sebagai contoh, boneka akan mengeja ma + ta.

28

1.3 Kumpulan pertama diberi peluang untuk mengeja dua suku kata yang
digabungkan itu dan memberi jawapan yang tepat. Sebagai contoh,
kumpulan pertama akan mengeja perkataan mata dengan betul.
1.4 Mereka perlu memberitahu boneka apakah itu mata. Jika mereka dapat
menjawab dengan betul sebagai contoh,Ini mata saya cikgu(menunjukkan
jarinya pada mata), satu markah akan diberikan kepada mereka.
1.5 Rasional di sebalik pertanyaan apakah itu mata ialah supaya murid-murid
tahu apa yang dieja oleh mereka dan bukannya sekadar menghafal.
1.6 Seterusnya, dalam kumpulan yang sama, wakil dari kumpulan tersebut
dikehendaki menulis dengan betul perkataan yang dilaungkan oleh boneka
tersebut di atas kertas. Guru akan menyemak sama ada betul ejaannya
atau tidak. Jika mereka menulis mate, mereka tidak akan beroleh markah.
1.7 Jika mereka dapat menulis jawapan dengan tepat, satu markah akan
diberikan menjadikan dua markah kesemuanya jika mereka dapat
menjawab soalan pertama.
1.8 Setelah selesai kumpulan pertama, guru akan melakonkan boneka tersebut
dan menyebut pula suku kata yang lain.
1.9 Boneka mengeja ka + ca. Seperti kumpulan pertama, mereka diberi
peluang untuk mengeja dua suku kata yang digabungkan itu dan memberi
jawapan yang tepat. Sebagai contoh, kumpulan pertama akan mengeja
perkataan kaca dengan betul. Seterusnya, mereka perlu memberitahu
guru apakah itu kaca.
1.10 Markah akan diberi sekiranya mereka dapat menjelaskan dengan baik
apakah itu kaca.
1.11 Seterusnya, dalam kumpulan yang sama, wakil dari kumpulan tersebut
dikehendaki menulis dengan betul perkataan yang dilaungkan oleh boneka
tersebut di atas kertas. Guru akan menyemak sama ada betul ejaannya
atau tidak. Jika mereka menulis kacha, mereka tidak akan beroleh markah.
1.12 Begitulah seterusnya untuk kumpulan-kumpulan yang lain. Permainan ini

boleh diadakan dalam beberapa pusingan.


Setelah permainan tamat, guru akan mengira jumlah markah yang diperoleh

murid-murid.
Guru akan mengisytiharkan pemenang.

29

Guru dikehendaki untuk memperbetulkan kesalahan murid. Sebagai contoh, guru


perlu menulis ejaan yang sebenar jika murid tersalah mengeja perkataan

tersebut.
Guru perlu memberikan motivasi atau semangat kepada kumpulan yang kurang
bernasib baik dan menggalakkan mereka untuk lebih banyak membaca dan

menulis.
(ii)
Refleksi Individu
Berdasarkan tugasan projek Literasi Bahasa Melayu pada kali ini, saya
mempelajari pelbagai ilmu yang bermanfaat yang dapat saya digunakan pada waktu
pembelajaran dan pengajaran. Tugasan kali ini memerlukan kami untuk membina
boneka yang akan digunakan dalam satu sesi simulasi pengajaran pemulihan
membaca dan menulis.
Antara kelebihannya ialah, penglibatan boneka akan meransang interaksi verbal
murid.

Dalam

pembelajaran,

murid-murid

akan

diminta

untuk

bersama-sama

menyuarakan pandangan dan memberi respon terhadap boneka tersebut. Dalam aktiviti
tersebut, mereka perlu bekerjasama dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan akan
merasakan diri mereka diperlukan dalam kumpulan itu kerana pada bila-bila masa
sahaja mereka akan dipanggil secara rawak untuk mengutarakan pandangan atau pun
memberi jawapan kepada soalan yang ditanyakan. Tiada seorang pun daripada mereka
dibiarkan sendiri atau terkecuali daripada pembelajaran ini.
Selain itu, penglibatan boneka akan menjadi satu alat penting untuk mengikis
rasa bosan dan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan tidak statik. Lazimnya,
murid-murid akan berasa bosan atau mengantuk apabila sesi pembelajaran dijalankan
pada waktu tengah hari. Maka dengan itu, boneka inilah yang akan menimbulkan
suasana santai dan ceria lalu mencetuskan minat para pelajar untuk menumpukan
perhatian terhadap pembelajaran. Jika guru gagal menceriakan suasana dan hanya
menggunakan papan hitam sebagai alat untuk mengajar, sudah pasti murid-murid akan
cepat hilang tumpuan dan fokus terhadap pembelajaran. Guru perlu bijak menggunakan
segala kaedah atau teknik yang ada dalam mengajar. Boneka pula mempunyai
pelbagai jenis. Antaranya ialah, boneka daripada peralatan sebenar, boneka sarung
30

tangan, boneka penuh, boneka kosong di tengah, boneka jari, boneka wayang kulit,
boneka tongkat, boneka tali dan topeng muka. Boneka yang menarik seperti ini sudah
pasti mampu untuk menarik minat pelajar dalam pembelajaran.

Tambahan pula, pendekatan menggunakan boneka dalam sesi pembelajaran


mampu menjadi alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Dalam pembelajaran
bahasa, sesi pembelajaran boleh dilakukan secara fleksibel menggunakan apa sahaja
bahan yang ada di sekeliling kita, seperti boneka. Justeru, permainan yang melibatkan
peralatan atau boneka merupakan aktiviti yang sangat bermakna dan penting dalam
aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.
Secara keseluruhannya, pembelajaran yang melibatkan boneka atau peralatan
lain mampu mewujudkan suasana kelas yang ceria kerana pelajar akan menyukai
aktiviti tersebut. Pelajar akan berasa lebih santai untuk mempelajari bahasa.

31

RUJUKAN
Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam : Oxford
Fajar Sdn Bhd.
PISMP KS. (13 Oktober 2011). Literasi BM : Penggunaan Boneka dalam P&P.
Diakses

pada

September

2012

di

http://notapismpks.blogspot.com/2011/10/literasi-bm-penggunaanboneka-dalam-p.html.
Zaman Haq. (13 September 2009). Boneka. Diakses pada 8 September 2012
di http://zamanrasa.blogspot.com/2009/09/boneka.html.

32

Anda mungkin juga menyukai