Anda di halaman 1dari 13

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Murid Di Sekolah Tidak Menyiapkan Kerja

Sekolah Yang Diberikan Oleh Guru Mata Pelajaran.

1. ABSTRAK
Latihan atau kerja rumah sering diberikan kepada murid-murid untuk mengukur tahap
pemahaman murid terhadap sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan,
selain itu latihan atau kerja rumah juga adalah sebagai salah satupengukuhan dan pengayaan
kepada murid. Namun apa yang menyedihkan, terdapatsebilangan murid tidak menyiapkan
dan seterusnya menghantar kerja rumah yangdiberi kepada guru pada masa yang dijanjikan.
Ini bukan saja telah menggangguproses pengajaran dan pembelajaran, tapi secara tidak
langsung

masalah

ini

akanmembuatkan

guru

menjadi

bosan

dan

menganggap

ataumelabel murid tersebutsebagai murid malas. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk
mengenal pastipunca masalah ini berlaku tanpa sewenang- wenangnya menuding jari kepada
mana-mana pihak sama ada guru, murid ataupun ibu bapa. Kajian Tindakan ini dijalankan ke
atas 10 orang pelajar Tahun 4 di SK Dato Onn Jaafar, Simpang Renggam Kluang Johor.
Secara umumnya murid-murid yang dikenal pasti menghadapi masalah tidak menyiapkan
kerja rumah Bahasa Melayu yang diberi. Selalunya pelajar menghadapi masalah tidak
menyiapkan kerja rumah semasa membuat soalan-soalan berbentuk kefahaman. Guru telah
mengenal pasti masalah ini semasa mengumpul buku latihan murid, mereka yang tidak
menyiapkan kerja rumah enggan menghantar buku mereka. Faktor yang menyebabkan
berlakunya masalah ini ialah ketiadaan bantuan di rumah, pengaruh rakan sebaya dan sosio
ekonomi.Seterusnya guru telah mengambil kaedah berstruktur untuk mengatasi masalah
ini.Tindakan- tindakan yang diambil menghasilkan keputusan yang memuaskan.
2. LATAR BELAKANG KAJIAN
Sekolah Kebangsaan Dato Onn Jaafar (SK Dato' Onn Jaafar) pada asalnya dikenali sebagai
SK Simpang Renggam 2.Ianya mula ditubuhkan pada 1 Disember 1995 untuk menampung
keperluan pendidikan yang semakin meningkat pada waktu tersebut. Di awal penubuhannya,
sekolah ini terpaksa beropersi dengan menumpang bangunan SK Simpang Renggam sehingga
31 Disember 1996 sementara menunggu bangunannya siap dibina.
Tanggal 1 Januari 1997 Sekolah ini telah mula beroperasi dibangunannya sendiri yang

terletak di KM. 72 Jalan Johor iaitu jalan lama yang menghubungkan antara Bandar Kulai
dan Pekan Air Hitam. Pada waktu tersebut proses pengajaran dan pembelajaran telah
digerakan oleh warga pendidik yang berjumlah 16 orang dibantu oleh seorang kakitangan
sokongan. Manakala seramai 352 orang murid telah ditempatkan sekolah ini.
Pertumbuhan dan pembangunan sosial dan ekonomi yang semakin pesat di daerah Simpang
Renggam terutamanya pembinaan taman-taman perumahan yang semakin banyak
menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah murid yang belajar di sekolah ini. Pada tahun
2001, sekolah ini terpaksa beroperasi secara 2 sesi kerana kekurangan bilik darjah..Masalah
yang sering kali dihadapi oleh guru-guru sekolah ini ialah segelintir murid tidak
akanmenyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru.
Guruguru sekolah selalu berbincang tentang faktor-faktor dan cara untuk menyelesaikan
masalah pelajar yang tidak dapat menyiapkan kerja rumah yang diberikan.. Masalah ini selalu
berlaku bagi tahun empat.Terdapat pelbagai faktor kepada permasalahan ini yang menjadi
punca utama bertambahnya kerunsingan para guru sekolah. Antara factor tersebut ialah
malas, Pengaruh rakan sebaya, Sosioekonomi keluarga, Pengaruh media massa, dan sikap
pelajar itu sendiri. Bukan sekolah ini sahaja malah majority setiap sekolah mengalami
masalah yang sama iaitu masalah murid tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan di
rumah pada tempoh yang telah ditetapkan.

3. ISU KAJIAN
Kejayaan adalah milik sesiapa sahaja yang berusaha untuk mendapatkannya. Kejayaan
yang dimiliki tidak datang dengan sendiri atau secara kebetulan sahaja. Menurut Dato Dr
MohdFadhilah Kamsah, Kejayaan seseorang murid terletak pada cara mereka memahami diri,
mengetahuiarah tujuan hidup dan teguh serta bersungguh-sungguh mencapai matlamat yang
diimpikan danakhirnya dengan berkat usaha yang dilakukan, hasil yang benar-benar
berkualiti diperoleh.Kejayaan bukan bergantung kepada nasib semata-mata.Kita perlu
berusaha untuk mencapaikejayaan yang diimpikan agar mencapai matlamat dalam melayari
bahtera kehidupan.begitulah harapan seorang guru yang ingin melihat anak didik kecilnya
berjaya didalam hidup. Namun pelbagai masalah yang perlu di tempuh bagi mewujudkan
anak bangsa yang Berjaya.

Kerja rumah atau tugasan selalunya diberikan kepada murid oleh guru untuk menilai tahap
kefahaman dan dapatan seseorang murid. Secara tidak langsung kerja rumah dapat menilai
tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.Namun masalah murid tidak
menghantar kerja rumah sering kali menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
terganggu.Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah amat penting bagi muridmurid . Dengan ini, guru dapat mengetahui keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan
tahap pencapaian pelajar.Ekoran daripada itu juga, guru dapat mengenal golongan murid
yang pandai dan yang kurang upaya menguasai sesuatu mata pelajaran yang diajar.Apabila
diambil kira kepentingan pengajaran dan pembelajaran dalam kehidupan seorang kanakkanak, adalah kritikal untuk seorang guru memberi pertimbangan terhadap kerja rumah yang
diberi kepada muridmuridnya.Kejayaan seorang murid menguasai sesuatu pelajaran juga
bergantung kepada keberkesanan kerja rumah yang diberikan.

4. OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk melihat :
1) Mengenal pasti sama ada faktor latar belakang keluarga mendorong
Pelajar tidak menyiapkan kerja rumah
2) Mengenal pasti samada factor media massa mendorong pelajar tidak menyiapkan
kerja rumah
3) Mengenal pasti samada factor rakan sebaya mendorong pelajar tidak menyiapkan
kerja rumah
4) Mengenal pasti samada faktor sikap mendorong pelajar tidak menyiapkan kerja rumah
5. PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang hendak dikaji sepanjang menjalankan kajian
lapangan ini:
1. Apakah faktor latar belakang keluarga mendorong pelajar tidak menyiapkan kerja
rumah
2. Apakah faktor media massa mendorong pelajar tidak menyiapkan kerja rumah
3. Apakah faktor lrakan sebaya mendorongpelajar tidak menyiapkan kerja rumah
4. Apakah faktor sikap mendorong pelajar tidak menyiapkan kerja rumah
6. KAEDAH KAJIAN

Kaedah tinjauan telah dilakukan dalam mengenal pasti sampel dan langkah membuat kajian.
Langkah- langkah yang telah dibuat seperti berikut:
5.1Kaedah Tinjauan
a) Mentakrif populasi
- pelajarsekolah SK Dato Onn JaafarSimpang Renggam Kluang Johor dijadikan
sebagai kawasan kajian malahan populasi pelajar yang bermasalah agak
mudah didapati kerana kebanyakan pelajar tersebut tinggal di sekitar kawasan
sekolah.
b) Memilih sampel yang bersesuaian
- Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk Dato Onn Jaafar, Pn Saidah,
pelajar dari Tahun 4 menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Jadi saya
memilih Tahun 4 sebagai sampel.
c) Mengumpul maklumat dengan menggunakan kaedah kaji selidik
- Setelah mendapat kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah, pelajar tahun 4
yang dipilih di kumpulkan di suatu kelas. Seterusnya kesemua pelajar
dikehendaki menjawab soalan kaji selidik yang berkaitan dengan skop kajian
saya iaitu masalah pelajar tidak menghantar kerja rumah yang diberikan bagi
sesuatu mata pelajaran.
d) Menganalisis data
- Data yang diperolehi di kumpulkan untuk dianalisis. Saya juga membuat
perbandingan serta menterjemahkanya dalam bentuk grafik.
6. KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti punca utama yang mendorong para pelajar sekolah
rendah yang selalu tidak menhantar kerja rumah yang diberikan oleh guru.Kajian ini juga di
jalankan untuk mengenalpasti punca dan kesan ponteng terhadap pelajar.Harapan saya
semoga hasil daripada kajian ini, pelbagai tindakan dan inisiatif dapat diambil oleh pihak
berkenaan untuk mengatasi masalah ini.
Latar belakang responden
Pelajar Tahun 4 yang telah di kenal pasti oleh guru sebagai pelajar yang mempunyai rekod
masalah kehadiran ini mempunyai latar belakang yang berlainan.Seramai 10 orang
responden telah memberi kerjasama dengn menjawab soalan soal selidik yang diberikan
serta memberi beberapa maklumat peribadi.

Jantina

Bilangan

Lelaki
Perempuan
Jumlah

peratus%

5
50
5
50
10
100%
Berikut adalah mengikut jantina responden

pekerjaan bapa responden


15

Series 1

10
5
0
petani

buruh

p.getah swasta

Berikut merupakan maklumat latar belakang keluarga respoden

Anggaran pendapatan keluarga


rm501-rm1000
rm1001-rm1500

8% 4%
3%

rm1500keatas
rm1-rm500

85%

Graf menunjukkan bahawa seramai 85% orang penjaga bekerja sebagai buruh, 8% orang
penjaga bekerja sebagai petani, 4% orang penjaga bekerja sebagai penoreh getah dan 3%
penjaga bekerja disektor swasta.
Adakah latar belakang responden ini menjadi faktor utama kes murid tidak menyiapkankerja
rumah atau ada faktor lain yang menyebabkan berlakunya masalah ini? Dapatan kajian ini
akan menjelaskan punca sebenar pelajar yang kerap tidak menyelesaikan kerja sekolah
digolongan pelajar Sekolah.
7. DAPATAN KAJIAN
- Persoalan kajian 1

Apakah faktor latar belakang keluarga yang mendorong pelajar tidak menyiapkan
kerja rumah?
Faktor latar belakang keluarga

Sang

Tidak

Kura

setuj

Sang

minimu

at

setuj

ng

at

tidak

pasti

setuj

setuj
Saya berasal dari keluarga miskin
Ibu bapa tidak mengambil berat

u
0
1

tentang pelajaran saya


Saya ke sekolah kerana dipaksa
oleh ibu bapa
Saya berasal dari keluarga yang

u
1
9

0
0

3.80
3.08
3.12

3.40

ramai
Purata keseluruhan

3.35

jadual 1
Jadual 1 di atas menunujukkan dapatan min dan kekerapan bagi faktor latar belakang
keluarga yang mendorong pelajar untuk tidak menyiapkan kerja rumah.Dapatan min tertinggi
sekali iaitu sebanyak 3.80 iaitu dengan pernyataansaya berasal dari keluarga miskin
.Seramai 9 orang yang setuju, 1 orang yang tidak setuju.Dapatan min terendah sekali ialah
sebanyak 3.08 dengan pernyataan ibu bapa tidak mengambil berat tentang pelajaran saya
.Seramai 1 orang yang sangat tidak setuju, 9 orang yang tidak setuju. Dapatan min bagi
faktor lain ialah 3.12 bagi pernyataan saya ke sekolah kerana di paksa oleh ibu bapa dan
3.40 bagi pernyataan saya berasal dari keluarga ramai. 3.35

-Persoalan kajian 2
Apakah faktor media massa mendorong murid tidak menyiapkan kerja sekolah?
Factor media massa

Sang

Tidak

Kura

setuj

Sang

minimu

at

setuj

ng

at

tidak

pasti

setuj

setuj

Sayasuka menonton televisyen


Saya suka menonton rancangan

u
0
0

0
0

0
0

9
6

1
4

3.80
3.17

hiburan
Saya suka meniru aksi dalam

3.08

3.40
3.39

filem di televisyen
Artis adalah idola saya
Purata keluruhan

Jadual 2
Dapatan min dalam jadual 3 menunjukkan pernyataan saya suka menonton televisyen
merupakan min tertinggi sekali iaitu sebanyak 3.80.Seramai 9 orang setuju dan seorang
sangat setuju.Dapatan min terendah sebanyak 3.08 bagi pernyataan saya suka meniru aksi
dalam program televisyen.Seramai 2 orang yang tidak setuju, 1 orang yang setuju dan 7
orang sangat setuju. Manakala dapatan min bagi pernyataan lain ialah sebanyak 3.17 bagi
pernyataan saya suka menonton program hiburan. Akhir sekali min 3.40 bagi pernyataan
artis adalah idola saya.

-Persolan kajian 3
Persoalan Kajian 4 Apakah faktor pengaruh rakan sebaya yang mendorong murid tidak
menyiapkan kerja rumah.?

Factor rakan sebaya

Sang

Tidak

Kura

setuj

Sang

minimu

at

setuj

ng

at

tidak

pasti

setuj

setuj

u
10

2.20

yang tidak sekolah


Saya sering berkunjung ke siber

4.12

cafe
Saya suka lepak di pasar minggu
Rakan saya merupakan pelajar

0
1

1
9

4
0

5
0

0
0

1.156
2.00

Sayaberkawan

dengan

budak

bermasalah
Purata keluruhan

2.47

Jadual 3

Jadual 4 menunjukkan dapatan min pengaruh rakan sebaya terhadap budaya murid yang
malas menyiapkan kerja rumah.Dapatan min tertinggi sekali ialah pernyataan saya sering
berkunjung ke siber kafe sebanyak 4.12. Seramai 5 orang yang tidak setuju, 2 orang yang
kurang pasti. Manakala 3 orang yang setuju.Dapatan min terendah pula 1.56 bagi pernyataan
saya suka lepak di pasar minggu bersama rakan. Seramai 1 orang yang tidak setuju 4 orang
kurang pasti dan 5 orang setuju dengan pernyataan ini. Manakala dapatan min bagi
pernyataan lain ialah 2.20 bagi pernyataan saya berkawan dengan orang yang tidak
bersekolah. Dapatan min 2.00 pula bagi pernyataan rakan saya merupakan pelajar
bermasalah.
-Persoalan kajian 4
Apakah faktor sikap menyebabkan pelajar tidak menyiapkan kerja rumah?
Factor sikap

Sang

Tidak

Kura

setuj

Sang

minimu

at

setuj

ng

at

tidak

pasti

setuj

setuj

u
Sayamalas bangun pagi
Saya tidak dapat memberi
tumpuan didalam kelas
Saya
malas
membuat

0
kerja

sekolah
Saya tidak mempunyai cita-cita
Purata keluruhan

1
0

9
10

3.44
4.24
8

3.64
3.20
3.63

Jadual 4
Jadual 5 menunjukkan dapatan min dan taburan kekerapan bagi faktor sikap pelajar yang
tidak menyiapkan kerja rumah.Dapatan min tertinggi sekali ialah 4.24 dengan pernyataan
saya tidak dapat memberi tumpuan dalam kelas.Seramai 10 orang setuju.Saya tidak dapat
mempunyai cita- cita menunjukkan dapatan min yang terendah sekali iaitu sebanyak
3.20.Seramai 3 orang kurang pasti, 7 orang setuju. Manakala dapatan min bagi faktor lain
pula seperti saya malas bangun pagi ialah 3.44 dan saya malas membuat kerja sekolah ialah
sebanyak 3.64.

Faktor pelajar tidak menyiapkan kerja rumah


4
3
2
1
0
latar belakang keluarga

media massa

rakan sebaya

sikap pelajar

Berdasarkan graf diatas, menunjukkan faktor sikap pelajar menjadi punca utama mengapa
ramai pelajar Tahun 4 SK Onn Jaafar terlibat dengan masalah pelajar yang tidak siapkan kerja
rumah.Min sikap pelajar jelas menunjukkan bahawa sikap pelajar merupakan faktor utama
masalah ini berlaku.Min sebanyak 3.63 merupakan tertinggi sekali berbanding faktor rakan
sebaya iaitu 2.47 sahaja.Perbezaan min sebanyak 1.16, ini menunjukkan bahawa faktor rakan
sebaya tidak member kesan yang besar kepada pemasalahan yang dibincangkan. Faktor
pengaruh media massa menunjukkan jumlah min kedua tertinggi. Dengan min sebanyak 3.39,
min ini tidak jauh bezanya dengan min latar belakang keluarga iaitu 3.35.Bolehlah
dirumuskan bahawa sikap pelajar itu sendiri menjadi punca utama murid malas membuat
kerja rumah yang diberikan.

8.RUMUSAN HASIL KAJIAN


FAKTOR DOMINAN (sikap pelajar)
Berdasarkan dapatan kajian dan graf, punca dominan mengapa pelajar SK Dato Onn
Jaafartidak menyiapkan kerja rumah dikenalpasti.Sikap pelajar itu sendiri yang menjadi
faktor dominan sehingga berlakunya fenomena ini. Dapatan min bagi sikap pelajar ialah 3.63
berbanding faktor lain. Mengapa sikap pelajar menyebabkan mereka tidak menyiapkan kerja
rumah yang diberikan?Berdasarkan soalan kaji selidik, paling ramai responden bersetuju
dengan pernyataan bahawa mereka tidak dapat memberi tumpuan dalam kelas.Mengapa
mereka tidak memberi tumpuan? Temubual bersama responden menunjukkan bahawa mereka
tidak bersedia untuk menghadapi pelajaran, tidak faham apa yang diajar oleh guru, pelajaran
terlalu sukar dan tidak berminat untuk belajar. Hasil dari temu bual dengan responden,

mereka menyatakan lebih suka menghabiskan masa dengan bermain, merokok dan
melepak.Hasil dapatan kajian juga, saya dapati pelajar tidak dapat menyiapkan kerja rumah
kerana Setengah pelajar keletihan kerana sebelah petang mereka menolong ibu bapa
membuat kerja kampung.Kesemua responden yang dipilih adalah dari kalangan murid yang
rendah tahap pencapaian akademik.Dalam diri responden juga tidak timbul minat untuk
belajar.Akhir sekali, dapatan kajian mendapati kesemua responden tidak mempunyai citacita.Mereka hadir ke sekolah kerana rakan- rakan bersekolah dan ibubapa mereka yang
memaksa ke sekolah.Hampir kesemua responden menyatakan tidak ada seorang pun ahli
keluarga yang melanjutkan pelajaran ke peringakat universiti atau menjawat- jawatan yang
baik.Ahli keluarga semunya bekerja kampung.Mereka tidak ada idola/ role model yang boleh
dijadikan pembakar semangat untuk mereka belajar. Saya berpendapat sekiranya masalah ini
berlarutan dan pelajar tidak ubah sikap, pelajar akan rugi kerana mensia-siakan peluang yang
ada. Guru- guru juga akan sentiasa dipersalahkan oleh pihak luar. Konflik akan sentiasa
wujud antara guru dan pelajar tanpa kesudahan.
9. CADANGAN BAGI MENGATASI MASALAH
A) guru kaunseling di sekolah haruslah memainkan peranan agar dapat menimbulkan
kesedaran dan motivasi tentang kepentingan pendidikan di sekolah pada setiap murid bagi
menggapai masa depan yang cemerlang kelak
B)setiap guru harusla juga memahami beban kerja rumah yang diberikan dengan tahap
kemampuan pelajar itu sendiri.pembahagian kerja secara bergilir adalah satu cara yang
terbaik agar pelajar dapat menyiapkan tugsan dengan lebih baik.
10.PENUTUP
Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas menunjukkan bahawa masalah pelajar tidak menyiapkan
kerja rumah adalah punca dari sikap pelajar itu sendiri. Pelbagai pihak perlu sedar tentang
keadaan ini dan jangan hanya menunding jari kepada pihak lain. Kita perlu bergabung tenaga
untuk mencari kata putus bagaimana untuk mengubah sikap pelajar. Pelbagai program yang
dibuat tidak akan berkesan sekiranya tidak mengetahui punca utamanya.
Masalah ini telah mengundang banyak masalah sampingan yang lain, masalah ini perlu
diambil berat oleh semua pihak sebelum nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi
yang lebih berguna pada masa hadapan.Langkah drastik daripada semua pihak patut

dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi samasamalah kita berganding bahu untuk mengatasi masalah ini.
Hasil dapatan kajian ini mungkin merupakan langkah awal dalam membanteras fenomena
malas dan tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru mata pelajaran.Tindakan
perlu dilakukan disekolah rendah lagi.
RUJUKAN
Alimuddin b. Mohd.Dom (2006).Membina Sekolah Cemerlang: Peranan Pengetua dan
GuruBesar bagi Meningkatkan Kecemerlangan Sekolah. Putrajaya : Jemaah Nazir Sekolah
Mohd.Fadzilah Kamsah, Ahmad Zabidi Abdul Razak & Noor Shamsinar Zakaria (2004).
Merancang Kejayaan. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Tajul Ariffin Noordin, Roslee Ahmad, Rahimawati Abdul Rahim, (2007). Membina pelajar
cemerlang: evolusi pembelajaran sepanjang hayat. Penerbit UTM.
Sumber rujukan internet
http://cikguhaidi.wordpress.com/
apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article45.pd
LAMPIRAN
BORANG KAJI SELIDIK
Tajuk: Masalah murid yang tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru
mata pelajaran
Sila jawab soalan dengan penuh jujur dan rasa bertanggungjawab,soalan yang diberi
hanyalah satu bentuk kajian ilmiah
Maklumat Sampel
Sekolah :____________________________________________________________
Tahun :________

Bangsa :_______________
Alamat : : __________________________________________________
Jantina :_______
Agama :_________ Umur: ____
Bilangan adik beradik : _______________
Anak ke : __________
Maklumat Penjaga Sampel
Pekerjaan Bapa /Penjaga :__________________________________________
Pekerjaan Ibu / Penjaga:____________________________________________
Status perkahwinan : Bersama ( ) Meninggal dunia()
Bercerai ( )
Anggaran gaji RM1- RM 500 ( )
RM 501-1000 (

RM 1001 - RM 1500 ( )
RM1501 KEATAS

Sila tandakan ( / ) pada kotak jawapan pilihan anda


1)
2)
3)
4)
5)

Sangat tidak setuju( )


Tidak setuju( )
Kurang Pasti ( )
Setuju ( )
Sangat setuju( )

1
2

soalan
Saya berasal dari keluarga miskin
Ibu bapa tidak mengambil berat

tentang pelajaran saya


Saya kesekolah kerana dipaksa oleh ibu

4
5
6

bapa
Saya berasal dari keluarga yang besar
Guru sangat garang
Guru memberi banyak kerja rumah

7
8

Saya suka menonton televesyen


Saya suka menonton rancangan

hiburan
Saya suka meniru aksi dalam

rancangan tv
Artis idola saya

0
11 Saya berkawan dengan orang yang
tidak bersekolah
12 Saya suka berkunjung ke cyber cafe
13 Saya suka melepak
14 Rakan saya merupakan pelajar
15
16
17
18
19
20

bermasalah
Saya malas bangun pagi
Saya tidak dapat member tumpuan
dalam kelas
Saya malas membuat kerja sekolah
Saya tidak mempunyai cita-cita

Anda mungkin juga menyukai