Anda di halaman 1dari 3

Gaya Hidup Sihat

Amalan kehidupan yang sihat dapat mengurangkan risiko kita untuk


terdedah kepada penyakit yang semakin mudah menyerang kita semua
pada hari ini dan boleh menjadi pembunuh utama manusia.
Masih ramai individu diluar sana yang mengalami masalah
berlebihan,tidak aktif dan tidak menjalani gaya hidup yang sihat.
Mereka ini menjadi sasaran penyakit strok kerana kebanyakan mereka
mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi.
Namun, masih belum terlambat untuk mereka berubah dan menjalani
hidup yang lebih sihat. Antara amalan yang mudah dilakukan adalah:
1. Pemakanan Sihat

Ini merupakan amalan utama dalam menjalani gaya hidup sihat.


Pemakanan yang sihat dapat membantu kita mengekalkan tubuh yang sihat
dan mengelakkan kita menjadi gemuk.
Kurangkan pengambilan makanan bergula dan garam kerana pengambilan
berlebihan boleh merisikokan kita mendapat darah tinggi, kencing manis
dan obesiti yang boleh menyebabkan strok.
Jika anda gemar makan makanan yang tidak menyihatkan, anda boleh
menggantikannya dengan snek yang berkhasiat dan pastikan anda tidak
mengambilnya pada waktu hampir dengan waktu makan malam.
Makan dalam jumlah yang kecil dan minum air kosong 6-8 gelas sehari.
2. Persekitaran Yang Bersih
Memastikan kebersihan diri dan juga persekitaran juga penting dalam
amalan gaya hidup sihat. Mengutamakan kebersihan dapat menghalang
wabak-wabak penyakit daripada terus tersebar dan merisikokan anda
mendapatkan penyakit lain.
3. Menjalani Pemeriksaan Kesihatan Berkala

Bukan ketika sakit sahaja perlukan pemeriksaan, anda perlu menjalani


pemeriksaan kesihatan berkala ini perlu bagi mengesan simptom awal
penyakit yang boleh meragut nyawa.

Sekiranya penyakit berbahaya dapat dikesan pada peringkat awal, ini boleh
memastikan cara pencegahan dan rawatan terperinci yang boleh
dijalankan.
Pemeriksaan kesihatan ini boleh dilakukan di hospital kerajaan atau
swasta.
4. Beriadah

Beriadah atau bersenam dapat mengeluarkan peluh dari badan. Toksin


dalam badan juga turut keluar melalui peluh.

Kebaikan bersukan

Senaman berjadual sangat perlu bagi memastikan tubuh anda menjadi


cergas dan membantu sistem peredaran darah lebih teratur. Ingat! Saluran
darah yang tersekat boleh mengakibatkan strok.
Contoh senaman mudah adalah seperti berlari,, bersukan, berjalan, dan
aerobik.
5. Berhenti Merokok

Seperti yang sedia maklum, tabiat merokok boleh merisikokan seseorang


mendapat penyakit paru-paru dan jantung dan lebih 40 jenis penyakit yang
boleh membawa maut.

Ini adalah kerana terdapat 4000 jenis bahan kimia yang berbahaya di
dalam asap rokok.

Jadi, bertindak sekarang, katakan tidak pada merokok. Dapatkan nasihat


dari doktor untuk menangani masalah ketagihan dan cara berhenti
merokok.
6. Atasi Stress

Semua orang mengalami stress atau tekanan. Pelbagai punca yang boleh
menyebabkan stress, antaranya masalah keluarga, kerja, kewangan,dan
sebagainya.
Tekanan atau stress yang berpanjangan boleh menimbulkan rasa marah.
Jadi, atasi masalah ini dengan mengawal tekanan dan kemarahan.
Beberapa cara untuk mengurangkan marah:

Berfikir secara positif

Belajar bertenang

Wujudkan hobi

Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah

Rehat dan tidur yang cukup

Cari teman untuk berkongsi atau meluahkan masalah

7. Pastikan Rehat yang Cukup

Rehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan selain dapat
menenangkan tubuh badan serta minda.
Selain itu, proses metabolisme juga dapat berjalan dengan lancar dengan
rehat yang mencukupi.