Anda di halaman 1dari 2

TOKOH MURID PUTERA 2014

Tokoh Murid Putera ini dilahirkan pada tanggal 19 Mac 2002 di Hospital Kluang, Johor.
Anak ketiga daripada 6 orang adik beradik. Beliau

mendapat

Pendidikan awal di Pra

Sekolah Nur Iman dan meneruskan persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Air Papan.

Tokoh ini meminati mata pelajaran Sains dan Matematik bercita-cita untuk menjadi
seorang Saintis atau seorang doktor suatu hari nanti. Tambahan lagi, beliau begitu meminati
mantan Perdana Menteri Malaysia ketiga iaitu Tun Hussein Onn sebagai idolanya. Di masa
lapangnya, beliau juga gemar bermain bola sepak.

Beliau amat disenangi dalam kalangan guru-guru serta rakan-rakanya. Beliau telah
menyertai beberapa aktiviti di peringkat sekolah seperti perkhemahan, motivasi UPSR dan
pelbagai pertandingan. Beliau telah mewakili sekolah ke pertandingan catur dan ping pong
pada peringkat daerah.

Di sekolah beliau menjawat jawatan sebagai seorang pengawas. Beliau juga


merupakan Pengerusi badan beruniform Pengakap.

Putera bertuah yang dimaksudkan ialah ADIK MOHAMAD SYAHRUL RUSYDI BIN
SHOBANI

TOKOH MURID PUTERI 2014

Tanggal 31 Mei 2002 telah dimahkotakan seorang puteri bagi pasangan bahagia En.
Mohd Fadzil dan Pn. Muslimah. Dilahirkan di Hospital Kluang, Johor. Anak kedua daripada 3
orang adik-beradik.

Tokoh ini merupakan tunjang kecemerlangan bagi sekolah dan jua rakan-rakan.
Beliau menjadi juga menjadi inspirasi dan idola rakan-rakan di sekolah. Seorang tokoh yang
amat berdedikasi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Tokoh ini amat meminati
mata pelajaran Bahasa Inggeris dan secara langsung meletakkan Pn. Nadiah sebagai mentor
yang amat disayanginya.

Bercita-cita menjadi usahawan wanita yang berjaya, menjadikan beliau amat


konsisten dalam pelajaran. Ingin menceburi bidang penternakan ikan keli organik bagi
Kampung Air Papan.

Selain itu beliau juga begitu aktif dalam bidang kokurikulum seperti mewakili sekolah
pada peringkat daerah bagi permainan bola jaring. Anugerah yang berjaya dirangkul oleh
beliau ialah :
Keseluruhan terbaik tahun 6
Mata pelajaran terbaik bagi BM, BI, MATH, SAINS
Peningkatan prestasi keseluruhan
Tokoh Puteri yang dimaksudkan ialah ADIK NUR FATIAH BINTI MOHD FADZIL

Anda mungkin juga menyukai