Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG

SK LKTP SUNGAI SAYONG


KULAI, JOHOR



,Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Sesungguhnya kami merafakkan doa dan menadah tangan
menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan qudrat-Mu, yang telah
menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi
yang berbahagia ini, di dalam Hari Anugerah Cemerlang, SK SETIA
ALAM SELANGOR.
Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar,
Ya Allah Ya Tuhan kami, kau kurniakanlah kepada anak-anak kami
dengan hati yang terang dan dada yang lapang. Kau kurniakanlah
kepada mereka dengan cahaya kefahaman, kesihatan akal fikiran
dan tubuh badan, kemudahan di dalam segala urusan dan
kurniakanlah kepada mereka dengan kejayaan dan
kecemerlangan di dunia mahupun di akhirat.
Ya Allah, Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah
Ya Allah Ya Tuhan kami, kau terbitkanlah rasa kebesaran, di dalam
setiap hati murid-murid yang menerima hadiah kecemerlangan dan
penghargaan pada hari ini, dengan rasa kesyukuran dan kehambaan
kepada-Mu Ya Allah.
Kami juga memohon daripada-Mu Ya Allah, agar majlis pada hari ini
dapat menjadi dorongan dan galakkan kepada murid-murid lain,
untuk mereka sama-sama berusaha dengan gigih dan tekun di
dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan aspek pembinaan diri
insan.
Ya Allah, Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang
beriman dan bertakwa. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada
melanggari perintah-Mu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang
berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras,
minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang
beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia
dan juga di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai