Anda di halaman 1dari 3

KEPERLUAN KEMAHIRAN KAUNSELING DALAM BIDANG PERUBATAN SUNNAH

1)

Pernyataan Masalah

Bidang perubatan alternatif semakin berkembang di negara ini. Bidang perubatan alternatif terdiri
daripada rawatan bekam, urutan, pemakanan sunnah dan sebagainya. Kadangkala pesakit yang
mengalami sakit fizikal turut terjejas emosinya. Namun begitu, masih ramai pengamal perubatan
alternatif yang kekurangan kemahiran dari segi kaunseling terhadap pesakit yang dirawat. Penyelidik
ingin memfokuskan kajian ini bagi mengkaji hubungkait antara kaunseling dengan perubatan
alternatif bagi membantu pesakit dari segi emosi.
1.2)

Persoalan Kajian

i. Bagaimanakah konsep kaunseling yang digunakan bagi menangani masalah emosi


pesakit?
ii.

Bagaimanakah latarbelakang pesakit yang mengalami gangguan emosi?

iii.

Apakah faktor-faktor penyebab gangguan emosi pesakit?

iv.

Apakah amalan yang boleh membantu mengurangkan tekanan pada mental

pesakit?

1.3

Objektif Kajian
Berdasarkan temu bual penyelidik bersama kaunselor/Pegawai Psikologi PSA mendapati
mereka lebih selesa menggunakan pendekatan Roger dan Rational, Emotional, Behavior
Therapy (REBT). Namun demikian, menurutnya lagi, pendekatan ini disesuaikan dengan
latar belakang klien dan masalah yang dihadapi. Adalah didapati bahawa sekitar 40% kes
yang dikendalikan berkaitan masalah ponteng kelas, masalah pembelajaran, pergaulan
rakan sebaya, dan masalah keluarga yang mengakibatkan pelajar tidak ada motivasi untuk
meneruskan pembelajaran atau pengajian dan sebagainya. Bilangan gender pelajar lelaki
dan perempuan tidak menunjukkan perbezaan yang nyata. Hanya 30% pelajar dirujuk atas
kesalahan ponteng kuliah, merokok, tidak membuat tugasan dan sebagainya. Walau
bagaimanapun bagi menghadapi pelajar yang sukar untuk berkomunikasi, kaunselor akan
menggunakan terapi seni dan mengisi borang soal selidik agar klien lebih bersedia untuk
berkongsi permasalahan yang sedang dihadapinya.

Penyelidik mendapati sepanjang temu bual tersebut, kaunselotr atau pegawai


psikologi tidak menggunakan pendekatan kaunseling Islam semasa sesi kaunseling
dijalankan. Oleh itu penyelidik bertanggungjawab untuk membantu pelajar menangani
masalah dengan menggunakan pendekatan kaunseling Islam agar masalah yang dihadapi
sebenarnya yang berpunca dari kosongan jiwa, atau dalam erti kata penyakit kejiwaan

hanya

boleh

dirawat

dengan

pengisin

rohani.

Objektif kajian ini ialah:


i.

Menjelaskan konsep pendekatan kaunseling yang digunakan di PSA.

ii.

Mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami masalah kemurungan.

iii.

Menghuraikan faktor-faktor penyebab kemurungan.

iv.

Menganalisis tingkah laku yang dilakukan pelajar kemurungan.

v.

Menganalisis keperluan pendekatan kaunseling Islam.

1.4

Metodologi Kajian
1.4.1

Reka Bentuk Kajian

Penyelidikan ini akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan kajian tinjauan.


1.4.2

Lokasi Kajian

Lokasi penyelidikan ialah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,Malaysia.
1.4.3

Sampel Kajian

Sampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Ini berdasarkan kepada pendapat Chua
Yan Piaw bahawa persampelan bertujuan (Purposive sampling) merujuk kepada prosedur
persampelan di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai
responden kajian. Oleh yang demikin, penyelidikan ini menggunakan persampelan
bertujuan yang mana hanya pelajar kemurungan yang dikenal pasti melalui soal selidik
inventori Beck akan dipilih sebagai sampel kajian.
1.4.4

Pengumpulan Data

Patton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual formal, temu bual
tidak formal dan temu bual terbuka. Merriem (1998) menyatakan pula terdapat tiga jenis
temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual tidak
berstruktur.
Dalam penyelidikan ini, penyelidik akan menggunakan kaedah kulitatif iaitu temu
bual dengan kaunselor dan sampel untuk mendapatkan data serta maklumat. Temu bual
secara separa berstruktur dengan menggunakan protokol temu bual. Soalan temu bual
dibina oleh penyelidik berdasarkan persoalan kajian seperti profil pelajar kemurungan,
faktor-faktor penyebab kemurungan dan salah laku yang dilakukan pelajar yang mengalami
kemurungan.
Kajian kepustakaan juga digunakan bagi memperoleh kajian lepas berkaitan
pendekatan kaunseling, pendekatan kaunseling Islam dan masalah kemurungan meliputi
faktor penyebab kemurungan, salah laku yang dilakukan pelajar mengalami kemungan.
Manakala kaedah kauntitaitf juga berbentuk soal selidik akan digunakan bagi
mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami kemurungan, menganalisis faktor-

faktor penyebab berlakunya kemurungan, salah laku yang dilakukan pelajar yang
mengalami kemurungan. Soal selidik Inventori Beck yang diubahsuai .
1.3.5

Penganalisisan Data

Data yang diperolehi akan diproses dengan menggunakan program Statistic Package for
Sosial Science (SPSS).
1.5

Limitasi Kajian

Kajian ini hanya akan melibatkan pelajar Islam Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah yang mengalami masalah kemurungan.

Kemurungan
Kemurungan yang boleh dianggap sebagai suatu perasaan, suatu sindrom atau suatu
penyakit klinikal (Dacey & Kenny, 1997) . Mana kala menurut Beck (1976) dalam Iran
Herman (2003) telah menyenaraikan faktor penyalahan diri, kasihan diri dan rasa kasihan
kepada pihak lain adalah faktor yang menyebabkan kemurungan. Oleh yang demikian
kemurungan dapat dilihat sebagai suatu sindrom penyakit emosi yang akhirnya
menzahirkan tingkah laku atau perlakuan seperti ponteng kelas, menyendiri, tidak dapat
menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran dan sebagainya.
Dalam kajian ini kemurungan dilihat
Kesan Kemurungan
Kesan kemurungan yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar seperti ponteng kuliah, tidak
menumpukan perhatian terhadap pembelajaran, suka berkhayal, sering datang lewat ke
kuliah, kerap bersendirian dan lain-lain.
Kemurungan seumapama ini boleh mengakibatkan pencapian akademik terjejas dan ada
juga pelajar mengambil keputusan berhenti daripada meneruskan pelajaran atau
pengajiannya.

Faktor Penyebab Kemurungan


Antara

penyebab

kemurungan

ialah

dikeranakan

masalah

emosi,

masalah

pembelajaran,faktor persekiaran, latar belakang pelajar , masalah keluarga, , masalah malu,


kebimbangan , tidak berminat dengan kursus yang diikuti ,percintaan dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai