Anda di halaman 1dari 22

CORAK PERGERAKAN DOMINAN

MENDARAT DENGAN TANGAN


Corak Pergerakan Dominan Mendarat
Prinsip mekanik :

1) Momentum mendarat perlulah di serap pada jangka masa yang


lama.
2) Momentum mendarat mesti diserap dengan sentuhan maksima
diantara bahagian badan dan tilam.

JENIS MENDARAT
1) Mendarat dengan kaki
2) Mendarat dengan tangan
3) Mendarat dengan putaran
4) Mendarat dengan badan

SPOTTING MENDARAT DENGAN BANTUAN TANGAN

Spotting ialah seni memelihara alam sekitar selamat untuk


persembahan gimnastik. Dengan menggunakan tangan atau peralatan yang
lengkap , jurulatih dapat membimbing pelajar atau gimnas melalui
kemahiran gimnastik yang dipelajarinya , dan kadang kala selepas sesuatu
jangka masa yang lama pelajar atau gimnas mendapat kemahiran yang
sempurna.
Pada dasarnya , terdapat tiga jenis spot :
1) The Carry Spot
jurulatih akan memberi tunjuk ajar terlebih dahulu kepada
pelajar yang baru mempelajari kemahiran gimnastik dan tidak
tahu di mana tempat untuk meletakkan bahagian badan atau
bagaimana untuk memulai kemahiran gimnastik.
Kadang kala jurulatih boleh berinteraksi dengan pelajar sampai
pelajar tidak berasa segan ataupun malu dan menunjukkan
gambaran sehingga pelajar memahaminya. Dengan
menggunakan The Carry Spot pelajar dapat mengetahui di
mana dia patut meletakkan bahagian badan dan di mana titik
permulaan untuk pelajar memulakan langkah penting dalam
menyempurnakan kemahiran gimnastik.

2) The Control Spot


Jika pelajar telah berlatih kemahiran gimnastik , tetapi masih
tidak yakin dengan kebolehannya untuk menyempurnakan
sesuatu pergerakan , jurulatih akan menggunakan the Control
Spott dalam spot ini jurulatih hanya akan mengendalikan
tubuh pelajar dengan cekap sebanyak mungkin yang perlu
sehingga dia dapat menyempurnakan kemahiran gimnastik
dengan melakukannya sendiri.

3) The Safety Spot


semasa melakukan safety spot' jurulatih membenarkan pelajar
untuk mencuba kemahiran gimnastiknya dengan sendiri , tetapi
jurulatih berada berhampiran bagi memberi tunjuk ajar atau bantuan
jika perlu.

Spots yang baru saya huraikan telah selesai secara


keseluruhannya dengan handsportting. Jurulatih menggunakan tangannya
dan kekuatan lengan dan tubuh untuk menangkap atau mengawal pelajar
dengan selamat semasa pelaksanaan kemahiran gimnastik.
Kebolehan jurulatih untuk spot memainkan peranan besar dalam
berapa banyak kemahiran yang pelajar dapat belajar , atau untuk
pecubaan. Kebolehan untuk spot kemahiran gimnastik secara selamat
adalah bakat yang berkembang mengikut masa dengan kerja keras dan
latihan. Kebanyakan jurulatih belajar bagaimana untuk spot ketika mereka
nenjadi seorang gimnastik. Mereka sambung belajar bagaimana untuk spot
kemahiran yang lebih susah seiring dengan kemajuan dalam kerjaya
jurulatih mereka , dan di klinik rekabentuk mengajar bagaimana untuk
berlatih dan kemahiran baru spot.
Seorang gimnas tahu jurulatih mana yang bagus dsn yang mana
tidak. Hubungan jurulatih gimnastik dalam meghormati hendaklah kuat dan
percaya kepada seorang gimnastik untuk mencuba kemahiran lanjutan
dalam sebahagian daripada peralatan gimnastik. Selepas sekali menjatuhkan
seseorang , jurulatih akan menghadapi kesukaran untuk meyakinkan
seseorang gimnastik untuk pergi ke kemahiran gimnastik yang seterusnya.

APA YANG PERLU DIAMBIL BERAT SEMASA SPOTTING

Sebagai ibu bapa anak anda mungkin akan menceritakan ketakutannya


dalam mencuba kemahiran gimnastik yang baru atau susah kepada anda.
Maklumat di bawah di sedikan untuk membantu anda membimbing anak
anda menyelesaikan masalah ketakutannya terhadap kemahiran baru
ataupunn situasi yang dialami.
Senarai ini menganggap semua kawasan gimnastik mempunyai alas yang
bersesuian dengan latihan atupun kemahiran yang akan dilakukan.
1) Seseorang gimnastik hendaklah sentiasa bertanya tentang spot
jikalau terdapat keraguan tentang kebolehannya untuk melakukan
kemahiran gimnastik dengan selamat. Adalah lebih baik jurulatih
untuk spot daripada membiarkan seseorang pelajar mendarat
dengan kepala. Ada masanya seseorang jurulatih memberitahu pelajar
supaya melakukan kemahiran gimnastik dengan sendiri.
a. Tiada seorang jurulatih pun yang akan memberitahu pelajar
untuk melakukan kemahiran dengan sendiri melainkan pelajar
tersebut 100% meyakinkan pelajar tersebut mempunyai
kebolehan untuk melakukan kemahiran dengan sendiri.
Keputusan tersebut adalah salah satu daripada bahagian yang
paling susah bagi seseorang jurulatih dan cuba untuk
membaca fikiran pelajar samada dia sudah bersedia ataupun
tidak. Kebiasaannya selepas jangka masa panjang dengan

pelajar , jurulatih akan mengetahui pelajar tersebut bersedia


untuk mencuba kemahiran baru dan mengetahui bila pelajar itu
tidak bersedia.
b. Sesetengah pelajar lebih sanggup dipanggil self starters oleh
jurulatih daripada mempelajari kemahiran baru. pelajar-pelajar
lain pula mungkin memerlukan ganjaran khas bagi kejayaan
emlakukan kemahiran gimnastik. Kebiasaannya jurulatih akan
melakukan apa sahaja bagi membantu pelajar melakukan
percubaan kemahiran gimnastik.
2) Perkara penting yang perlu diingat adalah bila seseorang pelajar
melakukan kemahiran dengan sendiri , peluang untuk mendapatkan
kecederaan adalah lebih kecil daripada mengubah fikirannya ketika
sedang melakukan kemahiran. Ini adalah sepeti mengubah arah
kereta anda daripada bergerak ke hadapan kepada bergerak ke
belakang , kereta akan kehilangan kawalan. Perkara yang sama akan
berlaku kepada pelajar apabila dia mengubah fikiran ketika
melakukan kemahiran, dia akan hilang tumpuan atau kawalan dan
akan menyebabkan kecederaan.

3) Jika pelajar tidak dapat melakukan sesetengah kemahiran , terdapat


kemungkinan dia tidak memahami sepenuhnya kemahiran atau
arahan yang di ajar , jurulatih berpengalaman akan mengulangi
kemahiran yang diajar daripada asas untuk mencari bahagian yang
tidak difahami.

4) Dalam sesuatu pertandingan gimnastik , spotting hendaklah


dikurangkan. Ini adalah penting kepada jurulatih untuk spot
sehingga pelajar membiasakan dengan peralatan di dalam kelab
yang di sertai. Untuk kemahiran yang susah , seorang spotter
mungkin sentiasa perlu berada berhampiran bagi mengelakkan
sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.
a. Sepatutnya spot tidak diperlukan dalam pertandingan kerana
apabila seseorang jurulatih spot pelajarnya memberikan kesan
kepada pelajar tersebut. Memberi dorongan kepada pelajar
tersebut adalah diperlukan. Apabila spot tidak berada di sana
pelajar mungkin tidak mendarat dengan tidak sempurna atupun
terlebih mengulangi kemahiran dan menyebabkan kecederaan
kepada diri kerana dia tidak mengetahui bagaimana untuk
melengkapkan kemahiran tanpa pembantu.
b. Dalam pertandingan pelajar hendaklah berkebolehan
melakukan kemahiran dalam menyempurnakan rutin dengan
sendiri. Pelajar perlu mempersembahkan rutin persembahannya
setiap minggu bagi memahirkan dan membiasakan untuk
kepentingan.

5) Bagi memajukan kemahiran seorang pelajar jurulatih mungkin boleh


menggunakan kaedah dengan mengurangkan spotting. Sesetengah
kaedah tidak selalunya boleh digunakan kerana bergantung kepada
jumlah peralatan yang terdapat di dalam gimnasium. Jika pelajar
takut untuk melakukan tanpa spot kaedah ini mungkin boleh
membantu beliau melakukan kemahiran seorang diri.

PERALATAN KESELAMATAN DAN MEKANIKAL SPOTTING

Kebanyakan gimnasium menggunakan overhead spotting belt yang


diletakkan di atas perkakas seseorang gimnastik. Ia terdiri daripada tali
yang mengikat di sekeliling pinggang pelajar. Tali di sambung di sebelah
lain tali pinggang yang direntang secara selari dengan tangkal yang
digantung di siling gim. Jurulatih memegang hujung tali yang satu lagi dan
membiarkan pelajar tergantung di udara dengan selamat bagi mempelajari
kemahiran baru. Ini adalah kaedah khas dan hendaklah digunakan oleh jurulatih
yang diiktiraf sahaja.
Corak pergerakan dominan mendarat dengan tangan dapat kita lihat
apabila pelajar melakukan kemahiran seperti:

Dirian tangan

Hambur tangan

Putar roda (cartwheel)

DIRIAN TANGAN
Tangan diletakkan diatas tilam dengan jarak seluas bidang bahu,
menghala ke hadapan searah dengan jari kaki, jari-jari tangan dibuka bagi
menambahkan keluasan tapaknya. Siku sentiasa diluruskan untuk memastikan
berat badan ditahan melalui tulang-tulang tangan dan tidak disokong oleh otototot. Pergerakkan tangan terkawal dan lurus semasa diayun kebawah
Ayunan kaki keatas dibuat secara lurus dan pada masa yang sesuai.
Kepala didongak kebelakang agar dagu betul-betul melintasi garisan hujung jari
dan mata dapat memandang lebih kurang 0.6 hingga 0.9 meter kehadapan
dengan selesa. Bahu akan berfungsi sebagai sangatuas, kepala dan tengkuk
berada pada sebelah bahagian tuas, sementara sebelah bahagian tuas lagi ialah
badan dan kaki.
Badan dalam keadaan imbang, disokong oleh tangan, kaki dirapatkan.
Untuk mengawal imbangan, badan dan kaki mestilah digerak-gerakkan agar
pusat graviti beerada diatas bahu. Ini baik sekalui dilakukan dengan meluruskan
pinggul, utut, sendi pergelangan kaki dan mengeraskan otot-otot punggung agar
hujung jari kaki berada betul-betul diatas pangkal tengkuk. Badan hendaklah
menunjukkan lengkung yang menarik dari kepala hingga kehujung kedua-dua jari
kaki. Lengkung ini janganlah terlalu besar

Rajah

Imbangan juga boleh dikawal dengan menumpukan pandangan kepada


satu tanda kira-kira0.9 meter dihadapan. Penumpuan kepada satu tanda ini
amatlah berguna pada kesemua latihan imbangan. Jika anda berasa akan
terjatuh kebelakang iaitu melintasi kepala, tekankan jari-jari ke lantai. jika
sebaliknya berlaku, tekan pangkal tangan anda ke lantai pula. Dengan cara ini ia
boleh mengubahsuaikan imbanga badannya agar dirian tangan tidak terjatuh.
Siku dan bahu juga boleh diubah-ubahkan kedudukannya bagi tujuan imbangan.
Kedudukan kepala yang ditunduk atau didongakkan juga boleh membantu
imbangan.
Penyesuai yang dilakukan semasa kita berdiri sebelah kaki juga berlaku
apabila kita membuat dirian sebelah tangan. Apabila pelatih manjadi mahir,
penyesuaian ini tidaklah begitu ketara oleh kerana latihan yang kerap dilakukan.
Pelatih mendarat dengan menurunkan sebelah kaki balik ke arah lonjak terlebih
dahulu diikuti satu lonjatan kecil dan tolakan tangan dilakukan serentak untuk
berdiri semula .
Peringkat Perkembangan Dirian Tangan
1. Badan direnggang sebelum kaki ditendang naik. Tangan lurus keatas.
2. Badan dibongkokkan dengan tangan dan kaki menyokong.
3. Dirian tangan dengan badan dan kaki dengan lurus

rajah

10

Ansur Maju Dirian Tangan


A. Lonjakan Sebelah Kaki
1. Lejang kuda ( rajah 4.13 -a )
2. Imbangan dekan ( rajah 4.13 -b )
3. Dirian tangan dalam kumpulan tiga orang dipalang dinding ( rajah 4.13 -c).
Ulang gerak kerja dirian tangan berpasangan dengan penyokong
menghadap dan mencekak pinggul pelatih ( rajah 4.13 d )
4. Dirian tangan dipalang dinding. Gunakan tapak kaki untuk menolak
dinding bagi mendapatkan imbangan.
5. Dari kedudukan dirian tangan, cuba biarkan berat badan berpindah
melebihi tangan. Ini akan menyebabkan badan akan terjatuh dihadapan.
Bagi menggelakkanya daripada jatuh terhempas, angkat sebelah tangan
yang akan menyebabkan badan berputar diatas sebelah tangan yang satu
lagi dan mendarat dengan selamat.
6. Dirian tangan dengan kedudukan badan dalam keadaan imbang dan
disokong oleh tangan serta kaki yang dirapatkan. Menahan imbangan
selama tiga hingga lima saat.

rajah

11

B. Lonjotan Dua Kaki


1. Lejang kuda.
2. Dalam kedudukan sokong hadapan dengan badan dibongkokkan dan
kemudian badan digoyangkan.
3. Berdiri mendekam dan dirian tangan secara berpasangan. Penyokong
mencekak punggung pelatih dan membantu untuk mendapatkan
kedudukan badan dan kaki yang lurus ( Rajah 4.13 e )
4. Berdiri, mendekam dan dirian tangan dalam kumpulan bertiga,
berpasangan dan individu pada palang dinding atau dinding.
5. Berdiri, lutut dibengkokkan, tangan menyokong hadapan kemudian
lakukan Dirian tangan secara berpasangan dan individu pada palang
dinding atau dinding.
6. Berdiri, mendekam dan dirian tangan secara individu

RAJAH ; GERAK KERJA PENYESUAIAN DIRIAN TANGAN

12

Teknik Dan Cara-Cara Menyokong Dalam Dirian Tangan


1. Badan pelatih diluruskan. Begitu juga dengan kaki dan tangan.
2. Penyokong merapatkan badan kepada pelatih. Kedua-dua tangannya
memegang pinggul pelatih.
3. Tangan pelatih masih lurus dan berada diantara kaki hadapan penyokong
( Rajah 4.14 )

RAJAH :
MENYOKONG DALAM DIRIAN TANGAN

13

HAMBUR TANGAN

Pengenalan
Hambur tangan merupakan salah satu kemahiran asas dalam gimnastik
artistik. Kemahiran ini haruslah dikuasai oleh setiap gimnas sebelum melakukan
sebarang pergerakan senaman lantai atau pada peralatan lain yang lebih sukar.
Hambur tangan ini dikategorikan di dalam kemahiran asas dalam gerak kerja
ketangkasan.
Aras Dalam Hambur Tangan
Pergerakan hambur tangan dibahagikan kepada empat aras iaitu :
1. Larian muncul
a. Tumit di angkat, larian yang terkawal dengan jarak larian sama atau
konsisten.
b. Bersedia untuk melakukan lonjakan, lutut dibengkokkan sedikit, tangan
dihayun ke hadapan selari dengan lantai.
c. Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan dan badan dicondongkan
sedikit.
d. Kepala berada dalam kedudukan biasa iaitu selari dengan badan
kerana jika kepala mendongak, kelajuan akan terhad.
e. Larian mempunyai 7, 5 dan 3 langkah untuk mempelajari hambur
tangan bagi tujuan pergerakan yang lebih terkawal.
2.Lonjakan
a. Berat badan dipindahkan kepada kaki hadapan dan badan bertambah
condong.
b. Kaki yang tidak dilonjak di hayun ke belakang.
c. Tangan mencecah lantai iaitu kira-kira 0.9 di hadapan kaki yang
melonjak.
d. Keseluruhan berat badan kemudiannya dipindahkan ke tangan.
e. Tangan dibuka selebar bahu, jari menghala ke hadapan.
f. Siku dibengkokkan, kepala tag.

14

3. Penerbangan
a. Kaki yang melonjak di angkat.
b. Kedua-dua kaki dihayun ke hadapan dan atas apabila berat badan
melintasi atas tangan.
c. Apabila badan mencapai 800, suatu tolakan yang kuat dilakukan
dengan siku diluruskan.
d. Apabila badan melambung ke atas dan hadapan, satu lengkung yang
menarik akan terhasil.
e. Lutut dan sendi pinggul diluruskan sepenuhnya.
4. Pendaratan
a. Kaki dibuka sedikit agar pendaratan dapat dilakukan dengan kemas.
b. Pergelanggan kaki dan lutut dibengkokkan untuk menampung berat
badan semasa melakukan pendaratan.
c. Semasa mendarat, tangan diayun ke hadapan dan bawah untuk
membawa badan ke hadapan, ini menjadikan pusat graviti badan
stabil.
d. Satu lonjakan kecil dilakukan untuk mendapatkan kedudukan berdiri
tegak.

15

Teknik Dalam Hambur Tangan


1. Tangan lurus ke atas, bahu dikembangkan, mula melangkah.
2. Pengembangan bahu dikekalkan, dada ditekan ke bawah arah lantai.
3. Bahu di belakang tangan yang dilurus, kaki tendang dengan kuat ke
belakang.
4. Kaki mula dirapatkan, kepala donggak, badan dikekalkan lurus.
5. Pendaratan dibuat di atas pangkal jari-jari kaki.
Konsep Dalam Hambur Tangan
1. Mengaplikasikan daya dalam hamburan yang dilakukan.
2. Aksi dan masa reaksi.
3. Memindahkan momentum depan ke arah gerakan atas dan hadapan.
Cara Menyokong Hambur Tangan
1. Tangan kanan penyokong mencekak bawah bahu pelaku, tangan kiri
memegang pinggangnya.
2. Penyokong berdiri rapat berhampiran pelaku dengan lutut dibengkokkan
untuk membantu mengangkat pelaku.
3. Bahu pelaku hendaklah ditahan agar tidak tersungkur ke hadapan.

16

Rajah : CARA MENYOKONG

17

Kesalahan Yang Sering Dilakukan


1. Tempat jangkauan tangan ke hadapan pada lantai sebaliknya ditutup
dengan kaki.
2. Membengkokkan lengan.
3. Kurang tekanan daripada badan disebabkan kedudukan badan yang tidak
condong.
4. Bahu ditolak tidak tepat pada waktunya.
5. Murid tidak fleksible dengan penerbangan di mana mereka tidak
membengkokkan belakang sebaliknya menolak keluar.
6. Tidak cukup momentum menyebabkan kegagalan untuk mendarat ke
belakang kerana kurang hayunan daripada kaki atau tolakan tangan.
Langkah Keselamatan
1. Menggunakan peralatan yang bersesuaian dengan aktiviti iaitu tilam,
papan anjal dan peti lombol ( vault ).
2. gunakan tilam untuk mendarat bagi mengurangkan risiko kecederaan.
3. Langkah-langkah ansur maju dilakukan terlebih dahulu.
4. Penyokong sentiasa bersedia untuk membantu iaitu memegang lengan
atau bahu serta belakang badan pelaku sehingga sesuatu kemahiran
yang dilakukan tamat.

18

19

GLOSARI

Istilah-istilah dalam gimnastik


Alang

Beam

Ansurmaju

Progression

Ayun Lampai Lengan Lurus

Long Arm Over Swing

Ayun Luas

Giant Swing

Ayun Luas Belakang

Giant Swing Backwards

Ayun Lampai Dua Kali

Double Beat Over Swing

Batang Titian

Balance Beam

Bola Segar

Physio ball

Cekak Campuran

Mixed Grip

Cekak Hadapan

Regular Grip

Cekak Kilas

Reverse Grip

Dirian Belakang/ Tengkuk

Back/Neck Stand

Dirian Kepala

Head Stand

Dirian Kepala Bersudut

Angle Head Stand

Dirian Hadapan

Front Stand

Dirian Tangan

Hand Stand

Dirian Tinggi

High Stand

Dirian Tinggi Tangan

High Hand Stand

Duduk Melunjur

Horizontal Sitting

Gantung Terbalik

Revers Hangging

Gaya Lelayang

Swallow Position

Guling Belakang

Backward Roll

Guling Hadapan

Forward Roll

Hambur Belakang

Back Spring

Hambur Kucing

Cat Spring

Hambur Lenting

Flic-Flac

Hambur Tangan

Hand Spring

Hambur Tengkunk/Belakang

Neck/Back Spring

20

Hambur Terbang

Fly Spring

Ikut Lajak

Follow Trough

Imbangan

Balance

Imbangan Bersokong

Balance-Support

Imbangan Dekam

Crouch Balance

Imbangan Pelengkap

Complementary Balance

Kawalan Gerak Badan

Control Of BodyMovement

Lombor Bujur Lalu

Horizontal Trough Vault

Lombor Muka Separuh Kilas

Face Vault With Half Turn

Lombol Muka Tinggi Mendepa

High Front Face Vault

Lombor Putar Penuh

Double Flank Vault

Lombol Memanjang

Long Vault

Lompat Asas

Basic Jump

Lompat Skip

Skip Jump

Lonjak

Take-Of

Palang

Bar

Palang Bertingkat

Uneven Bar

Palang Dinding

Wall Bar

Palang Sejajar

Parallel Bar

Palang Tunggal

Horizontal Bar

Palang Anjal

Spring Board

Papan Lonjak

Beating Board

Pendaratan

Landing

Peti Lombil

Vaulting Box

Putaran Roda

Cartwheel

Sokonh

Support

Sokong Belakang

Backward Support

Sokong Hadapan

Front Support

Sokong Kincir

Mill Support

Sokong Pinggang

Hip Support

Tilam Ketangkasan

Agility Matters

21

SUMBER RUJUKAN

Manual gimnastik Othman Mohamnad


Teaching for gimnastik
Gimnastik coaching manual Rrenu Jain

Sekian....
22

Anda mungkin juga menyukai