Anda di halaman 1dari 6

DIALOG PENGERUSI MESYUARAT

1. Pembukaan Pembentangan (kena tunjuk slide yang menjelaskan Skop


CAMEL-T)

Bismillahillazi Laayathururrua Maasmihi........


Salam
Terima kasih atas kehadiran tuan-puan dan sokongan kepada saya
selaku pengerusi pada mesyuarat kali ini.
Seperti sedia maklum, setelah melalui proses Penyenaraian dan Analisa
Masalah dalam mesyuarat-mesyuarat yang lalu, Kumpulan Muhibbah
telah memilih tajuk Kesukaran Meningkatkan Star Rating Audit
Pengurusan PP sebagai projek Kumpulan Muhibbah.
Jadi, tujuan mesyuarat kali ini bersempena Konvokesyen KIK Peringkat
Kebangsaan LPP adalah untuk memperjelaskan dan membuat penilaian
terhadap projek yang telah kita pilih.
Sebelum itu, suka saya menjelaskan apa itu Audit Pengurusan :
1. Audit Pengurusan adalah satu alat pengukur kepada Tadbir
Urus PP yang dilaksanakan oleh LPP.
2. Ianya terbahagi kepada 6 Skop yang mana ia dipanggil
CAMEL-T.
3. 6 Skop atau CAMEL-T yang dimaksudkan ini meliputi Tadbir
Urus PP terhadap Modal, Aset (Harta), Pentadbiran
(Management), Ekonomi, Liabiliti (Tanggungan) dan juga
Teknologi.
Namun dari pengauditan keatas 7 PP di Negeri Johor berdasarkan Skop
CAMET-T tersebut, keputusan yang diperolehi agak mengecewakan.
Iaitu hanya mendapat pengiktirafan 3 bintang sahaja.
Disini dapat dilihat bahawa PP tersebut tidak dapat mencapai tahap
untuk memenuhi satu sistem Tadbir Urus PP yang baik..., walupun apa
yang digariskan dalam CAMEL-T tersebut adalah sebagai Penanda Aras
bagi mencapai matlamat LPP, untuk melahirkan anggota-anggota
sebagai Agen Pengurusan Yang Unggul kepada PP.

----- dialog dari Bayah ( dengan menunjukkan slide Star Rating LPP Johor
2010 dan 2011)
- betul tu pengerusi
- berdasarkan data yang diperolehi pada tahun 2010 dari 7 PP yang
telah diaudit, hanya satu pp shaja yg Berjaya mendapat 4 bintang.
- manakala selebihnya mendapat 3 bintang.
- lebih-lebih lagi, baru-baru ini PPK Pontian Selatan dan PPK Benut telah
dibuat pengauditan dan hasil markah yang diperolehi adalah menurun
dari segi peratusan walaupun ianya masih mendapat 3 bintang seperti
mana tujuh PPK di atas.
-Masalah ini amat membimbangkan kita...
----- dialog dari Noriman
- bukankah lpp negeri telah diberi tanggungjawab untuk membuat
tindakan dan pemantauan ke atas Pertubuhan Peladang?
----- dialog dari Bayah (tunjukkan slide yang menyenaraikan 4 masalah yang
timbul
dalam
Auidt
Pengurusan)
-betul tu....,tetapi dalam blueprint audit pengurusan yang diedarkan
kepada kita, didapati lpp negeri hanya bertanggungjawab membuat
pemantauan selepas laporan audit pengurusan dibentangkan di
hadapan TKPO.

-jadi macam mana kita hendak membantu Pertubuhan Peladang kerana


masalah yang timbul dalam audit pengurusan tidak jelas dan
Pertubuhan Peladnag tiada sumber rujukan...
2. dialog pengerusi
Jadi saya berharap agar kita dapat berbincang dengan lebih lanjut
sekiranya ada pandangan dari ahli yang lain. Saya kira kita ambil
pandangan tanpa merujuk data yang dinyatakan oleh Pn. Norbayah tadi.
----- dialog Marizal
-saya setuju dengan norbaya, walaupun saya bukan individu yang terlibat
secara langsung dengan audit pengurusan, namun saya ada mendengar
rungutan-rungutan dari Pertubuhan Peladang yang mengatakan mereka
tidak faham mengenai penilaian audit pengurusan di samping tidak
bersedia untuk menghadapinya.........
----- dialog Rosnah
- pengerusi....saya pun ada mendengar rungutan seperti itu.
apa yang saya Nampak.....sekiranya kita abaikan projek Pertubuhan
Peladang akan terus mendapat rating yang rendah malah mungkin akan
lebih menurun dari yang sebelum ini.
- ini sudah pasti imej LPP Negeri juga akan terjejas serta tadbir urus yang
dilaksanakan di Pertubuhan Peladang tidak mengikut KPI yang ditetapkan.
3. Dialog pengerusi
-Baiklah..., setelah kita rujuk kepada data dan apa yang diperkatakan oleh
Pn. Rosnah dan En. Marizal tadi..., elok kiranya kita rujuk kepada analisis
yang kita telah laksanakan.
----- dialog Noriman(slide no 13)
pengerusi...saya amat setuju agar projek ini diselesaikan, bersesuaian
dengan tema kita ke arah tadbir urus yang cemerlang
..................SEMUA LAUNGKAN SETUJU!!!...........................
----- dialog Aszrul (sambil merujuk kepada 4 masalah)
pengerusi... dari analisis yang telah kita buat melalui proses temuduga
terhadap AJK audit pengurusan, kita dapati ada 4 masalah utama yang
telah dikenalpasti, iaitu:
- TIADA GARIS PANDUAN YANG JELAS MENGENAI AUDIT
PENGURUSAN
-AHLI
JAWATANKUASA
NEGERI
KURANG
KEFAHAMAN
DAN
KERJASAMA
-DESK OFFICER KURANG PENGALAMAN DAN PENDEDAHAN
-FORMAT LAPORAN PEMANTAUAN AUDIT PENGURUSAN TIDAK
SERAGAM
4. Kita dapati ada 4 masalah yang berlaku.....dan dari 4 masalah tersebut
setelah melalui ujian kekerapan Serta analisis oleh kumpulan, maka yang
terbaik kita teruskan dengan Cadangan Penyelesaian Masalah..........
Diharap ahli-ahli kumpulan dapat mengusulkan cadangan-cadangan untuk
penyelesaian masalah utama ini. Persilakan.......
----- dialog oleh Bayah
-saya cadangkan kita wujudkan handbook yang menggariskan
pendekatan-pendekatan
supaya setiap Pertubuhan Peladang yang

akan diaudit telah mengikuti garis-garis


panduan serta bagaimana untuk
memperoleh markah yang tinggi berdasarkan skop
CAMEL-T.
-saya kira dengan adanya handbook ini, Pertubuhan Peladang mampu
membuat persediaan awal.
----- dialog oleh Rosnah
- saya mencadangkan agar diadakan pra-auditing kepada setiap
Pertubuhan Peladang. Supaya
dapat
mengetahui
tahap
markah
berdasarkan CAMEL-T.
----- dialog oleh Aszrul
-pengerusi....saya cadangkan agar Format Pemantauan Yang
Seragam Selepas Audit Sebenar...supaya kesama rataan perolehan
markah Pertubuhan Peladang di Negeri Johor.
Dialog pengerusi
Kita sudah ada 3 cadangan penyelesaian....ada tak cadangan lain...
----- dialog oleh Noriman
-Ada pengerusi....saya cadangkan agar kita mewujudkan Sistem
Pecahan
Tugas
Kepada
Cawangan
Untuk
Membantu
PPK.....dengan sistem ini saya kira setiap ketua cawangan
selaku ahli jawatankuasa negeri dapat menyelia atau
memperbaiki tadbir urus pertubuhan Peladang mengikut skop
dan kepakaran masing-masing.
Dialog pengerusi
ada lagi cadangan? Ye...encik marizal....ada?
----- dialog oleh Marizal
-Saya kira semua cadangan adalah baik....tapi bagaimana sekiranya
kita adakan Program Kursus & Taklimat Kepada Anggota
PPK..supaya semua pihak lebih faham...
5. dialog pengerusi
Ada lagi cadangan?Saya kira cukup kot....kita dah ada 5 cadangan dari tuantuan dan puan-puan, saya kira semua cadangan adalah baik.
6. saya ingat penilaian kepada semua cadangan-cadangan tadi perlu dibuat.
Namun saya berpendapat cadangan mewujudkan Hand Book adalah satu
idea yang baik dan boleh diketegorikan sebagai INOVASI manakala 4
cadangan lain tadi adalah KREATIVITI yang menyokong inovasi tersebut.
Dengan sokongan kreativiti untuk mencapai maksud Inovasi tadi ianya
dapat mencapai matlamat dan sasaran projek kita. Minta puan norbayah
terangkan dengan lanjut lagi berkenaan handbook tersebut.
---- dialog bayah
Handbook yang kita sediakan Sebagai Manual yang digunapakai
bagi membantu Pertubuhan Peladang menghadapi Audit
Pengurusan sebenar.
Dalam Handbook ini mengandungi maklumat asas mengenai
Audit Pengurusan, panduan serta penemuan yang dinilai dan
dilihat semasa Audit Pengurusan sebenar.
Menjadi sumber rujukan bagi Pengurus Besar sesebuah
Pertubuhan Peladang dalam mentadbir urus.
---- dialog Aszrul

- saya rasa...apa yang diperkatakan tadi tu sama jer dengan CAMEL-T


atau lain-lain panduan....kalau dah gitu buat apa wujudkan handbook
macam tu lagi?
.
---- dialog bayah
- itu baru saya sebut kegunaan handbook tu.....
-saya nak terangkan pula keistimewaan handbook ni.....
Handbook ini hanya terdapat di LPP Johor sahaja.
Mempunyai tips dan strategi yang berkesan yang perlu diikuti
oleh Pertubuhan Peladang supaya Star Rating Audit
Pengurusan PP mencapai 5 bintang.
Handbook yang bukan sahaja untuk tujuan Audit Pengurusan
malahan boleh digunakan sebagai rujukan dalam melaksanakan
tadbir urus Pertubuhan Peladang dengan berkesan
-saya suka juga nak menunjukkan data-data (terangkan slide 23,24 dan
25)

1.
2.
3.
4.
5.

- handbook ini juga dilengkapi tips dan strategi seperti yang saya sebut
tadi iaitu:
DAPATKAN A BAGI 185 SOALAN UNTUK KATEGORI ADA/TIADA
DAPATKAN A SEKURANG-KURANGNYA 10 SOALAN DALAM KATEGORI 5
TAHUN.
MAKSIMUMKAN MARKAH UNTUK SKOP E (EKONOMI) DAN L(LIABILITI)
DAN SEKURANG-KURANGNYA MARKAH PALING RENDAH HANYALAH C
UNTUK SEMUA SOALAN.
ELAKKAN MENDAPAT MARKAH E
DAPATKAN A BAGI 92 SOALAN KATEGORI TAHUN SEMASA DAN
ELAKKAN MARKAH E UNTUK 23 SOALAN YANG LAIN.

Dialog pengerusi
-saya kira semua telah jelas dengan apa yang diterangkan oleh
Pn.Bakyah.
-adakah cara pendekatan untuk diterapkan penggunaan handbook ini di
Pertubuhan Peladang?
---- dialog bayah
handbook ini akan diedarkan kepada semua Pertubuhan
Peladang sebagai sumber rujukan dan persediaan awal kepada
organisasi membuat semakan dan pembetulan bagi
menghadapi Audit Pengurusan.
Segala penemuan dan panduan dalam handbook ini perlu
diikuti oleh Pertubuhan Peladang.
Selepas pengedaran handbook, LPP Negeri akan membuat PraPengauditan.
Pra-Pengauditan membantu Pertubuhan Peladang
menyelesaikan masalah sebelum Audit Pengurusan sebenar
membuat pengauditan.
---- dialog Aszrul
- pengerusi... kita namakan handbook
kelainan....dah nama pun inovasi....

ni

boleh

tak?supaya

Dialog pengerusi
- bagus tu....kalau macam tu, apa kata en azrul cadangkan.......

ada

---- dialog Aszrul


- saya cadangkan....handbook ini dinamakan S-CHAMP
----- dialog(dari siapapun taka pa)
- apa benda tu?
---- dialog Aszrul
-S-CHAMP adalah singkatan untuk State-Checklist & Handbook Audit
Management Programme
..................SEMUA LAUNGKAN SETUJU!!!...........................

7. Dialog Pengerusi
Baiklah....S-CHAMP kita telah wujudkan, kita dapati akan ada
penambahbaikan carta alir proses audit pengurusan untuk negeri Johor
berbanding blueprint yang dikeluarkan oleh Cawangan Audit Pengurusan
Ibu Pejabat.
- maka satu analisa berkaitan penggunaan dan pencapaian terhadap
aplikasinya kepada PP perlu dibuat.
---- dialog noriman
- saya setuju dan saya boleh buktikan bahawa pengwujudan S-CHAMP
membantu PP untuk mendapat star rating 5 bintang.
- soal selidik telah kita jalankan kepada 3 Pertubuhan PEladang antara
September hingga oktober 2011 iaitu PPK Senggarang, PPK Batu Pahat
Utara dan PPK Segamat Utara.
- maklumbalas ke atas cadangan penyelesaian juga telah dibuat
melalui edaran 50 keping borang soal selidik......
-didapati tiada garis panduan yang jelas....telah menurun
daripada 80 kepada 15 kekerapan seperti mana dalam rajah turus
perbandingan dan rajah pareto sebelum dan selepas...
---- dialog aszrul
- ditambah lagi pengerusi, kalau kita tengok jadual perbandingan
pengiktirafan star rating bagi Pertubuhan Peladang yang menggunakan SCHAMP dan sebelum wujudnya S-CHAMP.
8. Dialog Pengerusi
Alhamdulillah, kalau kita lihat dari data, analisa dan perolehan sebenar Star
Rating PP di negeri Johor tadi..., iaitu hampir semua PP di Johor mendapat 4
dan 5 star.., itu menunjukkan bahawa PROJEK KITA ADALAH BERJAYA.
-Kita juga dapati HANYA PP dari Johor sahaja yang mendapat 5
bintang...., tiada satu pun dari negeri lain pun yang memperolehi 5 bintang.
-Pencapaian ini diperolehi setelah tindakan penyeragaman penggunaan
S-Champ dikuatkuasakan ke semua Pertubuhan Peladang di Negeri Johor
melalui Mesyuarat Pengurusan dan Tindakan LPP/PP Negeri Johor Bilangan
12/2011.
- Penyeragaman ini dibuat berasaskan pencapaian 3 Pertubuhan
Peladang yang telah diberi pengiktirafan 4 dan 5 bintang pada tahun 2011.
---- dialog Marizal
- pengerusi..... saya lihat nampaknya PENGURUSAN PERTUBUHAN
PELADANG LEBIH TERATUR
Di samping TENAGA KERJA dan masa dapat dijimatkan
----- dialog Rosnah

- bukan itu aje pengerusi, PENINGKATKAN TAHAP KEPUASAN HATI


PELANGGAN dan PENGURUSAN LPP NEGERI juga terserlah..
- rungutan-rungutan sebelum ini juga tidak didengari lagi.

9. Dialog pengerusi
Saya kira kita telah berada dipenghujung mesyuarat..., penyelesaian
masalah telah diatasi dan kejayaan telah dibuktikan dengan pencapaian
star rating oleh Pertubuhan Peladang di Negeri Johor pada tahun 2012
adalah amat membanggakan
- sebagai kata-kata akhir SAYA BAGI PIHAK KETUA KUMPULAN
MENGUCAPKAN TAHNIAH SERTA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AHLI
KUMPULAN YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS UNTUK MENYIAPKAN PROJEK
KUMPULAN.
Tak lupa juga kepada para barisan Panel Hakim yang Bijaksana serta
para tetamu yang menghayati persembahan Kumpulan Muhibbah ini.
Kerjasama ahli kumpulan untuk projek lain dimasa akan datang masih
amat-amat diharapkan.
Sekian, saya sudahi dengan Wassalamualaikum Warahmatullah
hiwabarakatuh.......

Anda mungkin juga menyukai