Anda di halaman 1dari 10

KEDATANGAN

PEKERJA ASING
DI MALAYSIA

Taburan Pekerja Binaan Asing dan


Tempatan mengikut Kategori
Kemahiran

Isu pekerja asing memang adalah satu topik yang


lama di negara kita namun ia tetap hangat
diperkatakan sehingga kini. Sejak tahun 90-an,
Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing oleh
rakyat negara jiran yang miskin. Bilangan pekerja
asing yang datang ke Malaysia kian meningkat
dari sehari ke sehari sehinggalah menyebebkan
ia menjadi satu masalah kepada negara.
Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen, jumlah
pekerja asing di Malaysia adalah seramai 1.8juta
orang. Mereka sebahagian besarnya adalah
bertumpu di kawasan bandar seperti Kuala

Lumpur dan Johor Bahru. Malah, jumlah ini tidak


termasuklah mereka yang memasuki Malaysia
secara haram dan yang ditahan di pusat tahanan
imigresen. Pekerja asing ini kebanyakannya
terdiri daripada rakyat Indonesia, Bangladesh,
Nepal, Myanmar, India, Vietnam dan Filipina.
Biasanya, masalah politik dan dalaman negara
mereka meyebabkan mereka terpaksa mencari
pekerjaan di luar negara untuk mengubah nasib
mereka. Mereka berkhidmat dalam sektor
pembinaan, pembuatan, perladangan, pembantu
rumah dan pertanian.
Punca kedatangan pekerja asing ke Malaysia
adalah disebabkan peluang pekerjaan yang lebih
baik berbanding di negara asal mereka.
Pekerjaan yang terdapat di Malaysia mampu
memberi pendapatan yang tinggi sehingga
ribuan ringgit sebulan. Wang tersebut boleh
dikirim ke negara asal mereka untuk menyara
keluarga. Selain itu, faktor yang menggalakan
kedatangan pekerja asing ialah permintaan yang
tinggi terhadap pekerja asing oleh majikan
tempatan. Hal ini kerana upah yang menggaji
pekerja asing adalah jauh lebih rendah daripada
pekerja tempatan. Keadaan ini ditambah pula
dengan pekerja asing yang sanggup melakukan
kerja berat dan mampu bekerja dengan jangka
masa yang panjang berbanding pekerja
tempatan yang lebih gemar pekerjaan yang
senang lenang dan bergaji tinggi. Tambahan
pula, keamanan dan kemakmuran negara kita
mendorong kebanjiran pekerja asing di Malaysia.
Keadaan di negara asal mereka contohnya

Indonesia dan Bangladesh huru-hara kerana


kerap dilanda peperangan, bencana alam dan
rusuhan kaum. Ketidakstabilan politik negara
mereka juga menyebabkan kehidupan mereka
bertambah susah.
Sememangnya kehadiran pekerja asing sama ada
sah atau haram ini mampu memenuhi keperluan
pasaran tenaga buruh dalam perkembangan
ekonomi yang pesat tetapi jumlah mereka yang
terlalu besar telah mengundang kesan yang
negatif terhadap Malaysia. Antaranya ialah kadar
kes jenayah yang semakin tinggi akibat
kehadiran pekerja asing terutamanya pekerja
asing secara haram. Sesetengah pekerja asing
yang tidak mempunyai pekerjaan dan gaji yang
tetap, justeru mereka sanggup melakukan
jenayah seperti rompakan untuk membiayai
kehidupan diri dan keluarga. Kehidupan rakyat
Malaysia menjadi tidak aman disebabkan kes
jenayah yang tinggi. Di samping itu, wang negara
yang mengalir keluar dengan banyak kerana
pekerja asing yang bekerja di sini menghantar
wang balik ke negara asal setiap bulan. Wang
tersebut bukan sahaja tidak digunakan untuk
menjana ekonomi negara malah digunakan untuk
membangunkan ekonomi negara asal pekerja
asing. Keadaan ini memang tidak sihat dan akan
merugikan negara dalam jangka masa panjang
dan semasa kemelesetan ekonomi berlaku.
Dengan bilangan pekerja asing yang ramai juga
peluang pekerjaan rakyat tempatan telah
dikurangkan. Rakyat tempatan lebih susah untuk

mencari pekerjaan dan mungkin akan


menyebabkan pengangguran.
Walaupun membawa kesan negatif, kedatangan
pekerja asing juga mempunyai kebaikannya.
Contohnya, pekerja asing dapat menampung
kekurangan pekerja di sektor tertentu yang tidak
diminati oleh rakyat tempatan seperti sektor
pertanian dan perladangan. Pekerja asing yang
bertumpu di Malaysia juga mampu meningkatkan
kualiti dan kuantiti pengeluaran negara dalam
pelbagai sektor. Seterusnya proses
pembangunan negara akan dipercepatkan dan
negara menjadi lebih maju. Imej negara
turut ditingkatkan kerana kemasukan pekerja
asing di Malaysia dilihat sebagai sebuah negara
yang ekonominya stabil dan mantap. Negara
dianggap sanggup berkongsi kekayaan dengan
negara jirannya serta mempunyai pemimpin dan
rakyat yang bersatu teguh demi mencapai
matlamat negara. Imej negara yang baik dapat
menarik perhatian pelabur asing untuk melabur
di Malaysia.
Dengan itu, jumlah pekerja asing dan kesan
buruk yang dibawa oleh mereka dapat
dikurangkan.

Pekerja asing mesti diambil dari negara


sumber yang dibenarkan seperti berikut:
Negara

Jantina

Sektor

Thailand

Kemboja

Semua
sektor (Pembina
an, Perladangan,
Pertanian,

Nepal

Myanmar

Laos

Vietnam

Filipina

Pakistan

Sri Lanka

Turkmenist
an

Uzbekistan

Kazakstan

India

Perkhidmatan dan
Perkilangan)

a.
Pembinaan(hig
h tension
cable) ;
b.
Perkhidmatan(t
ukang emas,
borong/ runcit,
restoran-tukang
masak, logam/
barang lusuh/
kitar semula,
tekstil dan
tukang gunting
rambut);
c. Pertanian;
dan
d. Perladangan

Indonesia

Pekerja lelaki
Indonesia
dibenarkan
bekerja dalam
semua sektor
kecuali sektor
perkilangan,
manakala bagi
wanita Indonesia
boleh bekerja di
semua sektor.

Banglades
h

Perladangan
secara G2G

Sebagai kesimpulan, kedatangan pekerja asing


memang ada kebaikan dan keburukannya.
Namun demi menyelesaikan masalah pekerja
asing, semua pihak harus memainkan peranan
mereka dengan baik supaya hanya pekerja asing
yang sah yang berada di negara. Untuk
mencapai yang terbaik, kerajaan patutlah
mengkaji segala aspek dari segi politik, sosial
dan ekonomi supaya kemasukan pekerja asing ini
dapat dimanfaatkan unuk pembangunan negara.

Langkah-Langkah Mengawal dan


Mengatasi Kemasukan Pekerja Asing
1.Pihak berkuasa boleh menyekat kemasukan
buruh haram
-Melalui penguatkuasaan undang-undang
-Hukuman penjara mandatory harus dikenakan
ke atas sesiapa yang mengupah buruh asing
tanpa permit
-Operasi mengesan pekerja asing tanpa permit
harus kerap dijalankan
-Melancarkan pemeriksaan dikawasan
perumahan yang menjadi tumpuan buruh asing,
kawasan luar Bandar, dan sebagainya agar usaha
mengatasi masalah buruh asing haram ini lebih
berkesan

2.Menggalakkan majikan membuka peluang


perkerjaan separuh masa atau masa bekerja
anjal
-Majikan digalakkan menubuhkan pusat
penjagaan kanak-kanak di tempat kerja supaya
pekerja wanita boleh menumpukan perhatian
kepada kerja mereka
-Langkah ini menarik minat suri rumah tangga
untuk keluar bekerja
-Pengantungan kepada pekerja asing dapat
dikurangkan

3.Menawarkan peluang pekerjaan kepada orang


kelainan upaya
-Mereka boleh berja sepantas orang orang
normal
-Daya produktiviti mereka lebih tinggi kerana
mereka lebih menumpukan perhatian terhadap
kerja-kerja mereka
-Usaha ini dapat mengurangkan pergantungan
kepada buruh asing

4.Pengambilan pekerja asing hanyalah


penyelesaian sementara kepada masalah
kekurangan tenaga buruh
-Rakyat Malaysia perlu bersedia untuk
mengambil alih tempat yang kini diisi oleh
pekerja asing, khususnya golongan professional
-Mempromosikan industri intensif modal dan
berteknologi tinggi untuk menggantikan intensif
buruh
-Keperluan tenaga buruh akan menurun dan
digantikan dengan mesin atau jentera

5.Mengadakan kerjasama dengan negara jiran


-Membendung kemasukan pendatang asing
tanpa izin
-Mengutarakan pandangan untuk mengadakan
rundingan tentang kawalan sempadan
-Pasukan bertindak diwujudkan supaya kawalan
di sempadan lebih efektif

Anda mungkin juga menyukai