Anda di halaman 1dari 27

1.

Pengenalan/Latar belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu

sehingga Perang Dunia Kedua.


Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa
sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.
Penentangan bertujuan untuk membebaskan negara mereka daripada penjajah.
Di Malaysia,penentangan terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat
tempatan sejak abad ke-19.
Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula bermula pada abad ke-20
Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia.
Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga
kepentingan mereka daripada dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.
Antara pemimpin penentangan ialah Penghulu Dol Said/Dato Maharaja
Lela/Rentap /Mat Salleh.
[7x1m][Maksimum:5 markah]
2.

Sebab-sebab penentangan

Dasar penaklukan British


Penentangan terhadap British oleh masyarakat tempatan adalah disebabkan dasar
penaklukan Britishdi daerah mereka.
Seperti di Naning,Pahang,Kelantan,Terengganu,Sarawak dan Sabah.
Dasar penaklukan British terhadap negeri-negeri Melayu bertujuan untuk
mengukuhkan kedudukan politiknya.
Melalui dasar ini,penguatkuasaan politik British menjadi luas dan kawasan itu akan
terikat dengan perintah dan peraturannya.
Contohnya,apabila British mengambilalih Melaka daripada Belanda,Naning
dipaksa menjadi jajahan takluk British dan dipaksa membayar ufti.
Penentangan Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan peperangan.
Eksploitasi terhadap ekonomi tempatan
Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi
tempatan bagi kepentingannya.
Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British
dengan pemimpin tempatan.
Menerusi perjanjian,saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan menjalankan
aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah.
Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.

Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan


...British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.
British memperkenalkan sistem cukai,undang-undang dan peraturan-peraturan
tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
Di Terengganu,penentangan berlaku kerana British menetapkan bahawa setiap
tanah yang hendak dibuka oleh penduduk mesti mendapat kebenaran British dan
tanah dikenakan cukai.
Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan.
iaitu tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar
cukai.
Campurtangan British dalam adat resam tempatan
Campurtangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada
penentangan tempatan.
British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai British yang
bertentangan dengan budaya tempatan .
Di Perak,J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat
Melayu,iaitu amalan menggunakan orang suruhan.
Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.
Pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh
Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas kawasan
dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan mereka.
Sebelum penjajahan,kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan
ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut.
.Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal
daerahnya.
Seperti soal pentadbiran,perundangan,ekonomi,dan sosial.
Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan
kehilangan kuasa.
Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dlam kalangan pemimpin tempatan
yang mendorong mereka menentang British.
Kesulitan penduduk tempatan

Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British.


yang menyulitkan kehidupn mereka telah memberi sokongan kepada penentangan
pemimpin tempatan.
Kesetiaan kepada pembesar tempatan memberikan kerjasama dalam menentang
British.
[29x1m][Maksimum:30 markah]

3.

Peristiwa penentangan pemimpin tempatan


a)

Naning

Penentangan Penghulu Dol Said di naming antara tahun 1881 -1833

merupakan penentangan paling awal berlaku di tanah Melayu.

Sebab penentangan Dol Said ialah beliau tidak bersetuju dengan tindakan

British meletakkan Naning sebagai sebahagian daripada wilayah jajahan British.

Tidak bersetuju dengan arahan supaya Naning menghantar 1/10 hasilnya

kepada Melaka sebagai ufti.

Pada tahun 1831,British menghantar pasukan tenteranya untuk menakluki

Naning.

Dol Said menentang pasukan british.

Dol Said mendapat bantuan ketenteraan daripada Yam Tuan Ali daripada

Rembau/Syed Shaban/Penghulu Remai dan Rechat/DatoKelana Sungai


Ujong/Penghulu Gemencheh.

Dol Said berjaya mengalahkan pasukan tentera British yang berjumlah 150

orang di bawah pimpinan kapten Wyllie yang ingin menawan Taboh,daerah Naning.

Pada akhir tahun 1832,British dengan tentera seramai 1200 orang menyerang

Naning.

Dol Said dan pengikut-pengikutnya tidak mendapat bantuan dari mana-mana

pihak.

Pasukan British berjaya mengalahkan tentera Penghulu Dol Said.

Beliau diberi pencen dan sebuahrumah di sana.

(b)

Kelantan

Penentangan dilakukan oleh Tok Janggut.

Penentangan terhadap penjajahan British berlaku di Paser Putih pada tahun

1910 apabila British memperkenalkan Sistem Penasihat British.

British memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang

diperkenalkan.

Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan bertindak enggan

membayar cukai.

Bantahan Tok Janggut enggan dilayan Pegawai Daerah Paser Putih yang telah

mengarahkan pihak polis menangkap tok Janggut tetapi gagal.

Pada tahun 1915,Engku Besar Jeram,Tuan Ahmad,Penghulu Adam,Haji

Said,Che Ishak,dan rakyat tempatan menyerang Pasir Putih dan berjaya


menawannya.

Mereka menduduki Pasir Putih selama 3 hari

Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar Jeram sebgai Raja,Tok

Janggut sebgai perdana menteri,dan Che Ishak sebagai pegawai daerah.

Dengan menggunakan nama Sultan Kelantan,British membawa masuk

pasukan tentera dari negeri selat bersama kapal perang H.M.S Cadmus yang
mendarat di Tumpat.

Pada Mei 1915 British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Saring.

Serangan British yang tersusun dengan penggunaan senjata yang lebih

moden berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya.

Tok Janggut terkorban dalam serangan tersebut dan mayatnya telah diarak ke

seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan kepala di
bawah dan kaki ke atas.

Tindakan ini merupakan amaran kepada masyarakat tempatan yang berani

menentang British.
[23x1 m][Maksimum:15 markah]
4.

Bagaimanakah generasi muda hari ini dapat menjadi warganegara

Malaysia yang mampu mengekalkan kedaulatan negara


...Mempunyai semangat setia negara yang tinggi
Sanggup berkorban untuk bangsa
Mempunyai sifat kerjasama.
Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang berguna.
Menguasai pelbagai kemahiran.
Mengekalkan perpaduan kaum.
Mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia.
Menguasai kepakaran sains dan teknologi.
Jangan mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar.

Mengelakkan diri daripada nilai-nilai negative.


Menjaga keamanan negara.
Patuh pada ajaran agama.
Hormat-menghormati sesame individu
[16x1m][Maksimum:15 markah]
5.

Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil daripada semangat perpaduan

dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum


Membina Menara Berkembar Petronas
Perisytiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah Warisan Dunia
Perisytiharan Pulau Pinang sebagai Bandaraya Warisan Dunia.
Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
program Angkasawan Negara.
Melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Pelaksanaan K-ekonomi.
Sistem perbankan elektronik
Kemajuan sistem pengangkutan/LRT/MRT/Komuter/Monorail.
Pembinaan Jambatan Pulau Pinang
Pembinaan Menara Kuala Lumpur.
Pelancaran Kapal Selam KD Tun Razak.
[13x1m][Maksimum 10 markah]
[Mana-mana jawapan lain yang munasabah]
6.

(a) Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan keamanan dan

kemakmuran negara .
Mengukuhkan perpaduan kaum
Pelbagai bahasa
Pelbagai budaya
Pelbagai kepercayaan/agama
Pelbagai fahaman politik
Pendudukan yang berbeza
Polarisasi kaum
Merapatkan jurang perbezaan pendapatan/ekonomi
Merapatkan jurang perbezaan pendidikan
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja
Mudah terpengaruh dengan anasir luar

[12x1m][Maksimum:5 markah]
(b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ialah
Menjayakan konsep 1 Malaysia.
Pengamalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Pengamalan Prinsip Rukun Negara.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Pelaksanaan Dasar Pendidikan kebangsaan
Penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA)
Konsep Rumah Terbuka setiap musim perayaan.
Program latihan Khidmat Negara(PLKN)
Pengagihan ekonomi secara seimbang
[Mana-mana jawapan lain yang munasabah]
7.

Penerapan nilai murni/iktibar/patriotisme dalam usaha mengekalkan

kedaulatan negara.
Cinta akan negara.
Kerjasama antara pelbagai kaum.
Bertolak ansur.
Kebijaksanaan pemerintah.
Keadilan.
Berani mempertahankan negara.
Berakhlak mulia.
Menghormati hak asasi manusia.
Permuafakatan antara pemimpin-pemimpin rakyat.
Sanggup berkorban untuk negara.
[10x1m][[Maksimum:10 markah]

8.

Rumusan

Pengetahuan yang diperoleh


Iktibar kepada diri bangsa dan negara.
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang,gemilang dan
terbilang.

1. Jelaskan latar belakang kemunculan gerakan nasionalisme di


Malaysia sehingga perang dunia kedua

Usaha masyarakat tempatan menentang apa saja bentuk tekanan oleh


kuasa luar.
-

Menentang penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar.

Didorong oleh hasrat untuk membebaskan negara mereka dari kuasa


penjajah.
-

Penentangan dilakukan oleh pemimpin dan rakyat

Gerakan nasionalisme secara menyeluruh telah bermula pada awal abad


ke-20.

Huraikan faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu


sehingga perang dunia kedua

Pengenalan Sistem politik Barat dan memusnahkan sistem politik


tempatan :
British meletakkan seorang Residen
Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
Pembesar diberikan pencen
Pembesar digantikan dengan residen oleh pegawai British
Kesannya perubahan ini menjatuhkan maruah orang tempatan
sistem tempatan/amalan tradisi

/mencabar

Keadaan ini telah membangkitkan kebencian penduduk terhadap British


Perkembangan sistem pendidikan :
Melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan
bangsa
Menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British
Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk
menyedarkan bangsa Melayu
Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan
Dasar British dalam sistem pentadbiran:

Menggalakkan sesiapa sahaja datang ke Tanah Melayu


Untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu
Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini
Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di
Tanah Melayu
Ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
Orang asing menguasai bidang perlombongan, perladangan getah dan
perniagaan.
Orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British
British membuka bandar baru sebagai pusat pentadbiran
Orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan
Kemajuan ekonomi seperti perniagaan/prasarana / elektrik / perkhidmatan
pos/telefon/sekolah/hospital
Telah meningkatkan taraf hidup di bandar
Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar
bandar dengan imigran lain di bandar
Dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu
Golongan intelek Melayu menjadikannya sebagai isu gerakan nasionalisme
Pendudukan Jepun menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme.
konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara
negara Asia
Untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan
dalam kalangan negara tersebut
Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama/berjanji untuk
memerdekakan Tanah Melayu
Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan/ubat-ubatan /kekejaman
pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan
oleh kuasa Barat atau Timur
Semua penjajah tetap zalim/menekan kehidupan orang tempatan
Kesannya, apabila British memperkenalkan Malayan Union tahun 1946, orang
Melayu menentang
Mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapa pun

Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari tahun 1945


membangkitkan semangat menentang penjajah:
PKM menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam
Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap penyokong
Jepun
Gerakan ini mencetuskan konflik perkauman
Banyak orang Melayu terbunuh/rumah dibakar oleh anggota PKM
Dibalas oleh orang Melayu di Perak/Johor Sembilan/Pahang

Kemunculan mesin cetak:


Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan
Mendorong kepada penentangan terhadap British
Melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain, idea menentang
penjajah dapat disebarkan
Gerakan Pan-Islamisme Sedunia memberi kesan terhadap kesedaran
semangat kebangsaan:
Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan
pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam
Bertujuan untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam
Gerakan reformis oleh Syed Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti alAzhar, Mesir telah tersebar luas
Dalam tulisannya, beliau memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup
yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat
Islam juga mendorong umatnya menuju kejayaan
Tulisannya disebarkan dalam majalah al-Manar
Gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang
sama
Kesedaran Politik Serantau:
Indonesia yang rapat dengan Tanah Melayu(geografi) dan budaya telah
mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu

Kesedaran politik dan pendidikan Indonesia yang lebih matang telah


melahirkan ramai golongan intelektual
Penulis yang hebat telah menghasilkan karya yang menjadi bacaan masyarakat
di Tanah Melayu
Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan telah tersebar
luas dan dihayati oleh penduduk tempatan
Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur
kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu

Jelaskan peranan Peranan Gerakan Islah, Akhbar, majalah dan novel


serta Persatuan-persatuan Melayu dalam menggerakkan kesedaran
kebangsaan di Tanah Melayu.

GERAKAN ISLAH DI TANAH MELAYU


Maksud Gerakan Islah:
Gerakan Islah adalah satu gerakan pemulihan yang berusaha membetulkan
pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam.
Ia bertujuan untuk memajukan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan
Hadis.
dipimpin oleh Kaum Muda setelah tamat belajar di Universiti al-Azhar di Mesir
Tokoh-tokoh /pelopor:
Sheikh Tahir Jalaludin
Syed Syeikh al-Hadi
Dr. Burhanuddin al-Helmy
Matlamat / tujuan / isu:
menyampaikan idea mereka demi kemajuan umat Islam selaras dengan
kemajuan dunia pada waktu itu.
Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu
Mengkritik raja yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.
Mengkritik pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang
Melayu.

Akhbar/ Majalah:
Al-Imam
Neracha
Edaran Zaman
Pengasuh
Saudara
Tokoh-tokoh:
Sheikh Tahir Jalaluddin:
Tokoh gerakan Kaum Muda.
merupakan seorang tokoh yang menjadi pendukung kepada akhbar al-Imam
menulis dalam majalah al-Manar.
Syed Syeikh al-Hadi:
tokoh gerakan Kaum Muda
menubuhkan Jelutung Press
menerbitkan majalah Saudara.
mendirikan madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang
mengarang Novel Hikayat Faridah Hanum.
Akhbar, Majalah Dan Novel ; Penggerak Kesedaran Kebangsaan:
Akhbar, majalah dan Novel memainkan peranan yang penting dalam
melahirkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
Salah seorang penulis terkenal pada tahun 1920-an ialah Zainal Abidin bin
Ahmad ( Zaaba ) yang merupakan seorang tokoh bahasa, pemikir dan
cendekiawan ulung Melayu.
Antara karya yang terkenal yang dihasilkan oleh Zaba ialah Ilmu Mengarang
Melayu dan Pelita Bahasa Melayu.
Pada tahun-tahun 1930-an muncul pula tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar
dan Abdul Rahim Kajai.
Tulisan mereka telah membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri dan
bersatu padu, di samping mengkritik dasar-dasar British yang menekan orang
Melayu.
Akhbar, majalah dan novel yang dihasilkan pada ketika itu ialah untuk
menyedarkan dan seterusnya memajukan bangsa Melayu.

Akhbar:
Warta Melayu
Lembaga Malaya
Majlis Utusan Melayu
Warta Negara
Fajar Sarawak
Akhbar dan Isu yang dibangkitkan
Sosial/Pendidikan:
Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.
Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negative seperti memilih
kerja dan tidak mahu berusaha
Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anakanak.
Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan
kerja tangan
Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu
Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi
Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran
British.
Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu
Aspek ekonomi:
Kurangkan kemasukan pedagang luar yang mengancam ekonomi tempatan
Galakkan orang Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi
Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka
Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat
Meminta British mengadakan kampong Khas orang Melayu di Kuala Lumpur
Manakala isu-isu yang dibangkitkan oleh akhbar dari aspek politik ialah
Mengkritk British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu

Mengkritik para pembesar dan raja-raja Melayu kerana tidak melaksanakan


kemajuan kepada masyarakat Melayu
Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
Menuntut diadakan Malay Administrative ( M.A.S) untuk melindungi orang
Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya bersatu dalam sebuah
pertubuhan kebangsaan
Menentang tuntutan orang luar terhadap politik tempatan
Majalah
Pengasuh:
Majalah ini telah membangkitkan isu berikut;
1. Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah
2. Menggalakkan pendidikan dikalangan orang Melayu
3. Memperluaskan ilmu dalam semua bidang
4. Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
5. Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk
Guru:
Pada tahun 19 24, Majalah Guru telah diterbitkan dan pengarangnya terdiri
daripada Muhamad Dato Muda Linggi, Yusuf Ahmad dan Mohd Sidin Rashid.
Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh Majalah Guru ialah ;
Memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak Melayu
Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu.
Meniupkan semangat Cinta Negara dan menentang penjajahan
Membaiki taraf hidup orang Melayu
Memajukan bahasa dan sastera Melayu
Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa.
Pada tahun 1930, Majalah Bulan Melayu telah diterbitkan oleh Zainon Sulaiman.
Majalah Bulan Melayu ini telah membincangkan isu-isu berikut:
Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.
Menggalakkan wanita mendapat pendidikan untuk kemajuan diri

Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya


Timur
Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.

Novel:
Novel-novel yang banyak menyampaikan mesej-mesej kesedaran bangsa ialah :
Keris Melaka yang dikarang oleh Ahmad Bakhtiar
Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad
Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad
Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid
Keris Melaka -Ahmad Bakhtiar:
Semangat perjuangan menentang penjajah Barat
Sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah
Gunakan Sejarah sebagai ispirasi dan pedoman untuk mendorong semangat
perjuangan bangsa bagi generasi muda
Anak Mat Lela Gila- Ishak Haji Muhammad:
Semangat anak muda menentang penjajah
Hargai warisan bangsa
Semangat cintakan tanah air
Maruah bangsa lebih berharga daripada kesenangan
Melor Kuala Lumpur- Harun Aminurrashid:
Emansipasi wanita
Kepentingan pendidikan moden di kalangan wanita Melayu
Membuang pandangan negative yang boleh menghalang kemajuan bangsa

Persatuan-persatuan Negeri

Ditubuhkan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Persatuan persatuan negeri seperti Persatuan Melayu Negeri Perak (1937)

Persatuan Melayu Negeri Selangor (1938)

Persatuan Melayu Negeri Sembilan (1938)

Persatuan Melayu Negeri Pahang (1938)

Matlamat untuk mengabungkan tenaga intelektual Melayu

Untuk membincangkan nasib orang Melayu dari segi ekonomi, pendidikan


dan perkhidmatan kerajaan.

Persatuan Sahabat Pena Malaya ( PASPAM ):


Persatuan Sahabat Pena Malaya ( Paspam ) telah ditubuhkan pada 7 April 1934,
bertujuan untuk membaiki kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.
Paspam ialah sebuah bertubuhan yang berlandaskan sastera, tetapi ia cuba
menyatupadukan orang Melayu, Sabah dan Sarawak.
Persatuan ini telah dipimpin oleh cendekiawan Pulau Pinang seperti S.M Zainal
Abidin B.A
Melalui pertubuhan ini orang Melayu dapat berkenal-kenalan dan bertukar-tukar
pendapat bagi memajukan diri dan bangsa.
Ia juga dapat menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang
Melayu di seluruh Semanjung Tanah Melayu.
Paspam telah mendapat sambutan yang hangat kerana organisasinya adalah
lebih kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri.
Paspam adalah merupakan asas kepada kesedaran perpaduan Melayu.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM ):


KMM dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob bersifat politik
Bersifat radikal dan anti-penjajah British
Keanggotaan terdiri daripada lepasan MPSI Tanjung Malim,Perak

Menggalakkan pepaduan di kalangan pemuda melayu


Meningkatkan tahap pendidikan orang melayu
Semasa pendudukan Jepun KMM telah bekerjasama dengan Jepun untuk
menghalau British dari Tanah Melayu
KMM menjadi alat propaganda Jepun dengan membeli akhbar Warta Malaya
Ahli KMM telah mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan KMM
telah menubuhkan cawangannya di Maahad Ihya Assyariff di Gunung Semanggol
untuk melatih kader-kader yang dikenali tentera semut

Bagaimanakah kita memanfaatkan peranan pertubuhan dan media


massa demi memupuk semangat patriotisme di negara ini

Menjadikannya sebagai medium untuk memupuk jati diri

Menyebar maklumat/ hasrat kerajaan/ polisi negara

Membenarkan gerakan bersifat kebangsaan

Sebagai alat perpaduan/ kerjasama/tolak ansur antara kaum

Penjana ekonomi

Penjana politik secara sihat

Alat bertukar pendapat

Sebagai medium pendidikan

Membangkit persoalan sosial dan ekonomi

Memajukan bangsa dan negara

Merealisasikan Wawasan 2020

Untuk mengekalkan identiti negara

Sebagai sumber ilmu pengetahuan

Melahirkan masyarakat yang inovatif dan kreatif

Menggalakkan penubuhan pertubuhan bukan kerajaan

Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan keberkesanan yang dicapai


oleh Negara setelah memanfaatkan Peranan pertubuhan dan media

massa dalam memupuk dan mengekalkan semangat patriotism


penduduk Malaysia

Dapat menggerakkan kefahaman terhadap pengamalan ajaran agama


yang sebenar.
-

Persatuan telah dapat mengeratkan perpaduan ahli dari seluruh Negara.

Menggalakkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan

Wanita diberi peluang pendidikan seluas-luasnya.

Wanita diberi peluang kerjaya yang sama rata.

Memberikan kesedaran untuk memupuk jati diri yang tinggi.

Memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dalam urusan


pentadbiran.
Menggalakkan kesedaran untuk meningkatkan pencapaian dalam bidang
ekonomi
-

Meniupkan semangat cintakan akan Negara

Dapat memperluaskan ilmu dalam pelbagai bidang

Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan


kedaulatannya. ( 5m )
-

Perbezaan agama, bahasa dan budaya

Kesedaran rakyat masih ditahap rendah

Rasa perpaduan masih rendah

Bahasa kebangsaan tidak diamalkan secara menyeluruh

Kurang jati diri

Jurang ekonomi yang luas

Petempatan dan sekolah terasing.

Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas


(5m )

Menjayakan konsep Gagasan 1 Malaysia

Memperkukuhkan perpaduan rakyat

Menguasai ilmu pengetahuan

Menguasai pelbagai kemahiran

Merealisasikan Wawasan 2020

Menyediakan pelbagai peluang ekonomi kepada semua kaum.

Melahirkan pemimpin berpandangan jauh

Melahirkan rakyat minda kelas pertama

Masyarakat inovatif dan kreatif

Kebudayaan kebangsaan dan sekolah wawasan

Nyatakan nilai-nilai murni/ iktibar/ patriotisme daripada gerakan


nasionalisme sehingga perang dunia kedua yang boleh diterapkan demi
mengekalkan kedaulatan negara kita.

Berani hadapi cabaran

Cekal dan tabah

Tidak mudah putus asa

Bercita-cita tinggi / berwawasan

Sikap sedia terima perubahan

Mengekalkan keamanan

Bersifat inovatif dan kreatif

Bersatu-padu

Bertoleransi

Hormat-menghormati

Menyuarakan pendapat/ idea melalui pertubuhan/saluran yang betul

Berilmu pengetahuan

Mengamalkan nilai hidup beragama

Tidak melibatkan diri dengan gejala negatif

Rumusan

Memastikan kedaulatan negara tetap dipelihara

Memastikan perpaduan dikekalkan melalui pengamalan dasar kebudayaan


kebangsaan
-

Melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri yang tinggi

Mengelakkan isu-isu sensitif diperbincangkan di media massa

Mematuhi perlembagaan/undang-undang/peraturan

Memahami dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara

Menghargai perjuangan tokoh-tokoh pejuang negara

Menyokong dasar-dasar kerajaan

Keamanan terus terpelihara

Malaysia dihormati dan disegani di mata dunia

Kemunculan dan perkembangan nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua

1.Latar belakang gerakan nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua


Gerakan nasionalisme merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa
sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa
luar.Semangat patriotik ini didorong oleh hasrat untuk membebaskan negara
daripada kuasa penjajah.Di Malaysia, penentangan terhadap British telah
dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19 lagi.Gerakan
nasionalisme secara menyeluruh pula telah bermula pada awal abad ke-20.
Gerakan pemimpin tempatan berlaku pada awal kedatangan British ke Malaysia.
Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan untuk menjaga
kepentingan mereka daripada dicerobohi. Mereka menjaga kawasan mereka dari
dikuasai oleh orang luar seperti yang dilakukan oleh Dol Said di Naning, Haji
Abdul Rahman Limbong di Hulu Terangganu, Mat Salleh di Sabah, Linggir dan
Rentap di Sarawak , Dato Maharaja Lela di Perak dan Tok Janggut di Kelantan.
2. Maksud nasionalisme adalah perasaan sayang atau cinta akan bangsa dan
negara. Perasaan ini akan mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air
daripada cengkaman penjajah. Gerakan ini juga akan membebaskan tanah air
daripada cengkaman ekonomi penjajah dan bebas daripada pengaruh
kebudayaan asing/Barat.

3.Sebab-sebab/Faktor-faktor penentangan masyarakat tempatan terhadap British


ialah dasar penaklukan British oleh masyarakat tempatan di daerah mereka
seperti di Naning, Pasir Puteh, Hulu Terangganu, Perak dan Pahang. Dasar ini
dilakukan oleh British adalah untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka
kerana melalui dasar ini, penguatkuasaan British menjadi luas dan kawasan itu
akan terikat dengan perintah dan peraturannya. Contohnya, apabila British
mengambil alih Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk
British dan membayar ufti. Ini menyebab Dol Said tidak setuju dan penentangan
Dol Said terhadap kehendak British mencetuskan peperangan.
Penentangan terhadap British juga disebabkan oleh British ingin menguasai
ekonomi tempatan bagi kepentingan mereka. Eksploitasi terhadap ekonomi
dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin
tempatan. Menerusi perjanjian, saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan
menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah. Ini
menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.
Sebab lain ialah pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan
iaitu British memaksa penduduk menerima sistem pentadbiran Barat misalnya
British memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan
tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum. British menetapkan bahawa
setiap tanah yang hendak dibuka pleh penduduk mesti mendapat kebenaran
British. Tanah dikenakan culai dan peraturan British bertentangan dengan amalan
tradisi masyarakat tempatan yang menetapkan tanah boleh dibuka mengikut
keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai.
British juga campur tangan dalam adat resam tempatan dengan memaksa
penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang bertentangan dengan
budaya tempatan. Di Perak, J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam
masyarakat Melayu iaitu amalan menggunakan orang suruhan dan tindakan
British ini telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.
Kesulitan penduduk tempatan kerana mereka tertekan dengan pelaksanaan
undang-undang British sehingga mereka memberi sokongan kepada
penentangan pemimpin tempatan. Kesetiaan mereka kepada pembesar
tempatan dengan memberikan kerjasama dalam menentang British.
Sebab lain penentangan ialah pembesar tempatan kehilangan kuasa dan
pengaruh pentadbiran terhadap anak buah dan kawasan mereka setelah British
menjajah kawasan mereka. Sebelum penjajahan, kebanyakan pemimpin
tempatan telah dilantik oleh sultan ataupun masyarakatnya untuk mentadbir
kawasan tersebut. Pelantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk
menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, perundangan, ekonomi
dan sosial. Penjajahan British terhadap kawasan pentadbiran mereka
menyababkan mereka hilang segala-galanya terutamanya kehilangan kuasa.
Keadaan ini mengakibatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin
tempatan yang mendorong mereka membuat penentangan.
4.Peristiwa penentangan pemimpin tempatan terhadap British di Pahang bermula

pada tahun 1888 apabila beberapa pembesar telah bersatu melawan


penguasaan British. JP Rodger dilantik sebagai Residen Pahang yang pertama.
Pelaksanaan undang-undang British telah ditolak oleh Dato Bahaman kerena
bertentangan dengan adat resam dan sistem politik tempatan. Perubahan yang
dibawa oleh British ialah sistem kehakiman,pemungutan hasil tanah, sistem cukai
dan penubuhan pasuka polis luar. Undang-undang British ini telah menghakis
kuasa Dato Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
DatoBahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Imam Rasul telah
bersatu menentang British selama lima tahun bermula pada tahun 1890 iaitu
menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua. Pada 1891 pula, DatoBahaman
menyerang British kerana menangkap anak buahnya. Pada tahun 1892,
menyerang dan menawan semula Lubuk Terua dan 1894 pula menyerang dan
menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. Akibat tekanan British, pada
1895, DatoBahaman berundur ke Kelantan. Dato Bahaman dan rakan-rakan
mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Kelantan dan
Terengganu. DatoBahaman menetap di Hulu Kelantan sementara Tok Gajah dan
keluarganya menetap di Hulu Terengganu. Pada tahun 1896, DatoBahaman
berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja
Chulalongkorn. Beliau kemudian menetap di Cheing Mai dan diberi wang sara
hidup sebanyak 1000 bath dan penentangan beliau tamat apabila meninggal
dunia di Cheing Mai.
Penentangan pemimpin tempatan di Terengganu terhadap British dibuat oleh Haji
Abdul Rahman Limbong yang merupakan seorang ulama disebabkan kerana tidak
puas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British yang
diperkenalkan. Pada Julai dan Ogos 1922, beliau mengetuai penduduk kampung
membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa menghiraukan
peraturan tanah British. Pada bulan Mei 1925, kira-kira 300
orang penduduk kampung telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku Nik
Maimunah ibn Sultan Zainal Abidin III iaitu meliputi kawasan dari Lubuk Batu
hingga Kampung Pelam. Keadaan ini membimbangkan British tetapi dengan jasa
baik Tengku Nik Maimunah, mereka dapat disuraikan. Kemarahan penduduk
tempatan terhadap British menyebabkan mereka melancarkan penentangan
bersenjata pada Mei 1928 dengan menyerang bangunan kerajaan di Kuala
Berang dan berjaya mendudukinya. Kumpulan di Kuala Telemong pula telah
bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British. Dengan menggunakan
kuasa dan nama Sultan Terengganu, British telah menghantar tiga orang
pembesar yang membawa perintah sultan untuk menawan semula Kuala Berang
dan menangkap dan memburu sesiapa sahaja yang menghalangnya. Cara ini
memudahkan British kerana rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada
sultan. Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala Telemong dan
berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan mengorbankan
sebelas orang. Haji Abdul Rahman Limbong pula telah diserang oleh 50 orang
polis yang dibawa dari Singapura. Beliau berjaya ditawan dan dibuang negeri ke
Makkah.
Penentangan di Sarawak antaranya dilakukan oleh Rentap. Rentap ialah

pemimpin kaum Iban dan telah menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga
Skrang pada tahun 1853. Punca serangan Rentap kerana tindakan James Brooke
yang cuba menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai
lanun dan beliau Berjaya mengusir James Brooke. Namun demikian, James Brooke
bertindak balas dengan membakar kampung mereka. Rentap dan pengikutnya
berundur ke Bukit Sadok dan sekali lagi Rentap diserang oleh pasukan James
Brooke. Pada tahun 1891, tentera James Brooke Berjaya mengalahkan Rentap
menyebabkan Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai. Selepas itu,
serangan Rentap semakin lemah.
Penentangan di Kelantan dilakukan oleh Tok Janggut iaitu di Pasir Puteh apabila
Sistem Penasihat British diperkenalkan pada tahun 1910. British telah memaksa
penduduk tempatan untuk menerima pakai sistem cukai yang diperkenalkan.
Sebagai pemimpin masyarakat setempat, Tok Janggut membantah pelaksanaan
cukai dan enggan membayar cukai tersebut. Bantahan yang dibuat oeh Tok
Janggut tidak dilayan oleh Pegawai Daerah Pasir Puteh. Pihak polis pula yang
diarahkan untuk menangkap Tok Janggut tetapi gagal. Pada tahun 1915,
pembesar Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak
dan rakyat tempatan bersetuju menyerang Pasir Puteh dan Berjaya
mendudukinya. Sebuah kerajaan kemudiannya telah dibentuk dengan Engku
Besar Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak
sebagai Pegawai Daerah. British telah membawa masuk pasukan tentera dari
Negeri Selat yang mendarat di Tumpat. Pada Mei 1915, serangan dimulakan di
Saring dan Berjaya menumpaskan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya
kerana British menggunakan senjata yang lebih moden. Tok Janggut terbunuh
dan mayatnya diarak ke seluruh pecan Kota Bharu sebelum digantung terbalik di
pasar sebagai amaran kepada penduduk yang cuba menentang British.
5.Cara/Langkah untuk memupuk semangat patriotisme/nasionalisme dalam
kalangan rakyat Malaysia adalah melalui kempen kesedaran sama ada di sekolah,
media massa seperti di televisyen , laman sesawang dan akhbar agar rakyat
bersemangat setia negara yang tinggi. Selain itu, ibu bapa hendaklah berperanan
mengasuh anak-anak mereka sejak kecil agar anak sentiasa berkorban untuk
bangsa dan negara, memelihara keamanan dan kemakmuranserta hidup harmoni
dalam masyarakat pelbagai kaum. Cara lain adalah dengan melengkapkan diri
dengan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran terutamanya IT agar dapat
menjadi tenaga kerja mahir berminda kelas pertama. Cara lain adalah dengan
mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia, tidak mudah terpengaruh dengan agenda
anasir luar dan mengelakkan diri daripada nilai negatif agar menjadi generasi
muda yang berwawasan serta sanggup mempertahankan kedaulatan negara.
Rakyat Malaysia juga mesti mempunyai agama, patuh pada ajaran agama dan
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti hormat-menghormati dan
bekerjasama agar menjadi warganegara yang sempurna rohani dan fizikal seperti
kehendak sistem pendidikan negara melalui peranan guru di sekolah.untuk
menerapkan nilai tersebut dalam jiwa pelajar. Setiap rakyat juga hendaklah
menghormati dan menghayati Lagu Kebangsaan, mengamalkan prinsip Rukun
Negara, memahami Jata Negara dan mengibarkan bendera negara terutamanya

semasa Hari Kemerdekaan agar sentiasa berjiwa patriotik. Rakyat Malaysia juga
hendaklah memberikan sumbangan dalam pembangunan negara dengan
sekurang-kurangnya membeli barangan buatan tempatan selain menjadi rakyat
yang kreatif dan anovatif. Rakyat Malaysia hendaklah sentiasa menghormati dan
menyokong pemimpin negara, perjuangan pemimpin negara dan menyokong
skuad sukan negara seperti Harimau Malaya selain mendokong semangat
Malaysia Boleh. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah sentiasa menghayati
dan menghargai kemerdekaan negara. Selain itu melalui system pendidikan
dengan mempelajari mata pelajaran Sejarah di sekolah dapat menanamkan
semangat cinta akan negara terutamanya kepada generasi muda hari ini.
6.Rakyat Malaysia menunjukkan semangat nasionalisme mereka dalam hal-hal
berkaitan negara terutamanya apabila pencapaian angkasawan pertama negara
iaitu Dato Dr.Sheikh Muzaffar Shukor dalam misinya ke ISS(International Space
Station). Selain itu, apabila atlit negara mencapai kejayaan dalam pelbagai sukan
peringkat antarabangsa seperti sukan renang, Pandalela Renong dan Dato Lee
Chong Wei dalam badminton. Selain itu, rakyat Malaysia bersatu padu
menyokong sukan tempatan atas dasar cinta akan negara dan bersama-sama
mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara dengan mengibarkan
bendera Jalur Gemilang. Sebagai rakyat Malaysia juga, kita melancong dalam
negara, membeli barangan buatan Malaysia dan berkhidmat dalam negara
dengan bersungguh-sungguh dan setia. Selain itu, rakyat Malaysia juga sentiasa
mendokong semangat Malaysia Boleh dan memastikan negara aman, hidup
bersatu padu dan harmoni walaupun pelbagai kaum dan budaya.Kejayaan rakyat
Malaysia juga dapat dilihat dalam membangunkan mercu tanda negara seperti
Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, KLCC dan delegasi minyak antarabangsa PETRONAS
juga pencapaian FELDA Global, MISC dan Sime Darby di peringkat antarabangsa
melambangkan semangat cinta akan negara.
7.Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil semangat nasionalisme ialah
pasukan Malaysia memenangi sukan di peringkat antarabangsa seperti pasukan
hoki, pelayaran dan sukan renang. Selain itu kejayaan membanggakan negara
oleh rakyat Malaysia seperti pelayar negara Dato Azhar Mansor, Dato Maznah
Zukifli Berjaya ke Kutub Utara, badminton Dato Lee Chong Wei, sukan skuasy
Dato Nicol David, Mohandas dan Magendran mendaki Gunung Everest menjadi
pendorong rakyat Malaysia untuk terus Berjaya di arena antarabangsa. Negara
juga berbangga dengan kejayaan Dato Sheikh Muzaffar sebagai angkawasan
pertama negara. Dato Seri Zetty Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara juga diiktiraf
di peringkat antarabangsa. Pencapaian membanggakan negara oleh pakar sains
dan teknologi apabila tenaga pakar negara terlibat dalam Pembinaan LRT di
Makkah dan cari gali petroleum di luar negara oleh pasukan pakar PETRONAS.
8.Cara untuk memperkukuh semangat nasionalisme kepada generasi muda hari
ini dengan memperkuat jati diri, menghayati sejarah dan pembentukan bangsa
dan negara, mengelakkan pertelingkahan antara kaum,sanggup berkorban untuk
mempertahakan negara, mengutamakan semangat perpadua/muhibbah.
Mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri sendiri,

menghindari salah faham/salah sangka negetif,menjayakan konsep Satu


Malaysia, mengamalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, memperkenalkan Akta
Bahasa Kebangsaan, mengamalkan prinsip Rukun Negara, menganjurkan lawatan
ke tempat bersejarah, menjayakan kempen penerapan nilai-nilai murni,
pelaksanaan Program Khidmat Negara, mengajurkan Sukan Malaysia dua tahun
sekali.
9.Keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan dengan memperkukuh
pentadbiran kerajaan, mengekalkan perpaduan kaum, memperkukuh semangat
nasionalisme, memperkasa jati diri bangsa, perancangan ekonomi/sosial yang
berkesan,membela kehidupan rakyat
10.Penentangan pemimpin tempatan gagal kerana tidak bersatu antara
pemimpin bersama pemimpin dan rakyat sesame rakyat, bilangan pejuang yang
menentang juga sedikit, penentangan bersifat setempat dan tidak mendapat
kerjasama pembesar daerah atau wilayah lain, tiada organisasi yang tersusun
kerana bilangan anggota yang sedikit menyebabkan perjuangan tidak terancang,
strategi pemimpin British lebih berkesan di mana British membina kubu yang
lebih kuat, British mendapat bantuan lain seperti India, British mempunyai
senjata moden seperti meriam dan bom, manakala pembesar tempatan
menggunakan senjata tradisional seperti keris dan tombak,British menggunakan
tipu muslihat yang Berjaya memperdaya sultan atau pembesar contohnya dalam
Perjanjian Pangkor di Perak dan Perjanjian 1941 di Sarawak.
11.Manfaat/faedah rakyat Malaysia menghayati perjuangan ialah bersemangat
patriotisme dalam setiap wargenegara Malaysia, memupuk perpaduan antara
kaum, hebat jati diri anak bangsa terutama generasi muda, berwawasan dalam
memajukan negara, berdisiplin dalam kehidupan seharian, mematuhi undangundang negara setiap masa, berilmu pengetahuan menjamin masa depan yang
cerah, tidak berputus asa dalam mengejar cita-cita, semangat bekerjasama
antara kaum, sanggup berkorban demi mempertahankan negara, menjaga
keamanan dan kedaulatan negara.
12.Kesan penentangan pemimpin tempatan terhadap British- Dol Said
mengalahkan tentera British dalam serangan pertama, menggunakan taktik
serangan gerilya, mendapatkan kerjasama pemimpin tempatan, menyebabkan
British tidak campur tangan hampir 50 tahun, British menanggung kerugian,
Rentap Berjaya mengusir James Brooke di Nangga Skrang, Brooke mengambil
masa yang lama mengalahkan Rentap di Bukit Sadok, Syarif Masahor Berjaya
menyerang Mukah, Mat Salleh Berjaya menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya,
SBUB terpaksa berdamai dengan Mat Salleh, SBUB terpaksa berjanji
menyerahkan daerah Tambunan, Dato Maharaja Lela Berjaya membunuh JWW
Birch, Kapten Innes terbunuh, British terpaksa meminta bantuan tentera dari
India/Hong Kong, Datuk Bahaman Berjaya menawan Lubuk Terua.
13.Kesan kepada negara sekiranyaa rakyat tidak memiliki semangat patriotik
ialah negara tidak membangun dan kedaulatan/kemerdekaan negara tergugat

akibat sikap rakyat itu. Selain itu, politik tidak stabil, hasil ekonomi dieksploitasi
oleh kuasa asing sehingga negara mundur dan rakyat hidup miskin. Rasuah
berleuasa kerana pemimpin dan rakyat tidak mempunyai nilai intergriti sehingga
pekerja menjadi tidak bertanggungjawab dan menjadi pekerja malas sehingga
menyebabkan keadaan negara kucar-kacir. Lagilah jika pemimpin dan rakyat
tidak bersatu dan negara dipandang rendah di peringkat antarabangsa. Pelabur
asing enggan melabur malah memindahkan pelaburan mereka ke negara lain. Ini
mengakibatkan berlakunya kemerosotan ekonomi dan inflasi berlaku.
14.Cabaran untuk memperkasa semangat patriotisme dalam kalangan generasi
muda dan langkah mengatasinyaCabaran yang dihadapi ialah pengaruh
budaya luar yang negatif seperti LGBT, black metal dan punk menyebabkan
terhakisnya budaya sendiri dan semangat cinta akan negara. Keadaan menjadi
lebih buruk kerana gejala sosial dan penularan gaya hidup negatif seperti
bersekedudukan, menagih dadah, lari dari rumah malah terlibat dalam jenayah
yang diamalkan oleh mereka menghakis cara hidup yang sihat dan keruntuhan
akhlak masyarakat akan datang. Kejadian vandalisme merosakkan kemudahan
awam seperti taman kanak-kanak, pondok perhentian bas dan telefon awam
menyebabkan imej negara jatuh dan orang lain tidak dapat menggunakan
kemudahan tersebut. Cabaran lain adalah kurangnya penguasaan ilmu
pengetahuandunia dan agama juga kemahiran menyebabkan bertambahnya
kadar celik huruf dan risiko penguasaan tenaga kerja luar pada masa akan
datang. Cabaran lain adalah kurang pengetahuan sejarah menyebabkan sejarah
berulang dan terhakisnya jati diri sebagai wargenegara yang bertanggungjawab.
Langkah mengatasi cabaran Sentiasa mengadakan kempen kesedaran
mencintai negara dan pengamalan prinsip Rukun Negara di media massa
tumpuan generasi muda seperti televisyen, papan tanda elektronik, wassup,
facebook, twitter juga di akhbar. Selain itu menerapkan dalam mata pelajaran
Sejarah, Sivik dan Kewargenegaraan malah menjadi perkara utama yang
dibangkitkan dalam perhimpunan rasmi di sekolah dan intitusi pendidikan yang
lain. Lawatan sambil belajar untuk menghayati perjuangan para nasionalis
hendaklah diadakan seperti ke Memorial Tun Abdul Razak dan Muzium Negara
selain mengadakan pameran berkaitan sejarah negara. Cara lain dengan adanya
Program Khidmat Negara dapat memperkukuh jati diri dan menjayakan konsep
1Malaysia. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa hendaklah
sering dibuat dan perlu program pembersihan jiwa oleh para kaunselor kepada
generasi muda yang ditangkap dalam usaha pemulihan mereka. Ibu bapa juga
hendaklah dipanggil sama sebagai langkah pencegahan budaya negatif
bertambah serius.
13.Nilai dan ikhtibar - Nilai tidak berputus asa dalam menghadapi cabaran dalam
kehidupan seharian dan berusaha gigih untuk mengatasinya. Selain itu
menanam semangat setia negara yang tinggi dan sanggup berkorban demi
negara dan bangsa demi mendaulatkan negara dan bangsa Malaysai. Nilai lain
adalah semangat bekerjasama dengan rakyat sentiasa diperkukuh dan sentiasa
mengamalkan semangat mushawarah dalam mengatasi masalah/konflik yang

timbul agar keputusan sebulat suara dapat dicapai. Selain itu, berani
mengemukakan idea/pendapat demi kebaikan bersama dan sentiasa berfikiran
rasional bagi menjamin tindakan yang tepat diambil juga bersikap terbuka dalam
menerima kebaikan dari luar serta berkongsi maklumat untuk meningkatkan
kemajuan sama ada diri atau demi kemajuan negara tercinta.
Iktibar yang diperoleh daripada perjuangan untuk mengukuhkan kedaulatan
bangsa ialah semangat cinta akan negara supaya negara tidak dijajah dan
berjuang menegakkan kedaulatan negara agar maruah bangsa dan negara
sentiasa dipertahankan. Kita juga hendaklah taat kepada pemimpin agar
kestabilan politik terjamin dan setia dan sedia berkorban untuk negara. Kita juga
hendaklah berdisiplin agar tidak melanggar undang-undang dan tidak
mementingkan diri sendiri agar keamanan sentiasa dikekal dan perpaduan kaum
dapat dipertahankan. Secara tidak langsung, kita mempertahankan hak kita demi
masa depan bangsa dan berkeyakinan diri tinggi supaya mencapai hasrat
negara. Paling utama, kita hendaklah mempunyai ilmu sama ada ilmu dunia dan
agama serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian agar menjadi
wargenegara yang berpengetahuan tinggi menghadapi dunia globalisasi, dunia
tanpa sempadan.
14.a.Pengetahuan yang diperoleh-Negara kita telah mencapai kemerdekaan pada
31 Ogos 1957 hasil perjuangan tokoh tempatan terdahulu. Selain itu, saya juga
dapat mengetahui bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan Berjaya kerana
wujudnya perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini yang berbilang bangsa.
Pada abad ke-19 dan 20, menetengahkan ramai pemimpin tempatan daripada
pelbagai latar belakang bangkit menentang penjajah. Berlaku perubahan
pentadbiran penjajah yang mendatangkan pelbagai kesulitan kepada penduduk
tempatan.
b.i.Nilai-nilai murni-Semangat kerjasama antara kaum telah berjaya menjayakan
Malaysia menjadi sebuah negara yang bebas dan berdaulat. Keberanian tokohtokoh nasionalis tanah air memperjuangkan maruah dan kedaulatan bangsa
daripada penjajahan seterusnya berani mempertahankan negara. Kita juga
berusaha membangunkan negara.
ii.Unsur patriotisme-Kita perlu mempunyai semangat cinta akan negara dan kita
juga perlu berkorban apa sahaja demi mempertahankan tanah air tercinta.
d.Harapan- Harapan saya agar Malaysia menjadi sebuah negara yang maju hasil
perpaduan dan kerjasama erat antara kaum di Malaysia. Di samping itu, para
pemimpin perlu berusaha merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah
negara yang aman, maju dan berperanan penting dalam arus pembangunan
dunai. Negara Malaysia berada dalam keadaan aman damai, makmur dan rakyat
hidup bersatu padu. Pemimpin dan rakyat perlu bekerjasama untuk menjayakan
Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

Anda mungkin juga menyukai