Anda di halaman 1dari 1

BMI tidak lagi relevan?

1. Kajian terkini di Amerika Syarikat mendapati 54 juta warga Amerika Syarikat


yang memiliki BMI overweight (berat badan berlebihan), sebenarnya memiliki
tahap kesihatan yang AMAT BAIK berdasarkan ukuran 'cardiometabolic'.

2. Kajian yang sama turut mendapati 21 juta warganya yang memiliki BMI
normal, tapi sebenarnya didapati tidak sihat berdasarkan ukuran yang sama!

3. Selama ini pun ramai sebenarnya pengamal kecergasan yang sudah mula
tidak bergantung kepada ukuran BMI kerana sifatnya yang "over and underestimation" apabila klasifikasi tertumpu pada kelas Normal. BMI lebih tepat
digunakan untuk klasifikasi berat badan yang ektrim seperti morbid obese atau
terlalu skinny. Itu pandangan saya.

4. Selain dari point di atas, BMI juga tidak tepat dalam mengukur tahap
kesihatan seorang atlit terutamanya atlit bina badan dan pemain rugby. Atau
mereka yang aktif dalam aktiviti berkenaan sebagai riadah.

5. Saya fikir sudah tiba masanya sektor kerajaan dan swasta yang terlalu
bergantung kepada indikator ini sebagai salah satu kriteria dalam pengambilan
pekerja, agar menimbangkan juga indikator2 lain seperti average Resting Heart
Rate dan Waist to Hip ratio.

6. Kedua-dua indikator ini, sama seperti BMI, juga tidak memerlukan kos yang
tinggi untuk dilaksanakan tetapi efektif dalam menentukan tahap kesihatan
seseorang individu.

7. Tahukah anda, anda dapat 'detect' dan bezakan seseorang yang bersenam,
dan seseorang yang tak bersenam, hanya berdasarkan interpretasi bacaan kadar
denyut nadi? Kadang2 orang yang disangka gemuk tu sebenarnya lagi banyak
bersenam dari orang yang kurus. Heart Rate never lies!