Anda di halaman 1dari 7

Page | 1

TEKS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PSS,


PENGAWAS SAINS, PENGAWAS SPBT, BRIGED BESTARI DAN KETUA KELAS 2016
SKTM
BIL

PENGACARA

MING

SKRIP

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Dari Johor hendak ke Pekan,
Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.
ASSALAMUALAIKUM wbt DAN SALAM SEJAHTERA.
Yang Dihormati
Sub. Insp. Mazlan Awaluddin, Timbalan Ketua Balai Polis Pudu,
Yang Berusaha Puan Rokiah bt Ahmad, Guru Besar SK Taman
Maluri.
Pn Sabariah bt Hj Shafiee, Guru Penolong Kanan Tadbir &
Kurikulum,
Encik Suhairi bin Hussin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Encik Ahmad Hazaruddin bin Ahmad Azzudin,Guru Penolong
Kanan Kokurikulum,
Encik Solehan bin Nazan, Guru Penolong Kanan PPKI,
para tetamu jemputan, guru-guru, dan seterusnya murid-murid
SKTM yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana atas kurniaan-Nya
dapatlah kita sama-sama berkumpul pada pagi yang indah ini bagi
menyempurnakan

Majlis

Penyampaian

Watikah

Pelantikan

Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Sains,


Pengawas SPBT, Briged Bestari dan Ketua Kelas bagi tahun 2016.

Page | 2
TEKS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PSS,
PENGAWAS SAINS, PENGAWAS SPBT, BRIGED BESTARI DAN KETUA KELAS 2016
SKTM

ATIQA Hadirin sekalian,


Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dipersilakan Ustaz
Mohd Faiz bin Mohd Shahidin untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan ini mempersilakan
Amin...amin ya rabbal alamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd
Faiz bin Mohd Shahidin atas bacaan doa sebentar tadi.

MING

Hadirin sekalian
Untuk makluman semua, pada tahun ini julung-julung kalinya
diadakan pelantikan semua pengawas termasuk Briged Bestari
dan Ketua kelas dalam satu majlis yang sama. Hal ini bertujuan
untuk melahirkan semangat kolaborasi dalam kalangan pemimpin
murid. Mudah-mudahan dengan kerjasama sebegini mampu
membentuk keperibadian dan sahsiah yang tinggi dalam kalangan
anak-anak didik SK Taman Maluri.

ATIQA Selain itu, matlamat majlis ini diadakan adalah untuk memberi
pengiktirafan dan keyakinan kepada para pemimpin murid SK
Taman

Maluri

tanggungjawab.

dalam
Secara

melaksanakan
tidak

tugas

langsung,

dengan

diharapkan

penuh
agar

pengawas-pengawas dan ketua kelas yg dilantik secara rasmi ini


sentiasa sedar akan tanggungjawab yang telah diamanahkan
kepada mereka dan memikul amanah ini dengan penuh dedikasi,
jujur dan ikhlas.

Page | 3
TEKS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PSS,
PENGAWAS SAINS, PENGAWAS SPBT, BRIGED BESTARI DAN KETUA KELAS 2016
SKTM

MING

Hadirin yang dihormati sekalian,


Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Rokiah bt
Ahmad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


ATIQA Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Puan
Rokiah bt Ahmad atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.
Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu, majlis mempersilakan
Sub. Insp. Mazlan Awaluddin, Timbalan Ketua Balai Polis
Pudu
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis
Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas
Pusat Sumber, Pengawas Sains, Pengawas SPBT, Briged Bestari
dan Ketua Kelas bagi tahun 2016.

MING

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Sub. Insp.
Mazlan Awaluddin, Timbalan Ketua Balai Polis Pudu kerana
sudi merasmikan majlis kita pada hari ini.
Hadirin, hadirat yang dimuliakan ...
Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada
semua pemimpin murid SK Taman Maluri bagi sesi 2016. Untuk
itu, majlis menjemput Yang Berusaha Puan Rokiah bt
Ahmad bagi mengiringi Yang Dihormati
Sub. Insp. Mazlan Awaluddin bagi menyempurnakannya.
Dengan segala hormatnya dipersilakan

Page | 4
TEKS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PSS,
PENGAWAS SAINS, PENGAWAS SPBT, BRIGED BESTARI DAN KETUA KELAS 2016
SKTM

Penyampaian watikah dimulakan dengan Ketua kelas dari Tahun 1


hingga Tahun 6. Dipersilakan adik......
8

Rujuk senarai nama


ATIQA Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada
Briged Bestari.
Dipersilakan adik....
Rujuk Senarai Nama
Seterusnya, Penyampaian watikah pelantikan bagi Pengawas
SPBT/Sains. Dipersilakan adik .....Rujuk Senarai nama

ATIQA Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian watikah pelantikan


kepada Pengawas Sains/SPBT. Dipersilakan adik .
Rujuk Senarai nama

10

MING

Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada


Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Dipersilakan adik.
Rujuk Senarai Nama

11

ATIQA Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah pelantikan kepada


pengawas sekolah. Dipersilakan adik.....
Rujuk Senarai Nama

12

MING

Seterusnya, penyampaian watikah pelantikan bagi Ahli Majlis


Tertinggi bagi setiap badan pengawas. Bagi Briged Bestari,
majlis mempersilakan adik _________________________
selaku Penolong Ketua Briged Bestari untuk menerima watikah.
Dipersilakan
pula, ___________________________________ selaku

Page | 5
TEKS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PSS,
PENGAWAS SAINS, PENGAWAS SPBT, BRIGED BESTARI DAN KETUA KELAS 2016
SKTM

Ketua Briged Bestari untuk menerima watikah.


13 ATIQA Seterusnya, bagi Pengawas Sains/SPBT dipersilakan adik
__________________ selaku Penolong Ketua Pengawas
Sains/SPBT 1/2 untuk menerima watikah. Dipersilakan adik
_________________________________ selaku Penolong
Ketua Pengawas SPBT/Sains 1/2 untuk menerima watikah. DAN
Dipersilakan pula adik _____________________________
selaku Ketua Pengawas Sains/SPBT.
14

MING

Seterusnya, bagi Pengawas Sains/SPBT dipersilakan adik


________________________selaku Penolong Ketua Pengawas
Sains/SPBT 1/2 untuk menerima watikah. Dipersilakan adik
_________________________________ selaku Penolong
Ketua Pengawas SPBT/Sains 1/2 untuk menerima watikah. DAN
Dipersilakan pula adik _____________________________

selaku Ketua Pengawas Sains/SPBT.


15 ATIQA Seterusnya, bagi Pengawas Pusat Sumber Sekolah dipersilakan
adik _____________________________ selaku Penolong
Ketua Pengawas PSS 1/2 untuk menerima watikah. Dipersilakan
adik ______________________________ selaku Penolong
Ketua Pengawas PSS 1/2 untuk menerima watikah. DAN
Dipersilakan pula adik _____________________________
16

MING

selaku Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah.


Seterusnya, bagi Pengawas Sekolah dipersilakan adik
____________________ selaku Penolong Ketua Pengawas 1/2
untuk menerima watikah. Dipersilakan adik
____________________________selaku Penolong Ketua
Pengawas 1/2 untuk menerima watikah. DAN YANG TERAKHIR
SEKALI Dipersilakan pula adik ________________________
selaku Ketua Pengawas Sekolah bagi tahun 2016.

Page | 6
TEKS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PSS,
PENGAWAS SAINS, PENGAWAS SPBT, BRIGED BESTARI DAN KETUA KELAS 2016
SKTM

17

MING

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Sub. Insp.


Mazlan Awaluddin, Timbalan Ketua Balai Polis Pudu dan Puan
Rokiah bt Ahmad kerana sudi menyempurnakan majlis
penyerahan watikah sebentar tadi.
Majlis akan diteruskan lagi dengan bacaan ikrar. Untuk itu,
majlis menjemput adik Yashwin A/L Ganeesan , Ketua
Pengawas Sekolah Kebangsaan Taman Maluri bagi tahun 2016
untuk mengetuai bacaan ikrar. Majlis dengan ini mempersilakan ...

18 ATIQA Terima kasih diucapkan kepada Yashwin A/L Ganeesan atas


bacaan ikrar yang begitu bersemangat sebentar tadi.
Diharapkan mereka akan sentiasa menunaikan sumpah & janji ini
selama mereka bergelar Pengawas dan Ketua Kelas SK Taman
Maluri.
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian cenderamata
kepada tetamu kita pada hari ini. Oleh itu, Majlis dengan segala
hormatnya menjemput Yang Berusaha Encik Suhairi bin Hussin,
Guru Pen. Kanan Hal-Ehwal Murid untuk mengiringi Yang
Berusaha Puan Rokiah bt Ahmad, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Taman Maluri, untuk menyampaikan cenderamata
kepada perasmi.
Dengan segala hormatnya dipersilakan..
Seterusnya, majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang
Dihormati

Sub. Insp. Mazlan Awaluddin, Timbalan Ketua

Balai Polis Pudu, untuk menerima cenderamata.

Page | 7
TEKS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PSS,
PENGAWAS SAINS, PENGAWAS SPBT, BRIGED BESTARI DAN KETUA KELAS 2016
SKTM

19

MING

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan


Terima kasih diucapkan kepada Puan Rokiah bt Ahmad dan
Encik Suhairi bt Hussin atas kesudian menyampaikan
cenderamata sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Dengan ini maka berakhirlah Majlis Penyampaian Watikah
Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas
Sains, Pengawas SPBT, Briged Bestari dan Ketua kelas SK Taman
Maluri bagi Tahun 2016. Jika ada sebarang kekurangan
sepanjang kami mengendalikan majlis ini, harap dimaafkan. Majlis
mengucapkan jutaan terima kasih kepada para hadirin kerana
sudi hadir ke majlis pada pagi ini dan terima kasih juga buat
semua pihak yang turut sama menjayakan majlis ini. Terima
kasih, daun keladi.

20

ATIQA
Ming
ATIQA
Ming

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon jati,
Sampai sudah penghujung acara,
Tahun depan bersua lagi.

MING/ Sekian, Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum wbt...


ATIQA
Kalau ada jamuan**Majlis menjemput Yang Berusaha Puan Rokiah bt
Ahmad, mengiringi Yang Dihormati Sub. Insp. Mazlan Awaluddin,
serta para jemputan untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan
di bilik gerakan. Dengan segala hormatnya dipersilakan