Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI PBS 4

Syukur Alhamdulillah, dengan izin dan kurniaNYA, saya dan dua orang rakan
seperjuangan mampu melaksanakan serta menghabiskan Pengalaman Berasaskan
Sekolah untuk semester keempat iaitu tahun kedua kami berada dalam kursus Ijazah
Sarjana Muda Perguruan bagi tahun 2013 ini bersamaan dengan 19 Ogos 2013 hingga
23 Ogos 2013. Saya dan ahli kumpulan kami telah memilih untuk melaksanakan
Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 4 ini di Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar
01000 Kangar, Perlis. Menurut Guru Besar sekolah tersebut ini, Puan Rokiah Bt Khalid,
sekolah tersebut mempunyai lebih kurang 100 orang murid dan gred sekolah tersebut
adalah bergred B dan dikategori sebagai sekolah luar bandar dan kurang murid .
Sesuai dengan objektif tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 4 ini
iaitu berkaitan dengan Tugasan Elektif 2 iaitu Kemahiran Hidup, saya telah diminta
untuk membuat pemerhatian, mengumpul maklumat, berbincang dengan guru dan
membuat laporan berkenaan aspek-aspek seperti kaedah dan teknik pengajaran,
bahan bantu mengajar dalam matapelajaran tersebut dan beberapa elemen-elemen
yang perlu ada dalam huraian sukatan pelajaran.
Tetapi, malangnya sekolah tersebut tidak terdapat guru yang benar-benar pakar
dalam bidang Kemahiran Hidup. Namun begitu, kekurangan ini bukan satu penghalang
untuk saya meneruskan kajian berkenaan bidang tersebut. Alhamdulillah, walaupun
tidak banyak input yang saya perolehi tetapi, pengalaman berharga semua guru yang
berkecimpung dalam dunia pendidikan ini sedikit sebanyak membantu saya. Sebagai
contoh teknik pengajaran yang diaplikasikan oleh guru di dalam kelas Bahasa Melayu
sedikit sebanyak boleh diaplikasikan sama dengan matapelajaran Kemahiran Hidup.
Walaupun hakikatnya tiada guru yang pakar dalam subjek Kemahiran Hidup ini, subjek
ini tetap dijalankan seperti biasa di dalam kelas. Saya dan rakan telah dimaklumkan
beberapa orang guru yang berperanan dalam mengajar subjek ini antaranya Cikgu
Mohd. Soffian Bin Muda, Mohd. Faizie Bin Shuib dan Cikgu Azmi Bin Abd. Rahim.
Walaupun mereka bukan pakar dalam matapelajaran ini, mereka cuba sedaya upaya
untuk memberi penerangan dan sedikit pengalaman mereka mengajar subjek ini.
Menurut laporan yang saya baca melalui sekolah tersebut, pelaksanaan
matapelajaran Kemahiran di sekolah rendah bermula tahun 1992/1993 bagi
JUNAIDA BINTI SHUKOR PISMP BM SEM 4 JAN 2012
1

REFLEKSI PBS 4

menggantikan kemahiran manipulatif dan perdagangan. Matapelajaran ini juga


dijalankan sebanyak dua waktu dalam seminggu dan satu sesi berjalan selama 30
minit. Di sekolah ini juga, saya berkesempatan melawat dan melihat sendiri bengkel
untuk kemahiran Hidup. Melalui pemerhatian yang saya buat keadaan bengkel tersebut
agak tersusun dan sesuai untuk murid menjalankan aktiviti-aktiviti kemahiran. Sebelum
ini, saya juga telah didedahkan tentang aspek-aspek serta elemen-elemen yang perlu
ada dalam pengurusan dan organisasi bengkel antaranya aspek keselamatan,
organisasi bengkel dan organisasi alatan-alatan bengkel. Alhamdulillah, di sekolah
tersebut keadaan bengkelnya agak memuaskan. Berikut merupakan antara gambargambar yang saya perolehi semasa menjalani beberapa aktiviti bersama murid-murid
Tahun 3 semasa di beri peluang untuk memasuki kelas tersebut yang dijalankan di
dalam bengkel.

JUNAIDA BINTI SHUKOR PISMP BM SEM 4 JAN 2012


2

REFLEKSI PBS 4

Dikesempatan tersebut juga, saya sempat menemubual beberapa orang murid


berkenaan kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru Kemahiran Hidup semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel mahupun di kelas biasa. Selain itu,
saya sempat juga meneliti lembaran kerja dalam buku beberapa orang murid. Sedikit
sebanyak info yang saya perolehi ini membantu saya dalam menjalankan kajian untuk
Pengalaman Berasaskan Sekolah bagi Fasa 4. Pengalaman Berasaskan Sekolah ini
juga, bukan sekadar memfokuskan tugasan elektif sebagaimana yang diarahkan, tetapi
saya dan rakan-rakan telah mengikuti beberapa program yang dianjurkan untuk muridmurid Tahun 6 iaitu ceramah motivasi. Apa yang menarik perhatian saya dalam program
JUNAIDA BINTI SHUKOR PISMP BM SEM 4 JAN 2012
3

REFLEKSI PBS 4

ceramah ini adalah penceramahnya merupakan salah seorang guru pelatih Institut
Pendidikan Guru Kota Baru Kelantan di mana beliau merupakan seorang guru pelatih
yang cemerlang di kampusnya sebagaimana yang dikhabarkan oleh rakannya. Beliau
seorang yang kurang upaya namun ketekalan dan ketabahannya telah menarik minat
guru kaunseling sekolah tersebut untuk memberi peluang kepada beliau untuk
menyampaikan ceramah. Secara tidak langsung, ceramah yang disampaikan oleh
beliau turut memotivasikan saya yang sama-sama bakal guru seperti beliau. Bukan
sahaja mendapat peluang mengenali perwatakan beliau bahkan kami berkongsi
pendapat dan juga cerita berkenaan kampus masing-masing. Berikut merupakan antara
agenda-agenda yang sempat dirakam semasa ceramah motivasi tersebut.

JUNAIDA BINTI SHUKOR PISMP BM SEM 4 JAN 2012


4

REFLEKSI PBS 4

Banyak pengetahuan dan pengalaman yang sangat berguna saya perolehi


daripada Pengalaman Berasaskan Sekolah 4 untuk semester ini dan ianya merupakan
satu prosedur dan juga persediaan yang boleh saya lakukan untuk menghadapi alam
pendidikan yang sebenar suatu masa nanti. Segala pengetahuan yang saya perolehi ini
akan saya buat penambahbaikan dan cuba aplikasi dalam dunia pendidikan yang
sebenar. Sekian, wassalam.

JUNAIDA BINTI SHUKOR PISMP BM SEM 4 JAN 2012


5

Anda mungkin juga menyukai