Anda di halaman 1dari 7

NOTA KOMSAS :- PROSA KLASIK TINGKATAN 5.

Prosa Tradisional
( Hikayat Langlang Buana)
Sinopsis
Kisah bermula apabila Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bersama-sama dayang inang
pengasuhnya pergi ke taman untuk bersiram. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi tidak mengetahui
bahawa semasa dia bersiram, dia telah diperhatikan oleh Raja Indera Bumaya yang
bersembunyi di balik pokok kemunting. Raja Indera Bumaya telah bertukar menjadi seekor
burung bayan yang cantik lalu hinggap di dahan pokok kemunting dan mengeluarkan bunyi
yang sangat merdu. Bunyian tersebut telah menarik perhatian Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
Tuan Puteri telah mengarahkan dayang untuk menangkap burung bayan tersebut tetapi tidak
berjaya. Apabila kesemua dayang gagal menangkap burung bayan itu, dayang mencadangkan
Tuan Puteri menangkap burung bayan itu sendiri. Tiba-tiba burung bayan terbang dan hinggap
pada lengan Tuan Puteri. Tuan Puteri bertanya tentang asal-usul bayan. Bayan menceritakan
dia berasal dari Negeri Lela Gambar dan mempunyai
tuan yang bernama Raja Indera
Bumaya. Bayan bercerita tentang kehebatan tuannya yang menyebabkan Tuan Puteri ingin
sekali bertemu dengan tuannya itu. Bayan akhirnya menukarkan dirinya menjadi Raja Indera
Bumaya dan akhirnya mereka saling berkasihan. Berita tentang adanya suara lelaki di istana
Tuan Puteri telah menyebabkan ayahanda Tuan Puteri iaitu Raja Bahrum Dewa menjadi murka.
Baginda telah mengarahkan 40 orang hulubalang dan rakyat untuk menangkap Raja Indera
Bumaya. Perintah tersebut telah menyebabkan Tuan Puteri berasa sedih dan bimbang akan
keselamatan Raja Indera Bumaya. Namun Raja Indera Bumaya berjaya menewaskan
angkatan serangan Raja Bahrum Dewa dengan bantuan 4 orang hulubalang yang dijelmakan
daripada batu geliga. Raja Bahrum Dewa sangat murka dengan kekalahan tersebut lalu
mengarahkan pula seluruh rakyat menangkap Raja Indera Bumaya sekali lagi. Kali ini Raja
Indera Bumaya dibantu oleh empat ribu jin. Pertempuran tersebut menyebabkan berlakunya
pertumpahan darah yang dahsyat.

Prosa Tradisional
(Hikayat Inderaputera)
Sinopsis

Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga


berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat besar. Pasir di sekeliling tasik daripada emas
urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub.
Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat
agar dia berhati-hati sedangkan tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon
pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayatmayat. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksaksa di tasik itu namun
Inderaputera tidak berasa gentar. Kemudian keluarlah raksaksa dari tasik. Inderaputera purapura tidur. Apabila raksaksa ingin menindih Inderaputera, Inderaputera bingkas bangun dan
mencengkam rambut raksaksa. Raksaksa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan
sanggup memenuhi permintaan Inderaputera. Raksaksa telah memberikan batu geliga Mayan
Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak,
kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu.Inderaputera telah melepaskan rambut
raksasa. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksaksa
memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala
Nehran dan dayang-dayangnya datang bersiram. Raksaksa berpesan agar Inderaputera
menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri mandi. Inderaputera melakukan perkara
yang disuruh oleh raksaksa. Tuan puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya.
Inderaputera meminta tuan puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut.
Inderaputera meminta tuan puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri.
Tuan puteri berjanji akan menyerahkannya dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya.
Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor geroda
dan seekor raksaksa yang terlalu hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu
dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang
dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.

Prosa Tradisional
(Hikayat Upu Daeng Menambun)
Sinopsis

Bab III

Kisah bermula dengan pelayaran Upu Deang dengan lima bersaudara. Pelayaran Upu
Daeng disertai juga Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan anakanda
puteri baginda dengan Upu Daeng dan lima saudaranya. Daeng Perani menolak kerana telah
berkahwin. Daeng Perani mencadangkan Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri
Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin. Upu Daeng Menambun bersetuju.

Bab IV

Upu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba. Sultan Muhamad Zainudin
bertitah kepada Upu Daeng dan lima bersaudara menyerang Panembahan Agung. Upu Daeng
dan lima bersaudara sampai ke pengkalan negeri Matan. Berita kedatangan Upu Daeng
sampai ke pengetahuan Panembahan Agung. Menantu Panembahan Agung, Daeng Mataku
dan Tuan Hj Hafiz berjumpa Upu Daeng berlima. Mereka bersalaman dan bertanya khabar.
Selepas itu mereka menghunus keris untuk bertikaman. Upu Deang Menambun berkata kepada
Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz bahawa mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan Tuan
Hj Hafiz berasa serba salah kerana arahan Panembahan Agung agar menghalang Upu Daeng
berlima daripada masuk ke dalam kota sama ada secara lembut ataupun kekerasan. Tuan Hj
Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah. Upu Daeng berlima telah masuk ke
kota dan menawan Panembahan Agung. Panembahan Agung telah dibawa mengadap Sultan
Muhamad Zainudin oleh Upu Daeng berlima.

Bab V

Upu Daeng berlima telah berlayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman.
Baginda meminta pertolongan Upu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan

Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri. Upu Daeng berlima
bersetuju dengan syarat apabila menjadi Yang Amtuan Besar, baginda harus melantik antara
mereka berlima menjadi Yamtuan Muda. Maka berperanglah orang Siak dengan orang Bugis.
Yang Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur ke hulu negeri Siak. Sultan Raja Sulaiman
mengucapkan terima kasih kepada Upu Daeng berlima kerana berjaya mengalahkan Yang
Amtuan Raja Kecil. Seperti yang dijanjikan, Yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Upu Daeng
Merewah dilantik menjadi Yang Amtuan Muda di Riau. Upu Daeng Chelak dijodohkan dengan
adinda Yang Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku Puan.

Bab VI

Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta
pertolongan daripada Upu Daeng lima bersaudara. Upu Daeng lima bersaudara sanggup
menolong Yam Amtuan Raja Kedah untuk mendapatkan takhtanya dan berjanji akan
memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Upu Daeng telah meminta agar
pedagang yang ada di negeri Kedah terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan Mandura di
bawah perintahnya namun Raja Kedah berkata bahawa dia memerlukan masa untuk
mengumpul orang tersebut untuk Upu Daeng. Upu Daeng berjaya mengumpulkan pedagang
dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah.
Setelah tiga hari, rombongan Upu Daeng lima bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah
menjadi Yam Amtuan negeri Kedah.Namun begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak
bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan peperangan berlarutan sehingga
tiga hari tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari yang akhirnya kemenangan berpihak
kepada orang Bugis. Raja Kedah yang baru mengahwinkan Upu Daeng Perani dengan
saudara perempuan dan membayar tiga bahara seperti yang dijanjikan kepada mereka.

Bab VII

Upu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan
antara mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik
menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas. Upu Daeng Menambun menerima pelawaan
tersebut lalu pergi ke Sambas bersama-sama Upu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka berdua
telah disambut oleh Sultan Adil dan anakandanya dan disediakan satu rumah dalam sebuah
kampung. Setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk berjumpa
Upu Daeng Menambun dan Upu Daeng Kemasi
bagi menyampaikan hajat untuk
mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah. Upu Daeng
Menambun mencadangkan agar Upu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan

sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Upu Daeng Kemasi telah dilantik menjadi
Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas.

Bab VIII

Setelah sekian lama di negeri Sambas, Upu Daeng Menambun teringin untuk balik ke
negeri Matan. Hal ini menggembirakan Sultan Muhamad Zainuddin lalu mengadakan sambutan
yang hebat untuk menyambut ketibaannya. Setelah setahun, Sultan Muhamad Zainuddin
mengumpulkan anak-anaknya serta saudaranya dan pangeran dan kiai untuk membincangkan
hal berkaitan penggantinya. Pangeran dan Menteri penggawa meminta tangguh untuk memilih
orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin. Seluruh penduduk Matan
tidak bersepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad. Sultan Muhammad Zainuddin
akhirnya berkahwin dengan anak Raja Mempawah.
Bab IX

Khabar berita telah sampai ke Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan
Sangkawak telah mangkat. Lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung
Senuhun dan diraikan dengan besar-besarann di negeri Matan. Setelah acara keraian selama
tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala Mempawah bersama-sama
hamba perempuan dan pengirng raja perempuan. Mereka kemudiannya sampai ke Sebukit lalu
membuka negeri di situ. Setelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka berangkat ke
makam Marhum Panembahan Sangkawak.

Sinopsis

Prosa Tradisonal
(Hikayat Siak)

Kisah bermula dengan pelayaran Tuan Bujang setelah mendapat perkenan daripada
Sultan Palembang. Tuan Bujang dibekalkan oleh Sultan Palembang dengan pakaian keemasan
dan keris kebesaran. Tuan Bujang sampai ke Rawas dan berkahwin dengan anak Dipati Batu
Kuching. Tuan Bujang mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan Raja Alang. Di Pagar
Ruyung, Tuan Bujang telah ditabalkan sebagai Yamtuan Sakti. Tuan Bujang juga telah diuji bagi
membuktikan bahawa baginda ialah daripada keturunan kesultanan Johor. Tuan Bujang telah
diberi gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik. Yang Dipertuan Raja Kecik telah pergi ke Siak
namun tiada sesiapa yang mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai
Nakhoda Penangguk . Kemudian baginda pergi ke Mengkalis dan di sana telah digelar oleh
orang Minangkabau sebagai Yang Dipertuan. Baginda berhajat hendak menyerang negeri
Johor. Pada masa yang sama, Raja Bugis iaitu Daheng Parani, Daheng Calak dan Raja Tuha
telah datang ke Mengkalis. Mereka ingin membantu menyerang Johor. Daheng Parani telah
membuat perjanjian sekiranya baginda berjaya menawan Johor, maka baginda akan menjadi
Yang Dipertuan Besar dan Daheng Parani dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda. Sepucuk
surat telah dihantar kepada Yang Dipertuan Johor memaklumkan bahawa paduka anakanda
Marhum Mangkat Dijulang ingin menuntut bela atas kematian ayandanya. Berita kedatangan
Yang Dipertuan Raja Kecik anakanda Marhum Mangkat Dijulang di negari Johor menjadi
perbualan rakyat. Bagi membuktikan bahawa baginda ialah anakanda Marhum Mangkat
Dijulang , rakyat Johor telah meminta supaya baginda menawarkan air masin menjadi air tawar.
Dengan izin-Nya, maka air masin telah bertukar menjadi air tawar. Rakyat Johor terus bersorak
dan menyebut Yang Dipertuan Raja Kecik sebagai Tuanku Yang Maha Mulia. Baginda juga
bertitah kepada rakyat Johor agar menyembah dengan ucapan daulat. Baginda kemudian
menyerang Johor. Yang Dipertuan Johor bersama anakanda baginda telah pulang ke kampung
lama Bendahara. Sesampai Yang Dipertuan Raja Kecik ke dalam Kota Johor, baginda telah
masuk ke istana. Baginda hairan kerana tidak ada Bendahara di dalam Istana. Baginda
dimaklumkan bahawa Bendahara sudah melarikan diri. Yang Dipertuan Raja Kecik
dimaklumkan bahawa bondanya Encik Apung telah meninggal dunia. Baginda berasa sugul
dengan berita tersebut. Baginda telah bertunang dengan anak Bendahara yang bernama
Tengku Tengah tetapi telah memutuskan pertunangan tersebut kerana terpikat dengan anak
bongsu Bendahara iaitu Tengku Kamariah. Akhirnya baginda berkahwin dengan Tengku
Kamariah dan ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.

Anda mungkin juga menyukai