Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Hidup ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, begitulah lumrah manusia dalam kehidupan.
Menjelang era milieu yang sarat dengan informasi dan teknologi, momentum arus terus bergerak ke depan
dengan tidak berlengah-lengah. Oleh itu, generasi muda perlu berjimat cermat dan sifat menabung perlu
disemai sejak anak-anak masih kecil lagi. Amalan menabung ini diharapkan terbawa-bawa sehingga dewasa.
Menabung merupakan tabiat menyimpan wang. Tanggungjawab untuk memupuk amalan ini dalam sanubari
anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa. Dengan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan bijaksana
ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. Persoalannya, apakah
peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam memastikan amalan ini menjadi budaya masyarakat kita?
Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menerapkan amalan berjimat-cermat dalam diri
anak-anak adalah dengan menjadikan amalan ini sebagai budaya keluarga. Hal ini kerana suasana keluarga
merupakan cara yang paling cepat dan efektif bagi membentuk keperibadian anak-anak. Anak ibarat sehelai
kain putih, ibu bapa yang bakal mencorakkannya menjadi putih atau hitam. Ibu bapa merupakan orang yang
pertama berpeluang untuk berinteraksi dengan anak-anak. Anak-anak telah dibawa ke dunia ini oleh ibu bapa.
Anak-anak datang ke dunia yang berwarna-warni ini dengan otak yang kosong. Oleh itu, ibu bapa perlulah
mengisikan tempat kosong yang ada dalam minda anak-anak. Dengan kesempatan ini, ibu bapa boleh
menyemai amalan menabung dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa boleh mengajar anak-anak menabung dengan
menyimpan sebahagian daripada wang perbelanjaan harian sekolah anak-anak. Ajarlah anak-anak berjimatcermat dan tidak membelanjakan semua wang perbelanjaan harian yang diberi agar anak-anak tahu akan
kepentingan menabung. Jelasnya, ibu bapa perlu memupuk tabiat ini dalam kalangan kanak-kanak sebelum
kudis menjadi tokak.
Selain itu, ibu bapa wajar menerapkan amalan menabung dalam jiwa anak-anak sejak bangku prasekolah
lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sewaktu anak-anak masih kecil, mereka sangat
mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mudah memberitahu dan mendidik mereka amalan
yang berunsur positif seperti amalan menabung. Anak-anak mudah dipengaruhi ketika mereka masih kecil.
Mereka tidak akan mengingkari nasihat ibu bapa dan mengikut segala ajaran ibu bapa mereka. Dengan cara ini,
amalan menabung, secara tidak langsung, mudah berakar umbi dalam hati anak-anak. Sekiranya didikan dan
ajaran seperti ini diberikan sewaktu belia, anak-anak yang berdarah muda tidak akan mempedulikan ibu bapa
lagi dan nasihat ini bagai mencurahkan air ke daun keladi. Ibu bapa yang melahirkan anak-anak dan membawa
mereka ke alam fana ini, sekiranya mengajar kanak-kanak bukan tanggungjawab mereka, siapakah yang mampu
bertanggungjawab dalam hal ini lagi? Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan amalan sedikit demi sedikit dalam
jiwa anak-anak sejak kecil kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Selain itu, ibu bapa mengamalkan gaya hidup sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk. Anak-anak
perlu diterapkan dengan gaya hidup yang sederhana dan tidak membazir. Sebagai contohnya, jenis rumah dan
perkakas di dalamnya menjadi penanda aras paling senang bagi menilai taraf hidup sesebuah keluarga. Oleh itu,
ibu bapa perlulah bersederhana dalam pembelian peralatan di rumah dan setiap pembelian perlu dibayar tunai
tanpa berhutang. Kadangkala, terdapat keluarga yang sanggup berhutang bagi membeli perabot dan perkakas
rumah yang bergaya supaya mendapat "pengiktirafan" orang berada oleh orang-orang di sekeliling walaupun
hakikat sebenarnya mereka tidak berkemampuan. Mereka inilah yang berpegang pada prinsip biar papa asal
bergaya. Jika ada ibu bapa yang menjadikan hal ini sebagai budaya keluarga, diharapkan mereka dapat menukar
perspektif tersebut bagi memudahkan proses penerapan amalan berjimat-cermat dalam diri anak-anak.
Adat usang pusaka lama, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan harus diwariskan secara
turun-temurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang dengan cekap. Mereka harus
memberitahu anak-anak cara penggunaan wang dan cara penyimpanannya. Mereka perlu kerap menggalakkan
anak-anak mengamalkan tabiat menabung. Membuka akaun bank untuk anak-anak merupakan perkara
pertama yang boleh diambil bagi menyiapkan anak-anak ke arah berjimat-cermat. Malah, langkah ini boleh
diambil sejak usia mereka masih bayi. Ibu bapa dapat menaikkan semangat anak-anak untuk menabung dengan
meminta mereka membayangkan wang simpanan yang bakal digunakan untuk masa depan mereka kelak. Kata
orang tua, semua orang memerlukan pujian. Dengan hal tersebut, ibu bapa boleh memuji anak-anak sekiranya
mereka melakukan sesuatu yang baik. Pujian dengan batasan tertentu boleh mewujudkan keyakinan anak-anak.
Oleh itu, mereka akan menerima nasihat dan ajaran ibu bapa dengan hati terbuka. Mereka akan belajar
pengurusan wang dengan cekap. Amalan menabung mudah ditanamkan. Dengan itu, ibu bapa harus memuji
anak-anak dan cara ini dapat memudahkan penerapan amalan menabung sudah terang seperti murai berkicau
hari siang.
Pada hakikatnya, ibu bapa berperanan untuk menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anakanak. Ibu bapa sendiri harus mengamalkan sikap menabung. Mereka harus menabung wang bersama
dengan anak-anak. Ibu bapa perlu menunjukkan kepada anak-anak bahawa pada setiap bulan, mereka
menyimpan sejumlah kecil wang di bank atau pejabat pos. Perbuatan ibu bapa menyimpan wang akan dicontohi
oleh anak-anak. Anak-anak mudah terikut-ikut oleh tingkah laku ibu bapa dan mereka akan mengikut jejak
langkah ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu menujukkan contoh yang baik. Mereka harus mengamalkan tabiat
menabung juga. Cuba anda bayangkan, macam mana anak-anak akan rela hati untuk menabung sekiranya ibu
bapa mereka sendiri seorang yang boros dan tidak pandai menguruskan wang? Hal ini jelas menunjukkan
betapa pentingnya imej yang diberikan oleh ibu bapa di depan anak-anak. Pepatah Melayu juga mengatakan
bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Jika berkawan dengan tukang besi, baju kita akan tercarik terkena percikan api; jika berkawan dengan
penjual pewangi harum, tubuh kita akan berbau harum, Kawan merupakan magnet sakti yang boleh
mempengaruhi anak-anak yang berusia seumur jagung. Ibu bapa harus menapis kawan anak-anak dan
mengelakkan mereka berkawan dengan mereka yang kurang berakhlak. Benteng iman yang lemah anak-anak
mudah runtuh sekiranya kegembiraan dan kemewahan mengaburi mata, bak kata pepatah, ikut hati mati, ikut
rasa binasa. Oleh itu, ibu bapa harus mengurangkan peluang anak-anak untuk bercampur dengan golongan
tidak bermoral. Anak-anak mudah terjerumus ke dalam lembah maksiat. Anak-anak hanya tahu menghabiskan
wang dan tidak tahu betapa susah dan payahnya ibu bapa memperoleh wang untuk perbelanjaan anak-anak.
Dengan itu, amalan menabung akan dialpakan dan diketepikan oleh anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu
mengelakkan anak-anak berkawan dengan mereka yang kurang bersahsiah.
Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa memang memainkan peranan dominan dalam memastikan amalan
menabung menjadi budaya masyarakat kita. Pepatah cina mengatakan Jikalau tiada wang semua kerja tak
terjadi. Peribahasa Melayu pula menunjukkan ada padi semua jadi, ada beras semua deras. Gambaran ini
menunjukkan betapa pentingnya wang dalam zaman globalisasi yang mengutamakan kebendaan dan material.
Kita harus menyemai sifat menabung dan menjadikan amalan ini sebagai satu tabiat hidup. Pembentukan
generasi muda berakhlak yang merupakan tonggak aspirasi untuk menerajui negara pada masa depan amat
diperlukan untuk merealisasikan kelahiran masyarakat madani. Air bersih, ikannya jernih
paling bijak. Amalan ini perlulah dipupuk oleh ibu bapa sejak kecil lagi. Sebagai contoh, apabila musim
perayaan terutama Hari Raya Aidilfitri, sudah tentu anak-anak akan mendapat duit raya tidak kira sedikit atau
banyak. Lebihan duit tersebut perlulah disimpan dalam akaun bank anak-anak mereka. Hal ini kerana, segala
wang yang disimpan aka nada gunanya untuk masa hadapan apabila mereka dewasa kelak bak kata pepatah
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Secara tidak langsung, amalan ini dapat digunakan oleh anak
mereka dan menjadikan ibu bapa mereka sebagai suri teladan. Oleh itu, amalan membuka akaun bank dapat
member manfaat kepada anak-anak dalam memupuk amalan menabung.
Kanak-kanak diibaratkan sebagai kain putih yang tanpa tompok, terpulanglah kepada ibu bapa untuk
mencorakkannya. Ibu bapa seyogia melakukan anjakan paradigma untuk memupuk amalan menabung dalam
kalangan anak, sepantun peribahasa melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Oleh hal yang demikian, ibu bapa
harus menjadikan diri sebagai suri teladan untuk anak-anak. Pada usia yang muda, anak-anak tidak dapat
berfikir dengan rasional dan matang serta tidak membezakan antara intan dengan kaca. Kesannya, mereka akan
mencontohi perlakuan dan tingkah laku ibu bapa. Bagaimana acuan, itulah kuihnya. Peribahasa yang sering
terngiang-ngiang di telinga kita ini masih dapat dibuktikan kebenarannya sehingga hari ini. Memandangkan
anak-anak akan mencontohi apa-apa jua tindakan dan gelagat ibu bapa, ibu bapa harus mengamalkan tabiat
menabung. Antaranya, ibu bapa harus menyimpang wang yang berlebihan di dalam tabung. Sementelahan itu,
ibu bapa harus memberikan penerangan kepada anak-anak untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan
anak-anak. Alternatif ini dapat diibaratkan sebagai perisai yang ampuh kerana dengan adanya penerangan, anakanak akan dapat meluaskan horizon mereka tentang kepentingan amalan menabung. Sebagai contoh, amalan
menabung dapat menggarap nilai berjimat-cermat dan megikis sikap boros anak-anak. Anak-anak juga berupaya
menguruskan kewangan dengan lebih efektif untuk mengelakkan pembaziran. Pada masa yang sama, ibu bapa
harus memberitahu anak-anak tentang kesan-kesan negatif sekiranya amalan menabung tidak dipraktikkan
dalam kehidupan seharian. Penerangan harus diberikan secara berhemah dan lemah lembut supaya lebih mudah
diterima oleh anak-anak. Ibu bapa juga wajar menjadikan cerita, teka-teki dan tayangan video sebagai saluran
untuk menyampaikan informasi tersebut kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana media-media tersebut amat
mujarab untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak-anak. Sebagai kesimpulannya, ibu bapa harus
menggembleng tenaga dan mendukung obligasi untuk membentuk generasi masa hadapan yang menyemai
amalan menabung dalam sanubari.
Adat usang pusaka lama, amalan menabung merupakan tabiat yang bijak dan harus diwariskan secara turuntemurun. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang dengan cekap. Ibu bapa seharusnya bijak
dengan memberi galakan ataupun rangsangan kepada anak-anak untuk mengamalkan tabiat menabung. Ibu bapa
seharusnya mengelakkan menghadiahkan anak dengan hadiah yang mahal seperti telefon bimbit, komputer riba
dan permainan video. Hal ini kerana akan memberi kesan sifat materialistik, ibu bapa sewajarnya
menghadiahkan anak-anak dengan tabung sebagai galakan amalan menabung. Amalan menabung juga
seharusnya diberi rangsangan kepada anak-anak sejak kecik bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Di samping itu, ibu bapa hendaklah memberikan kepada anak-anak yang telah menabung dengan
banyak. Antara penghargaan yang boleh diberikan ialah membawa anak-anak melancong di tempat yang
menarik seperti pantai, pulau dan taman tema.
Sebagai menyambung perbincangan di atas, tanggungjawab untuk memupuk amalan menabung dalam sanubari
anak-anak jatuh pada bahu ibu bapa. Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dengan bijaksana ibarat
menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak akan putus, tepung tidak berselerak. Dengan tiu, ibu bapa
mestilah sentiasa membawa anak-anak ke kempen yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan juga bukan kerajaan
(NGO). Antara kempen yang boleh dianjurkan ialah kempen menabung. Kebiasaannya, kempen-kempen begini
diadakan semasa cuti sekolah. Hal ini demikian kerana pada cuti sekolah, ibu bapa boleh meluangkan masa
bersama anak-anak mereka dengan membawa mereka ke kempen-kempen yang dianjurkan. Pelbagai aktiviti
menarik diadakan seperti sayembara puisi, menulis esei, kuiz pengetahuan am dan pertandingan melukis.
Pertandingan yang diadakan sesuai untuk setiap peringkat umur. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa memainkan
peranan untuk menyemai amalan menabung dengan cara membawa anak-anak mengunjungi kempen-kempen
yang diadakan.
Intihanya, ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan anak-anak mereka menjadi
manusia yang berjaya pada masa hadapan. Gagal atau berjayanya seseorang anak itu sangat berkait rapat
dengan corak didikan ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menerapakan amalan menabung
dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa seharusnya bersungguh-sungguh menjadikan amalan menabung sebagai
budaya anak-anak bak kata pepatah, genggam bara api, biar sampai jadi arang. Hal ini kerana, amalan ini boleh
menjana kestabilan ekonomi seseorang individu dan mengekalkan keseimbangan Negara secara efektif.
Perspektif negatif seperti biar papa asal bergaya perlu diubah agar setiap individu mempunyai misi untuk keluar
daripada belenggu kehidupan yang begitu mencabar. Menabung boleh dijadikan benteng untuk mendepani
realiti dunia baru yang pantas berubah dan berkembang. Semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan
tebing bagi memastikan obligasi terhadap amalan menabung terus subur dalam diari ekonomi setiap individu
agar kemakmuran diri dan Negara dapat dikekalkan momentumnya. Oleh itu, setiap individu perlu mengorak
langkah untuk menabung kerana amalan ini bukan sahaja dapat merealisasikan impian diri sendiri malahan
Negara